webnovel

Brothers or Boy Friend?

Ayuni Mirai yang cantik dan selalu sengaja menyorok rupanya dari di lihat orang dengan memakai cermin mata dan menutup muka depan dengan ramput depannya, dia juga adalah anak yatim piatu kehilangan ibu bapa semasa berumur 5 tahun tetapi pada suatu hari ketika Ayuni berumur 7 tahun Dia di ambil sebagai anak angkat kepada seorang Usahawan yang kaya tetapi sepasang ini mempunyai 7 orang anak lelaki yang sangat mempunyai rupa yang dapat memikat hati wanita tapi tidak bagi Ayuni, dia sedia menerima mereka sebagai saudara tetapi adakah mereka berfikiran sedemikian? dan adakah kehidupan Ayuni lebih baik?

LzyIra25Ctam · Komik
Peringkat tidak cukup
11 Chs

Adik beradik kembar

(knock-knock)

Ayumi "siapa tu?" dan terus memakai cermin matanya semula

Ayuni menoleh dan berjalan terus ke arah pintu biliknya, dan kedengaran lagi suara yang matang tapi percakapannya sangat sopan.

"Ini Zek."

Rupa-rupanya Zek iaitu anak pertama Ayah Ayuni. Ayuni pun memegang tombol pintu dan pada masa yang sama Ayuni menarik pintu tersebut. kelihatan Zek yang sedang berdiri di hadapan pintu nya berbaju warna Hijau gelap lengan panjang dan berseluar warna hitam, tetapi bukan Zek seorang sahaja tapi dia bersama dengan Rezz dan Rex iaitu adik beradik kembar, Rezz yang abang memakai baju unggu lengan pendek dengan seluar pendek warna putih sambil memegang tangan adiknya Rex, Rex juga memakai seluar yang sama tapi memakai baju warna biru muda sambil memegang teddy bear di sebelah tangan kirinya. Mereka berdua sangat comel dan kelihatan seperti anak kucing yang ingin dimanja.

Ayuni "emm..knp? ada apa-apakah?" sambil senyum ke arah mereka.

Zek "Boleh kami masuk?"

Ayuni "ouh..boleh."

Ayuni pun menjemput Zek , Rezz dan Rex masuk ke biliknya.

Ayuni "silakan duduk"

Zek pun duduk di atas sofa solo dan Rezz dan Rex duduk di atas sofa kembar, sementara itu Ayuni mengambil air dan manisan seperti kek dan biskut di dapur biliknya dan terus menghidangkan di atas meja sebagai pembuka kata.

Ayuni "minumlah dan cubalah rasa kek atau biskut ni" sambil senyum.

Zek mengambil sekeping biskut dan makan biskut itu (crunch), sambil terpapar senyuman yang membuatkan Zek kelihatan seperti putera yang menawan sehingga membuatkan pipi Ayuni kemerahan, dan berkata

"Boleh tahan, sedap."

Ayuni "emm" sambil pipi menunjukkan merah kemerahan.

"A..a Ayuni..."

Tiba-tiba ada suara yang sangat comel lagi menawan, rupanya itu adalah Rex adik lelaki Ayuni yang ketika itu masih memegang patungnya. Ayuni pun menoleh ke kiri sambil berjalan ke arah sofa solo yang berada di sebelah sofa kembar.

"kau..tak...Ayuni tak benci kami kan.." sambil melihat Ayuni dengan mata yang comel seperti kucing, pipi Ayuni terus menjadi merah-kemerahan dan mengambil menghembus nafas sambil berkata berkata dengan senyuman.

"Tidaklah."

"Sebenarnya aku yang takut, takut kamu semua tidak terima aku macam Juan cakap tadi, Aku ni hodoh dan Juan cakap dia mau budak perempuan yang cantik..jadi.."

tiba-tiba bunyi menengking didengari dan percakapan Ayuni terputus.

(Pak!) rupanya kembar Rex iaitu Rezz yang kelihatan agak matang, Rezz menghentap meja dengan tangannya menoleh ke arah Ayuni dan berkata sambil Rex yang duduk di sebelahnya (tremble) pun mengeluarkan air mata sekeliling matanya seperti kucing

"Taklah, Juan... aku benci Juan!" sambil (tremble) mengengam tangannya dan turut mengeluarkan air mata seperti Rex.

Ayuni kehairanan, bingung kelakuan mereka tidak sama dengan umur dan terus terkejut bila Rezz dan Rex mau menagis, Ayuni pun berdiri dan terus berjalan ke arah Rezz dan Rex dan terus memeluk adik-beradik kembar itu.

Rex "Kau...cantiklah..." (sob-sob)

Rezz "i...iya....betul tu" sambil menahan tangisan.

Ayuni berfikir ( alamak, mereka mesti kesihankan aku..tapi aku tak kisah pun, tak apalah aku akan hargai saat aku berpeluk dengan mereka, sudah lama aku tak rasa peluk yang hangat dari seseorang.)

ketika itu Rezz dan Rex menyedari sesuatu yang bahawa ketika mereka berpelukan, sebenarnya Ayuni penyakit kulit yang sangat halus dan licin lagi putih dan bagi mereka berfikir mustahil bagi Ayuni mempunyai rupa yang buruk dan terus berfikir untuk melindungi Ayuni mulai saat itu. Walaupun Ayuni tidak menyedarinya dia hanya berfikir untuk memberi kasih sayang kepada abang kembarnya yang sudah memberinya sedikit semangat.

Zek "Baiklah, Ayuni selamat datang ke keluarga kami."

Zek sedar yang Ayuni ialah seorang yang sangat menarik dan juga sangat penyayang, dengan ini adik-beradik ini sudah menarik minat terhadap Ayuni.

selepas keadaan di bilik Ayuni sudah tenang mereka pun duduh di atas sofa itu, Rezz dan Rex berada di kiri dan kanan Ayuni. Mereka duduk di atas sofa panjang itu dan Zek masih duduk di tempat yang sama sambil kelihatan sedikit menyeramkan ke arah Ayuni.

Zek "kenapa kau duduk di situ!"

Ayuni hairan dan terus cakap "huh?"

Zek "bukan kamu, tapi Rezz dan Rex."

Rezz dan Rex peluk kedua belah lengan Ayuni dengan erat dan menoleh ke arah Zek sambil berkata "Ayuni milik Kami dan kami sayang Ayuni!" sambil (pat-pat) mengosok kepala Ayuni.

Ayuni terkejut tapi juga gembira yang mereka terimanya dengan seadanya.

Zek "..."

"Ayuni kami minta diri dulu mesti Kamu mahu beristirehat dari tadi,maaf menganggu." sambil memegang baju mereka di bahagian leher dan mengheret Rezz dan Rex keluar dari bilik Ayuni.

(Pak!) bunyi pintu di tutup.

Ayuni pun ketawa kecil (hahaha) selepas mereka keluar dari biliknya dan senyum kerana berfikir hubungan mereka adik-beradik memang sangat rapat lagi lucu. Ayuni pun mengemas semula manisan dan terus duduk di atas katilnya dan meletakkan cermin matanya di almari kecil sebelahnya dan baring atas katil sambil melihat siling. Apabila Ayuni terlihat bahawa tingkapnya masih terbuka, dia pun bangun dan berjalan ke arah tingkap itu dan melihat pemandangan sambil mencapai tingkap itu tetapi ketika Ayuni menutup tingkap Ayuni terlihat Kifz yang sedang memakai hoodie berwarna hitam dan baju t-shirt putih dan seluar hitam dan kasut putih dan kelihatan kacak walaupun diusia 7 tahun.

Tiba tiba ketia Ayuni pandang ke arahnya dia mendongak ke atas dan melihat Ayuni yang ketika ini tidak memakai cermin mata, dengan secepatnya Ayuni perasan dan terus menutup tingkap secepatnya tanpa Kifz pandang ke mukanya. Jantung Ayuni (badum-badum) berdegup kencang sebab takut di ketahui orang tentang rahsianya tapi nasib juga yang tahu hanya Ayah dan Ibu angkatnya yang tahu.

Dan ketika itu,

Kifz "hm? tadi macam ada yang lihat aku. Entahlah mungkin salah liat, tapi bukan kah tu bilik Ayuni?" sambil pandang ke arah tingkap bilik Ayuni.

"..." terus menoleh balik dan berfikir (hmm.....jadi ini bilik Ayuni tadi...tak tau lah kalau dia ni boleh di 'harap') sambil berjalan ke arah belakang rumah mereka.