webnovel

cheaper ~ 2

Sesudah Linalin keluar dari ruangan itu, selama berjalan ia tidak melihat sesiapa pun yang di lewatnya sampailah ke parking kenderaan di mana kereta nya berada yang di jaga oleh pemandunya ,suami Linalin mengupah pemandu kereta untuk memudahkan nya keluar berbelanja atau ke klinik.

Linalin masuk ke dalam kereta dan duduk tanpa bersuara sekata pun. Pemandunya menghidupkan enjin kereta dan mula bergerak menuju ke rumah Linalin kerana sudah di beritahu lebih awal sebelum berangkat ke klinik.

Arfan suami Linalin sangat terkejut mendengar kehilangan bayi mereka sedang duduk di sofa dan sangat sedih bercampur kesal kerana tidak mempercayai apa yang sudah di katakan Linalin ,ia menundukkan kepalanya tidak berkata apa pun matanya memandang tajam ke arah borang perjanjian pembedahan yang tidak jauh dari di depannya di atas meja.

Arfan sangat menantikan bayi ini bersama isteri nya Linalin ,sudah sekian lama banyak persiapan yang ia siapkan perlengkapan bayi pakaian , permainan dan banyak lagi ia juga membaca buku cara cara menjaga bayi .

Linalin hanya berdiam duduk tidak bersuara setelah menceritakan kehilangan bayi mereka juga menerangkan borang yang harus di tandatangani.

Ibu Farina ,mertua Linalin melemparkan wajah nya memandang ruangan bilik tamu sambil tangan nya memegang dahi merasa sangat pening berbaring di sofa ,yang merebah jatuh terduduk mendengar berita kematian cucu nya, suaminya Suhan turut bersedih cuma berdiam tidak mengatakan apa apa,suasana menjadi hening menantikan cucu pertama di keluarga itu ,kerana Arfan adalah anak tunggal di keluarga itu semestinya sangat kecewan .

Hari berganti hari kisah sedih sudah berlalu ,keluarga itu meneruskan aktiviti harian seperti biasa Linalin juga sudah sembuh dari pembedahan .

"trit..trit..trit.."bunyi telefon Linalin yang bergetar di atas meja membuatnya terjaga dari tidur , tangannya menggapai telefon melihat skrin menunjukkan jam 6 pagi .

la pun bergegas bangun dan membersihkan diri di bilik mandi sesudah itu mengenakan pakaian memegang tombol pintu biliknya sebelum menarik pintu melihat belakang, mencari keberadaan suaminya

"Tidak ada..?Adakah Arfan tidak pulang semalam?"

Perempuan itu bergumam sendiri ia cepat cepat berjalan terus ke dapur , kerana sudah lewat melihat jam yang tergantung di dinding bilik 6:43pagi.

Setiap pagi Linalin akan awal bangun menyediakan sarapan pagi juga mengerjakan pekerjaan rumah walaupun keluarga itu mengupah pembantu ia lebih suka melakukan pekerjaan rumah lagi pula sangat bosan tidak berbuat apa apa , sebelum Linalin berstatus isteri ia berkerja sebagai marketing di sebuah company kerana ingin fokus rumah tangga ia pun berhenti kerja.

Bihun goreng, roti bakar di siapkan bersama jem , omelet,kopi panas juga tea di letakkan di meja makan nampak sangat berselera menikmati.

"Nong tolong panggil lbu Farina juga Papa Suhan"pesan Linalin melihat pembantunya sedang menuju ruang tamu setelah membantunya menyiapkan sarapan.

Suasana keluarga itu tidak lagi seperti dahulu ,mereka sangat bahagia makan bersama sering berbual dengan ibu dan papa Arfan ,juga ke mall atau ke pasar berbelanja bersama dengan ibu Farina bahkan menemani Linalin semasa ke klinik.

Linalin hanya sendiri ibunya sudah meninggal setahun sebelum ia berkahwin, kerana itu ia diperlakukan seperti anak oleh ibubapa Arfan dan tinggal bersama tetapi setelah kecewa kematian cucu mereka,keharmonian keluarga itu berubah tidak ada senda tawa berbual seperti dahulu lagi.

Linalin masih memikirkan suaminya kerana sudah 6 bulan sejak kematian bayi mereka ,jarang melihat Arfan di rumah awal nya sibuk berkerja dan selalu lewat malam pulang ke rumah sehingga beberapa kali tidak pulang rumah walaupun hujung minggu minggu .

Linalin hanya memikirkan bahawa suaminya sangat sibuk dan tidak mempersoalkan hal itu ia cuma risau bagaimana makan dan minum Arfan juga pakaian kerja kerana tidak pulang ke rumah,selesai mengemas dapur ia ingin berjumpa Arfan di tempat kerja.

Linalin a menyiapkan bekal makanan sesudah itu naik ke atas masuk bilik tidur mereka mengambil beberapa pakaian kerja untuk suaminya . Linalin berpakaian kemas blouse lengan panjang dan skirt duyung paras betis ia mencalit lipstick merah ceri di bibir nya tidak lupa juga sedikit krim di muka kerana kulitnya berwarna putih mulus wajahnya sudah kelihatan cerah ,ia mengepit rambut yang panjang separas bahu sesudah melihat dirinya di cermin

"okey .." Ia menjawab di dalam fikirannya.

Terus bergerak keluar dari bilik sambil membawa beg tangan di tangan kanan nya memegang beg kertas yang terisi pakaian kerja suaminya juga bekal makanan di lain beg.

Melihat ruang makan makanan yang terhidang belum di jemah ia mahu meminta izin kepada ibu dan papa Arfan tetapi tidak ada seorang pun di antara mereka di ruang makan.Linalin tidak pedulikan hal itu walaupun ia tahu bahawa sikap mertua nya berubah semenjak kematian bayinya , Linalin hanya beranggapan akan memakan masa untuk kembali seperti dahulu cuma bersabar menunggu.

Setelah berpesan kepada pembantunya ia pun keluar dari rumah pergi ke tempat letak mencari kereta yang di belikan oleh Arfan hadiah ulang tahun nya lalu menghidupkan enjen keretanya menunggu 5 saat ia pun bergerak berjalan keluar sehingga tidak kelihatan lagi bonet keretanya.

Sepanjang perjalanan bermain di fikirannya membayangi wajah Arfan yang sudah lama tidak terlihat senyuman tidak dapat di sembunyikan lagi, Linalin tidak memberitahu suaminya terlebih dahulu kerana ingin memberi kejutan kepada suaminya,ia berencana datang diam diam ke tempat kerja Arfan.

Melihat jam di tanganya sudah 9:33 pagi bangunan company Arfan kelihatan dari jalan ia pun membelok dan masuk terus ke tempat letak kereta tidak ingin di ketahui ia berhenti di tempat kereta tamu mematikan enjin lalu keluar membawa beg makan dan beg pakaian kerja Arfan.

Mengunci pintu kereta dan berjalan menuju pintu utama bangunan Linalin berpesan dengan pekerja wanita di kaunter utama untuk tidak mengkhabarkan Arfan yang merupakan ceo company pengiklanan , kedatangan nya ia akan terus ke bilik pejabat ceo.

Berhenti di depan lift menekankan butang naik simbol ∆ melihat ke atas pintu lift nombor masih silih berganti dari 4 ke 3 sambil menunggu nombor ke nombor 1 mata melihat dirinya di pintu lift lalu melihat sekelilingnya ia senyum merasa malu kerana hanya seorang diri berdiri, pintu lift itu terbuka dengan cepat ia melangkah masuk dan menekan butang no 5 di tingkat pejabat utama .

Berjalan melangkah keluar dari lift tidak ada secretary di ruangan meja yang hanya 10 langkah dari pintu lift ,lorong menuju bilik ceo sangat dingin sunyi kerana tidak melihat sesiapa pun .

"mungkin sedang meting"Linalin bergunam sendiri,terus menuju pintu ruang pejabat CEO memusing tombol pintu tidak berkunci ia pun menolaknya membuka pintu .

"Arfan..!?"

Mata Linalin membulat besar melihat adegan berpelukan berkucupan dengan seorang perempuan yang duduk di paha Arfan membelakangi meja .

Arfan duduk di kerusi putar tangannya menyentuh punggung ,tangan kanannya megengam belakang leher perempuan itu ,saat sedang memejam mata terus menghentikan bibirnya terkejut mendengar suara isterinya.

~~~~~~~~~~