"..." Xinghe.
'Kamu perlu perbaiki reaksi muka tak bersalah kamu itu.'
Bagi Saohuang, harinya telah berubah dari syurga kepada neraka. Namun, ia berbeza sama sekali buat Keluarga Xi. Mereka akhirnya menemui bukti yang diperlukan untuk membersihkan segala tuduhan ke atas mereka.
Munan pulang ke rumah. Keluarga Xi diselubungi suasana kebahagiaan. Bahkan Puan Besar Tua Xi turut berasa begitu gembira sekali.
Puan Xi menyediakan makan malam besar untuk meraikan kejayaan ini. Dia juga menyuruh Mubai menjemput Chengwu dan Xia Zhi.
Chengwu dan Xia Zhi mendengar segala-galanya dari Xinghe pagi itu. Mereka terkejut kerana Xinghe berada dalam keadaan marabahaya sebulan yang lalu. Syukurlah, dia pulang dengan selamat dan semuanya baik-baik sahaja!
Dia memberikan sumbangan terbesar untuk membantu Keluarga Xi keluar dari halangan ini. Di meja makan, setiap ahli Keluarga Xi memberikan Xinghe penghargaan dan puji-pujian.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com