webnovel

Wanita.., tak kuat.

7 December 2023-Selepas kebah sedikit dari demam. Segala idea timbul macam buih sehingga waktu dah menjengah ke tengah malam dan hujung kaki-terasa seram sejuk. Aku masih menaip dan menulis rawak.

Risau idea yang dapat hilang, terbang dan melayang.

Untuk hasilkan penulisan yang baik, aku sendiri akan tanya pada hati aku, apa yang aku nak sampaikan. Jika ada satu babak 'tentang kesedihan atau nasib malang yang di alami oleh orang lain' aku akan berfikir dahulu dan aku akan tanya hati apa yang aku rasa. Sebab, aku sentiasa kaitkan hati aku dengan perasaan orang lain supaya aku bukan di anggap 'palsu'.

Mungkin ada orang, tertanya-tanya kenapa.

Perkara macam itu sepatutnya, secara spontan. Bila ada orang yang hilang ahli keluarga, kau patut bersimpati dengan mereka.

Ya.. Aku akui bahawa kena ada rasa simpati. Ada masa, aku sejujurnya simpati apabila ianya berkait dengan orang yang rapat dengan aku. But, if he or she was a stranger. Sometimes, aku boleh simpati yet majoriti kalau dia tak sesuai untuk bab simpati. Aku takkan.

Macam tragedi 7 Oktober baru-baru ini, aku empeti dan marah. Aku tak simpati, kerana aku tahu tempat mereka berada kini adalah tempat terbaik.

Aku tak simpati tapi cemburu.

Cemburu dengan orang Palestin, cemburu dengan orang Yaman. Mereka hebat. Mereka kuat, tak macam aku yang tak kuat dan tak hebat macam mereka.

Bukan merendah diri, cuma tersedar bertapa jiwa aku sudah di jajah oleh mereka.

Kadang-kadang pelbagai pertanyaan timbul, mengapa Allah jadikan aku wanita.

Namun, sedikit sebanyak aku terjawab sendiri. Mungkin, kerana aku tak mampu nak terima tanggungjawab sebagai lelaki. Aku kagum dengan penciptaan lelaki.

Mereka seperti ada kekuatan lain apabila mereka ada tanggungjawab. Mereka tak kuat dari segi hati, tetapi aku boleh kata mereka kuat dari mental. Rata-rata, ramai wanita setuju dengan apa yang aku sampaikan. Lelaki ini ada core yang kuat tak seperti wanita.

Tidak berniat nak rendahkan wanita.

Wanita istimewa. Sebab aku sendiri wanita. Aku tahu, kekuatan wanita yang lelaki tak ada. Cuma, jarang sentuh pasal kekuatan jati diri lelaki.

Dari segi permerhatian aku, dari pandangan aku. Lelaki ini macam kau memancing di laut.

Kau nampak laut itu biru, adakalanya kau nampak macam berminat nak ke laut tapi, bila dah tiba. Kau rasa macam, "Eh biasa sahaja. Tapi, cantik."

Bila kau dah sampai laut, ada masa kau teringin nak memancing. Dan, ada masanya.

"Mancing??"

"Bestkah?"

"Entahlah...nampak, macam best."

"Macam susah je. Bantai jelah"

"Aku lagi pakar dari mereka. Silap-silap bawa jerung."

"Ahhh, tak berminat."

Permikiran wanita yang ragu-ragu apabila ianya berkaitan dengan lelaki. Apabila dah kenal, dan dah tahu cara memancing.

"Boleh tahan.. "

"Tak adalah, susah mana."

Cara permikiram wanita bagi lelaki. Bukan lelaki sahaja. Boleh di katakan pada banyak perkara kerana wanita itu rambang permikirannya. Pada lelaki, dalam one box. Hanya ada satu topik. Berlainan dengan wanita. Cara mereka berfikir seperti cabang akar pokok. Hahah.. Funnykan. But, It's the truth.

Apabila wanita itu dah serasi dengan joran mereka. Mata kail dan umpan. Mereka tak akan ganti joran mereka semudah lelaki menukar joran. Mereka sangat setia walaupun Kadang-kadang tak pasti adakah joran mereka okay.

Itulah wanita. Itu kerana ada falsafah pernah kupaskan tentang wanita bahawa mereka tidak perlu dipersoalkan tentang kesetian. Sebab, wanita itu pakar dalam setia. Dan kenapa wanita itu cepat marah, walaupun bukan salah joran.

Kerana marahnya itu, terselit kerisauan. Apa yang berlaku, wanita itu sendiri mencipta alasan kepada alasannya. Jika ada lelaki yang pandai membawa watak wanita. Percayalah, saat dia berdepan dengan wanita pilihannya. Dia akan dungu dan bodoh.

Kerana watak dan wanita itu umpama kapal yang tidak mempunyai pengemudi. Wania tak kuat, mengwal emosinya. Jika ada wanita yang tabah di luar sana. Hanya wanita sahaja yang faham, hati wanita itu. Dalam setahun ini, ada empat ujian fasa ketabahan wanita. Tak mahu disebut siapa mereka, namun semuanya dapat relate. Mana-mana isteri yang turut mengeluarkan pandangan dan luahan mereka, seperti butiran peluru mereka cuba mengingatkan para suami mereka dengan amaran dan amarah.

Itu bermakna, wanita tak kuat.

Mereka takut. Takut, ianya melukakan hati mereka. Kerana ianya berikat dengan emosi. Sakit emosi, kadang tak mampu disembuhkan. Dan mungkin, ada satu tahap. Ianya tawar.

Aku sendiri ingin beritahu awal-awal jika ada pembaca daei golongan lelaki. Jangan timbulkan masalah yang melibatkan hati wanita. Kerna sekali hatinya tawar. Kau tidak akan bahagia.

Mungkin ada yang berjaya pujuk. Tapi, takkan dapat yang sama. Walaupun layanannya baik. Tanpa sedar, kai dah letak racun dalam hatinya. Nampak macam baik sahaja. Lama-lama, dia akan ungkit kesalahahn kau. Kenapa?

Kerana dia tidak pernah lupa perasaan dari penghianatan itu. Kau sakit? Dia berkali-kali sakit. Itu sebabnya, dari awal dah pesan. Jangan khianat kesetiaan dia.

Jika kau rasa bosan dengan dia.

Tidakkah kau tertanya, dia rasa bosan dengan kau atau tidak? Ya. Ada masa, dia rasa bosan. Cuma..dia, ajar dirinya untuk terus kekal dan setia dengan lelaki pilihannya.

Wanita itu tak kuat..

Apabila ianya tentang hatinya. Dia tak kuat. So, kenapa ada wanita yang kuat dan tabah di luar sana.

Kerana....

Dia perlu kuat. Dia perlu kuat untuk orang yang ada di sekelilingnya. Dia perlu kuat, untuk dirinya supaya dia dapat bangkit dan...

Semuanya kerana orang yang berada di sekelilingnya. Jika di rebah. Orang di sekelilingnya akan rebah dan jatuh.

So, wanita itu tidak kuat..

Jangan beranggapan wanita itu mampu terima dan tak terluka. Jangan beranggapan seperti itu. Kerana ianya menyakitkan.