webnovel

Indah yang sementara

Kisah cinta diantara dua insan yang berbeza dunia iaitu ibal yang sentiasa berada di dalam dunia gelap dan irah yang merupakan gadis jelita yang baik dan indah mari kita saksikan kisah ini...

TARTNENAZ · Seni bela diri
Peringkat tidak cukup
12 Chs

Bab 4: Jalan yang aku pilih

Walaupun aku sudah bersama si dia aku masih terfikirkan rakan rakan ku yang selalu bersama aku ketika dulu. Terasa sebak di hati ku memikirkan mereka lalu aku berkata di dalam hatiku.

"Ibal sedarlah ini jalan yang kau pilih"

"Demi bersama dia aku perlu harungi semua ini dan ubah gaya hidup aku"

Lalu aku tekad dalam diriku yang aku ingin mengikat ikatan yang sah bersama dengannya lalu aku perlu mengukuhkan kewangan aku. Disini lah bermula keperitan kedua yang harus aku alami demi si dia.

Aku mula berkerja apabila mendapat kelepasan daripada kolej untuk pulang ke kampung. Hidup aku berubah secara 360 darjah. Selama ini aku bekerja semata mata meluangkan masa lapang aku. Tetapi kali ini aku lakukan demi untuk menghalalkan si dia.

Aku bekerja dengan melakukan "loading" buah sawit di sebelah pagi, Pada sebelah petang aku melakukan kerja pertanian dengan membuat "lining" getah dan sawit. Setiap kali aku pulang bercuti itulah apa yang akan aku lakukan dan setiap upah yang aku dapat aku akan simpan demi untuk menghalalkan si dia. Pada waktu malam aku akan meluangkan masa bersama si dia.

Tipulah sekiranya aku kata semua ini tak penat. Kadang-kadang aku sendiri merasa lelah dan pernah berkata.

"Aku penat, tapi demi si dia aku harungi semua ini"

Sampai ada satu sahabat aku di kolej yang menanyakan diriku setiap kali di kolej.

"Weyh kenapa muka kau nampak penat setiap kali di kolej"

Aku menjawab dengan ringkas.

"Aku tidak apa apa"

Ketika itu si dia merupakan pelajar tingkatan 5 yang ingin mengharungi spm. Dalam masa itu juga aku adalah seorang siswa yang masih dalam pengajian dalam kursus kejuruteraan Sistem komputer dan rangkaian. Walaupun aku sibuk dengan pengajian ku. Aku masih mencari masa untuk melayani dia dan membantu si dia dalam apa apa masalah dari segi pelajaran ataupun lain-lain.

Pada akhir tahun tersebut kami berdua dapat mengharungi pengajian kami.Dia berjaya menjawab perperiksaan spm dan aku berjaya melanjutkan pengajian aku ke tahap diploma. Aku bersyukur kerana kami berdua berjaya dengan pengajian kami di samping kami menjalinkan hubungan ini.

Aku mendaftarkan diri dalam melanjutkan diploma dalam bidang kejuruteraan sistem komputer dan rangkaian. Sementara itu si dia masih menunggu keputusan perperiksaan sijil pelajaran malaysia nya.

Ketika satu masa aku ditanya oleh si dia melalui aplikasi wassap.

"Assalamualaikum awakk"

"waalaikumsalam ye kenapa"

"Saya nak tanya kalau saya nak sambung belajar kat kyp kuantan apa pendapat awakk"

Aku yang mendengar soalan dia tersentak lalu aku menjawab pada si dia.

"Awakk minat tak dengan bidang yang ditawarkan itu"

"Saya minat tapi saya takut lah sebab kuantan bandar yang besar"

"Takpe, awakk pergi belajar saya akan cari kenalan saya yang boleh membantu awakk"

"Baik awakk"

Aku ketika itu merasakan bahagia berkecamuk dengan risau terus mencari kenalan kenalan lama aku yang berada di maran dan kuantan untuk menjaga si dia. Aku berjaya mendapatkan beberapa kenalan untuk membantunya.Waktu itu aku mendapat tahu salah seorang rakan ku mempunyai adik yang menyambung pengajian di situ.

Malam itu aku mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan adik rakan ku itu. Aku yang selama ini tidak pernah selesa untuk berbual dengan perempuan secara berdepan terpaksa aku tebalkan muka aku dan berjumpa dengan adik rakan aku.

Setelah aku tiba di rumah rakan ku itu aku terlihat sosok rakan ku boy yang berada di hadapan rumah. Lalu, aku menegurnya.

"Assalamualaikum boy"

"Waalaikumsalam ibal"

"Kenapa kau datang ibal?"

"Aku nak jumpa adik kau yang belajar dekat kyp kuantan tu sekejap boy"

Rakanku itu terus memanggil adiknya keluar. Lalu adiknya pun keluar. Aku pun tunduk dan berkata.

"Assalamualaikum maaflah ganggu cuma saya nak mintak tolong jagakan seseorang yang akan masuk ke kyp kuantan itu"

Adik rakanku menjawab.

"Siapa orang itu?.. ada gambarnya dan kos apa yang dia akan masuk?"

Lalu aku memberikan telefon bimbitku yang mempunyai gambar si dia dan memberitahunya nama penuh si dia berserta kos yang akan di masuki olehnya. Lantas, adik rakanku berkata hebat budak perempuan ini sebab dapat membuat si gila kampung untuk tunduk demi mendapatkan pertolongan orang untuk menjaganya.

Adik rakanku pun bersetuju akan menjaga si dia yang akan melanjutkan pengajian di kyp kuantan tersebut.Dia memulangkan kembali telefon bimbitku dan masuk kembali ke dalam rumah. Aku pun mengeluarkan rokok dan berborak dengan abangnya yang masih berada di luar.

"Boy terima kasih sebat benarkan aku jumpa adik kau"

"Sama sama ibal.. tapi aku peliklah macam mana orang yang seganas kau ni boleh tundukkan kepala demi seseorang wanita yang asing. "

"Dia bukan asing boy tetapi dia lah orang yang mengubah hidup aku sejak aku mengenalinya."

"ooo.. disebabkan perempuan ni lah kau tinggalkan semua aktiviti lama kau... hebat perempuan ini."

Kami meneruskan perbualan aku sehingga ke larut malam. Lalu, aku pulang lah ke rumah ku. Setibanya, aku dirumah ku,aku terus menghubungi si dia dan mengkhabarkan berita itu padanya.

Sesuatu yang ku tidak jangka berlaku, si luqman kembali ke dalam hidup si dia dan kembali berpasangan dengan si dia. Ketika itu aku merasakan diriku seperti dikhianati dan terasa terlalu pedih di dalam hati aku ini. Tapi ketika ini aku tak pernah terfikir untuk curang terhadapnya. Aku setia menunggu si dia dan tidak memandang wanita lain.

Selama 3 bulan aku menunggu si dia. Ketika itu aku dalam minggu penilaian dalam tahap 1 diploma aku menerima panggilan dari si dia yang mengatakan dia putus dengan luqman tapi mengalami satu ugutan.

"Awakk saya dah putus dengan luqman. Awakk kena tolong saya dia ugut akan sebarkan aib saya"

Ketika aku mendengar apa yang dikatakan dengan jelas secara mengejut aku merasa geram terhadap si luqman. Lalu aku berkata.

"Bagi saya no luqman"

Tapi si dia berkelakuan seperti tidak mahu memberikan nombor telefon luqman. Aku masih berkeras ingin nombor telefon luqman. Akhirnya dia memberikan nombor telefon luqman. Aku menelefonnya dan dia mengangkat panggilan ku.

"Assalamualaikum luqman aku tak nak cakap banyak cuma aku nak cakap satu benda sahaja kau sebarkan aib si dia aku akan cari kau sampai lubang cacing dan aku akan bunuh kau"

Dia tidak mengendahkan ugutan aku lalu meletakkan panggilan dan block panggilan aku.

Aku menghantar beberapa mesej ugutan kepada dia dan berkata aku akan cari dia.