webnovel

Cinta Untuk Dijual

PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS Sabrina Pearl 28 tahun, sejak dibuang oleh ayahnya selepas lelaki itu berkahwin buat kali kedua, ibu kandung Sabrina ditinggalkan dalam keadaan gantung tidak bertali sehingga tidak sedarkan diri kerana sakit. Sabrina bekerja keras demi kelangsungan hidup, Sabrina memutuskan pertalian hubungan dengan ayah kandungnya selama 12 tahun sejak dia berusia 14 tahun. Sabrina tidak lagi ambil kisah lagi soal hidup ayahnya itu. Suatu hari, Sabrina didatangi oleh ayahnya sewaktu Sabrina terdesak memerlukan wang untuk pembiayaan ibunya. Dan ayah Sabrina datang bukan dengan niat hendak melawat. Lelaki itu hanya datang memegang gelaran seorang ayah di atas kertas dan membawa satu perjanjian. Perjanjian yang membuatkan Sabrina terpikat terpenjara. Seperti Rapunzel yang dikurung dalam menara, menunggu Prince Charming datang menyelamatkannya, dapat ke Sabrina bebaskan diri dari kekangan ayahnya yang menggunakan ibu Sabrina sebagai cagaran untuk permainan lelaki itu. Tanpa diduga Mr. Arrogant yang dia temui gara-gara kemalangan kereta yang tidak disengajakan itu,adalah klien yang Sabrina perlu kendalikan. "Awak tahu, mata tu digunakan untuk pandang bukan sebagai perhiasan dekat muka cantik awak tu je. Sebab tu mata dicipta dekat muka bukan dekat kaki..."beritahu Arden. "Dan awak tahu otak tu diberi untuk berfikir bukan untuk disimpan. Sebab itu ada pepatah kata, fikir dulu sebelum bercakap?"sabar Sabrina menipis bila lama-lama menghadap Mr. Arrogant depannya itu. Ibarat air dan minyak, bagaimana pengakhiran kisah Sabrina bersama Arden nanti? Nak tahu lebih lanjut mari la baca Love For Sale!

TintaHitamTanpaAra · perkotaan
Peringkat tidak cukup
6 Chs

Prolog

Suasana sunyi sepi di dalam bilik rawatan itu. Yang kedengaran hanyalah bunyi bip dari mesin pembaca detak jantung yang datang darinya. Seorang perempuan dalam lingkungan usia 50-an sedang terlantar di atas katil bersama alat bantuan pernafasan dan wayar. Tubuhnya diselimuti dengan selimut putih. Wajah wanita itu kelihatan tenang sekali, mata terpejam memberitahu Wanita itu dalam lena yang panjang. Deruan nafas dalam topeng oksigen adalakannya tidak sekata, seolah-olah ada sesuatu yang menyekat.

Sabrina di tepi katil tersebut menatap wajah ibunya dengan renungan mengalah. Dalam renungan itu ada garis-garis harapan yang semakin hambar di hambat waktu. Namun dia memaksa dirinya untuk bertenang kerana sedar berasa cemas dan tidak tentu arah tidak akan membawa dia ke mana. Dia harus peka dalam segala tindak tanduk yang dilakukan demi kelangsungan hidup ibunya.

          "Samaada kamu menerima tawaran ayah ini atau tidak, keputusan ada di tangan kamu." Encik Dorian beritahu perlahan di hujung katil dengan nada suara tiada nyawa. Dingin dan kosong. Sampaikan telinga yang mendengar sedikit pun tidak terpujuk.

          "Apa jaminan Sabrina sekiranya Sabrina setuju dengan permintaan ayah?Adakah ibu akan selamat dan tidak dalam bahaya?"tangan lembut tidak berotot milik ibunya di capai lantas di ramas dengan kasih. Hatinya berasa berat, dadanya terasa sempit.

          "Ayah akan pastikan ibu kamu mendapat rawatan dan perkhidmatan doktor yang terbaik. Itupun kalau kamu bersetuju."

Renungan kelam Sabrina terarah kosong pada wajah Encik Dorian setelah dia memalingkan kepala ke lelaki yang telah meninggalkan keluarga mereka selama 12 tahun itu. Lelaki yang telah membuang anak dan isteri semata mahu mengahwini mistress muda. Susah senang, jerih perit mereka dua beranak tidak pernah di pandang peduli. Apatah lagi kebajikan mereka, lelaki ini telah lepas tangan. Kini ketika memerlukan bantuan baru mahu merangkak mencari anak dan isteri yang dibuang.

          "Bukan ke ayah mempunyai anak perempuan lain....kenapa Sabrina juga yang ayah cadangkan?Bukan ke lebih baik Isabella menjadi pilihan ayah memandangkan ayah memilih untuk membela Wanita perampas dan perosak rumah tangga dari isteri sah yang sakit hingga terlantar koma ini?"Sabrina tersenyum ke Encik Dorian.

          "Sabrina...ayah datang bukan mahu bertekak dengan kamu mengenai kisah lampau. Ianya mengenai hidup dan mati semua orang. Apa ruginya buat kamu jika menerima tawaran ini?Bukan setakat kamu memilik gelaran puan besar, kamu juga dapat membantu meneruskan rawatan ibu kamu nanti.."tambah Encik Dorian.

Senyuman Sabrina mati serta merta tetapi kembali tersenyum kemudiannya. Ada sesuatu yang berlegar di fikirannya yang membuatkan dia mengukir senyuman.

             "Sudah tentu. Itu antaranya. Tapi bagaimana kalau Sabrina berpaling tadah dari ayah?Bagaimana sekiranya selepas Sabrina menerima tawaran ayah ini, Sabrina tidak akan membantu ayah lagi?Adakah ayah berani mengambil risiko ini?"cabarnya.

Kening Encik Dorian mencerlung.

             "Sudah semestinya Sabrina akan setuju sekiranya ini demi ibu, tapi seyakin mana ayah akan fikir saya bantu ayah selepas berkahwin dengan lelaki yang ayah maksudkan tadi?Kemungkinan besar Sabrina tidak akan mempedulikan ayah lagi?"

             "Cuba kalau kamu berani, kamu sendiri akan lihat ibu kamu menderita kemudiannya."

            "Jangan libatkan ibu Sabrina dalam hal ini!Ayah sudahpun mempunyai kehidupan sendiri...dan selepas 12 tahun ayah kembali hendak menganggu kami?Untuk apa?!Dimana anak perempuan ayah yang lain?Kenapa tidak kahwini mereka saja!"ketap Sabrina ingin mengawal diri dari meninggikan suara dalam ruangan sakit ibunya.

           "Hei!Jangan nak banyak bunyi ya!Sama ada kau setuju ataupun tidak, aku sudahpun berikan nama kau sebagai ganti anak aku!Cepat atau lambat mereka akan datang menemui kau nanti!"

           "Apa maksud ayah!?"Sabrina bangun menghadap Encik Dorian. Kepalan penumbuk dalam genggaman. "You sell me to someone that I doesn't even know who there are!?"

            Lantas Encik Dorian dekat Sabrina. Dia cengkam pergelangan tangan Sabrina sebelum direntap dengan kasar. "Jangan nak buat hal ya!Bila ayah kata kamu perlu terima tawaran ini, itu bermakna kamu perlu lakukannya!"

            "Persetan semua tu!Apapun masalah ayah, Sabrina takkan ambil peduli!"getus Sabrina di hadapan muka Encik Dorian sebelum dia menujah bahu itu ke belakang. "Keluar dari sini dan jangan muncul di depan kami!Sekalipun ayah mati, saya takkan sesekali menjenguk kubur ayah!Keluar!"