webnovel

Tidak Berminat Langsung dengan Dia

Editor: EndlessFantasy Translation

Mungkin di dalam seluruh dunia, hanya Xinghe yang akan melayannya begini.

Mubai terpaksa mengalah, "Saya kata saya tak boleh buat apa-apa tentang menyingkirkan Yun Ruobing, tetapi saya tak kata saya tak boleh tolong kamu untuk masuk semula ke makmal."

Seperti yang dia jangka, Xinghe kembali duduk semula. Mubai melepaskan genggaman tangannya.

"Tapi bukan ke Nenek kamu sudah mengharamkan saya dari masuk ke makmal?" Kata Xinghe sebelum menambah, "Sebenarnya saya tak perlu balik pun ke makmal itu, kajian saya tetap boleh dijalankan dengan bantuan makmal lain. Cuma, saya tak nak menyerahkan hak milik penciptaan anggota badan tiruan itu pada mana-mana syarikat lain selain syarikat kamu."

Mata Mubai bersinar gembira. Dia sangat gembira kerana Xinghe memikirkan tentang kepentingannya.

Tetapi, apa yang dikatakan Xinghe seterusnya membuatkan Mubai kembali pada realiti. "Hak milik sesuatu yang cukup bagus seperti ini perlu pergi pada Lin Lin."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com