webnovel

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs

Ted Dan Raquel Bergaduh Lagi?

PERTANDINGAN untuk tenis berakhir dengan baik pada hari ini. Ashley memenangkan empat pertandingan manakala Raquel menang sebanyak tiga pertandingan.

Acara tenis berakhir awal untuk memberi peluang kepada para pemain untuk berehat.

Raquel mengangkat begnya dan memandang Ashley yang sedang mengelap peluh dengan tuala kecil berwarna putih.

"Ash, kau nak pergi tengok pertandingan bola keranjang? Saya dengar pertandingan bola keranjang belum berakhir lagi."

Ashley mengalihkan kepalanya kepada Raquel. "Oh, jadi maknanya Kenzie masih main lagilah?"

Raquel mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Saya tidak tahu kalau kumpulan dia masih main atau tidak. Saya cuma dengar pertandingan bola keranjang belum habis lagi."

Ashley diam sekejap untuk berfikir sama ada dia perlu ke lokasi pertandingan bola keranjang atau tidak. "Kalau kita pulang sekarang, sama juga kita ada banyak masa terluang. Kau nak pergi tengok tak?"

Raquel mengangguk sekejap sebelum beberapa saat kemudian, dia menggeleng lagi. "Saya dengar Ted juga ikut main bola sepak. Saya rasa saya nak pergi tengok Ted main saja."

"Kita pergi tengok Ted mainlah kalau macam tu. Jom!" Ashley mengangkat begnya setelah menyimpan tuala kecilnya di dalam beg itu.

Setelah itu, Ashley dan Raquel pun berjalan meninggalkan kawasan pertandingan tenis.

Ketika mereka beredar dari sana, Felicia dan kawan-kawannya masih berada di tempat itu dan duduk di bahagian hujung tempat berehat.

Felicia menutup botol minumannya sambil memandang bayangan Ashley dan Raquel yang semakin jauh. Felicia mengecilkan matanya memandang tubuh ramping perempuan yang bernama Ashley.

Felicia tidak terlalu mengenali pelajar yang bernama Ashley itu. Tapi Felicia ada mendengar serba sedikit tentang pelajar itu.

Felicia pernah mendengar kalau pelajar di kolej mereka bergosip tentang pelajar cantik tahun pertama yang bernama Ashley. Felicia tidak pula menyangka yang dia akan berjumpa dengan Ashley hari ini dalam pertandingan tenis.

Felicia sudah melihat bagaimana cara Ashley bermain tenis tadi dan dia terkesan melihat kebolehan Ashley bermain.

Sedang Felicia berfikir tentang Ashley, dia melihat Daisy sudah menunggunya di pintu pagar gelanggang tenis itu. Dia segera mengangkat begnya dan memandang kawan-kawannya yang lain. "Saya pergi dulu. Jumpa nanti!"

"Bye, Fel!"

"Jumpa nanti!"

Felicia segera mendekati Daisy setelah meminta diri. Daisy tersengih melihat Felicia.

"So, how is the game?"

Felicia hanya mengangkat bahu dengan gaya malas. "So-so...."

Daisy tersenyum lagi. "Saya tahu kau mesti buat yang terbaik, kan?"

Felicia tidak membalas, sebaliknya hanya berjalan meninggalkan Daisy. Daisy terus mengejar Felicia dan dia mula bercakap tentang hal lain sementara Felicia hanya mendengar.

***

***

KETIKA Ashley dan Raquel tiba di padang bola sepak, pertandingan itu sudah hampir selesai.

Ketika itu, perlawanan antara kumpulan Ted dengan kumpulan musuh semakin sengit. Dua-dua mempunyai nilai skor yang sama.

Raquel membawa Ashley ke tempat duduk penonton yang kosong dan mula menonton perlawanan bola sepak itu.

Saat-saat terakhir perlawanan itu, Ted berjaya menjaringkan gol, menjadikan kumpulan mereka menang dengan skor 6 lawan 5.

Semua penonton yang menyokong kumpulan Ted melonjak gembira manakala penyokong kumpulan sebelah membuat muka kecewa dan sedih.

"Eh, Anjel pun ada di sini?" tanya Ashley.

"Mana?" Dengan cepat, Raquel menggerakkan kepalanya memandang ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat Anjel.

Ashley terus menunjuk ke arah Anjel yang sedang berdiri di tempat duduk pemain. Raquel mengikuti arah telunjuk Ashley.

Mereka melihat Ted berlari mendekati Anjel sementara Anjel yang sedang tersenyum memberikan Ted sebotol air mineral.

Ted tersengih ke arah Anjel. Dia mengucapkan terima kasih dan menyambut botol itu.

"Sejak bila Ted dengan Anjel, eh? Saya tidak pernah nampak pun mereka rapat macam ni?" kata Ashley sambil menajamkan pandangannya kepada Ted dan Anjel. "Mereka ada sembunyikan apa-apa dari kita?"

Raquel terus menjeling Ashley dengan tajam. Dia menolak tangan Ashley dengan tangannya sendiri sambil berkata, "Apa maksud kau yang mereka ini rapat?"

Ashley memandang ke arah Raquel dengan wajah kehairanan. "Huh, apa maksud kau? Saya cakap yang betullah ni!"

"Mana ada. Kejap, kau tunggu di sini... Saya nak ke sana dulu." Raquel terus meninggalkan Ashley di sana tanpa menunggu jawapan dari kawannya itu.

Ashley juga tidak sempat mengatakan apa-apa. Dia baru membuka mulut apabila Raquel sudah berjalan sepantas yang mungkin ke arah Ted dan Anjel. Terkebil-kebil Ashley memandang Raquel dari jauh.

"Kenapa Raquel nampak tergesa-gesa saja ni?"

Walaupun begitu, Ashley tidak pun mengejar Raquel. Malah dia hanya duduk di tempat dia duduk sambil memandang Raquel dan yang lain. Tidak lama kemudian, Ashley melihat Raquel dan Ted bercakap seolah-olah mereka sedang bergaduh.

Anjel pula kelihatan cuba untuk menenangkan mereka berdua namun dua orang kawannya itu tidak mendengar.

"Oh, mereka mula bergaduh pula? Apa yang terjadi?"

Ashley dapat melihat wajah Ted yang serius dan kelihatan marah ketika memandang Raquel. Raquel juga tidak mahu mengaku kalah dan masih bercakap tentang sesuatu kepada Ted.

Ashley tidak dapat mendengar apa yang mereka katakan kerana kedudukan mereka yang agak jauh.

Beberapa minit kemudian, Ashley melihat Ted mengangkat begnya dengan wajah muram dan terus berlalu dari sana. Raquel terlihat seperti memanggil nama Ted beberapa kali namun Ted tidak berhenti pun.

Anjel memandang Ted dan Raquel selang-seli. Dia terlihat bingung hendak memujuk siapa. Anjel melihat ada Ashley yang masih duduk di bangku penonton. Kerana itulah, dia juga berlalu untuk mengejar Ted.

Berkerut dahi Ashley melihat keadaan tiga orang kawannya itu.

Raquel kembali ke tempat Ashley dengan wajah yang muram juga. Saat dia tiba, Raquel sudah pun mengangkat beg dan pemukul tenis dia dengan kasar. "Jom kita pergi, Ash. Saya tak nak stay di sini lagi."

"Ah?" Ashley yang masih bingung itu memandang Raquel dengan wajah bingung. Setelah itu, dia memandang pula bayangan Ted dan Anjel yang semakin jauh.

Raquel tidak bercakap apa-apa lagi dan terus berjalan meninggalkan kawasan itu. Wajahnya yang serius dan muram itu menyakinkan Ashley kalau ada sesuatu yang terjadi diantara mereka tadi.

Ashley tergopoh-gapah untuk mengangkat beg dan pemukul tenisnya sebelum dia berlari mengejar Raquel. "Raquel, tunggu! Beritahu saya apa yang terjadi? Kenapa kau dan Ted bergaduh?"

Raquel tidak menjawab malah berjalan semakin laju dari kelajuan yang sekarang. Ashley terpaksa berlari kecil hanya untuk menyaingi langkah Raquel.

"Raquel, apa yang jadi dengan kau dan Ted... Oh!"

Ashley terus berhenti bercakap apabila menyedari yang dia sudah terlanggar seseorang. Langkahnya terundur ke belakang dan badannya hampir jatuh kerana tidak stabil.

Serentak dengan itu, ada tangan yang terlihat memegang bahu Ashley untuk menahan dia daripada terjatuh.

Ashley mengangkat wajahnya dan melihat wajah dingin seseorang. Serta-merta, wajahnya menjadi merah dan panas.

Kenzie melepaskan bahu Ashley setelah menolong dia berdiri dalam keadaan stabil. "Apa yang terjadi? Kenapa kau nampak cemas ni?"

Steven yang ada bersama dengan Kenzie juga memandang Ashley dengan wajah prihatin.

Mata Ashley beralih dari wajah Kenzie ke bahu lelaki itu dan melihat ada jersi berwarna putih di bahunya. Nampaknya, Kenzie dan Steven juga baru saja selesai dengan pertandingan mereka. Ashley masih boleh melihat wajah mereka yang merah dan berpeluh.

Kenzie... Main bola keranjang...

"Ash, kau dengar apa saya tanya?"

Minda Ashley terus teringat kepada Raquel. Boleh pula dia lupa pasal Raquel lepas nampak Kenzie. Ish, tak patut...

Ashley menoleh ke arah kelibat Raquel pergi namun tidak melihat Raquel di mana-mana. "Eh, mana Raquel?"

"Raquel? Kau kejar dia sampai terlanggar Kenzie macam tadi? Kenapa pula?" tanya Steven.

"Saya pun tidak tahu apa yang terjadi tapi Raquel dan Ted bergaduh tadi. Lepas tu, dia pun pergilah dengan muka marah. Saya tanya pun dia tak nak jawab," kata Ashley sambil menunjukkan wajah risaunya.

"Bergaduh? Mereka berdua tu bergaduh lagi?" tanya Steven.

Ashley memandang Steven dengan wajah bingung pula. "Apa maksud kau bergaduh lagi?"

"Aih, kau tak tahu? Ted dan Raquel selalu bergaduh sejak akhir-akhir ni. Benda kecil pun mereka nak gaduh. Hairan saya dengan mereka berdua tu," kata Steven sambil menggelengkan kepalanya.

"Saya tidak pernah nampak mereka bergaduh selalu... Saya cuma fikir dorang bergaduh tentang perkara biasa saja sebab itulah yang mereka lakukan sejak mereka ada di sini," kata Ashley, memegang dagunya sendiri.

"Oh, yakah?" kata Steven pula.

"So, kau kejar dialah sekarang. Takkan kau nak biarkan dia pergi begitu saja? Bahaya tinggalkan dia macam tu," kata Kenzie pula.

"Oh, ya!" Ashley terus berjalan untuk mengejar Raquel lagi. Beberapa langkah ke depan sebelum dia berhenti, Ashley memusingkan badannya ke belakang. "Thanks sebab tolong saya. Bye!"

Kenzie dan Steven pun memandang Ashley berjalan pergi.

Steven terus berpeluk tubuh. "Tsk, tsk, tsk... Ted dan Raquel ni selalu saja nak susahkan orang. Mereka punya hal tapi orang lain pun terlibat sama." Steven memandang ke arah Kenzie lagi. "Cuba teka, Kenzie... Sampai bila Ted dan Raquel berhenti bergaduh dan sedar perasaan mereka masing-masing?" tanya Steven.

"Tidak tahu... Dan saya tidak mahu tahu." Dengan suara dingin, Kenzie terus menamatkan perbualan mereka. Dia membuka langkah dan pergi meninggalkan Steven di sana.

Terkebil-kebil Steven memandang Kenzie sebelum dia berlari mengejar Kenzie pula. "Bro, tunggu sayalah!"