Ashley segera keluar dari kelas dan menuju ke dewan latihan. Mellisa pula sudah keluar sejak dari tadi lagi kerana dia ada latihan bola jaring.
Segera Ashley masuk ke dalam dewan dan melakukan kerjanya.
Tidak lama kemudian, semua pemain bola keranjang pun masuk ke dalam. Melihat ada Ashley di dalam dewan itu, semua beberapa orang pemain terus menyapa Ashley.
Yang paling bising ialah Bryend.
"Ash!! Haii!!!" Bryend berteriak sambil dia berlari mendekati Ashley.
Ashley hanya tersenyum sambil dia melambai ke arah Bryend. "Hai, Bryend!"
Semua pemain bola keranjang pun menyapa Ashley bila mereka sudah menghampiri Ashley. Ashley hanya membalas sapaan mereka itu.
Cuma satu saja yang buat Ashley sedikit kecewa, Kenzie tidak menyapanya.
Kenzie hanya memandangnya dan terus saja meletakkan begnya ke atas bangku tanpa menyapa Ashley.
Ashley tidak mau mengalah lalu dia mendekati Kenzie. "Hai, Senior!"
Kenzie memandang ke arah Ashley lalu dia hanya mengangguk. Selepas itu dia tunduk semula untuk membetulkan tali kasutnya.
Ashley mengeluh dengan sikap dingin Kenzie.
Bryend datang lalu dia terus menepuk bahu Ashley. "Ash, hari ni, kita pulang sama-sama lagi, nak?"
Ashley menoleh ke arah Bryend.
Kenzie yang mendengarkan pertanyaan Bryend itu menoleh ke arah Ashley untuk melihat apa reaksi gadis itu. Entah apalah yang ada pada Ashley sampai terteleng juga kepala dia pada Ashley...
Ashley hanya tersenyum lalu dia mengangguk. "Oh boleh saja... Tapi saya boleh balik sendiri pun tak apa!"
"Eih jangan begitu lah Ashley... Kau kan perempuan. Tidak elok untuk kau pulang rumah dalam keadaan gelap begitu," kata Jeremy pula.
"Yalah, Ashley.... Kami sudah offer untuk hantar kau pulang. Takkan kau mau tolak offer kami macam tu saja?" balas Herry pula.
"Ya, Ashley.. Betul tu. Kenzie, kau tidak marah kalau kita hantar Ashley lagi, kan?" tanya Jared sambil memandang ke arah Kenzie yang masih membetulkan tali kasutnya.
Kenzie berdiri dengan wajah tenang. Dia melihat ke arah Ashley dengan sekilas lalu dia berlalu ke gelanggang.
Melihat reaksi Kenzie yang dingin itu, Ashley mengeluh dalam hati. Tak mengapa, Ashley... Senior kan memang begitu. Semua perempuan dia layan macam tu... Lagipun kau kan tau dia jadi macam tu sebab masa lalu dia. Kalau kau bersabar, kau akan tau apa yang terjadi pada Kenzie di masa lalu dia...
"Tengok, Ash... Kenzie tidak marah pun. Kalau dia tak mau, dia mesti cakap... Tapi ini dia diam saja. Betulkan, Steven?" tanya Bryend dengan wajah cerianya memandang ke arah Steven yang juga mau mengikuti Kenzie dari belakang.
"Ya, ya.. Betul tu!!" jawab Steven laju lalu dia mengejar Kenzie.
"See, I've told you!" kata Bryend pula.
Ashley tersengih mendengarnya.
PREETTTTT!!!
Bunyi wisel dari Coach Dhin mengejutkan semua orang. "CEPAT, KE GELANGGANG SEMUA DAN BUAT PEMANASAN!!" teriak Coach Dhin habis-habisan.
Semua pemain bola keranjang kelam-kabut berlari ke gelanggang sebelum Coach Dhin mendenda mereka.
Ashley hanya tersenyum melihat semua pemain bola keranjang yang mula pemanasan itu sambil diteriak oleh Coach Dhin. Bukan teriak sebenarnya... Dia cuma bagi arahan saja dengan suaranya yang mengalahkan speaker!
Setelah pemanasan, mereka pun memulakan latihan mereka.
Ashley masih di sana sambil memandang mereka bermain.
Sedang mereka bermain, tiba-tiba Kenzie berhenti dan dia bergerak ke arah bangku di mana mereka meletakkan barang-barang mereka tadi.
Ashley terus berdiri dari kedudukan duduknya dan memandang Kenzie datang ke arah sana.
Di mata Ashley, Kenzie seolah-olah putera yang sedang berlari-lari anak ke arah Ashley dan bersedia memeluk Ashley yang kononnya adalah seorang puteri.. Dan Kenzie telah menyelamatkannya.
Kenzie mengambil botol minumannya dari dalam beg dan meminumnya. Setelah beberapa saat, Kenzie berasa dirinya diperhatikan. Saat melirik ke arah Ashley, Kenzie perasan yang Ashley sedang ternganga memandang dia seolah-olah Ashley itu sudah kena pukau atau apaa...
Kenzie ketawa dalam hati. Lucu betul dia nampak Ashley ternganga begitu, sampai lalat pun boleh hinggap dan bersarang di sana. Your look is so innocent, girl..
"Saya tahulah muka saya memang hensem. Tapi bukanlah sampai kau nak ngangakan mulut kau tu tengok saya," kata Kenzie perlahan. Dia menyimpan botol minumannya.
Mendengar itu, Ashley terus tersedar dari lamunannya. "Huh?"
Ashley terus menutup mulutnya dengan kedua tangannya disilangkan di depan mulutnya. "Saya--saya.. Bukan sengaja!"
Ashley menunduk kerana dia berasa sangat malu sekarang.
Macam mana dia boleh kena tangkap dengan Kenzie yang dia sedang memerhati Kenzie?? Aduhhh, buat malu saja kalau kawan-kawan Kenzie tau akan hal ini...
Kenzie hanya tersenyum kecil saja sebelum dia bergerak ke dalam gelanggang semula. So cute...
Ashley tidak melihat senyuman Kenzie itu kerana dia sibuk menyembunyikan wajahnya di dalam tangannya sendiri.
Setelah itu, Kenzie terus berjalan kembali ke gelanggang bola keranjang untuk latihan lagi.
Ashley hanya memandang Kenzie. Hanya belakang yang dia lihat sekarang. Perlahan-lahan, wajahnya bertukar jadi merah lagi bila memikirkan yang Kenzie sedar Ashley memerhati dia tadi.
Janganlah Kenzie mention pasal hal ni pada kawan-kawannya nanti. Kalau tidak, mampus saya kalau semua kawan-kawan dia ejek saya...
================================
Setelah siap latihan, seperti biasa, Ashley akan menolong para pemain untuk mengemas semua bola yang mereka gunakan.
Macam biasa, mata Ashley akan mencuri-curi tengok ke arah Kenzie. Tanpa orang lain sedar, Ashley perlahan-lahan mendekati Kenzie dan berpura-pura meletakkan bola keranjang ke troli bola.
Bila Ashley sudah ada dekat Kenzie, dia berusaha menahan rasa gembiranya dan dia terus meletakkan semua bola ke dalam troli.
Saat Ashley melihat bola terakhir yang ada di tepinya, Ashley terus mengambil bola itu.
Tanpa sedar, ada satu tangan lain juga turut mengambil bola itu. Jadinya, tangan Ashley terpegang tangan dia yang sudah lebih dulu memegang bola keranjang itu.
Ashley terus menarik tangannya dan terasa wajahnya semakin panas. Ashley mendongak memandang ke arah pemilik tangan itu dan melihat Kenzie mengambil bola itu dan dia memasukkan bola itu ke dalam troli bola lagi.
Jantung Ashley berdebar hebat bila dia pikir tangan dia dan tangan Kenzie bersentuhan tadi.
Tidak pernah dalam seumur hidup dia, dia boleh menyentuh tangan Kenzie. Inilah yang pertama kali dia menyentuh tangan Kenzie dan perasaan itu sangat indah.
Ashley tersenyum kecil saja.
Tidak lama kemudian, Coach Dhin memanggil semua orang untuk berkumpul.
Ashley hanya berdiri di belakang Coach Dhin saja sambil memandang semua pemain. Saja dia memandang pemain lain sambil memandang ke arah Kenzie.
Kalau dia asyik tengok Kenzie saja, nanti orang lain tau yang dia suka Kenzie. Tidak ke naya begitu??
Setelah selesai sedikit taklimat dari Coach Dhin, semua pemain pun berkemas dan pulang.
Coach Dhin memanggil Ashley untuk bercakap dengannya sekejap.
"Ya, ada apa Coach nak cakap dengan saya?" tanya Ashley.
"Ini hari kedua kamu jadi assistant di sini. Saya masih berpuas hati dengan kerja kamu... Tapi saya mahu kamu pergi meminta fail kelab yang ada dengan assistant lama. Pastikan minggu depan kamu bawa fail itu ke latihan...."
Ashley mengangguk mendengar arahan Coach Dhin.
"Dan esok masih ada latihan juga. Tapi bukan di sini. Kita buat di luar kawasan sekolah. Nanti saya suruh pemain sini untuk tunjukkan kamu di mana tempat latihan kita..."
"Itu saja.. Kamu boleh pulang..."
"Baik, Coach.. Terima kasih, Coach!"
Ashley pun terus bergegas membawa barang-barangnya keluar dari dewan latihan. Dia tidak mau terlambat pulang lagi.
Takut pula dia kalau masih ada di luar rumah kalau sudah larut senja ni...
Sebaik saja Ashley keluar dari dewan, dia terkejut melihat tujuh orang lelaki itu sedang berdiri di tepi dewan sambil menunggunya.
Dalam hati Ashley merasa terharu. Dia tidak pernah terfikir pun kalau mereka akan menunggunya di sana. Malah dia tidak berharap pun.
Yalah, kan.. Siapalah diri dia dibandingkan dengan tujuh orang lelaki ini yang popular di sekolah...
"Sudah siap dengan Coach?? Okey, jom pulang!" kata Bryend.
Ashley semakin gembira, teruja dan terharu.. Masa dia melangkah keluar tadi, dia melihat tujuh orang lelaki ini seperti putera kerajaan, yang sedang menunggu seseorang keluar dari tempat itu dan bersedia melindungi puteri itu.
Wah, beruntung saya jadi assistant dorang....
So, setakat ni macam mana... Okey kah kamu..
Ini romance dalam ni story, jenis ni bukan fast romance arhh.. Ini jenis yg slow romance ni...
.
.
Saya kasih lama2 dulu dorang buat drama Korea, lepas tu baru saya kasih besuka dorang..
.
.
Btw, saya mohon votenya okey guys, supaya saya semangat update ni story...
Thanks guys.. And love u guyssss...
Enjoy!