Jason, seorang bilionair. Dia adalah orang terkaya di dunia dan orang yang memiliki syarikat dan saham yang terbesar di dunia.
jason adalah salah satu orang yang paling terpengaruh di dunia.selain itu, Pengaruh jason terhadap ekonomi dunia dan politik sangatlah kuat.
Atau dengan erti yaag lain. Jason adalah seorang yang sangat luar biasa sehingga dapat memiliki pengaruh yang besar terhadap ekonomi global, politik, dan sosial.
Dan ada satu fakta yang menarik lagi tentang seseorang yang bernama jason ini.
Iaitu dirinya memiliki seorang anak angkat, dan nama anak angkatnya adalah 'AKMAL'.
***
Pagi yang agak sejuk.
Selain itu,Terlihat kawasan pamah yang diseliputi aspal sehingga terbentuk landasan pesawat yang berada di hadapan mereka.kesimpulannya, mereka berada di kawasan landasan pesawat yang luas.
Dalam kawasan landasan pesawat ini, terlihat sebuah pesawat terbang yang sangat menonjol di tengah-tengah kawasan landasan.
Dan dalam beberapa jarak diantara pesawat terbang itu terdapat 4 orang yang sedang berdiri.
4 orang tersebut adalah seika, luisa, akmal dan jason.
Seika yang keliru kenapa jason membawanya ke landasan pesawat ini pun, mula mempersoalkannya ke sekian kalinya.
"Um... Pakcik."
"Ya."
"Kenapa kita berada di sini?"
Jason terdiam sebentar dan mula menjawab pertanyaan itu dengan senyuman.
"Kamu akan mengetahuinya nanti."
Seika hanya mendapatkan jawapan yang tidak jelas.
Sudah ketiga kali seika menanyakan soalan itu dan seika hanya mendapat jawapan yang sama. Ada kalanya seika bertanya kepada akmal kalau-kalau dia mengetahui sesuatu,tapi dia juga memberi respon yang sama seperti ayahnya.
Setelah seika mengetahui bahwa dia tidak akan mendapatkan jawapan, seika pun mengalihkan pandangannya kearah orang yang separuh sedar yang berada di sampingnya.
ia adalah luisa yang sedang dalam keadaan separuh sedar kerana mengantuk.
Malam kemarin seika baru menyedari fakta bahawa adiknya adalah seorang jenis tidur mati. Walaupun dengan bunyi bising kemarin malam akibat bunyi kuat daripada helikopter dan kenderaan tentera, luisa masih tidur dengan nyenyak. Hal itu demikian membuat seika terkejut kerana selama ini luisa lah yang selalu bangun terlebih dahulu dan mengejutkannya untuk bangun semasa sekolah tetapi bagaimana luisa dapat bangun lebih awal daripada seika kalau dia sejenis tidur mati? Itu akan menjadi misteri terbesar bagi seika.
Selepas kejadian itu seika menjelaskan apa yang terjadi kepada luisa yang separuh sedar yang mungkin dia tidak terlalu mendengar semua perkataan seika. Luisa hanya menjawab "ya." Dan begitulah aku dan luisa serta akmal mengikuti ayah akmal.
Seika mula berkata kepada luisa.
"Luisa kau okey tak?"
Luisa yang mendengarkan itu berkata dengan suara yang kurang jelas kerana mengantuk.
"Ha... Ouh ya... Saya baik— baik sahaja kakak."
'dia tidak baik-baik sahaja!!'
Seika berkata begitu dalam hatinya.
Luisa yang separuh sedar terlihat seperti orang yang mabuk setelah meminum alkohol.
Seika yang melihat adiknya seperti itupun mula berkata dengan prihatin.
"Jangan memaksa diri."
"... Ya."
Akmal yang dari tadi diam sambil memainkan anting-anting nya tiba-tiba mula berbicara.
"Sudah waktunya kita pergi."
Jason yang mendengar itupun bersetuju.
"Ya. Ayuh."
Seika mengikuti mereka berdua sambil berada di samping luisa yang separuh sedar yang seperti orang mabuk.
Seika yang tertanya-tanya dalam fikirannya 'pesawat apa ini?' Sehingga dia mula bertanya kepada ayah akmal sambil berjalan.
"Pakcik ini pesawat apa?"
Apabila jason ingin menjawabnya tiba-tiba akmal yang membuka mulutnya terlebih dahulu dan akmal yang menjawabnya.
"Ini adalah pesawat Cessna Citation X+, Dan ia adalah pesawat jet peribadi yang dikenali sebagai salah satu yang tercepat dan sering digunakan oleh orang kaya."
"..."
Seika terdiam mendengarkan penjelasan yang singkat tetapi padat itu dari akmal.
Jason yang hanya diam apabila akmal menjelaskan soalan seika tadi sekarang mula berkata.
"Sudah cukup untuk soalan sekarang ayuh pergi kita sudah tidak memiliki waktu."
Akmal mengikuti ayahnya tanpa ekspresi.
Seika yang melihat akmal seperti itu mula berkata di benaknya.
'kenapa akmal tidak seperti dirinya? Pelik sekali, sejak tragedy ini terjadi, Akmal menjadi seperti orang lain sahaja.'
Seika sudah lama mengenali akmal, akmal orang yang sedikit dingin tetapi masih memiliki sifat yang ke kanak-kanakkan tetapi sekarang dirinya seperti orang yang berbeda atau lebih tepatnya dia terlihat dewasa dan sangat dingin.
Dengan pemikiran campur-aduk seika mengikuti mereka berdua daripada belakang ke pesawat itu.
***
Seika,luisa,akmal dan jason memasuki pesawat Cessna Citation X+.
Di dalam pesawat Cessna Citation X+ seika melihat sosok putih. Terdapat tiga sosok yang mengenakan pakaian serba putih. Tetapi yang paling menonjol adalah sosok yang menutupi seluruh wajah dan badannya dengan pakaian serba putih, tetapi tidak dengan sosok yang berada di belakangnya. Mereka berdua memiliki paras yang sama dengan ciri berambut perang dan kulit putih.
Tetapi yang paling menghairankan seika adalah mereka bertiga melutut sambil memberikan kehormatan ke arah kami.
Setelah jeda beberapa saat, jason dan akmal di hadapan luisa dan seika juga ikut melutut sambil memberikan kehormatan.
Seika terkejut dengan tindakan mereka tiba-tiba sambil mengeluarkan iringan 'eh'. Dan di sisi lain, luisa yang tidak memberi reaksi apa-apa kerana dia setengah sedar.
Seika yang hairan pun bertanya kepada Jason.
"Pakcik...?"
Jason tetap diam, dan sosok yang memakai pakaian serba putih di sekujur tubuhnya, mula angkat berkata.
"Salam sejahtera yang mulia, ini kali pertama kita bertemu secara langsung."
Seika terkejut dengan suara yang amat indah seperti kicauan burung.
Dan Sosok itu mula mengangkat tangannya dan seterusnya membuka kerudung putih yang menutupi wajahnya.
Seika membuka matanya dengan lebar melihat sosok yang di hadapannya itu.
"Maaf atas kelancangan saya kerana tiba-tiba menyerik yang mulia datang ke mari."
Dan sosok itu mengangkat wajahnya yang dari tadi menunduk.
Kulit yang halus dan putih bersih.selain itu, matanya yang berwarna putih kebiruan, seperti lautan yang disinari cahaya matahari juga bulu kening dan rambutnya berwarna putih pekat. Tidak ada kecacatan pada wajahnya sama sekali sungguh begitu cantik dan indah.
Tidak pernah seika melihat wajah secantik dan seindah ini. Dan itu membuat hati seika berdebar dengan sangat kencang dan wajahnya memerah.
Kalau ada definisi yang dapat mengambarkan kecantikan sosok itu, ia adalah bidadari. Dia sangat cantik dan indah seperti bidadari syurga.
Selain itu, memang ada manusia yang memilik rambut, bulu kening dan mata yang serba putih?
Sosok itu mula berkata lagi dengan suara yang amat merdu dan anggun sambil tersenyum dengan manis sehingga matanya yang putih kebiruan memantulkan wujud seika.
"Salam kenal yang mulia.Nama saya 'Maya' saya adalah sosok yang diciptakan untuk memberi seluruh jiwa dan raga saya kepada anda, yang mulia."
Seika terus tercengang dan mula berfikir di benaknya.
'Gadis seperti malaikat itu, akan memberikan seluruh jiwa dan raganya kepada aku?! Apa maksudnya itu!!!'
Seika mundur beberapa langkah sambil menelan air liur.
Terlihat pipi seika semakin memerah dan dia mula berfikir hal yang mengarut.
'adakah ini lamaran tiba-tiba!! Seperti adegan di manga?!'
Adegan yang hanya ada di cerita fiksyen tiba-tiba muncul!
Seika terus tergelam dalam khayalannya. Seperti yang anda ketahui, seika adalah seorang otaku akut yang tergila-gila dengan kisah fiksyen. Sudah tentu dia seseorang yang selalu berkhayal menjadi seorang protagonis.
Di lain sisi, Luisa yang melihat apa terjadi dengan separuh sedar.
Luisa memahami apa yang terjadi walaupun berada dalam keadaan separuh sedar. Sudah tentu luisa juga mengetahui apa yang di fikirkan oleh abangnya yang sekarang bertindak aneh. Tetapi itu bukan masalahnya, naluri sebagai seorang wanita bangkit dari luisa ketika melihat abangnya bertindak aneh.
Sehingga dia mengerut keningnya kerana merasa kalah dari wanita bernama maya itu.
Dan naluri kewanitaan Luisa memuncak dan akhirnya luisa menghulurkan tangannya dan mencubit telinga seika.
Seika yang tiba-tiba merasakan rangsangan kesakitan mula bereaksi dengan suara 'aw!'
Di sisi lain juga, akmal yang melutut berterima kasih kepada luisa melalui benaknya atas tindakannya terhadap seika.
Sudah tentu akmal mengetahui apa yang seika khayalkan kerana dia sudah mengenal otaku akut itu sejak kecil lagi.
***
Pesawat Cessna Citation X+ berlepas landas dan mula berterbangan di udara.
Di dalam pesawat Cessna Citation X+ terlihat tujuh orang duduk di kerusi berwarna putih yang telah disediakan dalam pesawat.
Kerusi mereka saling menghadapan satu sama lain. Atau lebih jelas kedudukannya, seika dan luisa duduk bersebelahan dan maya dan akmal duduk bersebelahan tetapi kerusi mereka berempat saling berhadapan, yang lain seperti jason dan dua lelaki kembar berambut perang berada di belakang mereka.
Setelah suasana sunyi yang berlangsung agak lama, luisa yang separuh sedar melihat kearah kakaknya. Dan lihat pipi kakaknya yang memerah dan kakaknya mencuba membuat gaya sok cool kepada maya dan itu membuat luisa rasa kesal.akibatnya,luisa mengelurkan tangannya sekali lagi dan mencubit telinga kakaknya untuk kedua kalinya.
Dan seika serta merta mengeluarkan bunyi 'Aduh!' dan berkata kepada adiknya.
"Luisa! Kenapa kamu dari tadi mencubit telinga aku!?"
Selepas itu, luisa melepaskan tangannya daripada telinga seika dan mengeluarkan bunyi 'Mmph' dan berkata.
"Dasar kakak bodoh."
Dan itu membuat seika mencondongkan kepalanya kerana tidak memahami kenapa luisa marah kepadanya.
Seika memang orang yang tidak Sensitif dan bodoh kerana itu dia tidak memahami tindakan luisa.
Setelah itu, luisa mengalihkan perlihatannya ke arah sosok yang indah dan anggun itu yang dari tadi melihat mereka sambil tersenyum anggun.
Merasakan kakaknya yang sekarang 100% tidak dapat di harapkan. Luisa lah yang memulakan pertanyaan tetapi dia terlihat agak mengantuk, walaupun begitu kesedarannya semakin membaik akibat kejadian tadi.
Luisa mengerut kening dan berkata dengan nada marah.
"Jadi jelaskan kepada kami kemana ingin kamu membawa saya dan kakak bodoh saya dan siapa kamu dan juga... Kenapa kamu memanggil kakak dan saya yang mulia..."
Sosok yang bagai bidadari syurga itu mula mengalihkan perlihatannya ke luisa dan sekali lagi tersenyum manis.
Bagi luisa rupanya dan suaranya sungguh mengerikan, sesiapa yang melihatnya atau mendengarkan suaranya akan 100% pasti akan tergoda dengan kecantikan dan keindahan sosok bagai bidadari itu.
Sosok yang bernama maya itu mula membuka mulutnya dan berkata dengan suara yang sangat indah serta terlihat daripada matanya yang berwarna putih kebiruan memantulkan wujud luisa.
"Oh, maafkan saya. Saya patut menerangkannya lebih awal."
"Hmm, jadi dari mana yang patut saya terangkan terlebih dahulu..."
Maya memejamkan matanya sebentar sambil meletakkan tangannya di dagu.
Setelah beberapa saat, sosok itu mula membuka matanya dan menjawab persoalannya.
"Baiklah, saya akan terangkan siapa kami. Kami adalah organisasi bernama 'persatuan penjaga dunia (PPD)' yang akan terlibat dengan urusan planet ini kalau itu melibatkan konflik antara alam semesta seperti sekarang, dan saya adalah pemimpin organisasi itu yang dikenali sebagai 'yang mulia' oleh seluruh pemimpin dunia."
Luisa separuh sedar mencuba mencerna maklumat yang disampaikan dan mula bertanya sesuatu yang tidak membuat dirinya puas.
"Jadi kamu dari 'persatuan penjaga dunia (PPD)' bukan, tetapi kenapa saya tidak pernah mendengar tentang kewujudan organisasi ini dimana-mana pun?"
Maya yang mendengarkan itu mula menjawab persoalan tersebut dengan seringkas yang boleh.
"Organisasi ini sudah terwujud sejak tahun masihi lagi dan sudah tentu organisasi ini adalah sangat rahsia dan tidak di publickan pada masyarakat tetapi hanya orang-orang penting di dunia sahaja yang mengetahui keberadaan organisasi kami."
"..."
Maya menjawabnya dengan baik dan ringkas sehingga mudah difahami yang membuat luisa sedikit kagum.
"Baiklah, mari kita pergi ke soalan seterusnya iaitu 'kemana ingin kami bawak kamu'. Senang cerita, kami akan membawa kamu ke markas kami."
Luisa termenung sebentar dan mula bertanya.
"Kenapa kamu ingin membawa kami ke markas kamu? Kami tidak memiliki apa-apa dan hanya akan jadi tidak berguna bukan?"
Tiba-tiba Maya mengalihkan pandangannya ke arah seika dan matanya yang seperti lautan tanpa ujung memantulkan rupa seika.
Dan seika tersentak dan serta-merta mencuba sok cool lagi dan sudah tentu itu membuat luisa semakin marah dan mencubit lagi telinga seika.Maya melihatnya tersenyum manis. Seterusnya, dia berkata.
"Persoalan Itu akan saya jawab sekali dengan pertanyaan 'kenapa saya memanggil tuan seika sebagai yang mulia.' Pertama anda tahu siapa yang membentuk organisasi ini?"
Luisa jawab dengan cepat.
"Sudah tentulah, tidak."
"Orang yang membentuk organisasi ini adalah bernama Radiance Fair. Dia adalah manusia terkuat di alam semesta ketika dahulu dan kamu dan tuan seika adalah keturunannya.Jadi kerana itulah anda berdua dipanggil sebagai 'yang mulia'."
Seika yang selama ini hanya berdiam diri mula melonjak dengan terkejut.
"APA!"
Luisa juga terkejut tetapi dirinya tidak dapat berkata apa-apa.
Maya puas melihat wajah terkejut mereka berdua sehingga dia sedikit terkekeh-kekeh dengan anggun dan mula menambahkan informasi.
"Jadi sebagai keturunannya sudah pasti kamu berdua mewarisi kekuatan daripada sosok yang mulia Radiance Fair. Kesimpulannya, kami memerlukan bantuan daripada kamu berdua untuk mengatasi tragedy yang sedang menimpa dunia sekarang."
Mata seika bersinar-sinar. Khayalan seika melonjak sehingga batas maksimum dan dirinya mula berkata dengan sangat antusias.
"J-J-J jadi! Dengan kata lain, aku akan menyelamatkan dunia!!"
khayalan seika sebagai protagonis yang hilang kembali lagi dan kali ini dirinya benar-benar dapat menjadi Main Character seperti protagonis di kisah fiksyen.
Maya melihat seika yang sangat antusias tersenyum dengan menawan dan menjawab soalan seika dengan ringkas.
"Ya."
Luisa yang melihat abangnya yang sudah tidak dapat diselamatkan pun menghelahkan nafas berat.
Setelah itu, dirinya mula mengalihkan pandangannya kearah maya dan mula mengerut kening dan berkata dengan suara curiga.
"Puan maya."
Maya melihatnya.
"Yang mulia luisa, kamu tidak perlu formatif kerana kamu lebih tinggi dari saya."
"Baiklah, tapi maaf aku tidak dapat mempercayai kamu."
Maya terdiam tetapi tetap mengekalkan senyuman yang menawan. Dan itu entah kenapa membuat luisa Kesal walaupun begitu luisa mula menjelaskan ketidakpuasan nya.
"Pertama, kau mengatakan aku dan kakak adalah orang penting dalam organisasi kamu'bukan?"
"Ya."
"Kalau begitu kenapa kamu tidak menceritakan tentang hal tersebut lebih awal sehingga saya dan kakak saya dapat berlatih untuk menguatkan kekuatan yang kamu katakan itu tadi?"
"..."
Maya hanya berdiam diri tanpa berkata apa-apa tetapi masih tersenyum.
Luisa melanjutkannya.
"Kedua, organisasi kamu mesti sudah memerhatikan kami sejak kecil lagi dan kamu mesti sudah mengetahui segalanya tentang kami. Jadi kamu mesti sudah mengetahui sepanjang hidup saya dan kakak saya tidak pernah memiliki gejala kekuatan Supernatural seperti yang kamu katakan."
"..."
"Dan Akhir sekali, saudara mara dan ayah atau ibu saya juga mesti keturunan Radiance Fair tetapi kenapa masih memilih kami daripada mereka?"
"..."
"Dan hal yang paling penting adalah."
Seika yang selama ini hanya bermain-main tiba-tiba menjadi serius dan mendengar apa yang adiknya ingin katakan.
"Kamu mesti mengetahui penyebab kematian sebenarnya daripada ayah dan ibu kami..."
Suasana dalam pesawat itu menjadi sangat tegang dan sunyi.
Dan luisa menegaskan lagi penyataan awalnya tadi.
"Sebab itulah aku tidak dapat mempercayai kamu, kalau kamu masih menyembunyikan semua hal itu."
"..."
Benar, mana ada orang bodoh yang akan mempercayai mentah-mentah perkataan orang asing tanpa mengetahui apa yang mereka sembunyikan, kecuali seorang otaku bodoh yang berada di sebelahnya.
Maya hanya berdiam diri untuk beberapa saat. Dan setelah itu dirinya berkata lagi,sudah tentu dengan keindahan matanya yang menusuk ke arah luisa.
"Kamu benar yang mulia luisa, memang benar saya tidak dapat menjawab beberapa persoalan itu. Tetapi saya akan memberitahu anda berdua kenapa anda berdua yang dipilih sebagai sosok keturunan yang mulia Radiance Fair. Mudahnya anda berdua memiliki darah yang mulia Radiance Fair lebih pekat dan kerana itu kekuatan di turunkan lebih kearah anda berdua dibandingkan dengan saudara mara anda yang lain."
Luisa berdiam diri dan tetap mendengarkan hujahnya.
"Dan tentang yang mulia luisa yang tidak menunjukkan gejala kekuatan yang mulia Fadiance Fair adalah salah. Yang mulia tahu kenapa kekuatan itu tidak menunjukkan gejala?"
Luisa hanya diam dan maya menyambung kata-katanya.
"Itu kerana kekuatan itu tidak memiliki gejala kerana kekuatan itu hanya akan muncul kalau ada yang memicunya. Bukankah yang mulia luisa sudah mendengarkan penjelasan dari yang mulia seika?"
Luisa tersentak dan mula teringat kembali apabila abangnya menjelaskan kenapa mereka dapat berada di Kedah secara tiba-tiba.
Sudah jelas fenomena itu disebabkan oleh kekuatan yang dikatakan oleh sosok bernama maya itu.
Tapi itu bukan masalahnya.persoalannya kini, kenapa dia mengetahui bahawa seika yang menjelaskan tentang hal itu? Cuma ada satu kesimpulannya tetapi kesimpulan itu sudah luisa abaikan dari tadi kerana kesimpulan itu tidak ingin luisa percayai.
Luisa yang terkejut mula bertanya dengan gugup.
"B-bagaimana kamu mengetahuinya..."
"Aku yang menceritakannya."
Akmal yang selama ini hanya berdiam diri sambil melihat keluar tingkap pesawat sambil memainkan anting-anting nya, mula angkat berkata.
Tembakan Luisa tempat pada sasarannya. Tapi itu membuat sesuatu di dalam hati luisa pecah.
Terdapat beberapa persoalan yang luisa tidak tanyakan sejak awal, itu di kerana kan luisa benar-benar tidak ingin mempertanyakannya.
Iaitu, bagaimana mereka dapat mengetahui segalanya tentang kami? kenapa jason mengetahui lokasi dimana kami berada? Kenapa akmal terlihat berbeda sejak jason muncul? Dan kenapa akmal terlihat sangat biasa apabila melihat orang mati di hadapannya. Dan sudah tentu semua point ini tidak akan terjadi secara kebetulan.
Luisa terus dan menerus menggapai persoalan itu, tapi kenapa? Ya, kalau akmal terlibat dalam kecurigaan ini semua bermakna...
Akmal melihat kearah luisa dengan mata yang sangat dingin dan menyatakan sesuatu yang mengonfirmasikan kecurigaan luisa, dan seperti biasa. sambil bermain-main dengan anting-anting nya.
"Aku adalah ejen yang ditugaskan untuk memperhatikan yang mulia berdua."
Sesuatu pecahan terdengar di dalam hati luisa. Rasa mengantuk yang selama ini membuat dirinya tidak fokus,menghilang.
Seterusnya, luisa berkata dengan suara yang tergagap-gagap kerana tidak percaya.
"J-jadi k-kau selama ini h-h-hanya berpura-pura?"
Akmal tetap diam dengan dingin tanpa berkata apa-apa.
Akhirnya luisa meledak dan mula berdiri pada tempat duduknya kerana respon yang diberikan oleh akmal.
"BERI TAHU KAMI!! APAKAH SELAMA INI KAU HANYA MEMPERMAINKAN KAMI?!"
Kemungkinan selama ini akmal hanya berpura-pura menjadi sahabat mereka demi melaksanakan tugasnya. Jadi selama ini diwaktu mereka sedih, gembira dan berseronok bersama adakah itu semua palsu? dan dengan kecurigaan itu membuat luisa sangat marah dan sedih.
"Luisa tenang."
Sosok yang berada di samping luisa mengatakan itu.
Luisa mengalihkan pandangannya kearah sosok itu, iaitu abangnya, seika.
Di mata luisa hampir ingin menangis kerana tidak mempercayai ini.
Seika melihat adiknya yang hampir ingin menangis. Seterusnya,Seika hanya diam dan tersenyum dengan lembut.
Luisa berkata dengan marah.
"TAPI KAKAK! Kita sudah dipermainkan sejak dahulu lagi!"
"Tenang luisa."
Seika berkata hal yang sama.
Luisa melihat kearah mata abangnya yang hitam. Dan berkata di dalam benaknya.
'ah, itu bukan mata yang mencurigai sesiapa pun."
Seterusnya, luisa duduk semula pada tempatnya dengan tenang dan berdiam diri.
Seika senang melihat adiknya memahami dirinya.setelah itu, seika mengalihkan pandangan ke arah akmal.
Dan berkata.
"Akmal,apakah mereka dapat dipercayai?"
Yang dimaksudkan oleh seika adalah organisasi bernama 'persatuan penjaga dunia (PPD)' bukan apakah mereka dapat mempercayai akmal.
Sebuah pertanyaan yang tulus. Tidak ada rasa curiga sama sekali dalam suara itu. Atau dengan kata lain, seika mempercayai akmal tanpa mencurigainya sama sekali.
Akmal mendengarnya tersentak sedikit dan matanya sedikit melebar kerana terkejut.
Dan seterusnya, akmal berkata dengan matanya menundukkan kebawah sambil memainkan anting-anting nya.
"Ya, mereka dapat dipercayai."
"Kalau begitu, aku juga akan mempercayai mereka."
Seika berkata dengan riang dan dalam suaranya itu tidak mengandungi keraguan terhadap akmal sama sekali.
Luisa yang melihatnya menghelahkan nafas berat dan berkata.
"Kalau kakak bodoh saya mempercayai kamu, aku juga akan mempercayai kamu"
Luisa tidak memiliki pilihan lain selain mengikuti kakak bodohnya.
Seika senang melihat adiknya yang memahami. Dan seterusnya, seika mengalihkan pandangannya ke arah sosok yang berdiam diri dari tadi.
Sangat cantik dan menawan bagaimana bidadari. Itulah difinasi seika terhadap sosok bernama maya itu.
Maya mula berkata.
"Terima kasih kerana mempercayai kami yang mulia."
Maya menundukkan kepalanya sebagai kehormatan dan mengangkat semula.
Seika mengajukan soalan.
"Maya, saya ingin bertanya satu hal."
"Tanyakan apa pun yang anda inginkan yang mulia."
"Siapa sebenarnya iblis bernama onic itu? Dan kenapa dia sangat ingin menghancurkan planet ini?"
Benar, onic sang iblis yang memulakan semua tragedy ini,dan sudah tentu seika sangat ingin mengetahui apa tujuan daripada iblis itu.
Seika bertanya dan segera dibalas oleh maya.
"Iblis peringkat 1 'Onic' beliau daripada ras iblis iaitu ras terkuat di alam semesta."
"Jadi apa tujuannya?"
Luisa yang sangat antusias dengan jawapannya mula bertanya dengan tidak sabar dan maya membalasnya dengan senyuman yang menawan.
"Dahulu kala yang mulia Fadiance Fair berkerjasama dengan semua ras di alam semesta ini untuk memusnahkan ras iblis, disebabkan, raja iblis di masa itu ingin menguasai ruang dan waktu dengan merebut lima elemen dunia, dan salah satu korban daripada peperangan itu adalah murid daripada sang raja iblis pada era itu,dan juga kekasih daripada onic iaitu raja iblis sekarang. Jadi apa tujuan dari sang raja iblis onic adalah..."
"Balas dendam."
Itulah kesimpulan yang di ucapkan oleh luisa.
Luisa tidak dapat berkata apa-apa apabila mengetahui kenapa iblis untuk membunuh orang tanpa rasa ragu.
Tapi ada satu hal yang membuat luisa marah yang dapat diertikan dengan satu patun iaitu 'mereka hanya kutip apa yang mereka tanam'
Adakah onic layak untuk membalas dendam yang disebabkan ulah mereka sendiri? Mungkin ya, untuk sudut pandang onic tetapi tidak bagi sudut pandag luisa. Mereka hanya menerima karma daripada perbuatan mereka sendiri.
Hal itu membuat luisa mencekeram tangannya sendiri sehingga berbunyi dan mula menghelahkan nafas untuk meredakan amarahnya.
Setelah itu, luisa bertanya kepada maya.
"Jadi di mana markas organisasi kamu berada?"
Luisa melihat maya dengan mata yang tajam dan terlihat amarah terkandung dalam mata berwarna hijaunya.
Luisa sudah membulatkan tekadnya untuk membalas perbuatan iblis bernama onic itu kerana telah membunuh amir.
Maya melihat ke mata luisa dan mata mereka berdua yang indah saling memantulkan wujud mereka masing-masing.
Seterusnya maya berkata.
"Benua Antartika. Disitulah tempat markas kami."
Seika yang mendengarkannya meledak dan berkata.
"Benua Antartika!? Benua yang tidak dapat diduduki oleh mana-mana negara tanpa dipersetujui oleh semua negara!? Dan benua yang paling misteri?!"
Jiwa otaku seika sekali lagi meledak yang membuat dirinya terlihat seperti orang bodoh.
Luisa yang melihatnya menghelahkan nafas berat dan berkata dalam benaknya.
'dasar kakak bodoh.'
Maya hanya ketawa kecil dan akmal seperti biasa terlihat tidak terlalu memperdulikannya sambil memainkan anting-anting nya.
Mata seika yang bersinar-sinar penuh dengan khayalannya yang di ungkatkan di benaknya.
'perjalanan sebagai protagonis akan di mulai!!'
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan muslim, saya penulis daripada cerita ini 'KAZUKA'. Saya ingin berminta maaf kerana lama tidak upgrade dan juga berminta maaf kerana chapter ini sangat panjang. sebenarnya saya sudah mempersingkatkan chapter ini loh! saya sudah memikirkan banyak adegan yang ingin saya letakkan di chapter ini tetapi terpaksa saya menahannya yang disebabkan terlalu chapter ini terlalu panjang, jadi saya hanya mengambil beberapa hal yang perlu dan selebihnya saya akan meletakkannya di chapter seterusnya.
itu sahaja yang ingin saya luahkan, dan terima kasih kerana terus membaca novel ini!! kalau anda masih tertarik dengan kisah ini teruskan membaca!