webnovel

impian dan harapan " so.. kau dah jumpa dia? macam mana?"

" so kau dah jumpa dia?" tanya nadia bff forever and ever cempaka.

cempaka angguk. pertemuan semalam terimbas di benaknya. diakui kebenaran kata-kata mamanya. tengku ikran itu sangat kacak seperti watak dalam komik. hahaha...

" kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa? jangan cakap katak lagi hensem dari dia?" usik nadia.

cempaka menggeleng. nampaknya nadia dah salah sangka.

" kau silap nad.. dia macam seorang putera dari negeri kayangan yang bawa kuda putih.. pegang pedang menyelamatkan puterinya. kau tau siapa puterinya?? akulah..hahaha" fuhhh.. cempaka macam dah fall in love dah ni. bukan main galak lagi ye..

nadia ketawa. berlebihan pula aksi cempaka.

" serius babe... aku sampai teringat-ingat muka dia dalam mimpi aku. aku rasa nak je suruh orang tua kami cepatkan majlis kami." cempaka sudah tidak sabar bergelar suri ikran.

" weh.. kenalkanlah dekat aku calon suami kau tu.. aku pun nak tengok jugak.." nadia juga teruja. cempaka yang cerewet bab lelaki boleh puji si tengku ikran ni.. memang kes darurat ni. sesuatu sangat. sekacak mana tengku ikran ni.

" no..no.. kau tunggu nikah kami nanti.." cempaka menggeleng siap jari telunjuknya digoyang kiri kanan tanda tidak. ikran dah cakap semalam. sehingga majlis mereka, dia tak mahu diganggu. semua urusan pernikahan mereka serahkan pada keluarga. mereka akan jumpa masa nikah jerrr. dasar jantan sombong.. tapi im so melting..

" la... kedekut la kau.." nadia provoke. sudah berbelas tahun mereka berteman, takkan cempaka taknak tunjuk bakal suaminya.taknak perkenalkan mereka. takut dia rampas ke??

" dia tu business man baru meningkat naik. dia nak kejar kerjaya dia.. so.. aku taknak ganggu konsentrasi dia." alasan cempaka. padahal si suami to be tu taknak ada apa-apa perjumpaan pun lepas dinner malam tadi.

" owhh.. kot kau malu nak kenalkan.. ye lah.. tunang aku si dezrin tu kan terkenal sebagai jejaka terkacak dalam negara. anak tan sri lagi." nadia masih tidak berpuas hati memprovokasi cempaka lagi.

" well kau.. baguslah bakal laki aku tu tak hensem mana pun.. asalkan cukuplah dia menjadi hak milik aku seorang, setia dekat aku,bapa kepada anak-anak kami. cukuplah dia kacak di mata aku." tinggi harapan dan impian cempaka. sejak bertemu ikran, itulah yang diinginkannya. biarlah orang cakap ikran sombong,dingin dan beku.. esok jadi suami pandailah cempaka merubahnya. hidup ini terlalu mudah untuk dipersiakan. kau tunggu je ye si mat beku. akan aku cairkan kau dengan kuasa api cinta. kuat betul pengaruh komik si cempaka ni...