webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Rapat semula

Seminggu berlalu. Kelas berjalan seperti biasa. Mei dan Li Sun hanya berjumpa di kelas ataupun berjumpa seketika selepas habis kelas atau waktu rehat.

Like we already know. Something weird about Li Sun. Dia kekasih or we called boyfriend kepada Mei tapi hubungan mereka macam tak ada apa-apa. Bila Mei chat, balasan yang diterima biasa-biasa sahaja.Call? Kadang-kadang. Kalau Mei cuba call ada sahaja alasan diberikan kadangkala direject.

Mei mula rasa diabai. Dia masih terasa dengan sikap Li Sun semasa dia lemas hujung minggu lepas semasa mereka bercuti.

Kadangkala dia terpikir

" Aku ni siapa pada dia? Teman masa dia bosan atau sememangnya dia ikhlas cintakan aku".

Ya. Mei tahu, mereka masih di awal hubungan. Tapi di peringkat awal ini dia sudah diperlakukan begitu.

Dia perlu berjumpa "face to face" berbincang dengan Li Sun tentang hubungan mereka.

Selepas kelas habis.

"Li Sun kejap!" Mei mengejar Li Sun yang tergesa-gesa keluar dari kelas.

Li Sun berhenti di luar kelas tetapi tidak menoleh ke arah Mei yang sedang menghampirinya. Dia sebenarnya menyampah.

"Saya nak berbincang dengan awak" kata Mei sambil memandang muka Li Sun.

" Bincang?Apa dia? Cakap jelah, saya ada hal ni" gesa Li Sun.

" Awak kenapa ye? Lain sangat sekarang? Saya salah apa? Cuba awak terangkan..jangan buat saya macam ni" kata Mei.

"Hahahaha..Buat apa..?Lain apa saya memang macam ni.Awak yang over" kata Li Sun sambil tergelak menjengkelkan.

Pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ memandang ke arah mereka.

"Tak..saya ni teman masa awak bosan je ke?" tanya Mei seakan terdesak.

Dia menoleh ke belakang.

*smirked*

"Sayang.Sayang...Stop overthinking boleh? Saya busy. Saya abis je kelas, saya kena masuk kerja pula,balik kerja penat..sebab tu saya jarang chat atau call awak.Okay?" Li Sun cuba memujuk Mei.

"Serious?" tanya Mei.

Li Sun menganguk sambil memegang kedua belah pipi Mei.

"I need to go okay? Macam ni lah, hujung minggu ni kita date okay?Jangan over thinking..I love you" pujuk Li Sun.

Mei menganguk. Dia terpedaya lagi.

Setiap kata dan tingkah Li Sun terhadapnya seakan jujur di matanya.Namun dia tak tahu di sebaliknya.

Li Sun berlalu pergi. Mei memandang belakang Li Sun yang semakin menghilang dari pandangannya dengan senyuman. Bahagia yang direka dengan kepura-puraan Li Sun.

*Li Sun*

"Dasar perempuan!Ayat sikit cair.." gelak Li Sun mengeleng kepala perlahan sambil berjalan keluar dari University itu.

'Aku akan pastikan kau terseksa Mei'

*smirked*

Li Sun berlalu pergi dengan motor

-Dari bawah-

Jason yang kebetulan lalu di situ selepas mengisi perut kosong melihat semuanya.Termasuklah kepura-puraan Li Sun. Dia semakin tak sedap hati dengan sikap Li Sun. Walaupun hatinya sakit melihat Mei yang bahagia dengan segala perbuatan Li Sun, namun hatinya masih kuat sayangkan Mei.

Walaupun bertahun-tahun mereka terpisah, namun janji yang dia buat tetap dia ingat dan hatinya tak pernah berubah sedikit pun. Dia masih mencari-cari Mei.

Setiap bulan,setiap tahun..Jason akan pergi ke rumah lamanya masa zaman kanak-kanak nya, taman tempat mereka selalu bermain kejar-kejar dan juga rumah Mei. Namun semuanya sia-sia. Dia menunggu dan berada di situ berjam-jam lamanya. Berhujan berpanas. Dia takut sekiranya dia pergi Mei kembali. Mei tak pernah kembali. Penantiannya sia-sia.

Pernah dia hampir putus asa, namun tiap kali itulah kenangan mereka kembali bermain-main di pandangannya.

Jason tak tahu. Pada waktu yang berbeza, hari, tahun yang berbeza. Mei juga pernah kembali, menunggunya. Namun masa tak menyebelahi mereka.

Baru kini mereka di dekatkan, dipertemukan semula.

'Enough' kata hati Jason.

Dia dah berpunya. Dia cuba membuang perasaan nya.

Jason mendekati Mei dan menegurnya.

"Hai Mei..." sapa Jason.

"Hai..Dari mana? Dah makan eh?" tanya Mei.

"Kenapa? Nak saya temankan?" tanya Jason dengan teruja.

"Jom? Xinhua dengan yang lain ada hal.." ajak Mei.

Mereka berdua menuju ke cafe.

Mei sedang memesan makanan manakala Jason sedang menantinya di meja berdekatan tingkap. Cafe yang menghadap taman.

Jason tetap memandang Mei.Segala tingkah Mei menjadi perkara yang dia sukai.

Dari jauh Mei perasan tingkah Jason yang asyik memandangnya.Sesekali dia melambai dan seolah bertanya 'What?'.

Usai siap membayar makanannya, Mei berlalu ke arah meja yang dipilih Jason.

Jason menepuk perlahan meja seolah menjemput nya segera duduk.

"Kenapa pandang saya macam tu?" tanya Mei pelik.

"Nothing.." jawab Jason sambil tersenyum.

'Makan cepat' Jason memberi isyarat.

Sambil menunggu dan memerhatikan tingkah Mei makan, Jason meneguk air tin Nescaffe Latte.

"Jason..awak macam lari dari saya je sebelum ni..kenapa eh?" tanya Mei pelik.

"Heheh..saya tak nak la nanti boyfriend awak jealous pula..Kan?" kata Jason.

"Hm.. awak tak ada,tak best." kata Mei jujur.

Jason memandang tepat mata Mei dengan perasaan yang berbunga-bunga.

'Mei masih macam dulu'

'Masih nak berkepit dengan aku'

Jason tersenyum.

"Saya ada je, awak call or chat je. No problem okay?" balas Jason lembut sambil mengosok kepala Mei perlahan.

Mereka berdua tersenyum memandang satu sama lain.

"Rantai mana? Jaga elok-elok tau..Jangan hilangkan" pesan Jason usai Mei habis makan.

Mei memandang Jason.

Kata-kata Jason seakan sama dengan budak lelaki gemuk itu. Terkelip-kelip matanya lama memandang Jason. Mencari jawapan dengan cuba membandingkan kanak-kanak lelaki itu dengan Jason.

Dia berkerut dan mengeleng.

'No way. Jason hensem sangat. Tak kan lah si gemuk hensem macam ni'

"Hellooo..Mei?" panggil Jason sambil melambai tangan di hadapan muka Mei.

"Ha? Ye,ye..hahahaa..Jom.." Mei gelabah kerana fikirannya yang melayang sekejap tadi disedari Jason.

Mereka berjalan keluar dari University mereka menuju ke parking lot. Sampai sahaja di kereta Jason, dia mengajak Mei menaiki kereta bersama-sama.

Mula-mula Mei segan,namun akhirnya dia ikut juga kerana hari sudah petang.

Waktu kenderaan awam sesak dengan penumpang.

"Awak.." panggil Mei.

"Yep?" tanya Jason yang masih fokus memandu.

"Awak single ke?Tak kan lah kan?" tanya Mei.

*Jason terbatuk-batuk*

*Mei tergelak kecil melihat reaksi Jason apabila dia bertanyakan soalan sebegitu*

"Single..kenapa? Awak jangan kata awak suka saya pula ye...Habis saya kena tumbuk pula nanti..." sakat Jason.

"Ish awak ni kan..orang serious ni,dia main-main pula.." Mei menampar geram bahu Jason.

"Okay,okay.... Sebenarnya, masa kecil dulu..*Jason memandang Mei sekejap untuk melihat reaksi dia*

"Dulu saya ada sayangkan someone,tapi kami terpisah...saya tengah cari dia semula lah ni" sambung Jason.

Mei terdiam.

"Jason ke..?" bermacam yang difikirkannya.

Jason memandang Mei yang seakan mengingati kenangan mereka .Dia berharap sangat Mei mengingati nya semula.

"Hello...awak ni suka berangan ye" usik Jason.

"Tak..." jeling Mei sambil mengugut untuk menumbuk Jason dengan penumbuknya yang kecil.

Selepas sejam dalam traffic light.

Kenderaan Jason diberhentikan di hadapan rumah Mei.

Sebelum Mei turun.

"Mei,saya harap awak ingat saya.Saya nak awak tahu.. saya selalu di sisi awak okay?" kata Jason.

Mei memandang Jason pelik. Mei menganguk malas bertanya lanjut.

Setiap perkara yang dikatakan Jason seakan berkaitan dengan kenangan mereka.Jason cuba untuk mengingatkan Mei dengan setiap hint yang diberi.

Selepas Mei memasuki rumahnya,Jason memandu pergi.

'Mei..cepatlah ingat aku semula. Aku rindu dekat kau Mei..SANGAT!' jerit hatinya.

-Di bilik Mei-

"Kenapa Jason cakap macam budak gemuk tu cakap eh.Haih! Please jangan buat aku confuse!" bebel Mei.

Dia tak dapat bayangkan kalau budak lelaki itu sebenarnya adalah Jason.

Lama Mei terbaring termenung memikirkan setiap kata yang diungkapkan Jason.

'Jaga rantai tu elok-elok' - kata-kata yang selalu Jason ulang.

"Saya akan dapat cari awak,selagi awak pakai dan jaga elok-elok rantai ni" - budak lelaki gemuk.

Kata-kata yang seakan sama.

Mei confuse.

Dia segera bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Dia mahu hanyut dengan setiap kata-kata yang sukar di rungkaikan. Baik dia berehat.

Tak lama kemudian Mei keluar dengan berpakaian T-shirt longgar besar kuning dan berseluar pendek jeans berwarna hitam. Rambutnya yang masih sedikit basah dikeringkan menggunakan pengering rambut. Dia menggapai telefon dan membelek pesanan atau call, berharap yang Li Sun akan mencarinya.Namun sia-sia.

Dia mengeluh.

Mei mencapai mask muka jenama kegemarannya MEDIHEAL dan memakainya. Kemudian dia mengambil tab miliknya dan berbaring di katil sambil melayan kdrama Mr Queen. Beberapa minit kemudian, Mei membuka mask tersebut dan 'dap' tangannya di seluruh mukanya bagi memastikan segala kandungan mask menyerap ke dalam kulitnya.

Jam menunjukkan pukul 10pm. Dia memasang Humidifier dan meletakkan sedikit Essential Oil Lemon sebelum menutup lampu biliknya. Mei kemudian kembali ke katilnya dan lena dibuai mimpi.

Sejak dia lemas.

Mei bermimpikan kenangan lamanya dengan budak lelaki gemuk itu. Mungkin kerana dia terlalu rindu dan ingin sangat berjumpa dengannya sampai terbawa-bawa ke dalam mimpinya.