webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
59 Chs

Bab 53

Aku pulang ke rumah. Aku call Johan. Johan cakap Haizeq ada dekat rumah, dalam bilik. Lega sikit. Aku takut dia pergi mana-mana lepas tu tak bagitahu orang dia pergi mana. Aku takut ada apa-apa jadi dekat dia. Tu la, fikiran aku ni selalu melayang jauh. Tapi tak mustahil benda macam tu akan jadi. Sebab tu aku risau...

Me:

- Haizeq~

- Zeqhai...

- Wey, kau marah aku ke? Sorry... Aku gurau je tadi. I didn't mean to hurt you. Sorry Haizeq. Please...

Aku tunggu Haizeq jawab. Kejap-kejap tengok phone. Alah, kenapa dia tak reply lagi ni? Dia marah aku lagi ke? Ting! Bunyi notification masuk. Cepat-cepat aku tengok phone. Hek eleh. Mesej MKN je. Haih... Lama lah pulak dia merajuk. Dah sejam lebih dah aku tunggu dia reply. Ahhh! Geram dengan diri sendiri.

Kenapa lah aku cakap macam tu? Nak gurau, tapi tengok, Haizeq terasa lepas tu merajuk. Semua aku punya pasal lah. Macam mana eh aku nak pujuk dia? Aku ni dah la tak pandai nak sweet sweet. Bagi hadiah? Aku tahu dia tak memilih sangat. Kalau orang bagi apa-apa dia terima je. Tapi nak bagi apa? Aku tak tahu apa yang dia suka. Yang aku tahu, semua barang dia mahal-mahal. Aku mana ada duit! Aaaaa! Aku berguling-guling atas katil. Ha! Aku kan ada kawan-kawan yang 'love expert'~ hehehe

"Qis!" panggilku lalu melangkah masuk ke dalam bilik Qistina.

"Iyo!" sahutnya. Aku duduk di sebelah Qistina di atas katil.

"Tengah buat apa?" tanya aku.

"Tak ada buat apa-apa. Main phone je. Kenapa?" tanya Qistina pula.

"Tak... Haizeq kan merajuk, awak tahu tak macam mana nak pujuk?" tanyaku perlahan. Aku dah cerita semua yang jadi tadi dekat Qistina lepas dia balik.

"Ohhh... Entah. Kita tak biasa sangat pujuk lelaki. Kita pernah pujuk adik kita je." jawab Qistina.

"Alah, awak mintak maaf je lah dekat dia. Awak kan Mia dia... Takkan lah dia nak marah-marah awak..." kata Qistina.

"Ye lah, kita nak call dia tadi, nak mintak maaf, tapi dia off phone. Kita wassap pun dia tak reply lagi." kataku.

"Awak pujuk dia esok lah..." kata Qistina. Aku hanya mengangguk. Aku melangkah ke bilik Sarah. Nak tanya Sarah pulak. Nak kumpul idea~

"Sarah macam mana nak pujuk Haizeq?" tanyaku.

"Anda boleh memujuknya dengan meminta maaf atau memberikan hadiah dengan ikhlas supaya dia dapat merasai keikhlasan dan kesungguhan anda. " jawab Sarah. Kami tergelak.

"Amboi, skemanya ayat dia. Lengkap huraian bagai." balasku.

"Hahahahaa... Hebat kan?" tanya Sarah, bangga sambil mendabik dada.

"Yo lah... Anyway, thanks." ucapku.

"No problem!" balasnya.

Aku masuk ke dalam bilikku. Hmmm... Aku nak bagi apa eh? Nak pergi kedai beli hadiah, tapi dah lewat. Aku lihat ke sekeliling bilikku. Apa yang aku boleh bagi dia eh? Aku membuka laci meja. Gambar polaroid! Aku suka kumpul gambar polaroid. So ada banyak gambar kitorang.

Aku melihat satu persatu gambar-gambar tu. Oh yang ni! Gambar aku dengan Haizeq dekat taman bunga! Aku ada dua gambar yang sama sebab gambar tu cantik. So, boleh lah aku bagi Haizeq satu! Tapi takkan gambar ni je? Fikir lagi...

Aku menghampiri meja study. aku membelek-belek sketchbook yang dah lama aku tak sentuh. Kalau korang nak tahu, aku ni pandai jugak lah arts ni... Hahahaha bangga diri! Cuma takde lah sepandai artis artis tu. Boleh la lukis sikit-sikit.

Setelah 2 jam meng'sketching', akhirnya, siap juga side profile my Haizeq manja! Aku perhatikan lukisan itu. Hmm... Tak ada lah sebiji macam muka dia. Boleh la... Kan dah cakap tadi, aku ni bukan expert macam artis. Aku bingkas bangun menuju ke katil dan tidur. Sakit belakang 2 jam duduk atas kerusi. _______________________________

"Sarah! Qis!" panggilku, tergopoh-gapah turun tangga. Sebab dah lewat.

"Ya!" sahut Sarah dan Qistina. Aku tunjuk lukisan tu kepada mereka.

"Wah! Haizeq ke tu?" tanya Qistina.

"Haah. Okay ke ni?" tanya aku.

"Okay okay! Cantik! Nampak memang macam muka dia. Awak nak bagi dia ke ni?" tanya Sarah.

"Ye la. Tak tahu nak bagi apa. Kite nak bagi dia gambar ni sekali." kataku sambil menunjukkan gambar polaroid itu kepada mereka.

"Wah! Good idea!" kata Sarah.

"Okay lah tu. Dah la. Jom. Dah lambat!" kata Qistina. Kami bergegas keluar dari rumah dan menuju ke kolej.

Aku berada di tepi pintu masuk kelas. Balas mesej mama kejap. Tiba-tiba ada orang cuit bahuku. Aku menoleh.

"Oh, Eiman." sapaku. Eiman senyum.

"Kenapa tak masuk lagi?" tanya Eiman.

"Dah nak masuk la ni. Balas mesej mama kejap." balasku.

"Oh... Dah?" tanya dia.

"Dah. Jom masuk." kataku lalu melangkah masuk ke dalam kelas. Aku dan Eiman duduk bersebelahan.

"Umm... Eiman." panggilku.

"Yes?" jawabnya.

"Umm... Boleh tak kalau aku ajak Haizeq join kita nanti?" tanyaku.

"Sure. Dah berbaik ke?" tanya Eiman pula.

"Nope. Tak pujuk lagi. Call tak angkat, mesej tak reply. Tak tahu la kenapa manja sangat dia lately ni. Selalunya kejap je merajuk." luahku. Eiman ketawa kecil.

"Biasa lah tu. Lelaki pun ada masa dia manja... Me too." kata Eiman, tersenyum.

"Really? Tak pernah pun tengok kau manja-manja. Selalunya kau cool, gentle, smart je." balasku. Eiman tergelak.

"Really? Cool, gentle, smart?" tanya Eiman.

"Yeah. Tak macam Haizeq. Manja, childish, sensitive." jawabku, yakin. Ye lah tu, Nayli. Manja-manja pun kau suka jugak.

"So, nanti kau pergi library dulu tau. Aku nak jumpa Haizeq." kata aku.

"Alright." akur Eiman.

Aku menunggu Haizeq di luar kelas sambil memegang paperbag yang berisi lukisan yang aku lukis tu, gambar polaroid dan coklat. Kelihatan Johan dan Haizeq keluar dari kelas. Aku menuju ke arah mereka. Haizeq menundukkan muka apabila nampak aku.

"Weh, aku nak jumpa Qis kejap." kata Johan lalu meninggalkan aku dan Haizeq.

"Haizeq..." panggilku perlahan.

"Yes..." jawabnya perlahan.

"I'm sorry..." ucapku dengan ikhlas dan rasa bersalah. Haizeq mengangkat mukanya dan memandangku.

"I didn't mean to hurt you. I'm sorry. Janji tak buat lagi..." kataku lagi.

"Em..." Haizeq mengeluarkan suaranya.

"Em?"

"Okay..." jawab Haizeq.

"Thank you Haizeq! I love you!" ucapku. Haizeq tersenyum kecil.

Dalam perjalanan ke library, aku dan Haizeq diam. Tiada sepatah kata yang keluar. Aku menghulurkan paperbag itu kepada Haizeq. Dia memandangku. Dia menyambut huluranku.

"What's this?" tanya Haizeq.

"Hadiah maybe. I hope you can accept my apology." jawabku.

"Oh. No, I overreacted yesterday. I didn't answer your calls and messages. I'm sorry." balas Haizeq pula.

"No no. I shouldn't say that to you. I was joking, but I didn't know it would hurt you. I am sorry." kataku pula.

"Okay okay. Stop here. I forgive you, you forgive me. Okay? Sampai bila-bila tak habis macam ni." kata Haizeq. Aku tergelak kecil sambil terangguk-angguk. Haizeq tersenyum.

"So... Apa kau bagi aku ni?" tanya Haizeq sambil mencapai sesuatu di dalam paper bag itu.

"Oh! My favourite chocolate!" dia tersenyum. Haizeq mengeluarkan lukisan itu pula.

"What is this, Mia?" tanya Haizeq. Lukisan tu aku letak dalam fail sebab tak nak bagi kedut. So dia tak tahu tu lukisan.

"Adalah. Buka kejap lagi. Jom cari Eiman dulu." kata aku. Dia akur. Aku menuju ke sudut yang kitorang selalu pergi. Ha, dah jumpa Eiman. Dia kelihatan sedang menulis sesuatu. Aku menarik kerusi untuk duduk begitu juga Haizeq. Eiman mengangkat muka. Dia terus berhenti menulis lalu menutup buku itu dan menyimpannya di dalam beg.

"Oh, you're here." katanya sambil tersenyum. Aku membalas senyum. Haizeq terus buka fail itu. Dia ternganga.

"Mia! Kau lukis ke ni?" tanya Haizeq, tidak percaya.

"Eh, tak la. Hantu yang dekat rumah kau yang lukis lepas tu dia bagi aku." jawabku selamba.

"Hantu? Eh, elok-elok la. Kau ke yang lukis ni?" tanya Haizeq sekali lagi. Aku hanya mengangguk.

"How? Does it look good?" tanya aku.

"Yes! Pandainya kau lukis! Sebiji macam muka aku, kan?" tanya Haizeq. Eiman turut mengangguk.

"Really? Good to know that." aku menghela nafas lega.

"Wey, aku suka la!!! Thank you Mia!!!" ucap Haizeq, gembira. Macam happy sangat je.

"Nayli, aku nak kau lukis muka aku jugak. Aku bayar." kata Eiman.

"Hahaha... Okay okay. Mahal tau." balasku, gurau.

"Sure. Berapa banyak pun aku akan bayar." kata Eiman. Aku tergelak.

"Aku gurau je la. Tak payah bayar. Nanti bila ada masa free aku lukis muka kau." kataku. _________________________________

Haizeq pulang dengan senang hati. Aik, pagi tadi murung, sekarang cerah bukan main. Senyum dari tadi. Siap bersiul siul. Dalam hati, Johan mengutuk Haizeq.

"Wey, kau happy semacam kenapa? Dah make up dengan Nayli ke belum?" soal Johan.

"Nampak sangat ke aku happy?" tanya Haizeq pula.

"Ye la, dari tadi lagi kau senyum. Obvious sangat la. Kau dah okay ke dengan Nayli?" tanya Johan sekali lagi.

"Dah, dapat hadiaahhhh..." sengaja dia seretkan 'hadiah' tu sambil angkat angkat paperbag itu pada Johan. Lantas dia menuju ke bilik tidurnya. Johan hanya menggeleng. Semalam beria merajuk sampai tak nak makan, Nayli pujuk sikit dah cair. Bebel Johan dalam hati.

Haizeq mengeluarkan lukisan potret mukanya sambil tersenyum. Tak puas lagi dia belek lukisan tu sebab tadi tak sempat. Pandai betul Mia aku ni melukis. Kenapa dia tak masuk bidang seni? Soal Haizeq di dalam hati. Coklat pula dikeluarkan. Ferrero Rocher memang chocolate favourite dia dari dulu. Mia memang tahu apa yang dia suka. Dia mula membuka balutan coklat itu dan memasukkan ke dalam mulutnya.

"Oi, nak jugak." sergah Johan yang menapak masuk ke dalam bilik, nampak Haizeq tengah mengunyah chocolate.

"Tak boleh, Mia bagi aku. So ni aku punya." jawab Haizeq. Johan mencebik. Dia tahu, apa-apa yang Nayli bagi dekat Haizeq mesti Haizeq tak akan kongsi dengan dia. Dah tahu tapi saja mintak mana tahu kawan dia ni tiba-tiba jadi baik, tapi hampeh.

"Kurang asam punya kawan. Kedekut." kutuk Johan. Haizeq selamba. Tak endahkan kata-kata Johan. Dia mengintai paperbag itu lagi. Eh? Ada lagi ke? Bisik Haizeq. Kelihatan sekeping kad, lantas dia mengambilnya daripada paperbag itu. Terpapar gambar dia bersama dengan Nayli pada kad polaroid tu. Dia tersenyum lebar. Cutenya! Hatinya sungguh gembira melihat gambar itu.

"Ha, senyum senyum apa lagi ni." tegur Johan. Haizeq sambil tersenyum gembira menunjukkan gambar itu kepada Johan.

"Gambar kau dengan Nayli?" soal Johan walaupun dia dah nampak siapa di dalam gambar tu. Haizeq mengangguk sambil tersengih dan memandang gambar itu lagi. Dia mencapai walletnya dan memasukkan gambar tu ke dalam wallet. Bila bukak wallet nampak gambar dia dengan Mia dia. Senyuman Haizeq tak putus-putus.

"Amboi, letak dalam wallet. Mesti pentingkan gambar tu?" sengaja Johan mengajukan soalan itu. Dia tengok Haizeq ni macam ada perasaan lebih daripada kawan baik dekat Nayli tapi Haizeq tak pernah pulak cerita dekat dia. Jadi dia tak pasti. Johan pun tak tahu Nayli ada perasaan dekat Haizeq ke tak, sebab dia tak pernah tanya. Tapi pada pandangan Johan, Haizeq dengan Nayli ni macam suka sama suka, tapi tak mengaku.

"Mesti lah penting. Ni kan gambar aku dengan Mia. Apa punya soalan lah kau ni." balas Haizeq.

"Kau ni suka dekat Nayli ke Haizeq?" tanya Johan. Haizeq terkejut dengan soalan tu. Lantas dia membalas.

"Eh, mana ada. Kenapa kau tanya soalan macam tu?" tanya Haizeq dengan muka yang berkerut.

"Takde la, aku tengok kau macam sayang gila-gila dekat Nayli tu. Dengan kawan perempuan lain takde la kau layan macam kau layan Nayli. Dengan Nayli kau berlembut je. Dengan perempuan lain kau berkasar, layan pun nak tak nak je. Lepas tu kau macam jealous kalau Nayli tu rapat dengan lelaki lain." ulas Johan. Haizeq berfikir sejenak.

"Mesti la aku sayang dekat Mia. Dia kan kawan perempuan yang paling rapat dengan aku. Kitorang kawan pun dah bertahun-tahun. Mana tak sayang? Tapi aku sayang dia as best friend je la, not more than that. And, mesti la aku jealous kalau Mia rapat dengan lelaki lain, sebab selama ni dia layan aku je. Aku tak nak nanti dia jumpa best friend baru, pastu dia tinggalkan aku. Faham?" jawab Haizeq.

"Okay then." balas Johan lalu melangkah keluar daripada bilik Haizeq. Eleh Haizeq. Perempuan dengan lelaki mana boleh jadi best friend. Haizeq masih lagi terpinga pinga. Dia pun keliru dengan perasaan sendiri. Ya, aku mengaku aku sayang dekat Mia. Ye la, dah kawan bertahun-tahun. Hari-hari jumpa. Susah senang bersama. Mana tak sayang. Memang betul aku jealous tengok Mia rapat dengan lelaki lain, tapi tak bermaksud aku ada perasaan dekat Mia kan? Kan???

Hello korang!!! I'm back! Dah lama betul tak update bab baru. Dah berbulan bulan or dah setahun??? Sorry korang. Sebelum ni I rasa tak ada semangat nak keep on cari idea. Rasa macam nak ubah balik semua dari bab 1. Tapi tak ada masa untuk semua tu. I tak rasa pun nak sambung balik. So dah berbulan I tak update. Tapi one day, tetiba I rasa nak baca balik. Then terus I rasa rindu nak writing lagi. So here I am. Nanti I buat perubahan, baiki balik jalan cerita. Insha Allah. See you soon!

missmiaacreators' thoughts