webnovel

Kedinginan Rina

Rina Zafran seorang gadis yang dingin dan dia tidak mempunyai ramai kawan seperti orang biasa. Baginya, kawan hanyalah jenis manusia yang suka menyibuk hal orang. Entah bagaimana, Rina mula berkawan dengan seorang lelaki yang berumur 17 tahun. Sejak itu, mulalah hari Rina dan lelaki itu, Amirul Hakim

DaoistIOOAoB · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
4 Chs

Bab 2

"Wei, kau tunggu sini. Kalau pak cik dah sampai panggil aku," seusai berkata, Rina berlari mengikut lelaki itu.

Wei Xiang hanya mampu melihat. Selepas otaknya tamat mencerna kata-kata Rina barulah dia berkata kepada diri sendiri, "Tapi...nak cari kau kat mana?"

Sementara itu...

'Mana dia dah pergi?' tanya hati Rina.

Kali terakhir Rina nampak, lelaki itu masuk ke kebun sekolah dan kini, dia berada di kebun sekolah tapi...susuk lelaki itu langsung tidak kelihatan.

Rina terasa tangannya ditarik oleh seseorang. Apabila badannya dipusingkan menghadap seorang lelaki, tangan lelaki itu segera ditepis.

"Kenapa ikut abang?"

"Apa..." Rina tergamam dengan tekaan Amirul. Dia tidak dapat menafikannya kerana itulah yang sebenarnya, dia cuba mengikut Amirul.

"Kenapa abang ada kat sini?" tanya Rina, mengabaikan soalan dari Amirul.

Belum sempat Amirul menjawab soalannya, "Kenapa aku kena panggil kau abang pulak? Kita bukannya adik beradik!" tanya Rina. Lagi.

"Kau tanya abang banyak sangat soalan dalam satu masa, macam mana abang nak jawab?" tanya Amirul dengan senyuman.

Rina terdiam.

"First, abang nak tanya kau dulu, kenapa kau ikut abang?"

Rina menarik nafas lalu mengelakkan hubungan mata antara dirinya dan Amirul, "Sebab nak tahu kenapa abang boleh ada kat sini."

Amirul mengangguk, faham.

"Kau," Rina menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk Amirul, "Jawab soalan aku pulak."

"Kalau kau dapat tengok, abang 17 tahun kau pulak dua belas tahun, mestilah kena panggil aku abang, out of respect. Lepastu, abang ada kat sini sebab cikgu-tak! Bekas cikgu abang ajar kat sini."

"Apa nama cikgu tu?"

"Cikgu Hafizan."

"Abang sekolah mana?"

"Sebelah sekolah kau, je dik." jawab Amirul.

"Adik nak pergi dulu," kata Rina selepas melihat jam tangannya. Amirul hanya melihat susuk tubuh Rina pergi dari situ. Mungkin dia ada hal lain yang lebih penting, fikirnya.

"Pak Cik dah sampai?" tanya Rina kepada Wei Xiang yang sedang berbual-bual bersama kawannya.

"Nonsense! Belum."

Rina menundukkan kepalanya kerana penat berlari dari kebun sekolah ke kantin sekolah, 'Baik aku tak payah lari tadi,' kata hatinya.

Rina melabuhkan punggungnya di hadapan Wei Xiang. Rina melihat Wei Xiang sambung berbual-bual dengan kawannya membuatkan dia tenang sedikit. Jika tidak, mesti pening kepalanya perlu mendengar ceritanya.

Wei Xiang kecil setahun dari Rina. Mereka pada mulanya musuh, jika bukan disebabkan seorang perempuan menyatukan mereka, mungkin mereka masih lagi musuh sehingga sekarang. Wei Xiang, Rina dan Devi ialah rakan baik. Kini, Devi berumur 13 tahun, tidak lagi bersama mereka.

Jika mereka bertiga bersama, van itu sentiasa bising dengan gelak tawa mereka. Ditambah lagi dengan bising dari murid lain, kebisingan itu memang on another level.

"Wei," panggil Wei Xiang seraya melambaikan tangannya betul-betul di hadapan mata Rina.

"Kenapa?" jawab Rina, tidak puas hati. Belum sempat dia mahu berkata bahawa dia rindu Devi.

"Cuba kau tengok sana, budak sekolah menengah."

"Nampak," jawab Rina, cuba merahsiakan bahawa dia pernah bercakap bersama salah seorang dari mereka.

"Aku tak pernah nampak Cikgu Hafizan senyum macam tu. Dengan kita bukan main garang, dengan diorang, amboi, senyum sampai ke telinga."

Rina mengangguk, setuju.

"Weh, weh," panggil Rina seraya memukul-mukul tangan Wei Xiang membuatkan Wei Xiang memukulnya semula tetapi pukulan itu diabaikan. Rina tahu, dia yang mulakan ini dahulu, jadi dia perlu bayar harganya.

"Kau nampak?" tanya Rina.

"Nampak siapa?" Wei Xiang mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih teliti.

"Budak gedik tu, lah."

"Maksud kau, dia? Sarah tu? Sarah yang..." Wei Xiang tidak mampu berkata-kata lagi. Terlalu banyak cerita gedik yang diceritakan oleh Rina kepadanya tentang Sarah.

Katanya, tiada siapa yang suka Sarah kerana kegedikkannya. Pernah sekali, Rina menceritakan bahawa Sarah pura-pura tidak bersalah padahal jelas-jelas, dia yang mencuri. Begitu juga dengan ibu bapanya yang tidak habis-habis melindungi anaknya yang bersalah itu.

Rina mengangguk, "Yes, Sarah tu."

Melihat Sarah sedang bercakap bersama Amirul membuatkan perasaan cemburu menguasainya, dia juga tidak tahu kenapa.

"Aku..."

"Kau apa?" Wei Xiang tidak sabar mendengar apa yang Rina mahu beritahunya.

"Tak suka dia bercakap dengan lelaki itu," kata Rina tanpa melihat Wei Xiang sebaliknya melihat Sarah dan Amirul.

"Kenapa?" soalan dari Wei Xiang tidak dijawab.

"Kau suka dia?!" teka Wei Xiang selepas beberapa saat berlalu tanpa jawapan dari Rina.

"Entah." seusai berkata, Rina bangun dari duduknya. Rina berjalan ke arah Amirul dan Sarah.

"Abang!" panggilnya. Senyuman sinis dikeluarkan khas untuk Sarah.

"Oh, adik!" jawab Amirul dengan senyuman di muka seraya melambaikan tangannya.

Rina melihat Sarah sekilas. Dia berjaya! Dia berjaya buat Sarah cemburu!

Senyuman Rina masih lagi diukir. Suasana diantara mereka sangat dingin seperti ada garisan elektrik dari mata Rina dan Sarah.

Amirul tersenyum melihat Rina disebelahnya, comel mukanya dengan senyuman. Ini kali pertama Amirul melihat senyuman dari Rina.

"Kenapa kau ada kat sini? Tak faham? Aku nak bercakap dengan abang aku sekejap," kata Rina selepas sekian lama mereka membuat hubungan mata.

"Fine!" kata Sarah, memberi bendera putih.

"Adik, tengok abang," kata Amirul selepas Sarah pergi dari situ.

Rina tidak berapa dengar arahan Amirul membuatkan dia melihat Amirul. Soalan dari Amirul membuatkan Rina berdiri di sebelahnya. Secara jujur, Rina tidak tahu apa yang dia patut jawab.

"Adik suka abang?"