webnovel

Xia Xinghe, Kamu Perlu Datang

Editor: EndlessFantasy Translation

"Cik Chu, ini satu tindakan yang begitu bagus dan bertimbang rasa daripada kamu. Tetapi saya khuatir kakak saya tidak pemurah untuk menerima kebaikan Cik Chu."

"Kenapa tidak?" Kata Tianxin sambil berkerut. Jika Xinghe tidak datang, rancangannya akan gagal.

Wushuang merendahkan suaranya sambil berkata dengan rasa serba salah, "Cik Chu, tidak perlu ada rahsia di antara kawan. Jadi jangan memandang rendah pada keluarga saya jika saya memberitahu kamu hal ini. Kakak saya… bukan dirinya sendiri semejak beberapa tahun yang lepas, jadi suasana seperti ini tidak sesuai baginya. Dia tahu dia akan diketawakan jika dia menerima jemputan jadi dia mungkin tidak akan datang."

Tianxin tentu tahu betapa teruknya keadaan Xinghe sekarang.

Secara semula jadi, dia tidak berkata apa-apa sebaliknya dia hanya mengeluh. "Tetapi kami bukan menjemputnya kerana kami mahu mempersendakannya. Kamu sendiri tahu, Lin Lin sudah bertahun tidak berjumpa ibunya…"

"Cik Chu, saya faham dan menghargai kebaikan kamu. Malah kamu orang yang mempunyai hati yang baik sekali. Tetapi saya khuatir Xia Xinghe tidak mempunyai maruah untuk menghadiri parti ini."

"Tetapi Mubai beritahu saya dia berjanji dia akan hadir."

"Betul kah?"

"Betul." Kata Tianxin dengan anggukan terpaksa.

Wushuang cuba menyembunyikan kehendaknya untuk ketawa.

Xia Xinghe bersetuju untuk datang? Mesti terdapat lubang dalam kepalanya.

Kamu tahu apa yang mereka katakan, pelacur perlukan muka tebal untuk terus hidup.

Pemikiran ini timbul dalam fikirannya semasa hatinya dipenuhi kegembiraan dan kebahagiaan.

"Cik Chu, saya tahu personaliti kakak saya. Jikalau dia berkata dia akan datang, dia akan datang. Saya hanya takut dia akan sampai apabila parti ini hampir berakhir…" Wushuang tidak dapat menghabiskan perkataannya kerana dia terus ketawa terbahak-bahak. Tianxin melakukan perkara yang sama!

Malah, nada kekerapan ketawa mereka hampir sama.

Setelah ketawa mereka reda, kedua-dua wanita memandang ke mata satu sama lain dan mendapati satu resonans yang aneh tapi biasa daripada mata satu sama lain.

Apa yang mereka nampak dan iktiraf ialah kebencian mereka terhadap Xia Xinghe, perempuan jalang tersebut.

Tianxin cuba terbaik untuk mengawal dirinya dan berkata dalam suara yang lembut, "Sangat teruk jika kejadian begitu berlaku. Xi Lin akan kecewa…"

"Saya yakin dia akan kecewa. Demi Xi Lin, saya harap Xinghe boleh sampai tepat pada masanya," kata Wushuang bersetuju dengannya.

Mereka asyik berkata tentang Xi Lin tetapi mereka tidak benar-benar risaukan tentang budak tersebut. Mereka mahukan Xinghe berada di situ untuk kehendak mereka sendiri.

Jadi Xia Xinghe, kamu perlu datang.. secepat mungkin.

Jika tidak mereka akan menjadi benar-benar kecewa.

Kedua-dua ular tersebut menjumpai lebih banyak persamaan antara satu sama lain semasa perbualan mereka berterusan.

Akhirnya Tianxin mendapati dirinya cukup selesa dengan Wushuang lalu dia menjatuhkan segala aksi pura-puranya.

Dengan terbuka dia berkata, "Wushuang, apa kata kamu membantu saya pergi melihat sama ada perempuan tersebut sudah sampai, dan panggil saya jika dia sudah sampai."

"Tiada masalah." Wushuang berpisah daripadanya dengan senyuman.

Tianxin mula ketawa semasa Puan Tua Xi yang tua berjalan ke arahnya. Dia bertanya, "Tianxin, apa yang kamu sedang ketawakan sendirian?"

"Mak Cik!" Ketawa Tianxin bertukar menjadi lebih cerah semasa dia menarik lalu memeluk Puan Tua Xi. Dia menjelaskan, "Tidak ada apa-apa, saya hanya berasa sangat gembira hari ini."

Puan Tua Xi ketawa sambil berkata, "Kamu sangat gembira berfikir mengenai perkahwinan kamu dengan Mubai?"

"Mak Cik, Mak Cik mengusik saya lagi…" Muka Tianxin bertukar merah, setiap perlakuannya yang dilakukannya dengan penuh perkiraan memang anggun.

Puan Tia Xi memandang Tianxin dengan sangat yakin. Lebih banyak dia meluangkan masa dengan Tianxin, lebih kuat perasaan sukanya pada bakal menantunya ini.

"Tianxin, sambutan akan bermula tidak lama lagi. Jangan lupa datang ke atas pentas apabila Mak Cik panggil nama kamu, okey? Mak Cik akan mengumumkan perkahwinan kamu dengan Mubai.'

Tianxin tergelak lalu berkata, "Betulkah Mak Cik! Mak Cik begitu baik kepada saya!"