webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · perkotaan
Peringkat tidak cukup
82 Chs

61.

Seminggu kemudian....

"News Lans, sepasang anak beranak ditemui mati di dalam kediaman mereka tiga hari lepas. Selepas menerima laporan dari jiran berdekatan yang mengadu bau busuk dari rumah tiga tingkat, pihak polis bergegas ke tempat kejadian. hasil pemeriksaan mendapati anak dan bapa ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Menurut laporan pihak forensik, tiada unsur pecah rumah mahupun pembunuhan dilakukan di tempat kejadian. Hasil bedah siasat mengesah dua pasangan anak beranak ini meninggal dunia kerana mengantung diri di siling bilik dan terjatuh dari anak tangga. Polis klasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh diri dan kemalangan kerana tiada sebarang kesan pergelutan atau motif lain....mangsa dikenali sebagai Jonathan Lee, si ayah dan Elissa Nyx si anak-"

PRANG!

Pecah berderai gelas berisi air kosong itu di atas lantai taktala tangan yang memegang terlepas mencengkam permukaan tersebut.

Xiana pandang bungkam ke skrin televisyen dengan mata terbutang luas sebaik mendengar ucapan pemberita sebentar tadi.

Elissa?

Dah tak ada?

Perlahan-lahan dada Xiana naik turun perlukan udara sebelum dia tersandung hendak jatuh ke belakang. Dia pegang apa saja yang ada di sisinya waktu itu untuk sokongkan kaki yang tiba-tiba hilang kemampuan untuk berdiri dengan betul.

Sesaat Xiana gerak hendak jatuh terduduk ke bawah, sepasang tangan muncul dari belakang lantas menyambut tubuh itu.

"I got you.."pegang Ryan semasa ikut gerak bersama Xiana yang mahu duduk di lantai.

Tak terkata kerana terlalu terkejut, Xiana termenung memandang ke depannya mata bergenangan dengan air mata.

"Apa yang dah berlaku ni?"soal Mateo yang muncul dari dapur. "Bunyi apa yang pecah tadi?"

Mereka masa tu baru saja selesai makan tengah hari, Mateo dan Ryan kemas dapur masa Xiana jalan ke depan untuk tonton televisyen. Masa tu la dia dengar berita tu.

Tersentak kepala Xiana ke Mateo yang sedang berdiri di belakang Ryan. Dalam keadaan duduk itu, dia terus merangkak dapatkan kaki Mateo. "Awak...apa awak dah buat...huh?Apa awak dah buat pada kawan saya Elissa...apa salah dia..." tanya Xiana saat dongak memandang Mateo.

Mateo pandang ke arah tv yang sedang memaparkan berita sukan sebelum tunduk memandang Xiana. Dah kenapa pulak ni?

"Apa awak dah buat!"jerit Xiana dengan kasar menggoyangkan kaki panjang itu. "Siapa lagi yang awak nak rampas dari saya!Salah apa saya pada awak sampai awak buat semua ni!"raung Xiana sebelum sandarkan pipinya pada kaki itu.

Ryan berdiri menghadap Manteo. "Tuan...dia dengar berita tu."panggil dia dengan nada tak percaya.

Mateo pejam mata bila teringat akan kejadian yang menimpa Elissa. Dah keluar berita ke?Haih! Kacau betul la!

"Kenapa awak buat semua ni..."nangis Xiana. "Kenapa awak sakiti semua insan yang saya sayang..." dia cuba lindungi Mateo tapi dia kena bayar dengan nyawa Elissa.

Perlahan-lahan Mateo bercakung ke bawah. Dia pegang kedua-dua belah kepala Xiana dengan lembut. Ibu jarinya gerak menyeka air mata dari tepi mata tu. "Shh...honey...listen to me.."bisik Mateo.

Bersama mata basah dengan air mata, Xiana pandang Mateo tersedu-sedu sedih.

"Kau ada aku..."Mata Mateo gerak menilik wajah suci itu. Ingin saja dia kucup untuk hilangkan riak sedih dari wajah ini. Tapi dia tahu, dengan berbuat begitu takkan dapat buatkan Xiana tenang."Aku tak bunuh dia...aku tak pernah bunuh sesiapa atau pisahkan kau dengan orang yang kau sayang...tapi dia orang sendiri yang pilih untuk tinggalkan kau..."

Mata Xiana berkedip menitiskan air mata lepas dengar kata-kata itu.

"Lepas semua ni selesai, aku janji...aku akan ganti balik apa yang hilang...kau percayakan aku kan?" soal Mateo dengan kening mencerun.

Xiana tenung mata Mateo buat seketika. Cuba mencari jawapan siapa lelaki di depannya ini sebenarnya. Kenapa dia selalu terpujuk dengan kata-kata yang keluar dari mulut tu. "Apa yang berlaku dekat Elissa sebenarnya?"tanya dia ingin tahu. Ingin pastikan yang Mateo tidak membunuh Elissa atau sakiti bekas rakan baiknya itu.

"Aku tak tahu Ana...aku tak bunuh kawan kau.mungkin apa yang terjadi dekat dia adalah hukuman dia sebab sakiti kau...bayaran di atas kesalahan ayah dia sendiri...siapa tahu"jawab Mateo dengan jujur.

Xiana lepaskan keluhan letih lalu sandarkan kepalanya ke bahu Mateo. "Saya penat dengan semua ni...."luahnya sambil memejam mata.

Mateo usap belakang kepala Xiana.

"I know honey...I know...." lantas dia dongak memandang Ryan yang sedang berdiri di sebelah mereka berdua.

Ryan ketap gigi membalas renungan penuh maksud Mateo itu.