webnovel

Kebangkitan Pembunuh

Pada usia ku 7 tahun aku sering dibuli oleh kawan kawan ku . Aku juga sering diejek oleh kakak , dimarahi ibu dan bapaku. Suatu hari aku kehilangan semangat untuk belajar , bersukan dan lain lain. Beberapa hari kemudian aku terlihat ada seekor ayam merosakkan tanaman kemudian aku memotong kaki ayam tersebut kerana merosakkan tanaman yang aku usahakan. Ada seorang budak terlihat aku memotong kaki ayam tersebut lalu aku mengejar dan memukul dia . Sekumpulan lelaki menghentikan aku dari memukul dia . Budak lelaki itu memberitahu perkara yang dia nampak kepada ibu bapanya dan ibu bapaku . Aku dimarahi , bapaku berkata " Kau nak jadi samseng ke sekarang dah besar nanti nak jadi pembunuh pula". Aku membalas dengan suara yang lantang " Ya sebab Mak dan Ayah tak pernah sayangkan adik . Mak dan Ayah cuma sayang kakak". Kedua Ibu Bapaku terkelu dan terkejut dengan perkara yang ku katakan