webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

Bodyguard 24/7 hours

Selesai saja merawat kecederaan yang dialami Mei dan menempatkan Mei di wad perseorangan, Jason memaklumkan berita itu kepada keluarga Mei.

Dia sengaja lambat memaklumkan berita itu kepada mereka kerana tidak mahu mereka cemas dan tergesa-gesa datang. Dia tak mahu mereka mengalami apa-apa kecelakaan semasa dalam perjalanan ke sini.

Jason masih setia menemani Mei. Dia duduk di sisi katil Mei, menantikan Mei sedar. Tangan Mei dielus lembut. Wajah Mei yang lena dipandang lama. Tangannya mengusap perlahan kepala Mei yang berbalut. Sayu hati Jason melihat Mei yang sentiasa terluka.

Dia tidak sabar menunggu Mei membuka matanya dan gembira seperti selalu di sisinya. Seperti sebelum perkara yang menyakitkan ini terjadi.

Kadangkala dia tertanya-tanya mengapa susah sangat untuk dia bahagia dengan orang yang dia cintai.

'Hurm..' keluhan berat Jason sambil menunduk ke bawah. Tangannya masih tetap mengengam lama tangan Mei. Tidak lepas.

"Jason..." panggil Mei perlahan namun suarana tidak terkeluar. Tersekat-sekat. Tekaknya terasa sangat kering. Sakit.

"Bear'ry..awak.." panggil Mei sekali lagi sambil mengoyangkan perlahan tangan yang digenggam Jason.

Jason menoleh memandang ke arah Mei apabila menyedari tangan Mei digoyangkan.

"Mei..Awak dah sedar?" kata Jason teruja.

Mei mengukir senyuman. Syukur yang orang yang selama ini yang dia tunggu berada di hadapannya.

Jason bangun mendekati Mei dan menghadiahkan ciuman di dahi Mei. Lama dia begitu.

Mei hanya membiarkan sahaja perbuatan Jason itu. Dia tak pernah merasakan kekok atau tidak selesa dengan Jason.

"Air.." pinta Mei sambil menunjuk ke arah jag air.

"Kejap yea.." balas Jason lembut sambil membantu Mei duduk bersandar di katil itu.

Jason segera mengisi air putih itu ke dalam gelas dan menyuakan ke mulut Mei. Mei meneguk sehingga habis. Kehausan.

'Ugh..' lega rasanya.

"Thanks awak.." kata Mei sambil mengukir senyuman ke arah Jason yang tak penat memandangnya.

"Family awak on the way tau. Mesti awak tak sabar kan?" kata Jason.

Mei menganguk dengan mata yang berkaca.

Mereka berdua berborak seakan lama tak jumpa. Hm yelah Kan, Mei kan amnesia. Baru pulih ingatanya.

Doktor yang merawat Mei datang memeriksa keadaan Mei. Dia menjelaskan yang keadaan Mei semakin pulih. Cuma, trauma Mei mengambil masa untuk dipulihkan. Mei masih takut ditinggalkan seorang diri, takut berada di dalam bilik gelap dan tertutup dan juga orang yang dia tak kenali., kesan dari pengalaman tragik dia dikurung dan hampir dinoda Zen Xi.

Jason dan Mei memandang satu sama lain sambil mengengam erat tangan masing-masing. Jason seolah memberikan semangatnya ke Mei. Membuatkan Mei merasakan yang dia akan sentiasa selamat di sisinya.

Mei memandang Jason dengan penuh kasih.

Beberapa jam kemudian.

Pintu bilik wad itu dibuka. Terjengul wajah-wajah yang amat dirindui Mei.

"Adik!!" jerit mama,papa dan abg Mei serentak apabila melihat Mei.

Mei melambai tangan ke arah mereka bertiga dan segera mendepakan tangannya meminta untuk dipeluk.

Mereka berpelukan lama. Menghilangkan rasa rindu mereka.

"Rindu korang.." kata Mei perlahan. Air matanya akhirnya jatuh juga. Dia sangkakan dirinya kuat. Namun tidak bila di hadapan orang tersayang.

Apa lagi, bila Mei menangis mulalah mama, papa dan abang Mei turut menangis sama.

Jason hanya membiarkan mereka begitu. Dia terbiasa. Kenal sangat keluarga Mei.

Tak lama kemudian mereka berhenti menangis.

Jason meminta diri untuk pergi ke cafe hospital untuk membeli minuman dan makanan buat semua.

Semasa di cafe.

'Kring' telefon pintarnya berbunyi.

Panggilan dari pihak polis...

"Hello? Ye saya. Kenapa ye?" tanya Jason pelik.

"Kami mahu maklumkan yang Li Sun sudah ditemui. Dia dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialaminya. Hospital yang sama dengan Cik Mei" jelas pihak polis tersebut.

"Hospital sama?! Safety Mei macam mana? Kenapa tak tempatkan dia dekat hospital lain??" soal Jason dengan nada tinggi sehinggakan orang di sekelilingnya memandang ke arahnya.

Menyedari yang dia dipandang, Jason segera meminta maaf.

"Suspek mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan benda keras. Tentang safety Cik Mei, Encik Jason jangan risau..kami akan tempatkan pengawai kami di situ." terang pihak polis itu lagi.

"Hurm..kalau macam tu baiklah. Terima kasih ye Tuan.." balas Jason sebelum memutuskan talian.

Usai membayar, Jason segera naik ke tingkat atas menuju ke bilik wad Mei.

Mereka segera menjamah makanan yang dibeli Jason dek kerana terlalu lapar.. terutama sekali Mei.

Usai habis makan, Jason memberitahu perkara yang diberitahu pihak polis tadi.

Mei seakan terkejut.

"Awak okay? Nak saya panggilkan doktor?" soal Jason cemas.

Mei mengeleng kepala.

"Saya okay..Saya nak tarik balik laporan penculikan tu boleh?" kata Mei tiba-tiba.

Mereka semua terkejut.

"Kenapa?! No way Mei! Dia yang culik awak! Kalau tak, awak tak akan macam ni sekarang.." Jason tidak puas hati. Keluarga Mei menganguk bersetuju dengan apa yang dikatakan Jason.

"Memang dia salah. Tapi..dia yang tolong saya lari. Dia sebenarnya dipergunakan Zen Xi. Pakcik Li Sun sendiri.. Masa sebelum lari tu baru dia tahu yang dia dipergunakan diperbodohkan.. Sebenarnya Li Sun ingatkan.." terang Mei sambil memandang mereka.

"Ingatkan apa??" soal mama tidak sabar.

"Dia ingatkan Mei ni anak hubungan sulit mama dia. Zen Xi berulang kali hasut dan ingatkan Li Sun hingga dia benci dan buat macam ni pada Mei. Yang membuatkan dia lagi benci Mei, papa dia mati depan mata dia masa nak tahan mama dia dari pergi." terang Mei panjang lebar.

Tercengang mereka apabila mendengar penjelasan Mei.

Jason sebenarnya berat membenarkan Mei membuat keputusan begitu. Dia tidak mahu keselamatan Mei terancam lagi.

Mei memandang mereka dengan penuh berharap terutama sekali Jason. Dia tahu Jason tidak setuju.

Keluarga Mei menganguk perlahan. Setuju. Mereka percaya yang apa keputusan yang diambil adalah betul berdasarkan apa yang dialaminya masa kejadian. Lagi pun Mei saja yang ada masa itu.

Mei memandang Jason lama. Menunggu keputusan Jason.

Jason tahu Mei serba salah melihat ke arahnya.

"Fine. Dengan syarat. Awak akan dijaga selalu. Keluar dari bilik ni saya temankan. Jangan berangan ke mana- Mana sorang diri lagi lepas ni. Get it My Princess Mei?" bebel Jason panjang lebar.

Mei menganguk tertawa kecil dan berkata.

"Owh awak dah jadi bodyguard 24/7 hours saya lah sekarang?" usik Mei sambil tergelak.

Keluarga Mei ikut ketawa sama apabila Mei kata begitu.

Jason tersipu malu apbila diusik begitu.

'Uhuk' bunyi papa Mei berdehem.

"Kalau macam tu baik papa kahwinkan je kamu berdua kan ma?" usik papanya pula.

"Pa...! Malu lah..Ish.." kata Mei sambil menunduk. Memerah pipinya menahan usikan. Jason pun sama.

"Saya okay je pa, ma, along. Mei yang jual mahal." tambah Jason. Dia sengaja menambah usikan. Dia suka melihat Mei begitu. Malu. Merah pipi Mei menahan usikan.

Mei mengambil sebiji bantal empuk dan membalingnya ke arah Jason.

'Auchh!' kata Jason sambil ketawa.

Mei menjeling ke arah Jason yang masih tertawa.

Chapter baru akan diupload berkemungkinan seminggu 4/5 chapter atau seminggu 1/2 chapter sahaja. Depends idea and masa free sy. Pape pun, thanks keep reading this story. Keep tuned. Stay happy and safe okay.

JH_Dreamcreators' thoughts