"Ibu." Hidung merah menyala berhingus dengan mata bengkak yang sukar untuk dibuka. Dyla bersandar ke dinding dengan memeluk kedua kakinya. Telefon ditekap ke telinga.
"Ha, kenapa akak?" suara ibu ceria. Sedangkan anaknya di sini separuh pengsan!
"Ibu sihat?" Dyla lap hingus yang meleleh dengan belakang tangan.
"Sihat. Akak tak sihat ke? Ibu dengar suara serak aje."
"Demam sikit." Tipu.
"Hmm. Makan buah banyak-banyak sikit. Semua okay?"
"Okay." Tipu lagi. Air mata asyik jatuh.
"Alhamdulillah. Bila nak exam?"
"Lambat lagi."
"Hmm. Exam nanti jangan main-main. Buat betul-betul. Aida pun nak exam minggu depan ni. Belajar apa pun tidak. Terbawa-bawa perangai dari MRSM."
"Hm. Kalau perangai macam waktu sekolah, duduk MRSM pun tak boleh capai 3A ke atas, masaklah dia kat kolej. Nganga aje nanti." Dyla cuba tenangkan hati.
"Risau betul ibu dengan dia. Asyik keluar aje memanjang. Duit tu mengalir macam air. Buat macam anak orang kaya." bebel Puan Dalila.
"Nak akak cakap kat Aida ke?"
"Hm.. Buat masa sekarang ni tak payah lah. Dia pun nak exam. Ibu tak nak bebankan kepala dia."
'Beban kepala akak, siapa nak kurangkan, bu?'
"Bu, akak ada benda nak cakap sebenarnya."
"Hm. Apa dia?"
"Ibu.. Kalau.. Hmm." Dyla mengeluh. "Kalau akak nak kahwin sebelum habis degree ni, boleh?" dia sudah buat keputusan. Untuk selamatkan status pelajar Shah, dia berkorban.
"Ha? Akak dah cakap dengan ayah pasal ni?" Puan Dalila nyata terkejut.
"Belum. Akak call ibu sebab akak nak tanya ibu dulu."
"Akak belum habis belajar lagi. Hari tu kata nak tunggu lepas kerja."
"Hmm.." Dyla mati kata-kata.
"Ibu tak setuju la akak."
"Hm.. Orang tu kata nak jumpa ibu hujung minggu ni."
"Siapa?"
"Alfan."
"Siapa tu?"
"Orang yang nak kahwin dengan akak tu la."
"Hish. Cepatnya. Dia tu bekerja ke akak?"
"Haah. Dia running company bapa dia."
"Orang besar?"
"Hmm."
"Ibu tak berapa berkenan la akak. Kita ni orang biasa. Cara hidup kita tak sama dengan dia. Ibu tak kata yang kita ni kekampungan sangat sampai perak tengok benda mewah. Kita ni hidup setakat mana kita mampu aje. Tak terlalu susah, tak terlalu mewah. Ada tu, ada lah. Yang takde tu, kita tak terkejar-kejarkan."
"Akak tahu. Ibu jumpa dia dulu lah ye. Boleh?" Dyla cuba pujuk. 'Ibu tak kasi, aku yang melongo tengok Shah keluar kolej.'
"Hmm.. Nanti ibu bagi tahu ayah. Tapi memang terus-terang ibu kata, ibu tak berapa berkenan dengan orang ada darjat ni."
"Insya Allah dia bukan orang yang macam ibu fikirkan."
"Hmm. Tengoklah nanti macam mana."
"Nanti akak nak balik, akak bagi tahu ibu, okay?"
"Ya. Kirim salam roommate tu. Assalamualaikum."
"Baik bu. Waalaikumussalam."
Dyla hembus nafas berat. Bukan senang nak buat keputusan macam ni. 'Aku yang keras-keras tak nak kahwin, tapi aku juga yang keras-keras kena pujuk ibu kasi aku kahwin. Lelaki tu memang menyusahkan hidup.'
"TERASA macam balik kampung." Alfan dengan cermin mata hitam tersangkut di batang hidung mengetuk-ngetuk sterengnya dengan kedua belah jari telunjuk. Mengikut irama lagu yang berkumandang.
Dyla mencebik. 'Kampung aku, kau kata kampung kau. Puih! Kalau boleh aku ludah kat muka kau sekarang, dah aku ludah dengan kahak-kahak yang masih bersisa ni ha!'
'Bila nak sampai ni? Cepatlah sampai. Tak tahan duduk dalam kereta ni dengan lelaki egoistik ni. Lima jam perjalanan ku rasa seperti lima tahun lamanya.'
Dyla buang pandang ke luar tingkap. Alfan melarang keras Dyla menurunkan cermin tingkap itu. 'Poyo nak pakai aircond lah sangat.'
Entah bila masa dia terlena, dia pun tak sedar. Tahu-tahu aje dah sampai depan pintu pagar rumah. Terkelip-kelip mata Dyla.
"Mana awak tahu ni rumah saya?" Dyla sedikit terkejut.
"Aku tahu pasal kau baik kau dari tadika, sampai sekarang. Sekolah kat mana, adik beradik berapa, mak nama apa, ayah nama apa. Everything." Alfan tarik cermin mata hitam dan menyangkutnya di tali yang bersangkut pada cermin tengah.
"Stalker!" rengus Dyla lantas menarik beg silangnya yang diletakkan di kaki.
Alfan buat muka bodoh. 'Pedulilah aku stalk ke apa.'
"Assalamualaikum." laung Dyla. Pintu pagar laju dibuka. Dah biasa. Kasut flat mengurangkan bunyi derap langkahnya.
"Waalaikumussalam." wajah Puan Dalila tersembul di pintu utama.
"Balik dengan siapa?" tanya Puan Dalila.
"Tu." Dyla lirih matanya ke belakang.
"Tu Alfan?" Puan Dalila hanya memerhati gaya Alfan.
"Hmm." Dyla hulur tangan untuk bersalaman dengan ibunya. Usai itu, terus dia masuk. Langsung tak mempelawa Alfan.
"Makcik." Alfan senyum segaris. Puan Dalila mengangguk.
"Masuklah. Akak ni kan, tetamu dia, bukan dia nak pelawa masuk." bebel Puan Dalila.
"Adik mana?" malas nak panjangkan isu. 'Dahlah aku tak suka dia. Nak pelawa masuk rumah pula? Puih!'
"Hari ni ada Koko. Kejap lagi dia balik lah tu."
"Dah nak dekat tengah hari dah kot. Dulu akak sekolah, mana ada Koko hari sabtu. Semua buat hari Rabu." Dyla terus ke dapur. Alfan yang baru nak menghenyak punggung di sebelah Dyla terpinga-pinga bila gadis itu bangun.
"Sekolah rendah mana sama dengan sekolah menengah."
"Alfan duduk dulu. Makcik pergi buat air kejap." Alfan mengangguk dengan senyum. Matanya memerhati sekitar rumah.
"Siapa yang datang?" suara garau dari penjuru mengejutkan Alfan. 'Nasib tak luruh jantung aku ni.' bisik Alfan. Dia terus bangun dari tempat duduk dan bersalaman dengan Encik Hassan.
"Saya Alfan. Kawan Dyla." suara Alfan boleh dengar hingga ke dapur.
'Puih kau kawan! Perasan. Aku tak pernah anggap kau, kawan.' getus dalam hati Dyla.
"Ohh.." Encik Hassan turut duduk sekali. Mereka berdua bertukar-tukar cerita manakala Dyla dengan Puan Dalila di dapur menyiapkan hidangan.
"Mini Cooper." bisik Puan Dalila.
"Alah bu, orang kaya boleh beli apa aje." Dyla membancuh air.
"Memang. Tapi bukan kebahagiaan." Puan Dalila pun cakap selamba. Tangan Dyla berhenti membuat kerja. 'Siapa kata, bu? Kebahagiaan akak baru aje diragut lelaki tu.'
"Hm." Dyla sambung kerjanya.
"Akak jangan kahwin sebab harta. Harta tak bawa ke mana." pesan Puan Dalila membuatkan Dyla menoleh dengan muka tertanya-tanya.
"Ibu tak berkenan dengan Alfan?"
"Bukan tak berkenan. Ibu kenal pun tidak.. Tapi tu la.. Ibu takut akak yang merana nanti."
"Sebab?"
"Ibu tahu kalau benda nak jadi itu namanya qada' dan qadar. Tapi ibu risau juga kalau nasib akak tak sebaik ibu. Dibuatnya dia kahwin lagi satu?"
Dyla tergelak. "Kalau dia kahwin lagi satu, akak tuntut 70% harta dia, lepas tu lari kahwin dengan orang lain." gurau Dyla.
"Ish budak ni lah kan!" penampar mengena belakang bahu Dyla. Ketawa lagi.
"Akak ikut jawapan ibu. Kalau ibu kata ya, akak ya. Kalau ibu kata tak, akak tak."
"Tak terlalu awal ke, kak?"
Dyla menunduk. Keluhan terlepas. "Kalau pada ibu, keputusan akak ni terlalu awal.. Akak nak minta tolong ibu bagi tahu Alfan. Akak tak boleh bagi tahu dia sendiri. Jawapan akak tak cukup kuat. Kena ada ibu yang support."
"Dia yang nak akak kahwin cepat-cepat?"
"Yela.. Dia pun dah kerja.. Mungkin pada dia, dia boleh tanggung study akak semua. Kita bukan tahu apa dia fikir. Apa rancangan dia. Kan?"
"Hmm.. Nanti ibu cakap dengan ayah. Angkat dulang tu bawa ke depan."
Dyla akur.
"MAKCIK rasa, terlalu awal untuk Dyla bina rumah tangga sekarang. Lagipun dia tinggal lagi satu tahun aje nak habis degree. Tak boleh ke kalau kau orang tunggu lagi setahun?" Puan Dalila berkata. Dalam hati, Dyla tersenyum.
'Yes! Sampai aku dengan Shah habis belajar, lepastu memang tak lah kau boleh ugut aku lagi.'
Alfan tenang. "Bukan saya tak boleh nak tunggu. Tapi saya rasa lebih cepat, lebih elok. Maaflah kalau saya tak bawa abang saya datang sekali untuk bincangkan hal ni. Cuma dalam minggu ni dia sibuk uruskan projek dekat Sarawak."
"Hmm. Mak ayah kerja apa?" Encik Hassan mula menyoal.
"Ayah dulu CEO. Lepas ayah meninggal, syarikat jatuh kat abang. Saya pun baru nak mula handle sebab baru habis belajar."
"Mak?" Puan Dalila ingin tahu.
"Mak pun dah takde." Alfan senyum. Puan Dalila tenung anak teruna itu.
"Saya minta maaf kalau kedatangan saya ni tak proper. Tapi, saya betul-betul nak jaga Dyla. Saya cuma ada seorang abang sekarang. Mungkin kedengaran kelakar bila saya cakap ni, tapi saya harap dengan adanya Dyla kat sisi saya, saya boleh dapat lebih. Maksud saya, orang tua yang boleh saya rujuk. Yang saya boleh rasa kasih sayang seorang ibu, masakan ibu, nasihat seorang ayah..."
Dyla cuba mencari anak mata Alfan. 'Apa dia cakap ni?!'
Dyla lirih pula matanya pada kedua orang tua dia. Pandangan mereka redup. 'Apa ni?!'
"Bu." Dyla siku ibunya di sebelah.
"Bila mak meninggal?" soal Puan Dalila. Dyla buntang mata. Ni dah rasa macam something wrong somewhere.
"Waktu saya umur tiga tahun."
"Ayah?"
"Waktu saya belajar kat Ireland. Waktu umur 19 tahun."
Dyla rasa tak sedap hati.
"Tapi makcik dengan pakcik kena tanya Dyla dulu. Apa keputusan dia. Kami takut dia tak dapat nak fokus belajar nanti." Encik Hassan memberi jawapan.
Alfan senyum.
"Saya faham. Pakcik dengan makcik fikirlah dulu. Kalau semuanya okay, saya akan minta tolong abang saya datang minggu depan untuk meminang."
"Hm. Yelah." Encik Hassan pandang Dyla la macam kelam-kabut.
"Kita makan tengah hari sama-sama kejap lagi ye." ujar Puan Dalila.
Alfan mengangguk.
"Assalamualaikum!" jerit Ira dari luar.
"Waalaikumussalam." Serentak isi rumah menjawab. Muka letih Ira berubah tiba-tiba.
"Hensemnya!!!" perkataan pertama yang keluar dari bibir Ira bila terpandangan Alfan. Matanya bulat. Sengihnya mula lebar. Dyla jeling. 'Adik aku ni kan! Buat malu aku aje.'
"Ni abang Alfan." Puan Dalila bangun dari duduknya untuk ke dapur.
"Anak bongsu makcik, Haira." sempat Puan Dalila memperkenalkan Ira sebelum pamit ke dapur.
"Hi abang! Saya Ira. Jangan panggil Haira! Tak suka." Ira teruja. Dyla malas nak layan lantas ke dapur menemani ibunya.
"SO sekarang ni, semua terpulang kat kau which is jawapannya aku dah tahu. The wedding is on." Alfan tarik tali pinggang keledar. Dia sempat menunduk sedikit memandang luar dengan senyuman tak lekang.
Cermin tingkap diturunkan. "Nanti akak sampai KL, akak call ibu dengan ayah, okay?" bicara Dyla.
"Ya. Hati-hati bawa kereta tu." pesan Encik Hassan.
"Bu, akak nak kahwin dengan abang tu ke?" Ira teruja.
"Haah."
"Bila?"
"Dalam masa terdekat."
Ira terdiam. 'Kalau kak Aida tahu ni, mesti dia menjerit. Hari tu dia minta ibu kahwinkan dia, ibu tak kasi. Kata ibu, seorang pun anak ibu jangan kahwin kalau belum lepas degree.'
"LETS get prepared. Kursus kahwin, dokumen semua, cari tok kadi, kenduri and all that." cadang Alfan. Dyla hanya tenung kosong rumah sewanya. Keadaan dalam kereta sunyi. Jam sudah pun menjangkau sebelas malam.
"Dyla." panggil Alfan.
"Assalamualaikum." Dyla tolak pintu kereta dan menghempasnya kuat. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tanpa berhenti. Sebagaimana air mata yang takkan berhenti sebentar lagi.
Alfan sengih sinis. 'Macam mana aku pernah rasa sakit, kau akan rasa benda yang sama, Dyla. Thanks to the words you're saying, aku jadi yakin untuk balas dendam.'
MALAM yang panjang. Entah berapa banyak air mata yang akan dititiskan, Dyla tak pasti. Hampir jam 12 tengah malam. Sebentar lagi, hari jadi Shah yang ke 23. Dyla peluk bantal. Dia bangun perlahan-lahan dan keluar dari bilik. Ruang tamu bawah gelap.
Dyla kesat air mata dan terus pergi ke dapur. Walaupun dalam kepala kusut dengan pelbagai benda, dia ada satu trick untuk buat dia reda bila tekanan begini. Masak.
Dyla mengeluarkan barang-barang dari peti sejuk dan almari. Apron yang tergantung di tepi tingkap dicapai. Dia mula mengikat apron ke belakang.
"C'mon Dyla. Lupakan masalah, kita buat kek untuk Shah. Here we go. Brownies in the making!" Dyla kentalkan hati.
Penuh berhati-hati dia menyukat.
250 gm Buttercup dicairkan. Satu cawan gula dicampurkan bersama mentega. Dyla kacau penuh semangat. 'Hilangkan tension! Hilangkan tension!'
Kemudiannya dia memasukkan dua biji telur yang sudah dibasuh elok. Esen vanila dimasukkan sekali. Aroma esen vanilla mencucuk hidungnya. Dyla senyum. Kegemaran Shah.
Dyla memasukkan setengah cawan serbuk koko dan setengah cawan tepung gandum. Dalam rumah sewa ni, takde mesin pemutar. Pakai tangan pun cukup. Jarum jam hampir ke pukul 12.30 malam. Dalam keseronokan memasak, ada juga perasaan takut. Dah lah seorang diri kat bawah ni.
1 sudu kecil garam dan serbuk penaik dicampur masuk ke dalam adunan. Dikacau rata hingga dia puas hati.
Sebelum menyiapkan adunan, dia ada menyediakan bekas untuk dibakar yang sudah disapu mentega supaya tidak lekat. Adunan tadi dimasukkan ke dalam bekas dan dibakar pada suhu 180 degree selama 25 minit.
Sementara menunggu brownies itu masak, Dyla buat 'double-boiler' untuk mencairkan coklat. Ada dua jenis coklat dalam peti aisnya. Yang biasa dan putih. Bibirnya mengukir senyuman.
Dyla mencapai telefon bimbitnya. Dilihatnya skrin telefon bimbit. Bergenang air mata. 'Aku sentiasa ingat tarikh birthday kau, tapi kau just dua kali ingat tarikh birthday aku, Shah.'
Terasa macam terhegeh-hegeh pada seorang lelaki yang langsung takde perasaan padanya. Tapi diteruskan juga mencintai lelaki itu kerana dia yakin jodoh itu ketentuan Allah. Dia boleh berusaha dan berdoa untuk lelaki itu sentiasa pandangnya.
TINGGG! Bunyi oven yang sudah berhenti berfungsi. Maka, masaklah brownies Dyla. Dyla mengeluarkannya dari oven dengan penuh hati-hati. Dia puas hati.
Dipotong brownies itu kepada kepingan empat segi tepat. Bibirnya mengira berapa keping yang dia perlukan.
Coklat cair tadi disapu ke atas brownies yang sudah dipotong menjadi kepingan kecil. Sementara menunggu coklat masakan itu keras, Dyla kembali membuat 'double-boiler' untuk coklat putih pula.
Selesai mencairkannya, Dyla mengambil plastik putih dan memasukkan coklat putih yang cair itu ke dalam plastik. Hujung plastik dipotong sedikit supaya ada ruang untuk coklat itu keluar.
Brownies yang sudah keras coklat diatasnya diambil satu persatu. H-A-P-P-Y B-I-R-T-H-D-A-Y S-H-A-H.
Setiap satu kepingan ada satu huruf. Dyla tersenyum puas. Coklat putih yang mengukir abjad membentuk nama Shah memuaskan hatinya. Biarlah jika memang dia ditakdirkan untuk memberi sahaja pada Shah, dan tak layak menerima. Dia akur. Allah tahu. Itu sahaja dah cukup.
Dyla ambil papan kek. Dia memicit saki baki coklat putih itu ke papan dan meletakkan kepingan brownies ke atasnya. Biar melekat dengan elok dan tersusun apa yang cuba disampaikannya. Selesai itu, dia masukkan kek itu ke dalam kotak dan disimpan ke dalam peti sejuk. Selesai.
Hilang seketika rasa tertekannya. Selesai mengemaskan bahan-bahan yang dia gunakan, dia kembali naik ke bilik. Baru terasa letih. Sekejap sahaja melelapkan mata, dia terus terlena. Dalam senyum, ada air mata yang menitis keluar ketika lena tidurnya.
ALFAN tak boleh tidur. Dia tahu hari ini hari jadi Shah. Pasti Dyla ada sediakan sesuatu untuk lelaki itu. Alfan resah. Ke hulu ke hilir dibuatnya.
Telefon dicapai. Nombor Dyla didail. Berdering beberapa kali, kemudiannya senyap.
"Dia letak?!" berombak-ombak dada Alfan.
"Dia buat apa untuk Shah? Dia buat apa?" Alfan menggosok-gosok rambutnya. Tak dapat fikir apa yang Dyla rancangkang untuk Shah.
Lama dia berfikir hingga air mata jatuh tanpa disedari. Geram sangat hati ni sampai meleleh air mata. Alfan menggosok mata dengan belakang tangan dan terus naik ke katil. Comforter ditarik membaluti tubuhnya. Bantal dakap dipeluk kuat.
Dia pejam mata rapat-rapat walaupun ada air mata yang menitis.
~lanjuti terus y~