webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
37 Chs

First Date

Jane bangun lewat sedikit harini.Lebih kurang pukul 11 tengahari.Memandangkan hari cutinya.Tapi dia ada janji dengan Zein pukul 2 jadi dia perlu mengalas perut terlebih dahulu, memilih baju,Mandi Dan bersiap cantik-cantik untuk date mereka kejap lagi. Jane bernyanyi-nyanyi kecil mengikuti lagu yang berkumandang di radio yang dipasangnya.

Jane mengemas katilnya, dan segera membasuh muka dan berus gigi. Setelah itu dia memakai mask muka MEDIHEAL D.N.A Hydrating Protein Mask dan segera ke tingkat bawah untuk memasak sedikit makanan untuk dirinya mengalas perut sebelum keluar.

"Hmm...apa aku nak masak eh?" bebel Jane sambil berdiri di hadapan fridge.

"Ha! Bihun sup seafood lah!" kata Jane sambil memetik jarinya apabila melihat terdapat sedikit udang, ayam dan bihun dalam fridge dan di kabinet semasa dia mencari makanan untuk dimasak.

Memandangkan Jane berkebolehan dalam bidang masakan, jadi masakan sangat mudah baginya. Masa untuk menyiapkan masakan pun tidak lama.

Sambil memasak Jane mengikit rentak lagu BTS yang berkumandang sambil menari-nari. Sampaikan gerakan tarian mereka pun Jane hafal.Jane2🤦🏻‍♀️😅

Pukul 12 tengahari makanan Jane siap dimasak.Jane menciduk sedikit kuah seafood itu dan dicurahkan ke atas bihun di dalam mangkuk dan menghiaskan nya dengan sedikit bawang goreng. Jane kemudian menghidu aroma bihun sup seafood itu kemudian menuju ke ruang tamu untuk menyambung menonton cerita Mr Queen. Mask yang dipakainya dibuka dan disapu pada leher dan tangannya.Di dap2 bagi memastikan segala kandungan mask menyerap ke dalam kulitnya. Memandangkan mask berkualiti dan sesuai pada Jane, dia tak kisah untuk memakainya lama dari biasa.

Jane tergelak-gelak tak ingat dunia menonton drama itu. Nasiblah dia tinggal berseorangan. Dia menonton sehingga pukul 12.40 tengahari, memandangkan drama itu ditayangkan hampir setengah jam lama.

Setelah itu, dia menutup tv dan berlalu membasuh mangkuknya. "Blurp" Jane sendawa kekenyangan.

"Ups" Jane menutup mulut kemudian segera ke tingkat atas setelah membasuh mangkuknya.

Dia perlu memilih baju untuk keluar date nya dengan Zein kejap lagi. Jane memilih-milih baju dress paras lututnya.Lepas sehelai.Sehelai.

"No...Hm.No" bisik hati Jane tidak berkenan dengan baju yang dilihatnya.Kemudian tangannya terhenti pada Jaket jeans berwarna purple BTS yang ditempah khas. Ringkas kerana hanya ada gambar kartun BT21 di bahagian belakang jaket itu. Jaket itu dipadankan dengan baju tee putih pendek di bahagian dalam dan jeans tight hitam. Kasut BT21 putih purple bertapak tinggi nya juga dipilih. Dia sengaja memilih pakaian begini untuk menguji Zein. Hanya kerana untuk melihat Zein sukakan dia hanya kerana penampilan atau dirinya yang sebenar. Lagi pun dia perlu juga memberitahu Zein mengenai dia seorang k-popers. Ramai lelaki yang tidak berminat dengan korean bukan? Xsemua. Jadi dia ingin menguji.

'Ting' pesanan masuk ke telefon pintarnya.

Jane segera melihat.

Zein.

"Awak, saya datang dalam 2.30? Ada hal sikit..Awak siap2 dulu okay?" kata Zein.

"Owh, okay awak.."

"Awak?" balas Jane lagi

"Ye Saya?" balas Zein

" Pakai theme purple tau..Couple matching2💜" balas Jane sambil mengigit hujung kukunya menunggu balasan Zein.

"Alright My Lady 😘" balas Zein dengan emoji.

Jane dan Zein tersenyum-senyum hanya kerana berbalas emoji.Bebunga-bunga hati.

Jane segera mandi.Setelah siap dia segera mengenakan pakaiannya dan mengenakan sedikit natural look pada wajahnya. Lipstick Maybelline Super Stay Matte Ink Self Starter pada bibirnya dan kemudian mengikat tinggi rambutnya menjadi bun. Setelah memastikan semuanya okay dia memasukan telefon, kad bank, lipstick dan bedak ke dalam beg tangan Carlo Rino bewarna hitam. Jane menyembur minyak wangi Midnight Fantasy kegemarannya pada leher, baju Dan pergelangan tangannya. Dia menuju ke tingkat bawah dan menunggu di ruang tamu.

Jam menunjukkan pukul 2.20.

Jane berdebar menantikan Zein.

'Pin' 'Pin' hon kereta dibunyikan di luar rumahnya.

Zein dah sampai. Jerit hati Jane. Jane segera memakai kasut BT21 dan segera keluar rumah dan mengunci pintu.

Jane berjalan merentas halaman rumahnya ke kereta Zein.

Zein memerhatikan Jane dari dalam kereta. Terpaku. Mungkin kerana sebelum ini dia tidak pernah melihat Jane berpakaian begini.

Jane masuk dan duduk di kerusi penumpang bersebelahan Zein.

"Hai" sapa Jane Dan memandang ke arah Zein setelah menutup pintu kereta.

"Hai...Awak nampak lain." kata Zein

"Kenapa?Tak suka? tanya Jane

"Eh taklah..Cantik macam biasa.Cuma yelah, Saya mana pernah tengok awak pakai macam ni kan. Stailish gitu.. " kata Zein

Tersenyum lega mendengar jawapan Zein.

Zein segera memandu pergi.

"Nak tengok cerita apa?" tanya Zein

"Cerita seram nak tak?" tanya Jane bersemangat.

"Ha? Awak tak takut ke? tanya Zein seakan mengelak

"Hahaha..ke awak yang takut ni? Usik Jane sambil mencuit tangan Zein.

"Eh sorry sikit ye. Saya risau awak tu terjerit-jerit kejap lagi." kata Zein mengelak.

Jane mengejek Zein.

Zein kemudian menggapai tangan Jane dan mengenggamnya erat sambil memandu sebelah tangan. -Jangan copy ya..bahaya.

Jane menoleh melihat Zein yang mengenggamnya. Jane tersenyum suka. Zein sekejap-sekejap menoleh ke arah Jane.

Dalam hatinya berkata "She's beautiful and so different from another girl I ever seen"

Pemanduan itu diteruskan sehingga sampai ke mall. Kereta diparkirkan dan mereka keluar beriringan berpegangan tangan masuk ke dalam mall. Memandangkan hujung minggu, mall dipenuhi dengan orang.

Zein memakai baju t-shirt purple dan jeans hitam seperti di ajak Jane. Kasut sneaker puma putih menjadi pilihan Zein berserta cermin mata hitam.Ringkas tetapi tetap tampan menjadi kegilaan ramai perempuan.

Zein menarik Jane rapat ke arahnya kerana orang berpusu-pusu. Jane hanya membiarkannya kerana dia selesa do merasa selamat ketika bersama Zein.

Mereka menuju ke tempat panggung wayang dan memilih cerita. " The Bridge Curse" menjadi pilihan mereka berdua.

Zein membeli popcorn dan air untuk mereka.

Usai membeli mereka segera masuk ke pawagam kerana masa tayangan telah bermula.

Mereka duduk bahagian tengah pawagan.Tidak terlalu ramai.

Jane dan Zein duduk bersebelahan.Zein mengengam tangan Jane sebagai pelindung kononya.

Padahal setiap kali muncul hantu atau part seram dialah yang ketakutan.

Jane hanya tergelak melihat Zein yang ketakutan. Setiap kali takut Zein mengalihkan pandangan nya dan menyorokan mukanya di bahu Jane.

"Comel" bisik hati Jane sambil tergelak.

"Dah...dah tak ada." bisik Jane pada Zein setiap kali part seram habis.

Zein tergelak kecil dengan sikapnya itu.Malu? Memanglah tapi dia lebih selesa dengan Jane.Jadi dia tak kisah.

Mereka menonton sehingga pukul 4.30pm memandangkan waktu tontonan selama sejam lebih.

Habis sahaja movie itu, mereka keluar dari pawagam dan menuju ke tempat makan. Zein mengadu yang dia lapar.Tak sempat makan disebabkan hal yang perlu diuruskannya sebelum keluar dengannya.

Mereka ke Pizza Hut dan memesan makanan Zein. Jane menolak kerana masih kenyang.

Setelah tiba pizza pesanan Zein.Jane hanya memerhatikan tingkah Zein menikmati makanannya.

Apabila terpandangkan gelagat Jane yang asyik memandang ke arahnya,dia berhenti makan dan berkata

"Handsome sangat ke saya ni?" usik Zein.

" Hahahah...memanglah handsome.Kesayangan siapalah kan?" usik Jane balik dan tertawa kecil.

Zein tergelak kecil dan mencubit manja pipi Jane yang gebu itu.

"Awak ni kan" geram Zein

"Nah rasa sikit" kata Zein sambil menyuakan sedikit pizza pada mulut Jane.

Jane geleng tak mahu.

"Sikit je...Nanti sakit sapa susah?" kata Zein

Jane membuka mulut menerima suapan Zein apabila dia berkata begitu.

Zein kemudian mengosok perlahan kepala Jane menandakan "Good girl"

Jane tersenyum.

Usai mengisi perut Zein, mereka berlalu keluar dari mall berpegangan tangan menuju ke kereta yang terpaksa diparkirkan jauh kerana ramai orang hari ini.

Zein sentiasa memastikan Jane selamat semasa berjalan.Contohnya, Jane berjalan di tepi laluan kenderaan lalu lalang namun Zein menarik perlahan Jane ke tepi dan menukar kedudukan mereka.

Sampai sahaja di kereta,mereka terus bergerak pergi dari situ.

"Saya ada satu tempat special untuk awak" kata Zein

"Wahh.. really?"kata Jane

Zein menganguk.

"Dekat mana?Apa benda tu? tanya Jane tak sabar.

"Adalah...rahsia.." ejek Zein.

Pemanduan mereka berhenti di sebuah mall yang sedikit jauh. Jane tahu kerana hanya di mall itu sahaja yang menjual barangan BTS atau BT21. Mata Jane membulat setelah kereta diparkirkan.

Jane menoleh ke arah Zein meminta kepastian.

"Seriously?!" jerit Jane dan kemudian menutup mulutnya setelah menyedari dia menjerit akibat terlalu eksited.

"Yup!Saya tahu awak suka BTS kan..So saya ada buat research sikit tentang mereka" terang Zein

"Aww..thank you awak🥺" kata Jane terharu.

"Tak sangka awak tak kisah apa saya suka.Biasanya orang kutuk" jelas Jane pada Zein

"Untuk awak.Apa salahnya.Asalkan awak gembira,saya pun gembira" balas Zein sambil menepuk lembut tangan Jane.

"Jom!" ajak Zein

Jane menganguk dan segera keluar dari kereta.

Mereka segera masuk ke dalam mall itu dan menuju ke kedai-kedai yang menjual barangan BTS.

Mereka menghabiskan masa selama dua jam memilih barang untuk Jane. Bayangkan. Masuk pukul 6 pm, keluar dua jam selepas itu. Nasib baiklah Zein penyabar orangnga. Semasa hendak membayar, Zein menawarkan diri untuk membelanja Jane.

Jane mengeleng tak mahu kerana harga barang-barang yang dibelinya terlalu mahal. Namum Zein tidak menghirauka nya.

Keluar sahaja dari mall tersebut Jane mengucapkan terima kasih kepada Zein kerana membelanja nya.

"Hadiah dari saya untuk first date kita" kata Zein.

"Thanks awak..." balas Jane kemudian memeluk erat tangan Zein.

"Setiap kali awak pandang atau guna barang ni,setiap kali tu awak teringatkan saya.Kan best tu" usik Zein kemudian tergelak

Jane ikut sama tergelak.

Mereka memandu keluar dari kawasan mall itu dan menuju ke taman berdekatan.

Taman itu sangat besar dan cantik kerana dihiasi dengan lampu dan bangku-bangku yang disediakan menarik, bersih dan redup dengan banyak pokok-pokok. Di sekeliling taman itu terdapat pelbagai jenis jualan makanan yang digelar Food Street.

Mereka bersiar-siar di sekeliling taman itu sambil mengambil gambar kenangan. Dan tak lama kemudian setelah penat jauh berjalan, mereka memilih untuk berhenti rehat di sebuah bangku berhadapan sebuah kolam.

Mereka menikmati suasana tenang sambil berduaan. Kadangkala mengambil gambar kenangan.

Zein meminta diri sebentar untuk ke tandas awam berdekatan. Dia meminta Jane untuk supaya tidak kemana-mana.Risau.

Jane menganguk.

Disebabkan kebosanan dan sedikit haus, Jane berlalu dari situ menuju ke gerai menjual minuman berdekatan.

Zein yang baru pulang dari tandas panik apabila menyedari Jane tiada di situ. Dia menjerit-jerit memanggil Jane namun tiada sahutan. Apabila di telefon tak diangkat.

"Kemana lah si Jane ni pergi.." kata Zein kerisauan.

Tak lama kemudian, Jane datang menghampiri Zein dengan membawa Dua cawan coffee hangat.

"Awak...Nah coffee untuk awak" tegur Jane dari belakang Zein.

Zein segera menoleh melihat Jane apabila menyedari kekasihnya kembali dengan selamat.

"Awak pergi mana...Saya risau tahu Tak sayang?" kata Zein sambil meraup mukanya.

"Beli coffee kejap" kata Jane kepelikan

Zein segera menarik Jane untuk kembali duduk di kerusi tadi.

"Sayang..lain kali mesej saya dulu okay? Risau saya" terang Zein

Jane menganguk dan kemudian memandang dan mengengam erat tangan Zein untuk menenangkannya.

"Coffee.." hulur Jane pada Zein

Zein menyambut dan menyisip nya sedikit.

"Saya okay..jangan risau okay?Hm?" ujar Jane.

Zein memandang dalam mata Jane.

"Saya sayang sangat awak.Saya takut kehilangan awak.Saya bukan kongkong awak, cuma saya risaukan awak" jujur Zein pada Jane.

Jane membalas kata-kata Zein dengan

"Saya pun.Lepas ni saya tak buat lagi okay?" terang Jane

Jane kemudian memeluk erat lengan Zein bagi menghilangkan keadaan tadi.

Zein sekejap-sekejap mengusap kepala Jane.

Mereka kemudian berlalu pergi kerana cuaca semakin gelap dan sejuk.

Mereka berpegangan tangan menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam semasa mereka berlalu pergi dari taman itu.

Di dalam kereta, Jane memusingkan badannya menghadap Zein yang sedang memandu.

"Kenapa? tanya Zein pelik

" Nothing.Saja je saya pandang..Sekejap je masa berlalu masa kita date." kata Jane.

Zein menganguk kemudian berkata

" Lain kali kita pergi bercuti nak tak?" cadang Zein kemudian menggapai tangan Jane.

Jane menganguk setuju.

Tak lama kemudian Jane terlelap kepenatan.

Zein menoleh sekilas pada Jane.

"Patutlah senyap je.Dah tidur rupanya kesayangan aku ni" kata Zein sendirian.

Dia meneruskan pemanduan dengan berhati-hati.

Tak lama kemudian,mereka sampai di hadapan rumah Jane.

"Awak.Awak...bangun.Kita dah sampai rumah awak ni" kejut Zein perlahan.

Jane membuka mata kemudian memandang keluar.Dan kembali menatap Zein. Hehehe

"Sorry awak, saya tertidur pula" ujar Jane serba salah.

"Tak apa sayang. Anyway awak tidur berdengkur" usik Zein sambil tergelak

Jane menutup mulut terkejut.Mukanya sedikit kemerahan kerana malu.

Zein yang memandang telatah Jane segera berkata

"Taklah, saya gurau je...Awak comel je tidur tadi" terang Zein

"Awak..! " kata Jane sambil mencubit Zein

Menjerit sakit Zein kena cubit.

Padan muka kata Jane. Jane segera turun dari kereta.

Zein mengaduh sakit sambil tergelak-gelak.

Sebelum masuk ke rumah, dia berpesan kepada Zein supaya berhati-hati dan memberitahu nya apabila tiba di rumah.

Zein menganguk dan masing-masing melambai tangan.

Zein menyuruh Jane masuk terlebih dahulu. Apabila memastikan Jane telah masuk ke rumah, barulah dia berlalu pergi.

Jane mengunci pintu dan berlalu ke biliknya. Dia menukar pakaiannya dan mencuci muka dan memberus gigi sebelum tidur.Barangan yang dihadiahkan Zein diletakkan di rak display di dinding biliknya.

Setelah itu dia memeriksa pesanan yang diterima daripada Zein.

Dah sampai dan ucapan selamat malam dari dia.

Jane membalas mengucapkan selamat malam sebelum tidur.

"First date" disetkan di dalam calendar telefon pintarnya. Dia tersenyum.

Zein juga melakukan perkara sama.Dia menanda pada calendar telefon pintarnya.

Setelah itu mereka berdua dibuai lena.