webnovel

Cinta...Maksud?

Aqil Azim, seorang manusia yang tak pernah menrasai warna pink cinta kehidupan. Kini mula mnejejakkan kaki ke alam percintaan dengan pertemuan seorang gadis.

TAS_1035 · Realistis
Peringkat tidak cukup
2 Chs

Perasaan

Dua minggu telah berlalu. Masih tiada perkara yang lain daripada biasa berlaku. Macam biasa. Bangun pagi, makan, sekolah, balik, riadah sekejap time petang tu. Lepas tu malam, tidur. Lebih kirang macam tu lah kehidupan harian aku.

" Wei, Iz. Aku nak gi Koop ni. Kau nak kirim apa – apa tak? " riadah har ini macam lepak je. Nak ajak main semua malas. Aku pun sahajalah nak pergi beli keropok buat makan.

" Boleh juga. Aku nak aiskrim Cornetto. Tapi kau belanja lah, " dengan tersengih, Iz senang sahaja minta kasihan.

" Banyak lah kau, " aku balas lalu berlalu pergi. Tapi nanti belanja juga Iz. Dah biasa duduk asrama saling membelanja.

Aku berjalan menjuju ke pintu pagar yang memisahkan antara asrama dan kawasan luarnya. Disaat aku melangkah keluar pagar, hati tergerak untuk memandang atas. Jalan yang digunakan kaum hawa untuk keluar dan masuk asrama. Pada waktu seperti ini, tidak pernah kosong tiada jiwa yang menggunakan jalan itu. Sentiasa ada yang bergerak.

Apabila aku merenung ke atas, mata aku terpaku kepada satu susuk tubuh yang tidaklah tinggi. Jika dianggarkan, hanyalah setinggi bahuku. Mukanya sangat dan bulat. Kulit putih kelihatan gebu.

Jantungku mula berdetak pantas. Lebih pantas daripada sewaktu aku sedang workout. Heba di dalam badan mula meningkat. Bermula dari hati, melair perlahan – lahan ke seluruh badan.

Aku mendapati pandanganku tidak beralih daripada jasadnya. Aku seolah – olah terpukau olehnya. Apabila aku sudah sedar, gadis itu tiada lagi daripada kawasan pandangan aku. Mungkin dia telah masuk ke asrama perempuan.

Tanpa berlengah, aku terus menuju ke Koop. Mengambil semua makanan yang aku nak beli. Selesai sahaja membayar, aku terus bergerak ke asrama tanpa bertoleh.

Sepanjang masa aku kat surau, akal aku asyik memikirkan muka gadis tadi. Setiap kali wajahnya terbayang di minda, jantung aku mula berdegup kencang dan badanku mula menjadi panas.

Aku membuat keputusan untuk memberitahu perkara ini kepada Iz. Hanya dia seorang sahaja yang aku boleh percaya untuk menyimpan segala rahsia. Walaupun, aku bukannya banyak sangat rahsia.

" Iz, aku nak tanya ni," aku memulakan bicara dengan sopan. Tak tahulah kenapa, tapi perasaan malu mula terasa. Jari mula membelit sesama sendiri, bergerak tanpa henti.

" Apa benda? Cakap je. Aku dengar," balas Iz. Matanya masih fokus membuat kerja rumah.

" Kalau kita nampak seseorang ni, lepas tu jantung kitaberegup dan badan jadi panas, kenapa wei?" Aku memulakan persoalan.

" Hmm, aku rasa kau takut dengan orang tu lah, " balas Iz. Kelihatan senym kecil berikutan ketawa di mulutnya. Nampak sangat yang dia tengah buat lawak.

" Aduh... Seriuslah. Aku cakap betul – betul ni, " kata aku lalu menumbuk pelahan bahu Iz.

" Okey. Okey. Orang tu lelaki ke perempuan, " tanya Iz. Riak wajahnya kelihatan lebih serius.

Mendengar soalan itu, pemikiran dan mulut aku berkata serentak.

" Perempuan,"

Iz memandang aku dengan mata terbeliak. Tangan Iz diangkat lalu dirahat pkan di atas bahu aku. Tangan Iz lagi sebelah diletakkan dimulutnya. Acah – acah orang tengah sebak lah tu.

" Aqil Azim, sahabatku. Itulah apa yang kita panggil CINTA. Aku tak sangka seketul Aqil Azim akan jatuh cinta, dengan perempuan. Aku ingat kau gay. Risau aku pasal kau 3 tahun, " balas Iz. Menyampah pulak tengok muka dia. Over nak mampus.

Cinta eh. Tak sangka pulak perkara seperti itu akan datang ke dalam hidup seseorang seperti aku. 16 tahun aku habiskan tanpa perasaan cinta. Cinta tu... apa benda sebenarnya?