webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · perkotaan
Peringkat tidak cukup
82 Chs

54.

Hanya beberapa kilometer saja sebelum dia tiba di destinasinya, suatu cahaya memantul melalui cermin pandang belakang. Cahaya itu buatkan Xiana alihkan mata dia dari jalan raya ke side mirror.

Siapa pulak yang main high beam dekat dia ni?Silau la!

Xiana berkerut kening bila perasan ada kereta hitam berada di belakang dia. Mulanya dia ingatkan pengguna jalan raya lain. Dia pandang la ke depan semula. Kemudian cahaya lampu dari high beam kereta belakang muncul sekali lagi dan mengenai mata dia.

Sambil merenggus tak puas hati, Xiana kerling ke side mirror semula. Pandang je dia ke side mirror tu, keluar satu lagi kereta hitam dekat belakang kereta yang satu lagi.

Ia menjadikan dua kereta hitam kini sedang mengejar Xiana.

Satu daripada kereta tu kemudian bergerak maju ke depan lalu berada di sebelah kanan kereta Xiana.

Sambil pegang stereng dengan kemas, Xiana palingkan kepala ke tingkap kereta hendak lihat siapa yang memandu macam orang gila ni.

Turun je cermin kereta dia, kereta sebelah pun ikut turunkan cermin kereta.

"Berhenti sekarang!"teriak lelaki bersut hitam dekat sebelah pemandu tu pada Xiana dengan tiba-tiba.

Oh sh*t!

Terbutang luas mata Xiana setelah menyedari apa yang sedang berlaku!

Orang-orang Mateo dah ada dekat situ! Macam mana dia orang boleh kesan dia secepat ni!

"Berhenti!"teriak lelaki di kereta sebelah Xiana dengan kuat.

Xiana tak berhenti, malah dia tekan minyak dan pandang ke depan. Memang tak la dia nak berhenti! Kalau dia tak pergi sekarang bila lagi!

Xiana main cilok kereta yang ada dekat depan dia untuk larikan diri dari dua kereta di belakangnya.

Sumpah takut betul dia masa ni, tapi dia tak boleh biarkan mereka halang dia sekali lagi. Dia pun nak lakukan sesuatu jugak .Bukannya duduk terperuk macam monyet dalam sangkar.

Sedang Xiana fokus memusingkan stereng dan memijak brek, telefon bimbit dia berdering.Mula-mula sekali, kemudian dua kali, kemudian tiga kali. Setelah itu senyap sunyi.

Setelah Xiana sampai di jalan raya tiga lane, Xiana ambil lane tengah dan terus lurus merentasi jalan raya tersebut.

Dibelakang Xiana masih lagi diekori dua kereta hitam.

Setelah beberapa minit memandu, Xiana tiba di kawasan bangunan apartment mewah. Dia pandu memasuki lorong yang ada di antara bangunan-bangunan di situ secekap mungkin. Berharap dia dapat larikan diri dengan menggunakan lorong-lorong itu, tapi tidak.

Kali ni bukan dua kereta saja yang cuba halang dia, tapi empat buah kereta sekali. Mana dia belok pasti ada kereta yang menghadang. Sehingga la Xiana terperangkap di tengah-tengah simpang empat di situ. Setiap simpang itu terdapat sebuah kereta.

Dring!Dring!

Telefon Xiana berbunyi lagi. Bergetar-getar dalam poket mintak di jawab.

Tapi tidak dihiraukan Xiana sebab masa tu dia tengah pandang sekeliling dia dengan cemas apabila empat buah kereta tadi penjurukan dia.

Kereta-kereta itu bergerak perlahan secara serentak memagari kanan kiri depan belakang kereta Xiana. Buatkan Xiana tersekat dekat tengah-tengah jalan tu. Ibarat empat serigala penjurukan seekor kambing biri-biri.

"F*ck this!"sebut Xiana dengan marah.

Tidak mahu mengalah lagi, Xiana tanggalkan seatbelt lekas-lekas lalu matikan enjin keretanya sebelum keluar dari situ.

Disebabkan lokasi tujuan dia tak jauh lagi, Xiana ambil keputusan untuk lari saja. Harap-harap sampai!

Nampak je Xiana keluar dari kereta dan larikan diri, semua pintu kereta hitam yang ada di situ ikut terbuka. Berduyun-duyun la lelaki bersut hitam bergegas keluar dari perut kereta dan berlari untuk mengejar Xiana.

Mujur la kali ni dia pakai kasut trek. Jadi tak adalah sukar mana. Tanpa toleh ke belakang Xiana lari sepanjang jalan itu menuju ke arah selekoh yang bawa dia ke belakang bangunan.

Bunyi derap kaki yang banyak jelas kedengaran dari belakang apabila lelaki bersut hitam itu berlari.

Bersama-sama empat buah kereta, ia turu menyertai adegan kejar mengejar itu.

Dring!Dring!

Telefon di dalam poket Xiana berdering buat ke sekian kalinya. Sambil berlari Xiana seluk tangan dia dalam poket lalu memandang skrin telefon itu.Nama Mateo jelas tertera pada telefon tu. Asal lelaki ni nekad sangat nak halang dia?Butang merah terus ditekan dan dia kembali fokus pada lariannya.

Enam lelaki di belakang Xiana berpecah masuk ke lorong sebelah mereka, manakala empat lagi terus ke depan. Dua buah kereta hitam dekat belakang turut berpecah ke arah yang berlain. Meninggalkan dua kereta hitam yang lain.

Xiana toleh ke belakang untuk lihat dia dah jauh belum, sekali dia pandang, mereka makin dekat rupanya.

"Haish!"keluh dia masa pandang ke depan lalu belok ke selekoh sebelah kiri dia. Masuk saja dia di lorong tu, enam lelaki bersut hitam sudah pun berdiri di hujung laluan tu.

WHAT THE HELL!!?

Brek mengejut kaki Xiana di buatnya sampai hendak terjatuh dia gara-gara terkejut.

"Takkan la..."rengek Xiana dengan muka mengalah dia.

"Enough! Ikut kami balik sekarang!"minta lelaki bersut dekat belakang Xiana tiba-tiba.

Xiana palingkan badan dia ke tepi lalu pandang kanan dan kiri dia dengan muka defeated. Sh*t betul la semua ni!

Mereka semua mula berarak mendekati Xiana dengan renungan menakutkan mereka.

NO!

NOT AGAIN!

"Dengar..saya perlu lakukan hal ni...tolong la.." minta Xiana sambil jalan undurkan diri ke belakang sewaktu pandang lelaki bersut di depannya. Kalau la dia tahu nak taekwando kan bagus.

"Itu cik boleh cakap dengan tuan sendiri..."balas mereka sambil tercungap-cungap mencari nafas.

Xiana pun ikut tercungap-cungap kerana berlari tadi. "Kali ni je...tolo-ARrgh!"tak semena dia sudah pun di dukung atas bahu seorang dari mereka. "Lepas! Turunkan saya sekarang!"ronta Xiana semasa dia mula dia bawa pergi.

Kumpulan lelaki bersut itu mula bergerak ke arah kereta yang sudahpun sedia menunggu mereka di lorong tersebut.

"Awak semua tak tahu apa yang awak dah buat!Biarkan saya pergi!Arghhh!!!!!!"teriak Xiana semasa dia di bawa mendekati kereta hitam yang sedia terparking di hujung lorong tersebut

Xiana kemudiannya di humban masuk ke tempat duduk belakang kereta hitam itu sebelum dua orang lelaki bersut ikut masuk ke dalam.