webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Detik Itu

Masa berlalu pantas.

Sudah 3 bulan mereka intern.

Kini mereka bergelar full time worker di syarikat masing-masing.

Hari-hari mereka meluangkan masa bersama.

Waktu makan tengahari, masa balik kerja bersama dan hujung minggu pun mereka tetap habiskan masa bersama which bergi hiking, movie time, shopping, cuba makanan viral ehh banyak lagi lah.

Macam belangkas lah dua ketul ni.

Pergi mana2 mesti berkepit.

Dah macam pasangan yang dah berkahwin.

*Back to work day mereka.

Seperti yang dijanjikan, Jason menanti Mei di tempat parking untuk keluar lunch bersama-sama.

Sewaktu sibuk mengskroll Instagram miliknya, pandangan matanya terarah pada beberapa pekerja yang berjalan keluar dari bangunan, kerana terganggu dengan bergelak ketawa mereka yang kuat.

Matanya terus tertumpu pada Mei.

Mei dikelilingi beberapa orang lelaki dan dua pekerja wanita.

Dari gaya lelaki-lelaki yang bersama-sama dengan Mei tika itu menguatkan lagi sangkaannya.

Jason segera melangkah keluar dari kereta dan menuju terus ke arah Mei dan rakan-rakan sekerjanya.

"Sayang!" jerit Jason dari jauh sambil melambai tangan ke arah Mei.

'Sengaja'

Pekerja-pekerja lelaki yang cuba mendekati Mei itu terus menjauhi Mei apabila Jason memanggil Mei sebegitu.

Rakan sekerja Mei yang bernama Salwa dan Jenny menampar bahunya dan menyakatnya.

"Sorry sayang Saya lambat.. kita nak makan dekat mana? Sorry.. Ah! Is this your colleagues?" kata Jason sambil merangkul bahu Mei di hadapan semua rakan sekerja Mei.

'Rakan-rakan sekerja Mei menganguk mengiyakan yang mereka bekerja di Syarikat yang sama seperti yang dikatakannya tadi'

"Hi, I..Jason, she's my girlfriend" kata Jason, rambut Mei dibelai manja di hadapan mereka semua.

'Pipi Mei merona merah, malu dengan tindakan Jason yang tiba-tiba itu.

Lagi-lagi di hadapan rakan sekerjanya'

'Dah kenapa sweet sangat dia ni.. tiba-tiba je. Tak kanlah jealous sebab ada lelaki pula..' bisik hati Mei.

"Em..kita makan dekat depan tu jelah.. sama tempat dengan diaorang. Takpe Kan..?" kata Mei sambil memandang Jason.

"Boleh sayang.. Jom.." kata Jason sambil mengenggam erat tangan Mei menuju ke restoran tersebut.

*Restoran Mak Jah

Pelbagai jenis lauk disediakan ala buffet.

Pelanggan memilih lauk mereka sendiri dan duduk di meja makan pilihan mereka.

Tak sampai berapa minit pelayan Restoran Mak Jah datang mendekati mereka berdua sambil mancatat harga di kertas.

"First time eh dekat sini?" tanya pekerja lelaki itu sambil menghulurkan kertas yang bertulis harga itu kepada Mei.

'Dahi Jason berkerut, tangannya yang dihulurkan ke arah pekerja lelaki itu untuk mengambil kertas harga makanan mereka berdua langsung tak dihiraukan pekerja lelaki itu'

'Eh budak ni. Aku hulur ni tak nampak ke'

'Jason mengetap giginya menahan geram apabila melihat pekerja lelaki itu cuba memikat Mei, lagi-lagi di hadapannya!'

'Oi! Aku kat depan kau ni tak nampak ke?' getus hati Jason yang membara.

"Haah... bayar dekat mana eh?" tanya Mei dan membalas senyuman.

"Dekat sana cik. Kalau cik nak, saya boleh bawakan cik ke kaunter pembayaran?" kata pelayan itu tanpa menghiraukan kewujudan Jason yang sedang memandangnya seperti seekor singa yang bila2 masa saja akan menerkam mangsanya.

'Mei mengerling ke arah Jason sambil tersenyum serba salah, dia tahu yang Jason tengah jealous dengan situasi itu'

"Takpe..saya boleh pergi sendiri." kata Mei pendek dan kemudian menumpukan perhatianya kepada Jason.

'Jason tersenyum kemenangan sambil memandang ke arah pelayan lelaki yang sudahpun berubah riak wajahnya apabila ditolak Mei'

"Sayang..say Aaa...." kata Mei sambil menyuakan makanan ke arah mulut Jason.

Mereka berborak sambil bergelak ketawa sehinggalah makanan yang mereka kongsi bersama licin dijamah.

"Sayang.. lepas kerja sayang amik boleh? Malas nak naik grab.. Boleh? Hm?" tanya Mei dengan manja sambil mengenggam tangan Jason.

'Jason terpaku seketika dengan kemanjaan yang Mei tunjukkan padanya, di hadapan orang lain'

"Em? Bolehlah..." rengek Mei lagi.

'Jason mengerling ke arah rakan sekerja Mei yang sedang memandang ke arah mereka'

'Jason tersenyum kemenangan apabila melihat pekerja lelaki yang Cuba mendekati Mei tadi kelihatan bengang'

"Boleh sayang... Jom" kata Jason sambil berlakon mengesat bibir Mei, sengaja menyakitkan lagi hati pekerja lelaki itu.

'Mereka berdua bangun berpegangan tangan menuju ke kaunter pembayaran'

Selesai membuat pembayaran, mereka berdua kembali ke tempat kerja Mei.

"Habis kerja nanti, sayang tunggu Tau dekat sini. Jangan pergi mana2." pesan Jason sebelum berlalu pergi.

"Okay sayang..see you then" lambai Mei sehingga bayang Jason hilang.

Rakan sekerjanya tersengih2 dan berbisik sesama sendiri mengusik Mei.

Mei mendekati mereka dengan muka menahan malu.

Mei kembali bekerja sehinggalah tanpa dia sedari waktu berlalu dengan pantas sekali.

Waktu kerjanya dah pun berakhir.

Sebelum balik, Mei meletakkan beberapa helaian kertas rekaan rumah yang sudah siap di atas meja ketua teamnya, Puan Soo.

Mei melambai tangannya pada rakan sekerjanya yang lain sebelum tergesa-gesa keluar dari pejabat kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan Jason sebentar lagi.

'Ting' lif terbuka.

Mei melangkah masuk.

Semasa dalam lif, Mei membetulkan solekannya.

Compact powder di ratakan seluruh wajah, liptint fav nya which, Ombrella Lip Tint code Underground dicalit rata then di bahagian tengah bibirnya dicalit sedikit code Hottie untuk dapatkan ombre ala2 korean giteww.

Puas hati dengan solekannya, Mei menyembur sedikit perfume Lilith & Eve Black Opium pada tengkuknya & baju.

'Aroma wangi memenuhi ruangan lif'

'Wangi!' Mei tersenyum sendiri.

'Ting' lif terbuka.

Mei melangkah keluar dan berjalan pantas keluar dari bangunan office.

'Matanya melingas ke kiri, ke kanan. Mencari-cari sosok tubuh tak pun kereta Jason'

'Tak ada'

"Lambat juga dia harini, ingatkan dia dah sampai dulu hmm' gumam Mei sendirian.

Mei setia berdiri menunggu Jason di hadapan office tempat kerjanya.

*Mesej mereka berdua.

Mei : Sayang dekat mana? Dah otw? Saya tunggu dekat depan office tau.

'10 minit masih sepi'

'Mei mula pelik. Selalunya mesej2nya akan laju dibalas, tapi kalini lambat pula..'

'Maybe jemmed kot' cuba husnuzon ceh..

'20 minit berlalu'

'Kakinya mula sakit kerana berdiri terlalu lama'

'Tubuhnya juga kesejukan'

Nombor Jason ditekan.

'Tut...tut...'

"Hello? Sayang? Sorry..sorry.. I tau I lambat sangat tapi sayang tunggu dekat dalam boleh? Sejuk ni.. Sorry tadi last minit meeting, tu yang I lambat. Sorry sayang.." jelas Jason tak putus.

'Lega hati Mei bila mendengar suara Jason'

'Dari tadi dia dah fikir bukan-bukan'

"Releks sayang... It's okay.. Saya tunggu dalam lah yea, sayang hati2 drive nanti dah sampai call saya balik okay?" pesan Mei.

"Okay sayang.. sekejap yea. By the way, sayang..I miss you heheh... Tak sabar nak jumpa you" sengih mengada Jason sendiri.

"Mengada...I miss you too.. Drive elok2. Meet you then sayang." kata Mei sambil tersenyum-senyum seperti kera dapat bunga.

'Talian dimatikan' mahu Jason menumpukan perhatian semasa memandu.

Pintu lobi office ditolak, Mei melangkah masuk ke dalam.

Kakinya melangkah mendekati sofa, lantas Mei duduk, kasut tumit tingginya ditanggalkan.

'Sakit' mengeluh sendiri, tak biasa pakai kasut jenis ni lagi. Dipicit-picit kakinya bagi menghilangkan rasa sakit itu.

Dilihat jam di tangannya.

'8.30'

'Lambat lagi ke?' rungut Mei.

'Perut Mei berbunyi'

'Lapar dah ni..' getus Mei sambil mengosok perutnya.

Baru saja dia mahu menelefon Jason, telefonnya sudahpun berbunyi terlebih dahulu.

'Sayang' panggilan dari Jason.

"Hello..." jawab Mei geram.

"Hello? Sayang... sorry again.. I know... Lambat sangat dah kan? Sorry sangat! Jammed teruk tadi! I bukan saja2 sayang.. sorry okay?" rayu Jason.

Dia tahu, Mei mesti tengah marah dengannya sebab dia dah terlalu lambat.

"Takpelah sayang, I faham.." sedikit sebanyak marahnya hilang bila dengar rayuan Jason yang bersungguh-sungguh tu.

"Sayang I tunggu dekat seberang jalan ni jelah okay? Kalau saya u-turn, nanti lagi lambat sebab jammed lagi depan sana. Boleh yea? Saya tunggu awak dekat depan ni. Jangan takut nanti awak lintas saya ada. Okay?" kata Jason.

"Em..okay2. Jap saya ke sana. Awak tunggu situ, nanti tolong saya lintas. Takut..." kata Mei sambil melajukan langkah keluar dari bagunan office itu.

"Don't worry sayang.. saya tak kan tinggalkan awak okay? Saya ada.. jangan terkocoh2 nanti jatuh luka pula.." pesan Jason lagi.

"Sayang, awak tak makan lagi kan? Kita singgah makan dulu lah eh? Lapar..." adu Mei.

'Mereka masih di talian sehinggalah mereka menatap satu sama lain. Hanya dipisahkan jalanraya dan kenderaan'

'Nampak saja satu sama lain, mereka berbalas lambaian'

'Hilang marah, geramnya tadi'

'Teruja, bagaikan dah lama tak berjumpa' Jason.

*Gelagat mereka berdua yang bagaikan dalam cerita korea itu sebenarnya diperhatikan dari jauh.

Orang yang dah lama berdendam dengan Mei.

Orang yang dah lama dengki dengan hubungan mereka berdua.

Orang yang obses dengan Jason.

'Menantikan saat yang tepat untuk hancurkan hubungan mereka berdua'

'Kiri kanan dipandang sebelum Jason melintas jalan menuju ke arah Mei setia berdiri menunggunya dengan senyuman masih terukir di bibirnya'

Melihat peluang yang ada, pedal minyak ditekan habis. Kereta meluru laju ke arah Jason.

'Deruman kereta semakin kuat mendekati tempat kakinya terpaku''

'Lampu kereta semakin mendekat'

"Sayang kereta!!!" jerit Mei histeria.

'Langkah Jason terhenti. Terpaku di situ'

'Cahaya lampu menyilaukan pandangan matanya'

'Matanya melirik pandang ke arah Mei di seberang jalan'

'Mei berkali kali mahu melintas jalan, namun terhalang apabila dirinya ditahan orang sekeliling kerana kenderaan masih lalu lalang tanpa henti'

'Teriakannya menyuruh Jason mengelak hanya sia2 apabila...'

'Strettt.. bum!! bunyi brek mengejut, diikuti dengan dentuman kuat dari pelanggaran itu.

'Tubuh Jason tercampak 2 meter dari tempatnya terpaku berdiri tadi, kejadian itu berlaku betul2 depan mata Mei'