webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Umum
Peringkat tidak cukup
32 Chs

"Don't leave me"

Mata Jason meliar di sekitarnya.

"Depan Cafe Dalre" jawab Jason pendek.

"Okay, saya depan hospital ni, awak stay situ.. saya datang" balas Mei sebelum menamatkan panggilan.

Mei segera berlari ke tempat yang dikatakan Jason tadi. Tidak jauh dari hospital.

Dari jauh dia melihat sosok tubuh Jason sedang duduk menunduk.

Perlahan-lahan dia menghampiri Jason dan berdiri di hadapannya.

"Sayang..." panggil Mei.

Jason mendongak memandang Mei dengan pandangan kosong.

Mei tak bertanya apa-apa. Dia langsung memeluk erat Jason. Tangan Mei mengusap perlahan belakang Jason. Cuba menenangkan Jason.

Perlahan-lahan tubuh Jason mula berombak. Menangis.

Akhirnya tangisan Jason berhenti.

Setelah memastikan Jason bertenang sedikit, Mei meleraikan pelukan itu.

Wajah Jason dipandang lama. Air mata yang tersisa diseka. Bengkak mata Jason.

'It's okay.. you're not alone babe' setiap tingkah dan pandangan Mei ketika itu seolah-olah ingin memberitahu yang dia tidak keseorangan.

Jason menarik tangan Mei dan menyuruhnya duduk di sebelahnya. Dia mengengam erat tangan Mei.

Jujur hatinya yang dia sangat bersyukur Mei sentiasa ada di sisinya setiap masa. Jason memandang Mei lama.

"Awak... saya tak nak balik. Awak ikut saya nak? Kita stay dekat satu tempat rahsia saya. Hm?" ajak Jason tanpa berfikir panjang. Dia berharap yang Mei akan sentiasa ada di sisinya.

Mei tidak menuju lama dan terus bersetuju. Dia tahu yang Jason sangat memerlukan dirinya ketika itu. Yang pasti dia tak akan sesekali tinggalkan Jason keseorangan.

Mereka kemudian beredar dari situ. Menuju kembali ke tempat parking lot hospital untuk mengambil kereta Jason. Kereta milik Jason dipandu Mei. Namun mereka perlu singgah dulu di rumah Mei untuk mengambil barang keperluan harian milik Mei. Sepanjang perjalanan, Jason tidak lepas memandang Mei dengan sayu. Setiap kali Mei menoleh dan bertanya mengapa, Jason hanya pura-pura tersenyum dan mengeleng kepala. Mei menganggap yang Jason sedang down ketika itu dan hanya membiarkan tingkahnya itu. Yang sebenarnya dia serabut mengenai perkara yang terjadi. Hatinya mahu Mei sentiasa ada di sisinya namun minda waras sebagai seorang lelaki bertanggungjawab, Jason tak mahu Mei terheret sama.

Setiba sahaja mereka di rumah Mei, mereka berdua turun. Jason menyuruh Mei masuk dan berkemas sementara dia menunggu di luar sahaja. Sebelum melangkah pergi badannya ditarik ke dalam pelukan Jason. Lama Jason memeluknya. Dahinya dicium lama. Jason sudah membuat keputusan. Walaupun kedua-dua mereka akan tersakiti tapi dia tak patut mengheret Mei ke dalam masalah yang dihadapinya.

Hati Mei mula rasa tidak kena.

"Mei.. I love you a lot. A lot. Remember that sayang" bisik Jason.

Perlahan-lahan pelukan itu dilepaskan. Mereka bertatapan mata lama.

Jason menyuruh Mei segera masuk untuk berkemas.

Langkah kaki Mei terasa berat. Hatinya terasa pelik. Kejap-kejap dia menoleh ke belakang memandang Jason. Jason masih setia berdiri di situ melambai dan menyuruhnya supaya cepat.

Mei segera melangkah masuk ke dalam rumah. Tutup sahaja pintu rumah, hati Mei meronta-ronta seperti ada yang tidak kena. Mei melangkah keluar semula. Sebaik seja dia membuka pintu, Mei menoleh semula ke belakang dan melihat Jason sedang melangkah pergi ke arah kereta. Enjin kereta dihidupkan dan perlahan-lahan kereta itu dipandu pergi oleh Jason.

Mata Mei membulat melihat kereta Jason yang mula bergerak pergi tanpanya. Kaki Mei mula mengorak langkah mengejar.

Jason!!

Jason!!

Stop!! Stop please!!

Berkali-kali Mei menjerit menyuruh Jason berhenti.

Air mata mula mengalir laju.

Pengalaman sama dirasai kembali.

Ditinggalkan orang yang sama.

Nafas Mei laju mengejar Jason.

Semakin lama semakin jauh dari rumah Mei tapi Mei masih tetap mengejar Jason. Mengejar seperti seorang gila. Menjerit menyuruh Jason berhenti.

*Dalam kereta

"Sorry sayang.. I can't bring you along with me. Saya bukan lelaki jahat."

"Give me some time, I will back soon"

"I promise"

Monolog Jason sorang diri sambil memandu pergi.

Jason memandang ke arah cermin belakang.

'Mei!!'

Jason terkejut melihat Mei yang sedang berlari mengejar keretanya yang sedang dipandu.

Tidak sanggup melihat Mei yang masih termengah-mengah mengejar, Jason mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan.

Dia segera melangkah keluar dari keretanya dan mendapatkan Mei yang sudah berhenti mengejar di hadapannya.

'Awak. Awak! Awak nk pergi mana?! Awak kata tak kan tinggalkan sy lagi!' jerit Mei ke arah Jason dengan masih termengah-mengah. Penat mengejar.

Langkah Jason terhenti seketika apabila mendengar kata-kata Mei.

Jason menghampiri Mei dan memegang kedua belah pipi Mei dan berkata.

"Don't leave me please...Hm?" rayu Mei.

Pandangan mereka bertaut.

"I'm not leaving you Mei. Just, just give me time for myself please.. Please sayang.. Kejap je. Hm?" kata Jason dengan nada sedih. Dia kemudian berlalu pergi juga.

Mei terdiam kaku melihat Jason akhirnya berlalu pergi. Sekali lagi.

Mei jatuh terduduk di bahu jalan. Menangis sepuas hati.

Setelah reda, Mei bangkit berjalan pulang dengan lemah. Kosong.

Beberapa hari berlalu tanpa Jason.

Mei hanya mampu memandang telefonnya. Berharap yang Jason akan menghantar pesanan kepadanya. Namun hampa.

Setiap hari juga dia tertekan. Sakit di hatinya tak dapat diungkapkan.

Keluarga Mei cuba mengembalikan semangat dan mengembirakan hati Mei semula. Namun itu hanya seketika.

Mei hanya pura-pura tersenyum dan kuat di handapan keluarganya. Bila kembali ke dalam biliknya, Mei seperti kembali ke dunia lain. Bersedih.

Suatu hari, abang Mei memarahinya.

Papa dan mama Mei yang menyuruh abangnya supaya menasihatkan Mei.

Mereka berdua bergaduh.

Abang Mei menyedarkan Mei yang dia perlu fokus dalam pelajarannya memandangkan dia pelajar akhir dan final exam hampir tiba.

Semenjak ditegur abangnya, Mei fokus belajar dan kurang bersedih.

Namun itu tidak bermakna dia tidak sedih langsung.

Tertekan. Rindu. Marah.

1 month later.

Mei selesai final exam untuk tahun akhirnya sebagai pelajar. Begitu juga Jason. Memandangkan musim Covid19 melanda, pihak university melaksanakan exam secara online bagi mengelakkan pelajar-pelajar mereka dijangkiti.

Mei sudah lakukan sehabis baik untuk dirinya dan keluarganya.

Mei masih mencari Jason merata-rata. Semua tempat yang mereka berdua pernah pergi termasuklah tempat rahsia Jason, Mei dah pergi. Tapi Jason tetap tiada. Aunty Ma puas merayu padanya supaya mencari dan memujuknya untuk pulang.

'Rumah terapung'

Jason pernah kata tempat itu merupakan tempat yang paling menenangkan dirinya. Rumah/chalet kayu sderhana dibina di atas tasik dan dikelilingi pokok-pokok. Waktu malam tempat itu akan dipenuhi dengan bunyi unggas, kelip-kelip dan bintang di langit. Itu yang Jason pernah ceritakan padanya.

'Rumah terapung' dekat mana eh Jason kata... Mei cuba mengingat kembali.

'Blank' Mei tidak ingat.

Tablet miliknya dicapai. Dia mula mencari chalet seperti yang dikatakan Jason. Lebih kurang 6 buah chalet seperti yang Jason katakan, tapi Mei tak tahu yang mana satu.

'Ah. Susah sangat aku cari je semua tempat' bentak Mei.

Mei bangkit dan segera mencapai kunci kereta, beg tangannya dan baju sejuk disarung. Dia segera meluru ke luar.. dan hanya sempat memberitahu kepada abangnya yang dia mahu keluar mencari Jason.

Mei tiada pilihan. Semua tempat yang menyediakan penginapan terapung yang dia jumpa tadi di dalam tablet miliknya menjadi destinasi Mei. Malaupun jauh, Mei tetap gigih dan tidak mengalah. Yang penting baginya, dia mahu melihat Jason secepat mungkin.

Dia berhenti bertanya dan mencari kelibat Jason di setiap tempat penginapan itu.

Malam menjelang tiba.

Dia tiba di destinasi terakhir, Mei lakukan seperti yang sama. Bertanya dan mencari bagai orang gila.

Mei mencari-cari kelibat Jason di sepanjang pantai. Tiada.

Sehingga dia tiba di hujung pantai yang sunyi.

Dia tak perasan yang ada beberapa orang lelaki sedang melepak di situ, jadi dia hanya berjalan menonong merentasi mereka.

Menyedari yang ada perempuan keseorangan di situ, lelaki yang sedang melepak dan mabuk itu mula menganggu dan menghalang jalan Mei.

"Jangan kacau aku!"

"Kalau tak aku jerit!!"

Herdik Mei.

Lelaki-lelaki itu mula mengelilingi Mei mengabaikan amaran Mei dan cuba berbuat tidak baik terhadap Mei.

Mei menjerit-jerit meminta tolong. Namun itu menjadi bahan ejekan mereka. Dia cuba melawan dan beredar dari situ.

Mei semakin kehilangan arah. Jantungnya berdegup laju. Peluh membasahi dahinya. Badan Mei mengeletar ketakutan.

*Jason.

Dia kembali semula ke pantai setelah mengambil baju sejuk dan telefon pintarnya yang tertinggal di bilik.

Jason berjalan seorang diri sepanjang pantai. Menghayati pemandangan malam laut dan langit yang dipenuhi bintang-bintang.

'Cantik'

Dia kemudian menunduk. Telefon pintarnya dicapai. Galeri telefonnya dibuka. Gambar-gambar mereka berdua dibelek-belek.

Rindu. Semakin kuat rasanya. Semakin gila rasanya. Mahu saja dia pulang berjumpa Mei. Namun luka dihatinya masih belum pulih.

Dia masih menyalahkan dirinya dengan apa yang terjadi pada mamanya, Mei dan juga Li Sun.

Langkah kaki Jason terhenti.

Dia seperti terdengar suara jeritan sayup-sayup.

Dia berjalan menuju ke arah jeritan itu. Semakin dekat semakin laju degupan jantungnya.

Peristiwannya kembali terimbau di fikirannya. Kejadian yang dia hampir dirogol Zen Xi menerpa pandangan Mei. Trauma Mei tercetus kembali. Mei cuba memukul lelaki itu namun keupayaannya melawan tidak setanding lelaki-lelaki yang mengelilingi nya. Dia ditolak sehinggakan terjatuh tertiarap di atas tanah.

Lelaki-lelaki itu menghampiri Mei.

Seorang daripada mereka mula merentap baju sejuk yang dipakainya sehingga terkoyak.

'Tolong!'

'Tolong'

'Lepaskan aku!'

'Lepaskan!!'

'Jason!'

'Tolong saya!'

'Jason!!!' jerit Mei sekuat mungkin.

*Jason

Tiba sahaja di hujung pantai, matanya terarah pada tubuh wanita itu.

'Mei!!' terkejut apabila melihat yang Mei di hadapannya sedang diganggu sekumpulan lelaki mabuk.

Jason segera menerjah dan memukul-mukul lelaki-lelaki itu.

Jason bergaduh dengan lelaki-lelaki itu.

Nasib baik mereka sedang mabuk. Mudah Jason uruskan mereka semua sekelip mata.

Setelah memastikan mereka lunyai pengsan, Jason mendekati Mei yang sedang duduk menutup muka ketakutan di bawah pohon.

"Sayang!" panggil Jason sambil mendekati Mei perlahan-lahan.

Suara yang sangat dikenalinya.

Suara yang amat dirindui.

Mei mengangkat kepala memandang lelaki di hadapannya.

Dengan cepat Mei memeluk erat Jason.

Tangisan Mei mula kedengaran. Kuat.

Takut. Melepaskan rindu di dadanya.

Akhirnya. Dia jumpa juga buah hatinya.

Usahanya berbaloi.

"Shh... it's okay sayang. You safe now.." pujuk Jason. Pelukan itu dikemaskan.

"Awak pergi mana... kenapa awak tinggalkan saya lama..Awak dah lupakan saya ke?" tanya Mei teresak-esak. Masih menangis dalam pelukan Jason.

"I never forget you sayang".

"Hati-hati saya rindukan awak.. sorry sayang"

"I promise I won't leaving you again".

Pujuk Jason berkali-kali.

Baju sejuk miliknya disarung ke tubuh Mei menggantikan baju sejuk Mei yang terkoyak tadi.

"Sekarang kita tempah bilik awak dulu, dah malam..bahaya. Esok saya cerita okay.. Awak rest, makan dulu. Mesti penat kan sayang.." kata Jason lembut sambil memimpin tangan Mei pergi dari situ.

Mei hanya ikutkan saja. Mahu sahaja dia marahi dan bertanya macam-macam pada Jason di situ juga namun dia sudah lemah dan tidak larat untuk bertanya banyak. Dek kerana apa terjadi tadi.

Lelaki-lelaki tadi dilaporkan pada pihak hostel di situ. Mereka diserahkan kepada pihak polis.

Usai menempah bilik buat Mei, Jason menghantar Mei sehingga Mei masuk berehat di bilik itu.

Jason membuat tempahan khas. Dia meminta bilik bersebelahan dengannya supaya mudah dia menjaga Mei nanti. Tak lah dia terlalu risaukan keselamatan Mei nanti. Nasib mereka berdua baik, bilik itu kosong ketika itu kerana orang yang mendiaminya baru check out tadi.

Mei masuk dan berehat.

Dia masih tidak percaya yang dia jumpa Jason juga akhirnya.

Mei tertidur kepenatan.

Jason duduk termenung.

Bermacam perkara bermain di fikirannya.

Dia rasakan yang dia perlu pulang dan hadapi semuanya.

Dia tidak mahu Mei disakiti lagi. Lagi-lagi kerananya.

Jason mengeleng kepala.

Stay tuned my lovely reader.

New chapter lambat sikit yea..sbb busy kerja dkt2 nk raya..hihi..

Stay safe and stay happy okeyy

JH_Dreamcreators' thoughts