webnovel

1 Selamat Datang Ke Cafe Ariana's Dessert

'kringgg'

kedengaran loceng yang digantung di atas bahagian pintu bermaksud pelanggan yang keluar dan masuk ke dalam Cafe Ariana's Dessert.

"Selamat Datang ke Cafe Ariana's Dessert,Encik Mahu memesan Makanan apa?"Tanya pelayan tersebut kepada seorang lelaki.

lelaki itu berpakaian kot hitam yang mewah jika dilihat dari jauh boleh mengagak kot itu bernilai lebih dari 70 ribu ringgit pada sesetengah orang.

"Saya nak cookies lavender 1 set dan mango smoothies" balas lelaki itu sambil senyum manis kepada pelayan tersebut.

Pelayan tersebut hampir pengsan dibuatnya apabila mendengar suara lelaki tersebut.Suara yang lembut dan penuh keprihatinan itu boleh membuatkan hati yang keras seperti batu boleh dileraikan.

Pelayan itu hanya tersenyum sambil menyembunyikan wajah keterujaannya dan pergi setelah mengambil pesanan daripada lelaki tersebut.

"Dian,aq nak kau buat mango smoothies yang paling sedap yang pernah kau buat,kemudian kau ambil cookies lavender susun cantik cantik tau."kata pelayan itu kepada Dian.

"Kenapa?Sebelum nih aku buat kerja cincai cincai ka?"Tanya Dian.

"Taklah,Kau buat kerja memang TipTop,Cepat buat aehh,aku pergi ambil pesanan."kata pelayan itu sambil jalan tersimpul simpul.

'Asal dengan peah nih, jalan macam kaki tuh nak patah aku tengok, Nih mesti nak tunjuk ayu dekat mamat tadi tuh.Dia ingat dia boleh pikat lah mamat tadi tuh bila jadi terkekek kekek macam tuh,terasa macam wanita melayu terakhirlah.'kata Dian dalam hati menunjukkan perasaan yang pelik pada pelayan itu.

Selepas menyiapkan pesanan itu,Dian membunyikan loceng sambil berkata,

'Tingg'

"Cookies Lavender and Mango smoothies DONE!!"Kata Dian.Selepas mendengar pesanan itu terus pelayan yang tadi datang dengan lajunya membawa pesanan lelaki tersebut.

Dian,"....."

Selepas seketika,ada bunyi suara

"APA NIH!!!"Kata lelaki itu.

"Saya minta maaf, saya tidak sengaja menjatuhkan air itu pada tuan."kata pelayan itu.

Dengan muka marah,lelaki itu terus berkata"Mana pengurus awak?Saya nak tanya dia kenapa ambik orang macam awak nih bekerja? Bawak air pun x reti."

Setelah Dian mengetahui tentang masalah itu,dia terus ke tempat kejadian.

"Kenapa nih?"Tanya Dian pada pelayan itu.

Pelayan itu berkata sambil menundukkan kepalanya untuk menyembunyikan wajahnya yang hampir menitiskan air mata kerana takut"Saya tidak sengaja menjatuhkan air itu pada pelanggan ini dan dia terus menengking saya."

"Hah!!! Baguslah ,Buat salah Kemudian buat muka sedih,nak lari daripada kesalahan lah tuh,mana Bos kau? Aku nak suruh dia pecat kau sekarang jugak!!"kata lelaki itu dengan tegas

"Saya pengurus cafe ini,saya minta maaf atas kesalahan pekerja saya,saya harap Encik tidak marah kepada pekerja saya."kata Dian dengan sopan.

"Kau suruh aku maaf kan pelayan nih,Aehh kau tau tak baju nih berapa harga dia?Kalau nak dibandingkan dengan gaji korang nih setahun pun tak cukuplah nak bayar,mana bos kau,aku nak jumpa dia."kata lelaki itu dengan sombong.

"Saya Bos kepada cafe ini."kata Dian sambil senyum.

"Kau lah pengurus kau lah Bos,memang bagus sangat.Kau tahu kan kalau aku buat repot pasal cafe kau nih,tak ad sebab orang nak datang sini."kata lelaki itu sambil senyum sinis.

"Encik,kalau Encik nak buat apa pun dekat cafe saya,saya tak kisah memang tanggungjawab saya jika pekerja saya buat kerja tidak betul,Encik nak upload dalam Telegram pasal Cafe saya ka Instagram ka, saya langsung tak kisah,Tapi kalau Encik hanya bercakap kosong,lebih baik Encik pergi dari sini daripada buat hal yang tak sepatutnya muncul.Baik Encik cuci baju Encik yang Mahal sampai gaji kami selama setahun tidak setanding harga baju Encik nih sebelum ia jadi lebih teruk."Kata Dian dengan tenang.

"Tapi saya rasa Encik x perlu berlagak dengan baju Encik sebab saya tau Baju kot ini harganya lebih kurang 30 ringgit ke bawah."sambung Dian.

"Siapa yang beritahu awak kabar angin yang tak betul itu?"Tanya lelaki itu.