webnovel

Dhuha Tihani

Dhuha Tihani X Zafran Uzair Jatuh cinta kepada sahabat sendiri? Huh! Itu adalah satu perkara yang sangat tidak masuk akal.

gadispenaa · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
1 Chs

Prolog: Sakit Yang Terasa

AKU menatap dalam wajahnya. Wajah ini yang sering mengisi ruang kekosongan hidupku selama 15 tahun. Wajah tampan ini juga yang membuat hidupku menjadi lebih indah dan ceria. Wajah ini juga yang selalu menemaniku dikala suka dan duka. Dan...wajah ini juga yang pernah membuat aku jatuh cinta padanya.

Mampukah aku hidup tanpanya suatu hari nanti? Mampukah aku menerima hakikat bahawa dia akan menjadi milik orang? Mampukah aku menepis rasa cinta ini terhadapnya? Mampukah aku?

"Tihani..."

"Tihani!"

Aku tersentak saat nama ku dipanggil. Jauh betul fikiran ku melayang sehingga tidak sedar apa yang dibicarakan oleh lelaki itu. Dia memandang aku seolah-olah bengang kerana aku tidak endah akan bicaranya tadi. Senyuman manis aku ukirkan kepadanya.

"Ya...kenapa?" tanya ku.

"Kau ni jauh betul termenung. Dengar tak apa yang aku cakap tadi?" soal lelaki itu kepada ku.

Aku tersengih. "Kau cakap apa? Sorry tau Zafran aku termenung pula tadi," kataku kepada lelaki yang bernama Zafran itu.

Ya...dia lelaki yang bernama Zafran Uzair. Lelaki yang selalu ada disetiap hari-hari ku. Aku bersyukur memilikinya sebagai teman.

"Tak ada apa-apa lah...abaikan saja lah apa yang aku cakap tadi. Nak cerita balik bukan aku ingat pun," nadanya seolah-olah seperti merajuk.

"Eleh...mengada eh kau? Cerita je lah apa dia. Aku minta maaf okey sebab leka termenung tadi sampai tak dengar apa yang kau cakap," ucapku kepadanya.

Anak mataku melilau melihat sekeliling taman yang dipenuhi oleh orang ramai. Suasana yang riuh-rendah dengan suara kanak-kanak membuatkan aku tersenyum lebar. Bahagia sungguh kanak-kanak itu berlari ke sana ke mari tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Indah sungguh menjadi kanak-kanak. Usah memikirkan masalah hidup.

"Aku mengada? Aku lelaki sejati. Tak ada perkataan mengada dalam kamus hidup Zafran Uzair," marah lelaki itu.

Aku ketawa mendengar kata-kata lucu yang terpacul dari mulut Zafran. Tiada perkataan mengada konon dalam kamus hidup dia.

"Asal kau ketawa?" soal Zafran.

"Sebab kau lawak," balasku.

Dia menjeling tajam kepada ku. Aku tetap ketawa dan tidak menghiraukan langsung akan jelingan tajamnya itu.

"Tihani..."

"Hm ya..." panggilan Zafran aku sahut.

"Ada sesuatu yang sangat penting aku nak beritahu kau," ujar Zafran.

"Apa dia?" soalku.

"Aku nak kahwin!" ucap Zafran penuh teruja.

Aku terkejut mendengar ucapannya itu. Tidak disangka apa yang telah dikatakan oleh lelaki itu. Perlahan-lahan senyuman ku pudar dari wajah.

"Kau nak kahwin?" soalku semula. Nada ku semakin mengendur. Seperti sayu saat mendengar perkhabaran mengejutkan itu.

"Haah...aku nak kahwin. Dah lama aku fikir pasal perkara ni dan Meera pun dah terima lamaran aku. Hujung minggu ni aku akan hantar rombongan meminang ke rumah dia. Terima kasih Tihani. Kalau tak disebabkan idea lamaran kau tu mesti aku tak dapat Meera. Kaulah sahabat aku dunia akhirat," balas Zafran. Dia benar-benar teruja dan gembira dengan perkara itu.

"Tahniah! Aku tak sangka pula idea tu betul-betul menjadi. Akhirnya dapat juga kau kahwin dengan Meera setelah banyak perkara yang berlaku," kataku. Senyuman tipis aku hadiahkan buat si dia.

"Betul tu. Dari zaman sekolah sampai sekarang. Aku tak sangka akhirnya aku yang memiliki dia. Tapi Tihani aku nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat kau sebab kau lah semua perkara ini terjadi. Kalau tak...sampai sekarang lah aku membujang," ujarnya sambil ketawa perlahan.

"Sama-sama, Zafran..."

Senyum manis ku ukirkan di bibir. Ikhlas atau tidak aku tidak pasti. Tetapi, melihat akan keterujaan yang jelas terpancar di wajahnya membuatkan aku sangsi akan perasaanku. Seperti ada sesuatu yang tajam menikam hati ini. Rasa itu sakit dan terlalu sakit...