webnovel

Bab 6_Gangguan

Lepas kejadian itu, aku lalui semester 3 dengan tenang hingga ke exam. Selepas bermula semester 4, aku mula hidup menyendiri dan tidak mempedulikan kawan-da juga cuba menghubungi aku tapi lama-kelamaan aku naik fed up,. Jadi aku terus menukar nombor.Tapi hanya utk beberapa bulan sahaja. Tetapi mungkin setelah beberapa kali dia cuba menghubungi aku. Tidak lama selepas itu, Hazama mula menghantar bunga setiap petang ke bilik aku. Aku bertambah risau jika seseorang akan tahu tentang hubungan kami. Kak Ayu juga sudah mengesyaki sesuatu tapi aku hanya menjawab yg aku tidak mengenali pengirimnya tu. Setiap kali dia hantar bunga-bunga itu kad itu hanya tertera huruf H. Jadi aku memang dapat rasakan hanya dia sahaja yg berani buat begitu.Hampir sebulan, bunga itu masih dihantar hingga satu hari aku terpaksa juga menghubungi dia.

Hazama: Hello..Sayang! Aku memang

menunggu panggilan dari kau.

Aku: Assalamualaikum.. Aku bukan ni sayang

kau. Tolong sedar diri sikit. So lepas ni

stop hantar bunga dekat aku. Aku tak

suka. Lebih baik kau jangan ganggu aku

terus. Senang! By the way, macam mana

kau tahu aku yang call kau?

Hazama:Aku tahu kau pasti akan call aku. Kau

dah tak boleh lari pun dari aku.Antara

sebabnya kau tu junior aku juga.

Sampai bila kau boleh lari dari aku.

Aku akan jumpa kau juga. Erm.. by

the way, dah alang-alang kau dah call

ni. Jom! Aku nak ajak keluar.

Aku: Encik Hazama.. Tolong la jangan ganggu

saya lagi. Saya akan keluar dengan

awak. Sampai bila awak kena ganggu

hidup saya? Awakkan dah ada girlfriend

keliling pinggang. So lebih baik awak cari

diorang bukannya saya. Maaf ye encik

Hazama saya terpaksa tolak pelawaan

awak.

Hazama: Kau pasti tak menyesal tolak

pelawaan aku ni?

Aku: Ye saya pasti. So please stay away from

me!

Hazama: Kau tak nak aku buat kecoh kat

depan bilik kau kan?

Aku: What? what do you mean?

Hazama: Aku dalam kereta. Aku park betul-

betul depan bangunan asrama kau

dan setentang dengan bilik kau. Kau

nak suruh aku turun datang kat bilik

kau ke atau macam mana?

(dengan segera aku menjenguk ke

luar tingkap. Ternyata dia tidak

berbohong. Aku yg semakin panik)

Aku: Kau nak apa lagi sebenarnya? Can you

just leave me alone? Aku tak nak keluar!

Hazama: Kalau kau tak nak keluar, fine! Aku

turun kereta sekarang!

Aku: Jangan! Please jangan la buat aku

macam ni.

Hazama: Pilihan di tangan kau! Samada kau

datang sini atau aku yg akan datang

kat kau.

(Aku semakin hilang mood tetapi aku

mengalah. Aku bimbang jikalau dia

berani datang ke bilik aku.Semua

orang pasti tahu tentang hubungan

kami nanti.)

Aku: Yelah! Kau tunggu jap. Aku nak salin

baju!

Hazama: Pakai baju apa-apa pon, kau tetap

cantik di mataku.

Geli gelaman aku setelah mendengar pujian darinya. Sakit sampai ke otak. Aku bersiap hanya ala kadar. Bila kak ayu tanya aku cakap aku nak ke library utk siapkan beberapa assignment. Dia hanya mengangguk sahaja. Aku keluar dan terus menaiki kereta Hazama. Dia membawaku terus keluar dan menuju ke arah sebuah restoran mewah. Pada mulanya, aku sangka hanya kami berdua di situ tetapi rupanya kawan-kawannya juga turut serta. Makan malam yg agak riuh dan sempoi walaupun kami berada di tempat yg mewah. Ramai tetamu vip yg memandang arah kami yg sedang sibuk ketawa dan bising. Namun mereka tidak pedulikan langsung tentang orang sekeliling. Mereka juga seolah lupa akan kehadiran aku disitu. Hampir sejam aku tidak bersuara. Sepanjang itu jugalah aku menyumpah-nyumpah diri Hazama kerana membuang masa aku. Sedang mereka asyik ketawa, Amir dari jauh datang menghampiri aku yg sedang sendirian di hujung meja. Amir mula memegang bahu aku. Dengan perlahan aku cuba mengalih tangannya dari bahuku. Dia ketawa melihat tindakan aku seperti mengabaikannya. Dia mula mendekatkan mukanya pada bibirku, tapi belum sempat ianya terjadi, Hazama datang dan terus menumbuk muka Amir hingga terjatuh dari kerusinya. Aku terkejut dengan tindakan Hazama. Dia mula mengangkat Amir yg jatuh terkulai dan mahu menumbuk lagi sekali muka Amir. Tanganku segera menarik tangan Hazama dan dia melepaskan baju Amir. Dia memberi amaran pada Amir supaya menghormati aku. Mulanya aku hanya memandang arah Hazama kerana membela aku tetapi tiba-tiba aku menampar mukanya pula. Aku rasa geram kerana buat aku rasa buang masa dan terhina apabila dia membawa aku ke sini. Selepas aku menamparnya, aku terus keluar dari restoran itu dan menahan sebuah teksi. Belum sempat tanganku mencapai pemegang pintu teksi itu, Hazama menarik tanganku dan meminta teksi itu utk terus pergi. Aku tergamam sekejap. Dia meminta aku utk pulang bersamanya. Dia tidak mahu aku pulang sendiri kerana sudah semakin lewat malam. Kami tidak kembali ke restoran itu, sebaliknya kami menuju ke keretanya dan kami terus beredar dari kawasan restoran. Sepanjang dalam kereta itu..

Hazama: err.. kau ok tak? Nak aku bawa kau

ke klinik ke?

(aku menggelengkan kepala.)

Aku: Just hantar aku balik, please..

Hazama: Aku minta maaf.. aku tak sangka

kawan aku tu..

Aku: Dah! Stop! Aku dah bagitahu kau. Jangan

ganggu aku lagi. Encik Hazama.. Aku

dah penat dengan semua ni. Just leave

me!

(Tiba-tiba kereta di berhentikan di tepi

dan dia memandang tepat ke arahku.)

Hazama: Boleh tak kau jangan panggil aku

encik? panggil Hazama je dah

cukup. Kau ni memang pelikkan.

Kalau orang lain dapat boyfriend

macam aku ni, diorang seronok

sangat tau. Kau lagi nak tolak aku.

Memang aku ni tak layak ke utk kau

ke?

Aku: Jangan gaduh dengan aku sekarang

boleh tak? tolong..

(dia mula memegang tanganku. Tiba-tiba

sahaja air mataku turut menitis. Aku tak

sanggup memandang wajah marahnya

ketika ini.)

Hazama: Kenapa kau cakap macam ni? Aku

pun tak tahu kenapa tapi aku

langsung tak boleh lupakan kau

terutama sekali waktu kita bersama

hari tu. Sejak dari hari tu aku

langsung tak boleh hilangkan fikiran

aku tentang kau. Semuanya aku fikir

mesti pasal kau. Hati aku tak tenang

bila tak dapat jumpa kau, tak dapat

hubungi kau. Aku separuh gila cari

kau dan separuh mati tunggu kau.

Aku dapat rasa yg aku mula

sayangkan kau. Kau pun rasa benda

yg sama kan? Kan?

Aku: Tak! Aku tak rasa apa yg kau rasa. Aku

minta maaf! Kita tak mungkin bersama.

Hazama: Apa maksud kau?

Aku : Aku dah bertunang!

(genggaman tanganku di lepaskan.

Hazama terkaku dan terdiam. Sekali

lagi dia memandang ke arah aku utk

mencari kebenaran)

Hazama: apa kau merepek ni? Kau tak tipu

aku kan? Kau sengaja cakap macam

tu sebab kau nak aku jauh dari kau

betul tak? Kalau betul mana cincin

tunang kau? Aku tak pernah nampak

pun sebelum ni?

Aku: kau nak percaya atau tidak terpulanglah.

Tapi sekarang tolong hantar aku balik.

Kalau kau tak nak, tak mengapa. Aku

akan naik grab atau teksi je.

Jelas nampak wajah Hazama begitu kecewa. Aku rasa bersalah buat dia rasa begitu. Enjin dihidupkan dan kami terus pulang ke kampus dengan layan perasaan masing-masing. Sampai di hadapan bilik aku, dia hanya meninggalkan aku tanpa banyak soal dan berlalu pergi. Aku memerhatinya dari jauh. Mungkin dengan kebenaran itu buat dia tidak berani utk dekati dan ganggu aku lagi.