webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Jatuh sakit

Mei selalunya akan bangun awal. Namun hari ini dia masih berselimut walaupun pendingin hawa tidak dibuka dan matahari memancar masuk melalui tingkap biliknya.

Badannya terasa lemah dan kepalanya terasa pening.

"Mei..?" panggil mamanya di muka pintu biliknya.

'Krik2' senyap Mei tak menyahut.

"Mei..bangun.. Selalunya kamu dah bangun waktu macam ni" bebel mamanya lagi apabila Mei masih berselimut.

"Ma...adik tak larat lah hari ni" balas Mei perlahan. Tekaknya sakit.

"Kamu okay tak ni?" mama Mei risau.

Mei menganguk perlahan dengan mata masih terpejam.

Mamanya menghampiri Mei dan memegang dahi Mei.

"Panas betul badan kamu ni Mei. Nak pergi hospital tak? Macam mana boleh demam ni.." mamanya gusar.

"Tak apa ma..adik ada ubat lagi..Kejap lagi adik makan ubat okay?" balas Mei lemah.

"Yelah..mama masakan bubur kejap. Lepas makan, makan ubat rehat okay" balas mamanya dan beredar ke dapur.

Mei senyap saja. Dia terlelap semula.

'Ting' mesej dari Jason yang ke 6 masuk ke peti pesanan telefon Mei.

Jason sebenarnya risaukan Mei. Sebab sewaktu dulu, bila kena hujan saja Mei akan demam. Begitu juga dia. Badannya terasa lemah sewaktu dia bangun pagi tadi.

Mereka seperti kembar. Bila salah seorang sakit, yang lagi seorang pasti akan sakit juga.

Dia teringatkan kembali kenangan mereka dulu. Mereka pernah bermain sampai lewat petang sehinggalah hujan turun lebat. Mereka tak dapat pulang ke rumah dan terpaksa berteduh di pondok semalam. Habis baju mereka berdua basah lecun. Menggigil kesejukan.Mereka terpaksa menunggu di situ sehinggalah parent mereka berdua sendiri yang mencari mereka, datang ke situ menjemput mereka pulang. Keesokkan hari memang kedua nya jatuh sakit. Sembuh saja dari demam mereka didenda dan tidak dibenarkan pulang lewat terutama sewaktu hari mendung.

'Dia demam juga ke?'

'Teruk ke sampai tak jawab?'

Jason kerisauan.

Dia sudah mengambil ubat dan menikmati sedikit sarapan untuk mengalas perut.

Di rumah Mei.

"Mei..bangun makan bubur ni.." kejut mamanya.

*Mei tak menjawab panggilan mamanya.

"Mei...?" mamanya mengerakkan bahu Mei.

*Senyap*

Mamanya menepuk perlahan pipi Mei. Tiada reaksi.

*Mei pengsan*

Mamanya gelabah.

"Sayang..!!" mamanya menjerit memanggil papa Mei.

"Ye? Kenapa terjerit-jerit ni?" papanya panik. Papa Mei menghampiri Mei dan melihat Mei yang terlantar pengsan.

"Cepat bawa Mei ke hospital! Cepat..!" gesa mamanya.

Papa Mei mendukung Mei dan membacanya masuk ke kereta. Mama Mei mengambil beg duit Mei dan telefon Mei untuk dibawa bersama ke hospital.

Di hospital.

Mei dimasukkan ke wad kerana suhu badan terlalu tinggi. Dia perlu ditahan wad selama 2 hari. Parents Mei menguruskan pendaftaran pesakit di kaunter hospital.

' Kring' telefon Mei berbunyi.

Mama Mei memandang suaminya.

'Nak angkat ke? Mana tau penting?' mamanya bertanya papanya dengan memberitau dengan menunjukkan telefon Mei yang sedang berbunyi Kali ke2 itu.

Papa Mai menganguk.

"Hello? Mei.. Akhirnya awak jawab juga call saya. Risau saya tahu tak..Haih.." jawab Jason.

"Hello..siapa ye? Ni mama Mei.." balas mama Mei lembut.

" Aunty Ma..." kata Jason di panggilan.

' Eh.. mana dia tahu nama aku?' pelik mama Mei.

'Tak pernah orang panggil aku macam tu, melainkan...' kata mama Mei dalam hati.

"Aunty Ma.., saya kawan lama Mei.Budak gemuk dulu.." kata Jason seolah untuk mengingatkan kembali wanita itu.

" Really?! Dah lama aunty tak dengar khabar kamu sekeluarga Jason.." kata mama Mei teruja di panggilan. Suaminya menghampiri isterinya untuk bertanya kenapa apabila melihat isterinya teruja apabila bercakap dengan seseorang di panggilan.

'Jason.. budak lelaki gemuk dulu tu...' mama Mei berkata pada suaminya dengan perlahan.

'Owh...' balas suaminya yang turut teruja.

Kedua-dua keluarga sememangnya rapat.

"Kami sihat je aunty..Aunty Ma, mana Mei? Saya chat and call banyak kali dia takk balas pun.." kata Jason pelik.

"Owh lupa bagitahu kamu, Mei kena tahan wad. Dia demam panas ni.." jelas mama Mei.

"Apa!" Jason menjerit terkejut di hujung panggilan.

'Mama Mei menjauhkan telefon Mei dari telinga nya' Terkejut dibuatnya.

"Sorry aunty..hehe..Saya datang sekarang. Aunty bagi tahu wad Mana okay?" balas Jason tergesa-gesa untuk ke hospital.

"Okay... hati-hati memandu" pesan wanita itu.

Panggilan ditamatkan. Dia segera keluar rumah setelah memastikan dirinya kemas dan pintu rumah dikunci.

Jason memandu keluar dari kawasan perumahannya ke hospital.

Tak lama kemudian dia sampai di parking lot hospital. Dia segera masuk dan mencari wad yang dikatakan mama Mei.

Kelam kabut Jason, macam orang yang tunggu isterinya bersalin gitu?

~ imagine kan~

Dia sampai juga di hadapan wad Mei.

Mei ditempatkan dalam bilik perseorangan.

Pintu bilik was Mei dibuka.

Dua orang separuh umur sedang memandang Jason pelik. Jason memandang mereka.

"Jason?!" kata mereka berdua serentak.

"Aunty Ma? Uncle?!" balas Jason.

Mereka bertiga teruja apabila berjumpa semula. Mama dan papa Mei menghampiri Jason dan memandang Jason dengan penuh kasih dan tak percaya. Mana tak nya...dulu comot, selekeh, gemuk..hahahah..Sekarang hensem.

"Lain kamu sekarang ni" kata mama Mei. Dia memegang kedua belah pipi Jason seakan tak percaya.

Jason malu.

"Wait..Panas muka kamu ni..Kamu demam juga ke Jason?" pelik wanita itu. Dia memandang Jason dan suaminya silih ganti.

'Hehehe..' Jason tersengih.

Mama dan papa Mei mengeleng.

'Uhuk' Mei berdehem dari katil pesakit.

"Drama apa korang tengah buat ni..." usik Mei perlahan memecah bualan mereka bertiga tadi.

Mereka bertiga menoleh ke arah Mei dan menghampiri nya. Mereka tergelak.

"Awak okay..?" tanya Jason serba salah.

"Okay je..Demam sikit je ni, mama papa je over.." usik Mei.

"Eleh..sikit konon..kalau sikit takda sampai pengsan.." balas Mama Mei geram.

"Lagi satu...macam mana kamu berdua boleh demam sama-sama eh?" perangkap mama Mei.

'Jason dan Mei saling berpandangan dan tergelak kecil'

Mama Mei menjeling mereka berdua geram.

'Jom kita balik..biarkan mereka berdua' papa Mei mengajak Mamanya pulang.

"Ha yelah..bye you two...Aunty balik dulu okay..? Tolong tengokkan budak ni..Free datang rumah aunty" kata mama Mei kepada Jason.

'Mereka berpelukan sebelum pulang'

"Awak okay tak?" tanya Mei risau.

"Okay...awak tu. Saya punya spam chat awak tak balas..rupa-rupanya da sampai sini" usik Jason.

'Mereka tergelak dengan diri sendiri'

Jason menemani Mei sepanjang hari di bilik wadnya itu.

Mereka menghabiskan masa bersama sama dengan menonton television. Nasib baik bilik itu ada tv.

Masing-masing leka menonton tv.

Mei memandang Jason yang leka menonton tv.

"Jason...awak.." panggil Mei.

'Senyap'

"Bear..Bear,ry.." panggil Mei lagi sekali.Nama yang dia berikan kepada Jason dulu. Mei tersenyum.

Jason menoleh melihat Mei. Dia tak percaya Mei masih mengingati nama panggilan nya itu.

Jason gembira apabila Mei memanggil dia dengan gelaran itu semula.

Dia menghampiri Mei dan berkata;

"Yes My Princess Mei, can I help you?" balas Jason sambil meletakkan tangan di dada dan menunduk sedikit.Gaya seperti Prince dari cerita kartun.

Mei tertawa melihat tingkah Jason. Setiap tingkah dan layanan Jason terhadapnya membuat bahagia.

"Boleh tak kalau awak belikan Saya aiskrim dengan chocolate? Please....🥺" pinta Mei dengan mata yang bersinar-sinar.

"Hm...I need to think about it first..." sakat Jason.

"Ala... please....🥺" pinta Mei sekali lagi.

"Hahaha.. yelah-yelah" akur Jason. Dia cair apabila melihat Mei begitu.

Jason berlalu pergi ke tingkat bawah hospital untuk ke cafe dan kedai runcit hospital untuk membeli sedikit makanan dan apa yang dipinta Mei tadi.

Semasa Jason turun ke tingkat bawah hospital, ada seseorang sedang menuju ke bilik wad Mei.

'Li Sun'

"Sayang!"panggil Li Sun apabila membuka pintu bilik Mei.

Mei menoleh terkejut melihat Li Sun yang tiba-tiba muncul.

Dia meresakan tidak gembira dengan kehadiran Li Sun di situ.

'Kenapa masa ni kau baru nak muncul!' bentak hati Mei.

Li Sun menghampiri Mei dan menguncup dahi Mei.

"Awak okay tak ni?"

"Macam mana awak boleh sakit?"

Tanya Li Sun yang kononnya kerisauan.

"Saya okay je..demam sikit je ni" balas Mei ringkas.

"Saya punyalah panik bila baca awak update dekat group chat class yang awak tak masuk class esok sebab ni .." terang Li Sun sambil mengelap dahinya yang basah dengan peluh dengan tisu.

Sebenarnya masa di luar wad Mei, sebelum Li Sun masuk. Dia membasahkan sedikit dahi dan bajunya dengan air mineral yang dibelinya di bawah tadi untuk nampak yang dia kononnya kerisauan.

Di kedai tingkat bawah hospital

"Mana satu ek, aiskrim kesukaan Mei sekarang? Ke sama macam dulu?" bebel Jason berseorangan.

"Mesti dia suka aku beli aiskrim kesukaan dia" bebel Jason lagi.

Usai membayar dia berlalu ke tingkat atas dengan menjinjit beg makanan.

Jason membuka pintu bilik wad Mei.

Dia terpaku di pintu masuk bilik itu.

'Li Sun?'

'Bila dia datang?'

'Mei yang panggil ke?'

Jason tertanya-tanya.

Mei mengisyaratkan kepada Jason menyuruh nya untuk masuk dan memberikannya aiskrim yang dipintanya itu. Dia tak sabar.

"Wah! Aiskrim ni ada lagi?!" Mei excited apabila melihat aiskrim kesukaannya ada di depan mata.

Jason mengosok kepala Mei perlahan.

Dia suka melihat Mei begitu.

Li Sun hanya memandang Jason geram.

"Jason.Kau boleh balik. Aku temankan dia malam ni" arah Li Sun.

Mei terhenti menikmati aiskrim itu.

"Tak nak..Aku dah janji dengan parent dia yang 'AKU' akan jaga dia" terang Jason.

"Aku kata balik! Mei kekasih aku.Aku tahu jaga dia." arah Li Sun lagi,tapi kali ini dia menolak Jason supaya keluar.

"Wait Li Sun!" Mei mengarahkan Li Sun berhenti. Dia tak suka melihat Jason dilayan begitu.

"He's stay here with me tonight. Please,awak balik dulu" kata Mei.

Li Sun bengang. Jason tersengih gembira. Dia gembira Mei memilih dia.

"Awak sengaja kan Mei?!" bentak Li Sun dan berlalu pergi. Dia menutup pintu bilik itu dengan kuat.

"Thanks Mei.." balas Jason sambil memandang Mei kekok.

" It's okay. Dia tak patut layan awak begitu. I don't like it." kata Mei.

"Hm..dahla.. Ignore je pasal tadi..Kita layan movie sambil makan okay?" kata Jason lagi.

'Mei menganguk mengiyakan'

Jason duduk bersebelahan Mei di atas katil. Mei mula-mula tidak selesa dan menyuruh Jason duduk di kerusi sahaja,tetapi Jason tetap berdegil mahu bersandar di katil itu dengannya. Dia akhirnya akur. Tak larat nak melawan.

"Ingat lagi eh awak saya suka aiskrim ni?" tanya Mei perlahan.

Jason menganguk dan tersenyum.

Mereka menonton movie sambil menikmati makanan yang dibeli Jason.

Ada hotdog, nugget, Milo panas dan keropok.

Tiba-tiba nurse masuk until memeriksa keadaan Mei.

Terkejut mereka berdua. Jason hampir sahaja terjatuh dari katil itu.

"Ni siapa yang makan?" soal nurse itu.

Mei memandang Jason.

"Sa..Saya..Kenapa nurse?" gagap Jason.

Nurse itu mengeleng tiada apa. Dia sudah biasa. Dia tahu perkara sebegini akan terjadi. Sebab itu dia malas banyak soal atau mahu marah.

Usai memeriksa Mei, nurse itu berlalu keluar.

"Fuh....nasib baik" kata Jason lega.

Mereka berdua tergelak.

Mei berlalu ke tandas.

Jason kemudian kembali menonton tv sambil bersandar di katil Mei.

Setelah keluar tandas, Mei mengelap mukanya yang dicuci dan kembali berbaring di sisi Jason.

Pada mulanya dia agak malu,namun dia semakin selesa dan rasa selamat di sisi Jason. Sebab itu dia tak kisah mereka berbaring behitu.

Tak lama kemudian Mei terlelap. Mungkin sebab pengambilan ubat yang diberikan nurse tadi.

" Mei..." panggil Jason perlahan

'Senyap'

Jason memandang Mei di sebelahnya.

'Patutlah..dah tidur rupanya..' kata Jason perlahan.

Jason membetulkan rambut di dahi Mei. Matanya memandang setiap ciptaan tuhan pada wajah Mei. Lengkap dan cantik. Hatinya berdebar-debar.

'Calm down'...bisik hatinya.

Dia menutup tv dan cuba melelapkan mata.

Mei bergerak sedikit. Jason menarik Mei rapat ke arahnya untuk mengelakkan Mei dari terjatuh.

Dia tak boleh bergerak dari katil kerana kepala Mei terletak di atas lengannya.

Mahu tak mahu dia tidur di situ juga.

Jason bahagia apabila orang yang disayangi ada di sisinya.

Dia melelapkan mata dengan perasaannya yang bahagia.