webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Memory trace album(1)

Motorboat itu dipandu Jason menuju ke tengah lautan. Percikan air laut mengenai wajah dan baju mereka. Angin laut menerpa. Rambut Mei yang terurai ditiup angin laut tadi diikat.

Jason mengendalikan motorboat itu dengan berhati-hati. Kejap-kejap dia menoleh memandang ke arah Mei. Mereka berbalas senyuman.

Jason meneruskan pemanduan. Dia mahu membawa Mei ke sebuah pulau. Ada kejutan istimewa buat Mei.

Mei menghayati pemandangan laut. Tangannya sibuk mengambil gambar dengan menggunakan Fujifilm Polaroid Camera Instax Mini 11 yang diberikan oleh Jason sebelum bertolak. Senyap-senyap Mei curi-curi menangkap gambar Jason yang memandu motorboat.

Banyak juga gambar saiz polaroid Jason yang diambilnya senyap-senyap.

Tersenyum Mei sendirian.

'Hensemnye dia ni walaupun belakang badan je nampak.. hehe' bisik hatinya.

15 minit meredah lautan, akhirnya mereka tiba di sebuah pulau.

Enjin motorboat diberhentikan di sebuah jeti kecil apabila tiba di tepi pantai. Taliotorboat itu diikat kemas di jeti.

Jason menghampiri Mei dan memimpin tangan Mei dan kemudian membantu Mei naik ke atas jeti itu dengan selamat.

Mei menghulurkan tangannya ke arah Jason. Jason menggapai tangan Mei dan mula mengorak langkah mendekati

sebuah kayu besar yang berada di bawah pohon yang redup.

Jason menyuruh Mei duduk di situ sementara dia perlu menghilangkan diri untuk menyiapkan kejutan istimewa itu.

"Tunggu sini tau.. Kejap

Mei yang kebosanan menunggu Jason mulai meneroka kawasan pulau itu. Selipar dibuka dan dibiarkan disitu. Kaki Mei mengorak langkah di atas pasir pantai yang halus. Perlahan-lahan mendekati air laut di tepi pantai.

Cuaca redup, pulau yang dipenuhi dengan kehijauan, bunyi burung berkicauan, pasir pantai yang halus Dan bersih, air laut yang jernih dan sejuk menghilangkan segala masalah yang bermain di fikiran.

Mei memberhentikan langkah dan duduk di atas batu tepi pantai. Kakinya dibiarkan terkena air laut.

Dia menoleh ke belakang.

"Mana dia ni.. lama hilang. Okay ke tak tu?" bebel Mei kebosanan.

'Ke dia berak ni...' sengih Mei.

Jason yang berada di tengah-tengah pulau kecil itu.

Jason gigih menghias lampu-lampu LED berwarna-warni pada tali sepanjang laluan yang seakan jambatan/titi kecil yang menuju ke sebuah rumah kayu di atas pokok. Lampu di bahagian tangga Tree House itu dan juga balkoni turut dihiaskan dengan lampu LED itu. Elektrik House Tree itu adalah dari generator dari bilik stor.

Tree House itu milik kepada penyewa motorboat tadi. Tempat itu masih baru lagi dan tak ramai yang tahu kewujudan Tree House yang wujud di tengah-tengah pulau kecil itu. 20 kaki tinggi dan 3 tingkat. Bahagian tepi Tree House itu mengalir air sungai yang cantik. Pada bahagian bawah (forest floor) adalah tempat penyimpanan kayu/ranting-ranting, generator, tangki air. Stor. Naik je tangga tingkat pertama, bahagian kanan terdapat balkoni yang menghadap sungai. Bahagian kiri pula ada sebuah tangga spiral yang menuju ke tingkat paling atas (balkoni/tempat melepak atau boleh menghayati matahari terbit di waktu pagi). Manakala tengah rumah itu adalah ruang tamu yang luas dan bergabung dengan dapur berbentuk L serta tandas yang moden. Sofa dekat ruang tamu boleh jadi single bed. Interior design mix modern tradisional dan flooring dengan dinding Tree House menggunakan plywood. Tingkap yang besar membuatkan penghuni rasa seperti tinggal di luar. Sebuah tangga di sudut ruang tamu menghubungkan dengan tingkat kedua.

Tingkat kedua pula adalah sebuah bilik/master bedroom yang dilengkapi dengan tandas, katil king dan perabot-perabot lain. Tree House itu turut menyediakan t-shirt dan seluar, mesin basuh, peralatan memasak yang lengkap, barang masakan, tempat memanggang buat penyewa.

Jason segera kembali pada Mei yang sedang berseorangan di tepi pantai.

"Sayang..!" jerit Jason berlari-lari anak menghampiri Mei sambil melambai tangan.

Mei melambai tangan balik pada Jason.

"Lambatnya... awak pergi mana? Berak eh...." soal Mei seakan-akan bengang menunggu lama.

"Adalah..... dah jom2..." Jason menarik tangan Mei turun dari batu besar itu.

Mereka mula bermandi-manda. Bermain bola pantai. Bermain kejar-kejar. Sambung balik mandi-manda. Gelak ketawa mereka berdua kedengaran memenuhi pulau kecil itu.

Apabila kepenatan mereka berdua akhirnya berhenti dan berehat di bawah

pohon yang redup tadi.

"Awak...laparlah.." rengek Mei sambil mengosok perutnya.

"Alolooo..sayang saya lapar yea.. Tunggu kejap tau." kata Jason sambil mencuit manja pipi Mei sebelum bangun dan berlalu pergi.

Mei menganguk.

'Dia ni.. asyik2 pergi dalam hutan tu, ada apa?' bebel Mei sambil memandang Jason yang berlalu pergi masuk ke dalam hutan itu.

Jason berlari sekuat hati ke Tree House itu dan mengambil beberapa makanan yang tersedia. Meggi kari cup (air panas dimasukan terus), sepeket hotdog dan 2 peket instant spegeti carbonara dimasukkan ke dalam microwave, sandwich telur, air jus kotak strawberry, sos cili, cawan plastik dan pinggan plastik. Siap sahaja semuanya, barang-barang itu dimasukkan ke dalam sebuah bakul picnic.

Jason segera kembali ke tepi pantai sambil membawa bakul yang sarat dengan barang-barang tadi.

"Sayang..!" panggil Jason sambil menayangkan bakul yang penuh dengan barang itu.

Mei bangun dan menoleh ke belakang apabila mendengar suara Jason. Pelik apabila melihat tangan Jason penuh memegang barang.

Dia segera mendekati Jason dan membantu membawa sebahagian barang itu.

"Woah...mana awak dapat semua ni? Ada apa dalam hutan tu..sampai sorok2 dari saya ha?" kagum Mei sambil menjenguk ke dalam hutan itu.

"Haip! Adalah... rahsia. Nanti awak taulah okey.." Jason cuba mengalihkan perhatian Mei tentang apa yang dia buat di tengah hutan. Bahaya. Pecah rahsia kalau Mei tiba-tiba terjah masuk hutan semata-mata nak tahu apa yang dia buat.

Mei menggecilkan matanya memandang ke arah Jason. Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak. Dia mengelak dari ditahan Jason yang sedang menghadang pandangannya dari melihat ke arah hutan itu dan mula mengorak langkah kakinya mendekati jalan kecil yang dilalui Jason setiap kali dia masuk ke dalam hutan.

"Sayang...Jomlah..Lapar ni. Tadi kata lapar. Sayang!" jerit Jason apabila melihat Mei cuba masuk ke dalam hutan itu. Rayuan dan pujukannya langsung tak dihiraukan langsung. Itulah Mei. Dari kecil, kalau nak tahu mesti sampai dapat baru puas hati.

Jason segera menghampiri Mei dan cuba menariknya pergi dari situ.

Tapi Mei tetap dengan sikap ingin tahu. Terjenguk-jenguk ke dalam hutan. Seolah menanalisa apa yang ada dalam hutan itu.

Jason yang tidak ada jalan lain untuk mengalihkan perhatian Mei, dia terpaksa berbuat sesuatu.

'Aha!' Jason ada idea!

Dia mengambil botol cili dari dalam bakul tadi dan menuang sedikit di tapak kakinya. Konon cedera terpijak sesuatu lah. Separuh jugalah sos tu dibazirkan. Apabila sos itu seakan-akan seperti darah, Jason menoleh memandang ke arah Mei dan menjerit kuat.

"Ahhh!!" jerit Jason sekuat hati semata-mata untuk menarik perhatian Mei.

Mei berpaling cemas melihat Jason yang sudah terduduk di atas pasir. Mei berlari mendapatkan Jason yang mengerang sakit sambil memegang kakinya.

'Fuh... menjadi juga idea aku.Hehehe..' bisik hati Jason. Dia masih mengerang sakit apabila Mei menghampirinya.

"Sayang! Awak kenapa ni? Darah..darahlah! Macam mana boleh darah? Awak terpijak apa?!" panik Mei apabila melihat kaki Jason yang berdarah. Mei gelabah, kejap dia Cuba menenangkan Jason, kejap dia bangun cuba mencari benda yang boleh merawat Jason di sekiranya.

Apabila menyedari yang tiada apa yang boleh membantunya untuk menghentikan darah di kaki Jason, Mei terduduk dan mula menangis kuat. Satu kelemahan Mei dari dulu, darah tak takut tapi dia cukup takut apabila melihat orang kesakitan.

Jason mula serba salah apabila melihat Mei yang tiba-tiba menangis. Masalah!

'Aku nak alih perhatian dia je.. bukan buat dia menangis!!' jerit hati Jason.

"Sayang. Sayang.. Saya okay, saya okay je. Calm down okay?" pujuk Jason.

"Okay apa! Kaki awak darah banyak! Sakit kan..." kata Mei yang tak berhenti menangis. Mei kemudian menekup mukanya dan menangis lagi.

"Sayang.., kalau saya cakap sesuatu awak jangan marah eh.." kata Jason perlahan sambil menarik hujung lengan baju Mei.

Mei menganguk perlahan walaupun dia masih duduk menangis.

"Saya sebenarnya... tak cedera pun. Saya saja sakat awak. Sorry sayang.." kata Jason perlahan sambil menunduk.

Mei mengangkat kepala memandang Jason. Tangisannya berhenti serta merta mendengar kata-kata Jason.

Mei memukul Jason sekuat hati dengan penumbuk kecilnya.

"Awak!! Sampai hati tipu saya! Orang risaukan awak ha.. awak boleh main-main benda macam ni kan!" jerit Mei sambil memukul Jason dengan tangannya yang kecil.

'Aww' jerit Jason sakit apabila Mei memukulnya berkali-kali.

Apabila puas memukul Jason, Mei berlalu pergi dari situ dan duduk di bawah pohon tempat mereka berehat selepas mandi manda tadi.

'Habislah... macam mana aku nak pujuk ni..' getus hati Jason.

Dia perlahan-lahan menghampiri dan duduk di sebelah Mei.

"Sayang... sorry lah eh.. Sorry.." pujuk Jason.

Mei masih diam kaku disebelahnya dan memandang ke arah laut.

"Dah sayang buat tak kisah je bila saya panggil tadi... Saya terpaksalah buat macam tu barulah sayang fokus dekat saya ni.. Hmm" kata Jason seolah-olah dia yang kecil hati.

Mei menoleh melihat Jason yang seakan sentap sambil menunduk memandang pasir di kakinya.

"Eh, eh.. orang yang sepatutnya sentap saya. Bukannye awak.!" kata Mei sambil mencubit lengan Jason.

Jason mengaduh sakit apabila Mei mencubit lengannya.

"Sorry sayang.." kata Jason sekali lagi sambil mengelus tangan Mei.

"Jangan buat lagi.. kalau tak, saya tinggalkan je awal dekat sini sorang diri." ugut Mei sambil menjeling tajam.

"Okay,okay...jom makan. Lapar kan..?" pujuk Jason sambil mengaturkan barang-barang yang dibawanya.

Mereka mula menjamah makanan itu dengan berselera. Lapar sangat. Meggi yang dibawa Jason tadi sudah pun kembang dan terpaksa dibuang.

Hari sudah pun petang dan tak lama lagi akan gelap.

Mei mengajak Jason pulang kembali ke chalet sebelum malam menjelang.

Takut lain pula terjadi kalau meredah lautan semata-mata kerana pulang pada waktu malam gelap.

Jason sengaja melengah-lengahkan masa. Tapi lama kelamaan dia terpaksa juga memberitahu Mei yang dia mahu mereka berdua stay di pulau kecil itu sehingga keesokkan hari.

"Sayang.... kita stay sini nak? Tempat ni kan cantik.." kata Jason.

"Stay sini?! Nak stay macam mana? Hutan je.. dahla keliling laut. Bahaya lah.." bebel Mei risau.

"Jangan risau...Saya kan ada. Percaya dekat saya kan?" pujuk Jason.

Mei memandang Jason lama. Dia kemudian memerhati sekelilingnya.

'Laut. Hutan. Gelap. Bahaya. Kejap lagi matahari nak terbenam.' risau Mei

Wajah Jason ditatap kembali.

Jason tetap dengan senyuman yang penuh makna.

"Okay..." kata Mei sepatah sambil mencebik.

Jason meloncat kegembiraan apabila Mei bersetuju dengan cadangannya.

Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!

I tagged this book, come and support me with a thumbs up.

*Thank you sebab still bersabar & baca hasil karya sy yg biasa2. Komen je xkisah bad or good, don't worry dari situ saya boleh improve kan. Stay save and be happy okay.!

JH_Dreamcreators' thoughts