webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Kejutan yang tak disangka

Mei dan Jason yang kini telah rapat semula hari-hari berkepit. Kemana-mana berdua.Kecuali tandas lah.Hahahah..

Li Sun? Asal habis kelas je dia hilang entah ke mana. Bila Mei call alasan dia kerja,kerja..Takpun kana reject.

Jason yang memerhati tingkah Mei yang kecewa setiap kali itulah dia mengajak Mei ke mana sahaja Mei mahu.

Memandangkan kelas dari pagi, dapatlah Mei bersama sekejap dengan Li Sun.Duduk bersebelahan dengan Li Sun pun sudah membuatkan dia gembira.

Li Sun akan berpura-pura sweet terhadap Mei. (imagine kan~~~)

Dia akan pandang lama-lama Mei disisinya semasa kelas berjalan.Kononya sayang. Mei pula akan tersipu-sipu dengan pandangan Li Sun. Kelas berjalan hingga ke waktu tengahari.

Selepas habis kelas tengahari itu, Mei seperti biasa akan menelefon Li Sun bertanyakan dia di mana. Asal habis kelas je dia hilang. Mei pula 'Hm,dia busy kerja agaknya..' positive thinking.

Jason seperti biasa, dia menghampiri Mei dan mengajaknya keluar bersamanya apabila dia melihat Mei keseorangan begitu.

Jason sebenarnya mempunyai rancangan untuk Mei. Hari ini merupakan hari lahir Mei. Jadi dia ingin membuat kejutan buat Mei. Kebetulan pula kelas esok dibatalkan kerana pensyarah mereka ada hal.

"Mei.." panggil Jason

"Yeah?" jawab Mei sambil memandang Jason.

"Jom? Ikut saya..saya nak bawa awak ke satu tempat" ajak Jason.

"Bila? Pergi mana?" tanya Mei teruja.

"Sekarang!" kata Jason sambil menarik Mei mengikuti nya. Mereka berlari beriringan ke kereta Jason.

-Slow motions-

Mereka berlari perlahan berpegangan tangan menuju ke arah kerera Jason.

Mereka berpandangan satu sama lain dan tertawa gembira. Jason gembira apabila dapat membuatkan Mei gembira.

Sampai sahaja di kereta, Jason membukakan pintu buat Mei dan berkata

" Silakan masuk My Princess" kata Jason sambil mengenyitkan matanya.

Mei hanya tersenyum dan masuk ke dalam kereta.

-thank you- balas Mei sedikit menunduk dan tersenyum.

Jason segera masuk. Dan memandang Mei.

"Let's go!" kata mereka serentak.

Gelak ketawa mereka kedengaran.

Kereta dipandu keluar menuju ke jalan raya. Jason memandu terus tanpa berhenti.

"Jauh lagi ke? Awak nak bawa saya ke mana ni?" Mei tertanya-tanya.

"Kenapa? Tak percayakan saya? tanya Jason dengan keningnya diangkat sebelah sambil memandang Mei sekilas.

"Tak sampai macam tu okay. I'll trust you. Cuma tertanya-tanya je.." jelas Mei.

Mereka melepasi bandar dan menuju ke luar bandar.

Mei menoleh memandang papan tanda jalan. Dia menoleh ke arah Jason.

'Jauh juga...Nak stay sampai tengah malam ke dia ni?' kata hatinya.

' Macam mana agaknya reaksi dia nanti ek?Dia dapat terima tak nanti..Hmm' bisik hatinya. -Jason-

Mereka masing mendiamkan diri dan melayan perasaan.

Selepas melepasi 3 km apabila keluar dari bandar, Jason memasuki persimpangan ke kawasan kejiranan atau tempat membesarnya.

Mei yang di sebelahnya masih tertidur dibiarkan dahulu,bila tiba baru dikejutkan.

Jason memberhentikan keretanya di hadapan taman tempat mereka selalu bermain. Dia biarkan Mei tidur didalam kereta semasa dia menyediakan segala persiapan. Unggun api dinyalakan terlebih dahulu. Bekas aluminum yang berisi air coffee yang dibancuh Jason digantungkan di atas unggun api dibiarkan mendidih. Kek strawberry yang dibelinya semasa dalam perjalanan ke situ diletakkan di atas meja dan dinyalakan lilin. Selimut juga disediakan. Tak mahu kesejukan.

Setelah memastikan segala sedia, Jason mendekati tingkap sisi Mei Dan membuka pintu lalu mengejutkan nya.

"Mei...bangun.Dah sampai ni..." panggil Jason sambil mengerakkan bahu Mei perlahan.

Tak bangun.

"Princess Mei..." panggil Jason sambil mencuit hidung Mei pula.

Akhirnya Mei membuka matanya.

'Ada orang panggil aku Princess Mei..Budak tu ke?' bebel Mei yang mamai.

"Dekat mana ni.." tanya Mei mamai sambil memandang sekelilingnya.

Mei turun dari kereta dan berjalan terus ke taman itu. Dia kenal dengan tempat itu.

"Surprise!" jerit Jason.

Mei yang sedang memahami situasi, menoleh terkejut ke arah Jason yang tiba-tiba jerit 'Suprise'.

"Surprise?Tak faham..One more thing.Tempat ni..." tanya Mei yang inginkan jawapan.

"My Princess Mei...hari ni Kan birthday awak...dah lupa ke..?" kata Jason mengejek.

"Oh haah...lupa.." kata Mei sambil menepuk dahinya.

" Awak masih tak ingat saya?Tak kenal saya lagi?" tanya Jason.

"Kenal lah...awak Jason." kata Mei tergelak kecil.

"Rantai tu..." kata Jason. Dia tak tahu macam mana ingin dia terangkan.

'Why?' isyarat Mei.

"Jom..." Jason menarik tangan Mei mengikuti nya ke rumah lamanya masa zaman kanak-kanak miliknya.

"Wait... kenapa ni." Mei cuba berhenti namun Jason tetap mahunya mengikuti dia.

Mereka berhenti di depan rumah budak lelaki gemuk itu.

Mei memandang lama rumah itu. Kenangan itu kembali. Mata Mei mula berkaca.

Dia memandang Jason silih ganti. Dia Cuba memahami apa yang cuba disampaikan Jason.

"Awak....awak budak lelaki tu ke?" tanya Mei cuba memastikan apa yang bermain di fikirannya. Mei memandang Jason lama.

Jason tiba-tiba menghampiri Mei dan seakan menyarungkan rantai di lehernya dan berkata ayat yang sama seperti budak lelaki gemuk itu lakukan.

"Shh..saya janji akan cari awak selagi awak pakai dan jaga elok-elok rantai ni" bisik Jason di telinga Mei. Perlahan-lahan dia memandang Mei dan tersenyum.

Mei terpaku. Air matanya mengalir. Dia memandang Jason dengan tak percaya.

'Akhirnya!' jerit hatinya.

Jason mendekati Mei lalu memeluknya erat. Memandangkan Mei sedikit pendek dari Jason, kepalanya betul-betul berada di dada Jason. Dia mendengar bunyi jantung Jason yang berdegup laju. Mei membalas pelukan Jason. Lama mereka begitu. Melepaskan rindu yang bertahun-tahun lamanya.

"Kan saya dah janji...Saya akan cari awak Mei..." kata Jason sambil mengusap kepala Mei.

Mei memandang Jason dengan wajahnya basah dek air mata. Jason mengusap pipinya yang basah dengan hujung baju sweatshirt nya. Tipu lah kalau Jason tak menangis sama. Dia dah jumpa gadis kesayangannya.

Jason memimpin Mei ke taman. Mereka berjalan bersama, sama seperti mereka di waktu kecil.

Sampai sahaja di taman, Jason menyuruh Mei duduk di hadapan unggun api itu. Kek dibawa mendekati Mei.

~imagine~ dihadapan unggun api,di taman yang berada di atas bukit yang menampakkan pemandangan rumah-rumah, lampu-lampu jalan dan rumah, pokok-pokok..

"Happy birthday My Princess Mei" kata Jason dengan penuh romantic. Dia menyuruh Mei meniup kek.

'Fuhhh..' Mei meniup kek dihadapan nya itu.

"Any wishes?" tanya Jason.

"Jangan pergi tinggalkan saya lagi please?" pinta Mei dengan penuh pandangan pengharapan.

"Okay..." angguk Jason sambil memeluk erat Mei.

Mereka menghabiskan masa bersama di situ. Menghayati pemandangan, berkongsi cerita selepas mereka terpisah.

Kek tadi mereka kongsi bersama. Jason menyuapkan Mei. Mei hanya ikutkan sahaja. Dia semakin selesa dengan Jason selepas tahu yang Jason adalah budak lelaki gemuk itu. Ianya suatu perasaan yang tak dapat diungkapkan.

Jason memandang Mei dan berkata "Awak still sama macam dulu kan?" usik Jason.

"Why? " tanya Mei.

"Manja awak tu..saya tak pernah nampak dekat orang lain..Saya je tahu perangai awak" kata Jason

Mei tersenyum memandang Jason.

"Jason, macam mana awak boleh berubah sampai macam ni sekali? I meant, dulu budak gemuk sekarang hensem..Ramai perempuan tergila-gilakan awak.." tanya Mei.

"Kenapa? Jealous ke.." usik Jason.

Mei menjeling Jason.

"Okay,okay..macam ni, dulu selepas pindah..sampai sekolah high school, saya asyik-asyik diejek'Gemuk''Lemak bergerak''hodoh' macam-macamlah..Kalau awak ada, awaklah yang selalu backup saya kan? So bila da seorang diri, saya bangkit and ubah diri nak tunjukkan pada mereka saya lebih bagus dari mereka..Saya exercise,diet and jaga penampilan. And now, here I'm. " terang Jason dengan penuh bangga.

Mei yang mendengar dari tadi tersenyum bangga denga perubahan Jason. Dia teringatkan kembali zaman kecil mereka.

"Thanks a lot Mei, sebab selalu ada dengan saya" ujar Jason lembut sambil menatap wajah Mei.

Jason menggapai tangan kecil Mei dan mengusapnya. Semakin lama dia semakin tengelam dengan perasaannya sendiri. Lama dia menatap wajah Mei. Jauh di sudut hatinya, dia inginkan Mei. Namun, dia sedar Mei sudah berpunya .

Melihatkan Jason yang asyik memandangnya, Mei menarik tangannya dari genggaman tangan Jason. Dia jadi malu dengan tatapan lama itu.

Jason yang tersedar Mei seakan kekok dia segera berkata

" Sedap tak kek ni? Habiskan tau...penat saya cari favorite kek awak tadi..Awak pula boleh sedap tidur" usik Jason.

'Pek' Mei menampar geram bahu Jason.

'Mereka berdua tergelak memandang satu sama lain.

'Guruh bergema'

Taman yang berada di atas bukit itu membuatkan mereka jelas dengan perubahan cuaca.

Mereka segera mengumpul barang yang ingin disimpan dalam kereta sebelum hujan nanti.

Setelah menyimpan separuh barang, mereka kembali ke tempat lepak tadi untuk mengambil yang selebihnya namun hujan tiba-tiba turun dengan lebat.

'Mereka memandang satu sama lain'

'Mereka seakan berkongsi apa yang berada di fikiran mereka'

Jason mendekati Mei lalu merangkul erat pinggang Mei dan mereka mula menari dalam hujan lebat. Sama seperti yang selalu mereka lakukan sewaktu mereka kecil.

Mereka seakan menghadiri majlis diraja (putri dan putra sedang menari). Mereka berada dalam dunia mereka sendiri.

Lama mereka menari begitu sambil bertatapan dan tertawa bahagia. Bunyi ketawa mereka berselang dengan bunyi hujan yang turun.

Beberapa ketika kemudian mereka berhenti dengan bertatapan dekat. Ada tarikan antara mereka berdua. Namun, kilat yang tiba-tiba berdentum membuatkan mereka terhenti.

Mei berlalu ke pondok berdekatan untuk berteduh sehingga hujan berhenti. Jason mengikuti nya dan berteduh di sebelahnya.

Mei termenung melayan perasaannya sendiri.

'Kenapa aku berdebar-debar dan bahagia bila dengan dia?'

'Li Sun macam mana?'

Perasaannya bercampur baur.Keliru dengan perasaannya sendiri.

Jason tahu Mei kekok dengannya dan seakan keliru. Dia tak mahu serabutkan Mei,jadi dia biarkan sahaja.

Beberapa ketika kemudian, hujan berhenti. Hujan seakan memahami situasi mereka.

"Mei...Jom?" Jason menegur Mei yang masih termenung itu.

"Ha? Okay..jom.." Mei gelabah sebab tertangkap dia termenung.

Mereka bergerak ke kereta. Jason menghulurkan tuala kepada Mei untuk mengeringkan rambut. Mei menyambut dan mengeringkan rambutnya. Jason memberikan Mei sepasang baju sweatshirt dengan seluar spare miliknya. Mei berlalu ke tandas awam berdekatan untuk menukar bajunya.Dia mengeringkan rambutnya dan menukar baju.

Mei masih belum keluar tandas, jadi mengambil keputusan untuk menemani Mei di luar tandas.

Tak lama kemudian Mei keluar. Baju Jason yang dipakainya terlalu besar.

'Jason tergelak memandang Mei'

Mei terkejut dan turut tergelak dengan keadaannya yang berpakaian besar.

"Dahla jom...dah lambat kita ni" ajak Mei dengan tawa yang masih tersisa.

'Okay..hahaha' balas Jason.

Mereka bergerak pulang apabila memastikan segala barang sudah disimpan.

Beberapa jam kemudian Mei sampai di hadapan rumahnya. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 am.

'Habislah mak aku bising balik lambat' Mei sedikit gelisah.

Jason dalam kereta berkata

" Thanks for today Mei..take care okay? Saya balik dulu" kata Jason.

"You too Jason. Thanks a lot. Saya happy sangat. Take care. Dah sampai chat saya" balas Mei dari luar.

Mereka melambai tangan satu sama lain.

Dalam kereta

"Dada please jangan kuat sangat berdebar lain kali...takut Mei perasan pula nanti" bebel Jason seorang diri.

Dia tersenyum sendirian. Dia berjaya membuatkan Mei sedar siapa dirinya dan kejutan hari jadi Mei berjaya.

Bilik Mei

"Hati, please jangan macam-macam" bebel Mei sambil berbaring di atas katil empuknya.

Mei tersenyum gembira kerana dia telah jumpa budak lelaki gemuk itu semula. Dia tak sangka,lelaki yang selama ini do sisinya adalah budak itu.

Tak lama kemudian mereka berdua terlelap kepenatan plus dengan rasa bahagia.