webnovel

Soul Hunter Game

Hari ini 5/6/2019 genaplah seminggu permainan Soul Hunter Game. Pada pukul 8.00 Malam mereka telah menghentikan semua rancangan untuk menghantar video jawapan kepada teka teki ini. Mereka menyimpulkan aku membunuh mereka sekadar untuk menggembirakan nafsu membunuh aku sahaja. Memang betul aku membunuh untuk bergembira tetapi itu bukan sebab aku membunuh mereka bertujuh. Jadi keesokkan harinya aku menghantar satu video kepada syarikat television untuk menyiarkannya. Mereka bertujuh mati kerana tidak melakukan tujuh dosa mematikan. Si pengemis sangat rajin ia berlawanan dengan sifat malas. Mangsa kedua seorang lelaki biasa yang sebenarnya dia merupakan seorang kontraktor .Dia memberikan selalu menderma kepada rumah kebajikan ataupun pengemis ia berlawanan dengan sifat tamak. Seorang wanita kaya. Walaupun kaya dia tidak pernah menunjuk-nunjuk ia berlawanan dengan sifat angkuh.Mangsa seterusnya seorang wanita sebenarnya dia agak miskin tetapi tidak pernah iri hati ia berlawanan dengan iri hati. Seterusnya seorang lelaki yang bekerja sebagai pelayan dia tiada sifat nafsu kerana ramai perempuan cuba menggodanya tetapi dia tak berminat. Hippie mesti melindungi alam semulajadi ia berlawanan dengan sifat rakus dan mangsa terakhir meupakan seorang pengasuh dia seorang yang sangat penyabar ia berlawan dengan sifat marah.

JADI AKU AKAN MEMBUNUH 12 ORANG SEBAGAI DENDA