webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Escape dengan pertolongan Li Sun.

Di ruang tamu rumah tempat Mei dikurung.

Li Sun Dan Zen Xi duduk berbual.

Pizza yang dibawa Zen Xi dikunyah perlahan. Li Sun menahan marahnya dari tadi. Perkara sebenar yang terjadi pada dirinya sekeluarga berpunca daripada lelaki di hadapannya.

Ikutkan saja hati yang tengah panas mahu dia lunyai kan sekarang juga.

Li Sun menoleh memandang ke arah bilik Mei dikurung.

Dia tidak mahu mengambil risiko. Dia tak mahu disebabkan kebodohannya lagi, membuatkan Mei merana atau lebih teruk dia kehilangan Mei.

Li Sun mengeleng. Kepalanya dipicit. Kusut memikirkan bagaimana hendak selamatkan Mei dari genggaman Zen Xi.

Telefon pintarnya dibelek-belek. Menunggu pesanan dari penyiasat upahannya. Dia perlu tahu kenapa Mei menjadi mangsa. Siapa anak yang mama lahirkan? Mana dia? Kenapa mama tak report? Kenapa mama inggalkan kami?.

"Li Sun, aku dah chat budak lelaki yang rapat dengan perempuan tu" kata Zen Xi tiba-tiba.

Li Sun menoleh dengan mata membulat. Terkejut.

"Apa?! Kau gila ke? Macam mana kalau polis detect kita?" Li Sun bangun mundar-mandir.

'Lagi bagus kalau Jason dengan polis detect Mei cepat'

"Kau bertenang boleh? Aku tak lah bodoh sangat pakai sim sama..Cool okay?" kata Zen Xi dengan tenang.

Li Sun mengeleng kepala.

"Lain kali bincang dengan aku dulu. Jangan memandai je" sindir Li Sun.

"Okay, okay...releks.." kata Zen Xi.

*Ting

Pesanan masuk.

Li Sun dengan tenang membuka pesanan yang diterima dari penyiasat upahannya 'K'.

*Bos. Shocking news.

* Dokumen senarai nama serta maklumat mengenai bayi yang dilahirkan pada tahun kejadian mama lari tinggalkan dirinya.

'Zup!' dia amat terperanjat dengan nama bayi dan nama ibu kandung bayi tersebut.

'Jason Ann'

'1997 muda dari aku'

Nama bapa 'Li Annchi...'

'WAIT!!'

Mama?

Li Sun terkejut dengan apa yang dilihat sehingga dia tidak menyedari yang Zen Xi sedang memandang ke arahnya sejak tadi.

Li Sun bangun mundar-mandir mengaru kepalanya sambil membelek-belek maklumat yang dibaca berulang kali seakan tidak percaya.

'Jason Ann?'

'Jason yang aku kenal tu??!'

'Baby yang mama kandung masa dia lari?'

'Jason tu adik aku??!'

Li Sun kemudian duduk meraup mukanya.Serabut. Keliru. Marah. Semua sekali.

"Oi! Kau dah kenapa?!" teguran Zen Xi tiba-tiba membuatkan Li Sun sedikit terkejut. Dia cuba mengawal riak dan perasaannya supaya Zen Xi tidak tahu apa yang dia ketahui ketika itu.

"Tak, takde apa. Game gambling ni! Aku kalah lagi! Adoihaii habislah macam ni!" pura-pura Li Sun.

'AHAHHAHA' gelak Zen Xi apabila melihat Li Sun reaksi Li Sun kalah game itu.

Li Sun gelak sama untuk menutup rahsianya itu. Dia menoleh memandang ke arah bilik Mei dikurung.

'Aku akan pastikan Mei selamat. Aku tak nak disebabkan kebodohan aku lagi, Mei merana' bisik hatinya sambil mencuba untuk tetap bertenang.

"Ha. Nak gambling ajak aku lain kali.." pesan Zen Xi sambil berlalu ke pintu keluar.

Li Sun hanya menganguk kekok.

"Kau nak balik dah ke? tanya Li Sun.

"Taklah..Aku keluar kejap. Ada hal..Nanti malam aku datang balik. Kau jaga perempuan tu elok-elok tau." pesan Zen Xi sebelum berlalu pergi.

Li Sun menganguk mengiyakan sambil memandang kereta Zen Xi berlalu pergi dari kawasan itu.

*Peluang! jerit hatinya.

*Di dalam bilik air.

Mei tertidur duduk sambil menahan badannya di pintu itu.

Tempat yang paling selamat baginya saat itu.

Li Sun mengunci pintu dan segera membuka pintu bilik Mei dikurung.

'Kosong' matanya meliar mencari Mei.

Dia menghampiri bucu bilik itu namun tiada.

"Mei? Kau dekat mana? Aku, Li Sun ni..Lelaki tu dah tak ada..Kau selamat" panggil Li Sun sambil terus mencari Mei di bawah katil dan di almari buruk itu. Kosong.

Matanya melirik ke tali yang mengikat di kaki Mei yang menuju ke arah bilik air itu.

Pintu bilik air itu tertutup rapat.

'Tuk.Tuk' Li Sun mengetuk pintu itu sambil memanggil Mei berkali-kali.

"Mei..bukalah.Aku, Li Sun. Lelaki tu dah tak ada. Jangan takut." pujuk Li Sun lagi sekali.

*Dalam bilik air itu.

'Tuk.Tuk'

Ketukan itu membuatkan Mei terjaga dan ketakutan.

Tangan dan kakinya yang masih terikat itu menahan pintu dari dibuka secara paksa dari luar sebagai langkah berjaga-jaga.

Telinganya ditekapkan di pintu tandas. Cuba mengenalpasti suara dan bunyi di luar sana.

"Mei..bukalah.Aku, Li Sun. Lelaki tu dah tak ada. Jangan takut." pujuk Li Sun lagi sekali.

Namun apabila mendengarkan suara Li Sun dia bertenang sedikit.

Li Sun tetap cuba memujuk Mei keluar dari tandas walaupun Mei tidak memberikan apa-apa reaksi langsung.

15 minit kemudian barulah Mei berani perlahan-lahan membuka pintu itu.

Nampak sahaja sosok tubuh Mei yang teragak-agak melangkah keluar dari tandas dia terus bangun menghampiri Mei perlahan-lahan dan memeluknya.

"Sorry Mei. Aku tak tahu yang pakcik aku tu gunakan aku untuk kepentingan dia. Aku akan tolong kau lari dari sini." kata Li Sun yang masih tetap memeluk erat Mei.

'Gunakan dia untuk kesempatan?'

Mei masih tetap kaku dalam pelukan Li Sun. Tingkah dan kata-kata Li Sun membuatkan Mei merasakan dia selamat dan ada harapan walaupun penculiknya adalah lelaki yang sedang memeluknya.

Pelukan itu perlahan-lahan dilepaskan.

Li Sun menarik tangan Mei dan membawanya duduk di atas katil.

Mei hanya ikutkan saja dengan kakinya yang masih terikat itu.

Li Sun tiba-tiba menunduk dihadapannya dan memutuskan tali yang terikat di kakinya.

Perbuatan itu diperhatikan Mei dengan seribu tanda tanya. Pelik dengan perubahan sikap Li Sun. Dari jahat dan tiba-tiba baik kepadanya.

Terlerai sahaja ikatan di kaki Mei, Li Sun menyapu sedikit ubat ke luka akibat ikatan itu.

"Kau dengar sini elok-elok. Aku akan bawa kau lari dari tempat ni. Tapi kau kena stay alert dekat sisi aku." kata Li Sun sambil memandang Mei dengan wajah yang serious.

Mei menganguk perlahan.

Li Sun menghulurkan tangannya ke arah Mei.

"Tapi...kenapa kau nak selamatkan aku lepas kau dah culik aku beberapa hari ni?" tanya Mei pelik sebelum menyambut tangan Li Sun.

"Nanti dalam kereta aku cerita. Jom cepat sebelum dia balik." balas Li Sun sambil menghulurkan tangannya lagi sekali.

Mei segera menyambut tangan Li Sun dan mereka segera berlalu keluar dari bilik itu.

Kunci kereta, sebotol air mineral buat Mei dicapai sebelum mereka berlalu keluar dari rumah itu.

Melangkah keluar saja dari rumah itu barulah Mei dapat melihat dengan jelas keadaan sekelilingnya. Penuh hutan di sekelilingnya.

Li Sun segera menarik tangannya dan menyuruh Mei duduk di dalam kereta.

Kereta dipandu keluar dari kawasan rumah itu dan menuruni bukit yang dikelilingi hutan tebal.

Mei memerhatikan keadaan sekeliling jalan yang mereka lalui. Hutan.

Mei memandang Li Sun yang sedang fokus memandu.

"Kau kata nak cerita?" kata Mei.

Li Sun memandang Mei kejap.

Sebelum sempat mereka bersuara tiba-tiba suatu bunyi kedengaran.

'Pom!!''

Kereta yang dipandu menjadi tidak terkawal.

"Li Sun!! Kenapa ni?!" Mei panik.

"Tak guna! Zen Xi!!. Mei dengar apa aku nak pesan ni, aku nak kau lari selaju yang kau boleh jangan pandang belakang. Faham?" kata Li Sun yang sedang cuba mengawal stering kereta dari terbabas.

"Kau nak buat apa? Kau dah janji nak bawa aku keluar dari sini dengan selamat kan! " Mei semakin cemas apabila Li Sun tiba-tiba pesan begitu.

Mereka berdua tahu yang kereta menjadi begitu disebabkan perbuatan Zen Xi. Dia menaburkan paku di jalan itu.

'Strett!!!' bunyi brek kereta.

Kereta yang dipandu hampir sahaja melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Nasib baik Li Sun sempat menekan brek.

Mei menekup muka dek kerana terlalu takut.

Keadaan senyap seketika.

Mei membuka matanya dan melirik ke tangan yang menghadangnya dari terdorong ke depan.

Dia kemudian menoleh ke arah Li Sun di tempat pemandu.

'Li Sun!'

Kepala Li Sun tersandar di stering kereta.

"Li Sun! Kau okay tak? Li Sun...bangunlah!" panggil Mei berkali-kali sambil mengoyangkan bahu Li Sun.

'Kepala Li Sun perlahan-lahan bergerak'

"Mei....kau, kau okay?" tanya Li Sun sebaik sahaja dia sedar sepenuhnya.

Tangannya menekap di dahinya yang berdarah akibat hentakan di stering tadi.

'Mei menganguk - Aku okay'

Li Sun tersenyum lega. Dia kemudian melirik ke arah cermin pandang belakang keretanya.

'Zen Xi!!' matanya terbeliak apabila menyedari Zen Xi semakin menghampiri mereka.

Dia kemudian menoleh memandang Mei.

"Lari Mei. Ingat. Jangan toleh belakang. Lari sekuat hati kau."

Kayu golf di seat belakang di ambil Dan digenggam erat.

"Sorry Mei dengan apa aku dah buat dekat kau. Sorry sangat. Aku silap. So now, GO! Amik phone kau balik and lari sekuat hati. Now, GO!" kata Li Sun sekali lagi sambil menolak Mei supaya keluar dari keretanya.