webnovel

How Can I Reborn With Demon Eyes (Malay)

Kisah remaja lelaki bernama Kiroma Soha yang mempunyai kebolehan melihat aura negatif di sekeliling tubuh manusia. Setelah terserempak dengan seorang gadis, dia mendapat tahu bahwa terdapat sosok hitam yang boleh mencederakan manusia. Di sekolah, dia ditemukan seorang gadis cantik bernama Aoha Mirai iaitu seorang pelajar pindahan. Harinya berubah dari hari biasanya kepada lain setelah bertemu dengan gadis tersebut. Dan mengetahui tentang sosok hitam yang ditemukannya.

Panda_Sensei · Sci-fi
Peringkat tidak cukup
11 Chs

Kekuatan Tersembunyi Terbongkar

"Sebenarnya apa yang terjadi semasa dalam medan latihan sebentar tadi?" Tanya Kiroma untuk memahami situasi sakarang. "Semasa awak berada di tengah-tengah pertarungan. Awak tiba-tiba berubah jadi orang lain. Rambut awak berubah putih dan keluar api biru di sekeliling badan awak juga terdapat sebuah pedang tanpa bentuk muncul daripada dalam tubuh." Terang Aoha bagi mengambarkan apa yang dilihatnya. "A-apa?" Tanya Kiroma sambil ketakutan. "Berubah menjadi orang lain selain diri saya?" bisik hati Kiroma. "Saya tanya lagi sekali. Siapakah awak sebenarnya? dan kekuatan apa yang awak keluarkan tadi?" tanya Aoha dengan nada serius. "Ke-kekuatan? Apa yang dimaksud Aoha sebenarnya." bisik hati Kiroma selepas mendengar kata-kata Aoha. "Saya sebenarnya-" kata-kata Kiroma terhenti. "Hallo semua" jerit Jin yang tiba-tiba muncul di bilik pemulihan Kiroma. "Eh, komander!" teriak Kiroma dan Aoha serentak. "A-apa yang komander buat disini?" tanya Aoha. "Saya hanya mahu melawat anggota saya yang tercedera itu sahaja." Terang Jin. "Ang-anggota?" tanya Kiroma sambil kebingungan. "Ya, awak adalah anggota rasmi dalam markas kami. Taniah!" jelas Jin. "Komander, sebenarnya dia ni siapa?" tanya Aoha sambil menunjukkan jarinya kepada Kiroma. "Eh!" teriak kecil Kiroma setelah melihat reaksi Aoha. "Dia Kiroma lah siapa lagi?" jawab Jin dengan nada menyindir. "Ayat tersebut tidak lawak sama sekali, komander!" kata Aoha sambil menunjukkan buku limanya. "Ba-baiklah saya bagitahu!" teriak Jin kerana takut kepada Aoha. "Fuh" nafas lega Aoha kerana penat melayan perangai komander. Setelah itu, Kiroma dan Aoha memasang telinga untuk mendengar penjelasan komander. "Kamu berdua pernah dengar tentang Demon Eyes?" tanya Jin. "Demon Eyes?" jawab Kiroma dalam kebingungan. "Saya tidak pernah lagi mendengar tentang hal itu." Jelas Aoha. "Demon Eyes adalah sebahagian daripada pencipta Minion iaitu Demon. Ibarat seperti keturunannya." Terang Jin dengan jelas. "Setiap 100 tahun, seorang anak dari kaum manusia akan dikurnia kekuatan Demon Eyes kepadanya sebagai penganti dirinya untuk berjalan di dunia kita dan menaklukinya. Pada sekarang ni, Kiroma memiliki kekuatan tersebut di dalam tubuhnya." Jelas Jin. "A-apa!" teriak Aoha selepas mendengar penjelasan daripada Jin. "Ini adalah kutukan!" teriak Kiroma sambil mengenggam tangannya. "Ke-kenapa saya dilahirkan dengan kekuatan tersebut?" tanya Kiroma sambil menangis. "Itulah sebabnya Battle Royale dibuat bertujuan untuk membunuh kamu, Kiroma." Jawab Jin tanpa teragak-agak. "Me-membunuh saya? Apa yang awak cakapkan ni, komander!" tanya Kiroma sambil marah. "Tujuan utama acara tersebut adalah untuk melenyapkan Demon Eyes milik kamu tetapi saya sudah salah mengira bahwa kamu akan terbunuh semasa dalam acara Battle Royale itu." Jelas Jin. "Ternyata kekuatan Demon Eyes melampaui dugaan saya." Kata Jin. "Mu-mustahil!" bisik Kiroma. "Jadi, saya ada soalan untuk kamu?" tanya Jin sambil tersenyum kearah Kiroma. "Haa?" reaksi Kiroma dan Aoha pada masa yang sama. "Kamu masih mahu bersama kami atau tidak?" tanya Jin tanpa sebarang riak wajah. "Saya menola-" kata Kiroma terhenti. "Sebelum kamu membulatkan keputusan, saya akan memberitahu sesuatu?" jelas Jin. "Jika kamu berhasil membunuh Demon ada kemungkinan Demon Eyes yang berada di dalam diri kamu akan turut lenyap juga dan kamu akan memperoleh kehidupan yang normal semula." Bisik Jin ditepi telinga Kiroma. "Sa-saya terima!" kata Kiroma sambil menundukkan kepalanya. "Bagus, kerja saya disini selesai!" teriak jin sambil keluar dari bilik pemulihan. "Mintak maaf Aoha, sa-saya ni adalah raksasa!" kata Kiroma sambil memalingkan muka untuk menyembunyikan air matanya. Tiba-tiba Aoha memeluk Kiroma dengan lembut sambil mengusap kepalanya. "Semuanya akan baik-baik sahaja." Jelas Aoha. "Ke-kenapa saya berasa lebih tenang sekarang?" bisik hati Kiroma semasa dipeluk oleh Aoha. "Haa, ternyata benar apa yang saya lihat ini. Kamu memeluk Kiroma ya, Aoha!" suara guru Komi yang tiba-tiba muncul di depan pintu bilik pemulihan. "Ma-mana adalah!" teriak Aoha sambil menolak Kiroma. "Kamu memang ada hati dengan Kiroma kan, Aoha!" kata guru Komi kepada Aoha. "Mustahil saya ada hati kepada orang yang baru saya kenal." Jelas Aoha untuk menghilangkan salah sangka guru Komi. "Err, boleh saya tahu? Kenapa guru Komi berada disini?" tanya Kiroma untuk menghilangkan suasana janggal yang berlaku sebentar tadi. "Cikgu berada disini untuk melihat keadaan kamu. Cikgu dengar kamu pingsan di medan latihan, betul ke?" tanya guru Komi semula. "Iya" jawab Aoha menggantikan Kiroma. "Tapi sekarang kamu terlihat lebih okay daripada apa yang saya dengar." Kata guru Komi. "Ini mesti sebab pelukkan hangat daripada Aoha kan?" tanya guru Komi sambil memandang kearah Aoha. "Itu mengarutlah!" teriak Aoha sambil menyembunyikan mukanya yang tiba-tiba merah. "Baiklah, cikgu pergi dulu." Kata guru Komi sambil keluar dari bilik pemulihan. "Awak jangan memberitahu pada sesiapa apa yang berlaku tadi ya?" jelas Aoha seakan-akan mahu membunuh Kiroma. "Ba-baiklah!" teriak Kiroma kerana takut atas amaran Aoha. "Okay, sekarang awak terlihat lebih baik. Mari pulang ke rumah." kata Aoha.

"Nanti kita jumpa lagi di sekolah ya!" teriak Aoha sambil melambai kearah Kiroma. "Ba-baiklah!" jawab Kiroma. Kiroma terus pulang ke rumah dalam keadaan kepalanya terngiang-ngiang dengan perkataan Demon Eyes. "Kenapa saya mendapat kekuatan terkutuk ini?" bisik hati Kiroma sambil memandang langit. "Saya pulang, ibu!" teriak Kiroma setelah masuk ke dalam rumah. "Selamat pulang" balas Masaki. "Saya pergi ke bilik dahulu ya." Kata Kiroma kerana penat bertarung sesama sendiri di medan latihan. "Mandi dahulu ya." Terang Masaki. "Baiklah." Jawab Kiroma." Akhirnya kembali jugak diatas katil yang tercinta. Saya ingatkan saya tidak dapat jumpa kamu lagi." Kata Kiroma seorang diri di biliknya. "Saya mempunyai kekuatan yang terkutuk dipanggil Demon Eyes ya? Saya janji akan melenyapkan Demon dan semua Minion termasuk Ghoul di dunia ini untuk membebaskan diri dari kutukan ini." Jelas Kiroma kepada dirinya sendiri. "Saya akan terus hidup dan akan membunuhnya dengan tangan sendiri!" teriak Kiroma seorang diri. "Kiroma, kamu belum tidur lagi?" tanya Masaki yang berada tepat di bawah bilik Kiroma. "Saya tidur, ibu!" teriak Kiroma kerana takut akan ibunya. Hari Kiroma bermula tragis tentang maklumat kekuatan yang dimilikinya. Tetapi dengan perasaan benci yang kuat membolehkan Kiroma berdiri untuk menyelesaikan masalahnya dengan makhluk yang digelar Demon tersebut. Malam pun berlangsung bagi Kiroma tanpa sebarang The Vision mendatanginya.