webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Memori Yang Kembali

Hari ini hari kedua mereka bermalam di situ. Pagi menjelang. Mei bangun awal bersiap dari Xinhua dan adik Jason. Usai sahaja mandi, dengan gaun mandi yang dipakainya dan tuala yang membalut rambutnya, Mei menuju ke beg bajunya dan memilih sehelai gaun paras lutut berwarna merah ropol2 di bahagian bawah dan bertali halus dibahu. Merah dan xperlulah Mei sterika.Jimat masa.

Rambut yang sudah kering di lepaskan begitu sahaja setelah disikat rapi.

Gaun itu dipadankan dengan sepasang sandal hitam bertali tinggi. Siap mengenakan gaunnya dia mengenakan eyeshadow kesukaannya yang baru dikeluarkan Etude House (Kisses Collection) variasi Milk Choco dari dan lipstik dari jenama yang sama variasi yang sama menjadi pilihannya. Siap bermakeup dia membawa sunglass vintage berkaca hitam berbingkai gold miliknya ke tingkat bawah menuju ke dapur. Sebelum turun, Mei mengejutkan Xinhua dan adik Jason dari lena mereka.

" Xin..Oh Xin bangun lah....Dah pagi.!" Mei menggoncang bahu Xinhua yang masih tidur lena.

Ish dia ni kan...tidur tak ingat dunia.Meleleh air liur.Haih..Sape lah punya kawan ni.. bebel Mei apabila usaha dia mengejutkan kawannya tidak menjadi.Dia beralih ke Jessica.

"Jess.Jess...bangun.Siap-siap turun bawah okay?" kata Mei. Sekali dua kejut dah bangun.Senang. Mei menjeling ke arah Xinhua. Jess bangun mengeliat kemudian duduk memandang ke arah Mei yang memandang geram kawannya itu.

"Nak kena dia ni..." geram Mei. Dia kemudian mencapai spray berisi air bersih di tempat sterika baju dan menuju ke arah Xinhua. Mei memandang Jess kemudian mengangkat kening.

1!2!3!

Spret!

"Tolong!Tolong..!Banjir!" jerit Xinhua yang terkejut dari lenanya. Dia meraup mukanya yang basah dek kena spray dengan Mei. Dia memandang pelik Mei dan Jessica yang sedang ketawa bagai nak gila.

"Oi!! Jahat eh kau Mei.!!" jerit Xinhua setelah menyedari Mei yang sedang memegang spray adalah orang yang menyembur air ke mukanya.

Xinhua bangun mengejar Mei. Mereka berlari keliling bilik mereka yang besar itu. Setelah kepenatan mereka berhenti duduk di katil Jessica dan memandang satu sama lain dan ketawa.

"Tulah...aku dah panggil kau berkali-kali..Kau tak bangun.Padan muka" Mei menjelirkan lidah mengejek Xinhua.

Tak lama kemudian Mei menyuruh mereka berdua bersiap segera dan turun ke bawah bersarapan.

Mei melihat cermin membetulkan rambut,memastikan makeupnya okay dan memakai seutas rantai yang terdapat sebentuk cincin mainan kanak-kanak miliknya sebelum turun. Rantai itu mempunyai kenangan semasa Mei kecil. Cincin itu pemberian seseorang. Bagi memastikan dia tidak kehilangan cincin itu maka dia membeli seutas rantai until disambung bersama.

Semasa menuju ke dapur, Mei disapa oleh Li Sun yang sedang menyapu jem pada roti.

"Hi... Good morning my little princess" sapa Li Sun.

'My little princess' Mei tidak menyahut sapaan Li Sun.Sebaliknya dia terdiam di hadapan Li Sun dan memandangnya seakan berpikir sesuatu.

'Tak kan lah..' bisik hati Mei.

"Mei?Are you okay?" panggil Li Sun sambil melambai-lambai tangan di hadapan muka Mei yang seakan hilang fokus.

"Okay..okay..hahaha.."kata Mei.

Li Sun tersenyum.

"Nah roti" Li Sun menyuakan roti yang telah disapu roti ke mulut Mei.

Mei mengigit sedikit roti itu.Li Sun menghulurkan coffee yang telah dimasukkan ke dalam cawan.

Selesai menjamah sarapan.

"Jom.."

Li Sun kemudian menghampiri Mei dan menariknya keluar dari dapur menghala ke luar chalet itu.

Mei hanya mengikuti dia tanpa membantah.

Mereka berdua menuju ke tepi pantai dan berjalan beriringan. Li Sun dengan tiba-tiba mengambil tangan Mei dan mengenggamnya erat sambil memandang tepat mata Mei yang seakan malu-malu.

*Di chalet*

Dari tingkap bilik.Jason memandang ke arah Li Sun dan Mei yang sedang berpegangan tangan menuju ke pantai.Hatinya tentulah terluka. Dia sukakan Mei tapi Li Sun yang dapat.Ingin sahaja dia merampas dan memaksa Mei menerimanya,namun dia lebih sayangkan persahabatan mereka yang terjalin.Dia tak mahu mereka menjadi kekok gara-gara perasaannya sendiri.

'Hmm..Haih..

"Awak..?" panggil Mei.

Li Sun menoleh.

"Yep?" tanya Li Sun.

"Sejak bila awak suka saya?Bukan apa..kita kenal pun macam tu je." tanya Mei.

Soalan yang biasa ditanya oleh pasangan yang bercinta.

'Hahah' Li Sun tergelak kecil.

"Kenapa?" tanya Mei sambil memuncungkan mulut.

"Tak...teringat masa first time jumpa awak. Masa tu awak macam...macam atlet lumba lari" Li Sun berpikir sejenak sebelum menjawab.

Mei memandang Li Sun dan kemudian tergelak apabila teringatkan perkara itu.

"So,start dari situ ke awak suka saya?" tanya Mei lagi.

"Dah lama sebenarnya.." kata Li Sun perlahan.

"Apa dia? Cakap lah kuat sikit..." kata Mei. Mei melepaskan genggaman tangan Li Sun dan kemudian berdiri di hadapannya.

"Tak...Saya suka awak sejak saya selamatkan awak dari kena marah dengan Dr Fong..Ingat?" kata Li Sun seakan mengelak pada mulanya. Ada sesuatu yang di sorokkannya.

"Owh....." angguk Mei. Berbunga-bunga hati Mei dengan jawapan Li Sun.

"Kita amik gambar berdua nak?" ajak Mei.

Li Sun hanya mengikuti ajakan Mei.

Mereka berposing berduaan di tepi pantai. Pada mulanya Mei agak kekok.Li Sun menyedari keadaan Mei jadi dia yang memulakan langkah.

Ketika berposing, Li Sun akan merangkul pinggang Mei, meletakkan tangannya di bahu Mei, mencubit pipi Mei. Bermacam posing dia buat secara tiba-tiba untuk menghilangkan rasa kekok Mei.

Mei pula bila Li Sun buat itu semua dia jadi blushing lah. Mei memandang Li Sun dengan pipinya merona merah tapi,dia boleh buat tak tahu je.Amboi..

Lama-kelamaan mereka selesa.Tak ada lagi kekok bila bersama. Lelaki kena buat perempuan yang mereka suka selesa dan selamat bersama mereka barulah mereka suka bukan?

Usai mereka mengambil gambar bersama di sepanjang pantai, mereka berjalan kembali di chalet penginapan mereka.

Semasa hampir tiba di chalet, Li Sun tiba-tiba merangkul pinggang Mei dan menariknya mendekatinya. Mei membelakangi chalet itu. Li Sun sebenarnya ternampak Jason sedang memandang ke arah mereka berdua sebab itu dia mengambil peluang ini untuk memberitahu Jason dari jauh yang mereka memang serious satu sama lain.

Mei, aku punya.

Jason yang memandang mereka berdua yang sedang bermesraan itu berlalu dengan hati yang sakit. Dia dah salah anggap.

"Oi! Agak2 lah...hari terang lagi korang ni pon..." usik Xinhua dari pangkaran chalet. Jeritan usikan Xinhua itu membuatkan kawan mereka berdua turut ketawa.

Merona merah pipi mereka berdua.

Mei hanya mengeleng kepala berkali-kali menidakan. Dia kemudian memandang Li Sun dan mencuit lelaki itu menyuruhnya menidakannya bersama. Li Sun hanya tersengih dan mengangkat bahu pada Mei sebelum berlalu pergi.

Li Sun menoleh ke belakang memandang Mei yang masih tercegat malu lalu mengeyitkan matanya.

Mei kegeraman.

'Bukannya nak selamatkan aku eh..selamatkan diri sendiri eh..Takpe..Kau jaga.' bisik hati Mei yang sedang geram dengan Li Sun itu.

Mei menuju ke arah Xinhua dan mereka yang lain yang sedang melepak di pangkaran chalet itu. Di situ ada sebuah buaian dan set meja. Mei mendekati sahabatnya Xinhua sambil tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku dan..

"Auch..!! Sakitlah Mei!" jerit Xinhua kesakitan akibat dicubit Mei.

"Padan muka!Lain kali mulut tu jaga sikit..Malu aku tadi tau.." kata Mei mengingatkan Xinhua.

Meskipun mereka berkawan, apabila bergaduh mereka akan berbaik semula.Kalau perkara dicubit sebegini mereka tidak akan terasa hati. Sudah biasa.

Mei duduk bersebelahan Xinhua di buaian dan menghirup sedikit hot chocolate milik Xinhua.

"Emm..Sedap.." kata Mei memandang Xinhua.

"Owh..sedap kan..Aku guna Cadbury Hot Chocolate.Sedap kan?" kata Xinhua.

Mei menganguk kemudian dia berlalu ke dapur untuk membancuh secawan untuk dirinya.

Mei ni hantu chocolate. Kalau sedap,memang ketagih lepas tu.

"Korang!Hello... Attention.Kita pergi berenang nak?Sebelum panas ni" ajak Jason.

Mei tak perasankan apa yang dikatakan Jason di luar. Di sibuk membancuh secawan Cadbury Hot Chocolate.

"Awak.." sapa Jason dari belakang.

"Yep? Kenapa? Nak air juga ke?" tanya Mei.

"Hm,..boleh juga." kata Jason yang kemudian duduk di kerusi berdekatan sambil memerhatikan tingkah Mei yang sedang membancuh air untuknya. Dia sebenarnya ingin bersama-sama dengan Mei seperti sebelum ini. Namun sejak semalam, Mei seakan berengang dengannya.

Siap sahaja air, Mei menghulurkannya kepada Jason. Namun dengan tak sengaja, cawan Hot Chocolate itu tertumpah terkena sedikit di tangan Jason. Cawan itu pecah di lantai. Nasib baik tak mengenai kaki mereka.

'Auch!' Jason menarik tangannya yang melecur sedikit itu sambil meniup-niup.

"Sorry!Sorry...Jason." kata Mei mengelabah.

Mei kemudian mengambil tangan Jason yang melecur itu dan mengenakan air paip yang sedikit sejuk itu.

Tindakan Mei itu semakin membuatkan Jason terharu dan jatuh cinta. Tiada sesiapa yang pernah melayannya sebegitu.

Mereka yang berada di luar termasuklah Li Sun yang tadi berlalu ke biliknya melihat apa yang sedang berlaku.

"Kenapa ni?" tanya Xinhua cemas.

Mereka yang lain menganguk Dan mengulang soalan yang sama.

Li Sun menghampiri. Dia cemburu melihat adegan mesra itu.

Xinhua mengaru kepalanya apabila menyedari Li Sun sedang memandang dengan cemburu.

"Sakit lagi ke?Nak pergi hospital?Jom saya bawa?" tanya Mei tak berhenti. Dia risau. Serba-salah.

Jason mengeleng tak mahu. Dia sebenarnya takut pergi hospital.

"Jom..!Nanti bertanda..Malam nanti mesti sakit.Jom.." tarik Mei.

Mei menarik Jason sehingga ke kereta.Mereka kemudian berlalu ke hospital berdekatan.

Mereka di chalet hanya tercengang dan seakan serba salah dengan situasi itu. Yelah. Yang Jason cedera melecur. Yang Li Sun cemburu pula..Si Mei pula lurus sangat.

Masalah...Masalah..geleng Xinhua

Xinhua mengemaskan lantai terdapat kaca dan mengelapnya kemudian.

Sejam kemudian.

Kereta memasuki pangkaran parking Chalet itu.

Jason keluar dari kereta dengan tangannya berbalut. Mei memegang sebungkus plastik berisi ubat makan dan sapu Jason.

Mereka bertanyakan keadaan tangan Jason samada okay atau tidak.

Jason hanya menganguk menandakan dia okay.

"Mei ni ha...over.Sampai suruh doktor balut tangan aku. Aku okay je..Sikit je pun.." kata Jason sambil tergelak suka.

Mei menampar geram bahu Jason.

"Korang kenapa tak pergi mandi laut lagi? Kejap lagi panas.."tanya Jason

"Tak kanlah kami nak berenang sedangkan kau sakit."kata Xinhua.

"Eh...xpayah nak gedik sangat lah eh.Sikit je ni.Dah2 pergi mandi laut.Aku okay?" suruh Jason.

Mereka semua bergerak menukar baju untuk mandi di laut. Mei pada mulanya teragak-agak akhirnya menurut kata Jason. Dia serba salah.

Semasa berlalu di tingkat atas, Li Sun menahan Mei. Mei tergamam. Li Sun nampak sangat cemburu.

" Awak lupa ke saya ni boyfriend awak?"

tanya Li Sun seakan jealous. Dia berlakon je sebenarnya.

" Saya tak lupa...Tapi kenapa ni?" pelik Mei.

"Kenapa?! Seriously? Yang awak gelabah sangat pasal tadi kenapa? Siap pegang2 tangan dia lagi?" Li Sun tinggi suara.

Mei terserentak.

" Tak kanlah saya nak biarkan je..Saya yang salah..Saya yang penyebab dia melecur" terang Mei sakit hati sambil menggapai tangan Li Sun untuk memujuknya.

" Enough dengan alasan awak!" tengking Li Sun dan kemudian berlalu pergi. Mei hampir terjatuh bila Li Sun merentap tangan dari pegangannya. Nasib baik dia sempat berpaut pada tangga.

Mei terkejut dengan perubahan sikap Li Sun. Tak kan lah sebab cemburu sampai nak tinggi suara macam tu sekali.

Mei berlalu ke biliknya dengan hati sebal. Bermacam persoalan bermain di fikirannya.

Jason yang berada sedang menyorok di tepi tangga dengar semuanya. Dia merasakan ada yang pelik tentang Li Sun. Tak kan hanya sebab Mei bantu dia , dia marah Mei sampai begitu sekali.

Jason berlalu keluar. Dia menunggu Mei di luar.

Tak lama kemudian Mei keluar dengan pakaian t-shirt, legging hitam dan berselipar. Rambutnya di bun tinggi.

Jason menahan Mei.

" Mei kejap.." tahan Jason.

" Hm..kenapa? " Mei seakan ingin mengelak.

" Saya mintak maaf..sebab saya awak bergaduh dengan Li Sun" kata Jason memandang tepat mata Mei yang seakan baru menangis.

Mei mengelak dari memandang Jason. Mei membelek-belek rantai di lehernya. Jason terpandangkan rantai yang dipegang Mei. Dia seakan kenal rantai itu. Namun dia tidak mahu bertanya banyak kerana Mei seakan tidak selesa bersamanya ketika itu.

"Tak..Tak apa..Saya okay. Tak salah apa saya buat. Memang silap saya awak melecur" kata Mei.

"Sorry Jason" kata Mei lagi. Jason menganguk.

Mereka berdua serba salah. Jason kemudian berlalu pergi. Dia tak mahu Mei tertekan. Tak lama kemudian Mei mengikuti dari belakang Jason ke tepi pantai di mana Xinhua dan yang lain sedang menanti mereka.

Mei mencari-cari kelibat Li Sun. Namun tidak dijumpainya.

Mereka kemudian berenang bersama-sama. Jason hanya memerhatikan di tepi pantai sahaja. Semasa Jason sedang berehat di tepi pantai, dia menikmati pemandangan di sekeliling. Dari jauh dia terpandangkan Li Sun sedang memandang ke arah Mei dengan menggunakan teropong yang sedang bermain air bersama yang lain.

Hatinya berkata bergaduh macam mana sekali pun mesti sayang. Tak nampak orangnya sekejap pun dah rindu bukan?

Jason berlalu pergi dengan hati lara. Dia berehat di tempat mereka ber BBQ. Semasa sedang melayan perasaan dia terdengar jeritan dari arah kawan-kawannya sedang mandi-manda.

Dia bangun dan menjengah. Dari jauh dia melihat Xinhua dan Jessica sedang menjerit-jerit meminta tolong. Mei tiada.

Dia segera berlari ke arah mereka dengan cemas.

"Kenapa?!Mana yang lain?!" tanya Jason tercungap-cungap matanya meliar mencari yang lain.

Xinhua dan Jessica menunjuk-nunjuk ke arah laut dengan wajah ketakutan.

Matanya terus melihat ke arah Li Sun tadi. Dia masih di situ. Masih meneropong ke arah laut.

"Mei mana?! Aku tanya ni!?" sergah Jason pada Xinhua dan Jessica yang tergagap2 ketakutan.

"Mei..Mei lemas..Cepat tolong dia!" jerit Xinhua akhirnya. Mereka tak tahu berenang.

Terbeliak mata Jason terkejut. Matanya menoleh sekali lagi pada Li Sun yang masih meneropong. Dia segera berlari ke arah laut dan terjun ke dalam laut mencari Mei yang sedang tengelam lemas.

Dia berenang semakin dalam mencari Mei dalam laut yang semakin gelap. Akhirnya dia ternampak Mei yang semakin tengelam. Dia berenang menghampiri Mei. Jason memegang kedua belah pipi Mei, Mei membuka sedikit matanya dan menutup matanya kembali. Rantai Mei hampir dihanyutkan.Memori kanak-kanak miliknya kembali apabila melihat rantai itu. Jason sempat mencapainya dan menyimpannya di dalam poket seluarnya. Mei kanak-kanak yang rapat dengannya ketika dia masih kecil. Dia memandang Mei.

'Don't leave me Mei'

Dia segera menggapai tangan Mei dan merangkul pinggang Mei dan berenang ke atas.

Setibanya mereka di permukaan, Jason segera mendukung Mei ke tepi pantai. Dia cuba menyedarkanya berkali namun tiada reaksi. Wajahnya pucat sejuk.

Mei! jerit Jason.

Jason memandang Xinhua dan yang lain yang mengerumuni mereka.

Dia perlu melakukan CPR segera. Dia tak peduli hal lain. Dia perlu selamatkan Mei. Buah hatinya.

Setelah berkali-kali membuat CPR , Mei membuka mata dan terbatuk-batuk keluar air. Dia terminum terlalu banyak air laut. Mei lemah. Dia memandang sekelilingnya dan menangis.

Semasa Mei lemas.

Mei cuba berenang ke atas. Namun tak terdaya. Kakinya kejang. Dia semakin kekurangan udara. Semakin lama semakin gelap pandangannya.

Kenangan zaman kanak-kanak miliknya kembali. Seorang kanak-kanak lelaki gemuk yang dikenalinya sedang bermain kejar-kejar dengannya di sebuah taman. Dan mereka berhenti berkejaran dan berbaring di atas rumput taman sambil memandang langit.

" Mei.. nanti kita besar sama-sama, lepastu kita kawin tau?" kata budak lelaki itu. Wajahnya samar-samar.

" Janji?" tanya Mei sambil menghulurkan hujung jarinya until mengikat janji. 'Pinky promise'

Hahaahhah..suara kanak-kanak kedengaran.

Hari budak lelaki itu berpindah.

Memori nya berterusan dengan ingatanya yang mana dia sedang berlari laju sambil menangis tak berhenti ke rumah budak lelaki itu setelah mengetahui dia akan berpindah.

Sampai sahaja di hadapan rumah budak lelaki itu. Mereka sedang menantikan ketibaan Mei sebelum mereka bertolak pergi. Budak lelaki itu menghampiri dan memeluk erat Mei yang masih menangis.

" Shh..saya janji akan cari awak selagi awak pakai dan jaga elok-elok rantai ni" pujuk budak lelaki itu sambil menyarungkannya ke leher Mei.

Mei hanyak menganguk sambil tersedu-sedu.

"Bye..." lambai budak lelaki itu.

Di chalet.

Mei sedang berehat sambil memegang lehernya yang kosong tiada rantai. Dia bersedih kerana kehilangan rantainya itu. Dia tak tahu yang Jason yang menyimpannya.

Jason mengetuk pintu bilik Mei dan masuk ke dalam.

"Mei..." panggil Jason.

Mei menoleh melihat Jason.

Jason menghampiri Mei dan menghulurkan rantai kesayangannya.

Mei segera mencapai rantai itu dan membeleknya dengan penuh kasih sayang.

" Kan saya suruh awak jaga pakai dan jaga elok-elok rantai ni?" kata Jason. Dia ingin melihat reaksi Mei. Adakah dia masih mengingati apa yang dikatakannya sebelum dia pergi dulu.

"Ha?" kata Mei kepelikan.

Jason mengeluh. Dia kecewa sebab Mei tak mengingati perkara itu.

"Nothing...awak rest okay? Anything panggil je saya. Saya ada dekat bawah je okay?" suruh Jason lembut.

Selepas Jason berlalu. Kata-kata Jason seakan pernah didengari Mei.

Dahinya berkerut kerana ayat itu pernah dia dengari. Memori yang kembali sewaktu dia lemas datang semula.

Dia memandang keluar biliknya, ingin sahaja dia panggil semula Jason.

"How?Hanya aku dengan budak lelaki itu je tahu" pertanyaan itu bermain di mindanya.

"No way.." dia menidakannya.

Beberapa jam berlalu.

Mereka siap berkemas untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.

Mei akan menaiki kereta bersama-sama Li Sun. Li Sun telah mengajaknya semasa bersiar siar bersama.

Tak lama kemudian Li Sun kembali ke pangkaran chalet dengan wajah seakan tak bersalah.Konon tak tahu apa yang berlaku.

"Sayang...dah siap eh? Jom.." kata Li Sun sambil merangkul pinggang Mei.

"Kau pergi mana Li Sun dari tadi?Kau tau apa jadi pada Mei?!" tanya Xinhua tak puas hati.

"Kenapa?Apa yang jadi?Sayang?" dia buat-buat bertanya sambil memandang mereka satu persatu.

"Okay macam ni..aku jalan-jalan dekat bukit sana sampai aku tersesat dekat perkampungan situ. Punyalah susah aku cari jalan keluar korang tau.." pura-pura Li Sun.

Mereka tak menjawab pertanyaan Li Sun sebaliknya memandang dia dengan pandangan menjengkelkan.

Jason memandang tepat Li Sun seakan tak puas hati. Hanya dia sahaja yang tahu Li Sun di mana tadi.

Mei memandang Li Sun. Hatinya berkata "Aku hampir mati,kau sedap-sedap bersiar siar eh!".

"Fine! Tak nak bagitahu sudah. Jom sayang..kita gerak balik dulu.." kata Li Sun sambil menggapai tangan Mei dan berlalu ke keretanya.

"Wait." tahan Jason.

"Mei balik dengan aku" kata Jason sambil menarik tangan Mei ke keretanya.

'Dush' pipi Jason ditumbuk Li Sun.

Mereka bertumbuk sebelum dileraikan mereka yang lain.

Mei yang tertekan dengan keadaan itu dan juga dia kecewa dengan sikap Li Sun yang ambil mudah halnya akhirnya membuatknnya berlalu pergi menaiki kereta Jason. Buat masa ini, dia lebih selesa bersama Jason.

Li Sun membentak marah.

Perjalanan pulang Mei dan Jason sunyi dan hanya ditemani muzik. Jason tahu Mei tertekan dan masih terkejut dengan kejadian tadi sebab itu dia hanya membiarkan Mei tenang sahaja. Sebenarnya di di fikiran Mei, dia memikirkan perubahan sikap Li Sun dan juga kata Jason yang sama dengan apa yang dikatakan budak lelaki dalam memorinya yang baru kembali itu.

Beberapa jam kemudian.

Kereta Jason diberhentikan di hadapan rumah Mei. Beg pakaian Mei dikeluarkan.

"Jason.Thank you. Thanks sebab selamatkan saya..Saya berhutang dengan awak" kata Mei.

" It's okay Mei. Awak penting dalam hidup saya. Pasal hutang tu lain kali kita selesaikan okay? Sekarang awak masuk berehat.." kata Jason lembut sambil mengosok kepala Mei yang menunduk memandang tanah.

Mei mendongak memandang Jason sambil menganguk.

Mereka melambai tangan satu sama lain.

Jason memandu pergi setelah memastikan Mei sudah masuk ke rumah.

Dalam perjalanan pulangnya. Jason masih teringatkan tingkah Li Sun. Kenapa dia tak selamatkan Mei? Apa rancangan dia? pertanyaan itu bermain di fikirannya.

Yang dia pasti Li Sun ada niat yang tak baik terhadap Mei.

'Aku akan pastikan Mei tak akan disakiti' bisik hatinya.