Rakan-rakannya mengelarnya Last kerana dia selalu mendapat tempat terakhir di mana-mana acara maupun atas urusan-urusan terakhir. Disini kita tidak akan menggunakan nama sebenar dari karakter novel ini jadi harap maklum.
-jam 10.00 pagi-
Murid-murid memasuki kelas pembelajaran subjek matematik. Di barisan tengah kanan terdapat seorang pelajar yang dipanggil Last menumpukan pendengaran dan penglihatannya pada guru yang sedang belajar namun di dalam fikirannya mengatakan hal lain.
"Bila kelas ini mahu selesai... aku mahu pulang selesaikan baca novel transmission verse dan komik mighty cosmic keluaran edisi terhad...hmm" kata Last di dalam pemikirannya.
Guru matematik tersebut memandangi Last.
"Last, kamu fokus dengan tenun mempelajari apa yang ku ajar ini atau sedang melamun? Sudahlah Last kamu itu selalu menduduki posisi terakhir di setiap ujian" kata guru matematik kepada Last dengan nada menasihati.
"Ermm aku sememangnya fokus melihat pembelajaran guru dan saya yakin kali ini saya tidak akan mendapat tempat terakhir dalam ujian" kata Last.
-seketika kelas terdiam...-
"Benarkah Last kamu yakin kamu tidak akan menduduki posisi terakhir di ujian ini? Setiap kali kamu mengatakan itu pasti kamu akan menduduki posisi terakhir di setiap ujian" kata rakan bersebelahan Last.
"Aku yakin seyakin-yakinnya bahawa akan mendapat posisi pertengahan dan bukan posisi terakhir"kata Last.
"Sudahlah Last,kelas sudahpun selesai dan kalian semua sudah boleh kemaskan barang dan pulang ke rumah. Oh ya jangan lupa selesaikan homework yang guru beri ya" kata guru tersebut kepada Last dan seisi kelas.
"Baik guru" semua pelajar mengatakannya.
...
Sesampainya Last di rumah, tanpa berfikir panjang dia membukan komputer dan melihat update terbaru dari novel dan komik kegemarannya.Last menghabiskan waktu siang dengan membaca novel serta komik kegemarannya.
....
Last merupakan seorang anak tunggal berumur 17 tahun yang tinggal bersama ibu bapanya dan dia hanya hidup secara sederhana. Dia tidak suka membeli benda yang tidak perlu dan berfikiran terbuka, dia juga seorang yang akan meminimalkan kos pengeluaran pembeliannya, contohnya dia akan menyemak ulang harga pembelian komik dan novel di kedai-kedai buku dan membandingkan harga kemudian membeli harga yang paling rendah. Last seorang yang suka mengikuti keadaan, dia akan bersosial secara terbuka jika keadaan dari segi suasana, emosi, persekitaran, waktu dan lain lain dalam keadaan yang bagus. Maklumat lain mengenainya mungkin saya akan beri di chapter bab yang lain
Kembali ke jalan ceritanya. Malam pun tiba,seusai Last makan malam bersama keluarganya. Last memasuki biliknya dan bermain game online bersama rakan-rakannya di dalam game tersebut kemudian seusai bermain game dia akan sambung hobi kegemarannya iaitu membaca komik dan novel. Di pertengahan membaca komik, Last berhenti dan ingin tidur... di dalam gelap gelita bilik itu... Last memandangi langit-langit ruang bilik dia dan berkata.
"Sampai bila semua ini akan selesai? Mengulangi kitaran hidup seperti ini tanpa perubahan tetap... tiada kemajuan dalam hidup... yang hanya ada perubahan hari dan waktu. Sampai bila aku harus jadi seperti ini... pergi ke sekolah,belajar,pulang ke rumah membaca komik dan novel, kemudian makan,mandi,tidur dan ulangi lagi di esok hari. Bila kitaran ini akan putus?" Kata Last dalam kesenyapan bilik yang gelap gelita itu...
Last mahu memejamkan mata dan tidur namun dia terjaga dan menyadari ada sesuatu yang aneh. Suhu ruangan berubah dengan dratis, panas dan sejuk bertukar suhu setiap detik, segala sesuatu menjadi berat kemudian ringan, Last merasa ada yang aneh, dia merasa kemempatan ruang menjadi sempit kemudian kembali biasa dan kembali menjadi sempit dan berulang-ulang, jarum jam menjadi lambat kemudian menjadi normal menjadi cepat kemudian lambat dan normal kembali. Last merasa aneh dan was was dengan keadaan di sekelilingnya di dalam bilik itu. Dia merasakan terdapat sebuah sesuatu perkara yang tidak dapat difahami dari akal sihat manusia sedang terjadi di dalam ruangan bilik tersebut. Tiba tiba di tengah-tengah ruangan bilik tersebut tedapat sebuah garis halus melayang secara horizontal dan tiba tiba menjadi sebuah retakkan kecil yang memaparkan warna keabu abuan dari dalam retakan kecil tersebut. Last mula membiasakan tubuhnya dengan ruangan biliknya yang sentiasa berubah-ubah keadaan dan mendekati retakan kecil sebesar tapak tangan bayi di pertengahan ruang bilik tersebut.
"Apa ini?" Kata Last
"Sesuatu yang tidak mungkin sedang terjadi di hadapanku ini... retakan ini melayang dan bisa diambil kesimpulan yang boleh dikatakan ialah sebuah retakkan ruang. Bagaimana sebuah ruang bisa retak? Dan kenapa terjadi di dalam bilik tidurku? Kata Last
Untuk mengetahui lebih lanjut, Last mengambil sebatang pensil dan menyentuh retakan ruang dari hujung pensil tersebut. Tanpa disangka ianya memparahkan lagi retakkan tersebut dan memperbesarkannya. Tiba-tiba terdapat sebuah fenomena tarikkan daya sedotan ke dalam retakkan yang kini bisa dikatakan lebarnya 2 meter dan tinggi 1 meter. Last merasa dirinya ditarik dan melihat sekelilingnya tidak dipengaruhi oleh tarikkan tersebut. Tarikan semakin kuat dan kuat kini tarikkan tersebut mampu menarik benda seberat sebuah kereta. Last berpaut pada pintu biliknya namun dia terserap ke dalam retakkan tersebut. Badannya menjadi panjang dan mengecil kemudian membesar dan melebar kemudian mengecut dan semakin terjadi perubahan sementara dia berada di dalam retakkan tersebut. Dia merasakan kekosongan di sekelilingnya kemudian melihat sebuah garisan tanpa batas dan cabang-cabang tanpa akhir. Dia mengikuti arus dan menyimpang ke arus di cabang terdekat.
...
Matanya buka secara perlahan... di terkejut dirinya berada di tengah-tengah hutan dan ianya mempersoalkan dirinya
"A-apa yang baru sahaja terjadi dan kenapa aku di tengah-tengah hutan?".
Chapter 1 tamat