webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

"Lari Mei! Jangan pandang belakang"

'Prang!'

Bunyi kaca kereta dipecahkan.

Mei dan Li Sun menunduk untuk mengelakkan diri dari terkena serpihan cermin kereta.

"Kau keluar sekarang Li Sun! Tak guna! Kau khianat aku! " jeritan Zen Xi bergilir-gilir dengan cermin kereta dipecahkan lagi di bahagian tepi pemandu.

Li Sun menunduk sambil menghadang Mei dengan badannya dari terkena serpihan cermin kereta.

"Mei, now lari. Ingat apa aku kata. Now!" arah Li Sun sambil menghulurkan telefonnya kepada Mei.

Mei mendongak memandang Li Sun.

Dia teragak-agak untuk meninggalkan Li Sun dalam keadaan bahaya begitu.

'Cupp' satu ciuman singgah di dahi Mei.

Membulat mata Mei.

'Go. Run!' arah Li Sun sekali lagi.

Mei segera membuka pintu kereta di sisinya dan segera melarikan diri meninggalkan Li Sun apabila Zen Xi menghampiri bahagian tepi pintu pemandu.

'Pintu kereta Li Sun dibuka oleh Zen Xi'

'Dush!' Li Sun ditumbuk berkali-kali.

Li Sun ditumbuk sehingga bibirnya berdarah dan mukanya lebam.

"Kau keluar sekarang! Mana perempuan tu ha?!!" Zen Xi menarik Li Sun keluar dengan kasar dari tempat duduk pemandu sambil matanya meliar mencari Mei.

Li Sun ditolak terjatuh ke tanah.

"Tak ada! Mana dia hah! Aku Tanya kau ni?!!" herdik Zen Xi sambil menendang, memijak dada Li Sun berkali-kali.

'Argh!'

Dia membiarkan sahaja Zen Xi memukulnya sepuas hati daripada membiarkan Zen Xi mengejar Mei.

"Kau ni memang lah..Tak boleh diharapkan! Useless!" Zen Xi semakin tidak terkawal. Dia mencapai kayu yang digunakan memecahkan cermin tadi dan mula memukul Li Sun berkali-kali.

'Argh!!!'

Jeritan itu membuatkan larian Mei terhenti.

Dia menoleh ke belakang.

'Li Sun!' hati Mei meronta-ronta mahu kembali ke tempat tadi namun kata-kata Li Sun masih kedengaran.

'Lari. Jangan pandang belakang!'

Air matanya mula bergenang.

Takut. Terharu.

Dia meneruskan larian.

Telefon miliknya yang diberikan semula Li Sun tadi di on kan semula.

'Hopely Jason or polis dapat kesan aku cepat!'.

Telefon itu dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya dan meneruskan larian.

Walaupun kakinya sakit dia masih tetap berlari demi keselamatannya sendiri.

Mei menukar laluan yang dia lalui tadi. Dia berlari mengikuti dalam hutan. Supaya Zen Xi tidak dapat mengesan dirinya.

Rumah Mei.

Jason dan keluarga Mei masih menantikan khabar Mei dari pihak polis.

Jason membelek-belek telefonnya. Dia menantikan berita Mei dari penyiasat upahannya.

'Ting' bunyi pesanan masuk.

Semua pandangan keluarga Mei terarah ke Jason.

Jason segera membuka pesanan itu.

Dari penyiasat upahannya.

*Bos. Aku dah dapat jejak phone Mei. Tadi baru on. Aku bagi location. Kau jangan pergi sorang bahaya.

Berita itu membuatkan Jason berdebar.

Dia berdiri sambil berkata 'Yes!'

"Kenapa?" tanya mama Mei sambil menghampiri Jason.

"Kenapa Jason?" tanya papa dan abang Mei serentak.

Mereka berada tidak sabar apabila melihat reaksi Jason yang seakan mendapat berita gembira itu.

"Mei. Penyiasat upahan saya dah dapat jejak Mei." kata Jason sambil menunjukkan pesanan itu kepada mereka bertiga.

Papa memeluk erat mama dengan senyuman. Gembira bila mengetahui ada peluang untuk selamatkan Mei.

"Call polis. Untuk backup dekat sana nanti. Bahaya kalau kau pergi sorang diri." pesan abang Mei, Zhang Yuwen.

Jason menganguk mengerti.

Dia menelefon pihak polis memaklumkan maklumat yang diterima itu. Pihak polis mengarahkan Jason supaya tidak bertindak bersendirian.

Jason tidak mahu menunggu lebih lama. Dia senyap-senyap keluar dari rumah Mei.

Kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan Mei dan menuju terus ke luar bandar. Waze digunakan kerana Jason tidak tahu sangat mengenai jalan di situ.

Setelah beberapa jam kemudian, Jason berhenti di sebuah persimpangan. Di kanan persimpangan itu menuju ke atas bukit. Dia melihat semula waze yang membawanya ke arah situ. Di jalan itu tiada langsung kenderaan. Kosong.

'Sini ke?'

'Ah! Betul agaknya..tempat macam ni lah mudah diorang menyorok..'

'Awak tunggu saya Mei!' jerit hatinya.

Jason membelok masuk ke arah persimpangan itu.

*Dalam hutan- Mei berlari sekuat hati mencari jalan keluar.

Setelah penat berlari meredah semak, akar pokok, batu sehingga kakinya penuh luka Mei berhenti seketika. Tercungap-cungap Mei menarik nafas. Dia menoleh ke belakang. Hutan tebal. Tanah hutan yang berbatu, semak memuncak ke atas. Bunyi haiwan hutan kedengaran. on

'Li Sun okay ke? Selamat ke dia?' gusar hatinya.

Dia menoleh memandang ke hadapannya semula.

'Dah dekat agaknya dengan jalan masuk'

'Don't give up Mei, lagi sikit!' bisik hati Mei.

Mei mengambil keputusan untuk kembali ke jalan biasa semula memandangkan dia hampir tiba. Namun tindakannya itu hanya mengundang keburukan pada dirinya.

Sampai saja di jalan, Mei terpandangkan sebuah kereta datang dari atas bukit itu. Siapa lagi kalau bukan Zen Xi.

Zen Xi tersenyum jahat apabila dia mengesan sosok tubuh Mei yang berdiri kaku di tepi jalan.

'Kau nak lari mana Mei? HAHAHAHAH'

Keretanya dipandu laju menghampiri Mei.

Kaki Mei mula berundur ke belakang dan mula berlari semula. Mei lari sekuat hati. Kereta Zen Xi yang laju berada di belakangnya.

Jason memandu perlahan mengikut waze.

'Strettt'

Tiba-tiba Jason menekan brek kereta.

Matanya terpandangkan sosok tubuh Mei yang sedang berlari masuk ke dalam hutan.

'Mei!!!' jerit Jason sekuat hati.

Jeritan Jason memanggil Mei terhenti apabila dia mengesan sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan.

'Siapa tu?'

'Penculik Mei ke?!'

Keluar seorang lelaki yang tak dikenalinya dan berlari masuk ke dalam hutan mengejar Mei.

'Mei!!'

Dia segera memberhentikan kereta dan keluar. Jason segera berlari masuk ke dalam hutan mengejar Mei.

'Aku mesti selamatkan Mei'

'Aku tak sanggup hilang dia lagi!' jerit hatinya.

*Stay tuned dear reader. Sorry for late update.And thank you for keep reading.

Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!

Like it ? Add to library!

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

JH_Dreamcreators' thoughts