webnovel

Cinta Pandang Pertama

Harraz memberi salam kepada guru yang berada di dalam kelas tersebut lalu guru itu menjemput harraz untuk masuk dan memperkenalkan diri .

" em nama saya tengku harraz bin tengku izzudin boleh panggil saya harraz saya dari High School " lalu harraz tersenyum kemudian guru tersebut menyuruh harraz duduk di belakang yang terdapat meja kosong .

Kelas menjadi riuh kembali harraz kelihatan sangat awkward bila didalam kelas nya terdapat pelajar perempuan sudah menjadi kebiasan harraz dengan adanya classmates semua lelaki .

Tokk , tokk , tokk

" assalamualaikum " salam diberi lalu gadis tersebut masuk kedalam kelas dan duduk di depan harraz . Harraz yang perasan berasa pelik kenapa gadis itu berlalu pergi setelah menghantar harraz kemudian kembali ke kelas ini dan kini duduk dihadapan dia .

.

.

.

.

" wey harraz jom lah pergi rehat dah rehat ni " tegur salah seorang lelaki yang masih berada di dalam kelas tersebut harraz yang perasan lalu bangun dan mula mengikuti jejak langkah lelaki tersebut .

" aku aiman kau boleh je panggil aku man ringkas sikit " sapa aiman kepada harraz apabila harraz hanya memerhatinya .

Sampai sahaja dikantin aiman pergi ke suatu meja yang terdapat dua gadis yang sedang duduk .

" hei awal betul korang turun tak tunggu aku langsung " tegur aiman kepada dua gadis tersebut siapa lagi kalau bukan dahlia dan farisha dua sahabat perempuanya itu .

" dah kau lambat sangat kita orang turun lah yang kau ni tercegat lagi dekat sini kenapa taknak makan ke " soal farisha .

Nur farisha batrisya seorang gadis yang cakap lepas tapi dalam masa yang sama amat berguna . Irdina dahlia seorang gadis yang cantik dan digilai ramai tapi tidak suka melayan mana mana lelaki tidak banyak mulut seperti farisha tapi tegas orangnya .

" harraz kau nak makan ape ape ke ? kalau nak aku beli kan ke kau nak ikut aku sekali " soal aiman kepada harraz . Aiman ni seorang yang peramah jadi dia cepat kamcing dengan semua orang tapi memilih untuk lebih rapat dengan dahlia dan farisha .

" err aku ikut kau lah eh " jawab harraz dengan pantas lalu mengikut aiman pergi membeli makanan . Selesai sahaja membeli makanan mereka duduk dimeja dimana adanya dua gadis tadi .