Ashley masuk ke dalam dewan latihan. Di tangan dia ada helaian kertas putih. Kertas itu digunakan untuk mengisi maklumat tentang semua pemain bola keranjang seperti yang diminta oleh Coach Dhin.
Ashley mengambil tempat duduk yang selesa dan dia terus meletakkan beg dia di bawa.
Ashley memeriksa lagi kertas yang dia bawa itu. Sedang dia memeriksa kertas itu, Ashley terdengar bunyi kucing di luar dewan.
Kepala Ashley terus bergerak mengikut arah bunyi itu. Mata Ashley pun melekat ke arah seekor kucing yang gemuk dan besar dengan warna bulu kucing itu sama dengan kucing 'Garlfield'.
Ashley meletakkan semua kertas yang dia pegang itu di atas kerusi lain dan dia bergerak mendekati kucing itu.
Ashley bukan penggemar haiwan tapi jika datang mood dia nak layan haiwan, dia memang akan layan.
Ashley memandang kucing itu dan dia membongkok untuk membelai bulu kucing itu.
Memandangkan kaki dia masih belum sembuh, Ashley tidak boleh duduk mencangkung. Jadi dia hanya membongkok saja.
Sebab Ashley bermain dengan kucing itu, telinga dia dapat menangkap suara seorang perempuan.
Ashley segera menoleh ke arah suara itu. Tiga orang pelajar perempuan yang dia jumpa tadi pagi berjalan mendekati Ashley dengan lenggang-lenggok mereka mengalahkan bintang artis.
Mia dan kawan-kawannya berhenti lima langkah dari Ashley dan mereka memandang ke arah Ashley dengan senyuman sinis di mulut.
Ashley segera meluruskan badannya menjadi tegak lagi dan dia juga membalas pandangan mereka. Ashley tau mereka datang ke sini untuk mencari gaduh dengan dia, jadi Ashley bersiap-sedia dari awal untuk menghadapi semua masalah dari mereka.
"Kenapa korang datang ke sini? Di sini adalah larangan kepada pelajar biasa seperti kamu bertiga," kata Ashley lembut tetapi tegas.
Mia terus tersenyum mengejek. Dengan gaya angkuh, dia berpeluk tubuh. "Wah, sombong betul you kan lepas jadi assistant dorang. Sepatutnya you pun dilarang masuk ke sini!"
"Tolong pergi dari sini sebelum Coach Dhin nampak korang di sini," kata Ashley pula.
"Hei, bitch! Jangan bagi tau we all ni apa yang perlu we all buat lah... You tidak berhak. Dengar sini, we all nak you letak jawatan sebagai assistant kelab basketball ni. Kalau tidak, we all ni... sendiri yang agak buat you keluar, secara paksa!" kata Mia lagi.
"Betul tu. Perempuan macam you ni tidak layak jadi assistant budak-budak hot ni, okey? You cuma layak duduk dekat library tu dan hadap buku!" kata Kristy pula.
Tania yang hanya mendengar itu terus mengangguk sombong pada Ashley.
Ashley merenung mereka satu-persatu. "Tolong pergi dari sini. Kalau korang tidak mau Coach Dhin nampak korang--"
"Don't tell us what we need to do, slut! Cakap perkataan tu pada diri you sendiri. You yang patut pergi dari sini. Jangan itu berani nak dekat-dekat dengan dorang, terutamanya Kenzie. He is mine!" kata Mia dengan suara yang tinggi sikit. Nampak sangat dia memang sudah meluat dengan Ashley yang seolah-olah tidak mau mendengar kata-kata dia.
Ashley pula masih boleh bersikap selamba. Oh, peminat Senior yang lain rupanya... Tak cukup dengan Raquel, budak-budak ulat bulu ni pula datang nak berebut Senior dengan saya...
Eh, macam lah Senior tu boyfriend saya... Hohohoo...
"Oh, korang datang ke sini nak jumpa Kenzie kah?? Sorry to say, girls... I won't let that happen. Korang pun tau kan tiada orang yang boleh tengok masa dorang latihan. Korang cuma boleh tengok dorang tournament. So, girls... Please leave," kata Ashley pula.
Jari telunjuk dia diluruskan ke arah luar dari kawasan dewan itu.
Mia dan kawan-kawannya terlopong tidak percaya dengan perlakuan Ashley. Boleh-boleh saja Ashley menghalau mereka begitu saja.
Dia pikir dia siapa nak halau orang kacau dengan begitu saja?
"Eeeee, bitch ni memang berlagak lah!!" kata Mia dengan geram. Dia terus berjalan mendekati Ashley.
Mia cuba untuk menarik rambut Ashley. Ashley yang tau Mia mau menarik rambut dia itu terus memegang kedua-dua tangan Mia.
"Girls, help me!! Mari kita ajar slut ni dulu!" kata Mia sambil cuba terus melepaskan tangan dia dari tangan Ashley.
Walaupun Ashley luka begitu, perempuan itu masih kuat juga.
Kristy dan Tania maju ke depan untuk menolong Ashley. Ashley menjadi semakin panik. Mereka ada bertiga tapi saya hanya seorang...
Nak menjerit minta tolong kah?
Tiba-tiba, Ashley merasa belakang kolar baju dia ditarik ke belakang. Ashley terkejut kerana pada masa yang sama, dia terus menjauh dari Mia.
Mia dan kawan-kawannya terlopong melihat orang yang menarik Ashley.
Ashley terus menoleh ke belakang dia. Dia semakin terkejut melihat wajah Kenzie yang dingin itu sedang merenung Mia dan kawan-kawan dia.
Serta-merta wajah Ashley bertukar menjadi merah dengan kehadiran Kenzie. Senior Kenzie??... Sejak bila dia ada di belakang saya?? Kenapa saya tidak perasan tadi?
"Sejak bila pula korang ada kebenaran masuk ke sini?" tanya Kenzie dengan wajah dingin. Tangan dia masih memegang kolar baju Ashley dengan erat.
Mia dan kawan-kawan dia saling berpandangan. Mereka mula merasa resah dan takut. Yalah, dorang mana ada kebenaran mau masuk ke kawasan dewan latihan itu. Mereka masuk pun sebab mereka mau mencari Ashley saja.
"Dan apa yang korang buat pada assistant kami?" tanya Kenzie lagi.
Jantung Ashley berdebar kencang bila dia mendengar suara Kenzie. Hampir lemah lutut dia macam jadi jeli tapi disebabkan Kenzie masih memegang belakang kolar baju dia, Ashley tidak jadi nak pengsan.
"We all ni.. Urmm, hai, Kenzie... We all dengar yang... Korang ada assistant baru. Jadi kami.. We all ni datang nak tengok dia," kata Mia, cuba sedaya upaya tersenyum manis untuk menarik perhatian Kenzie.
"Tengok dari jauh tidak boleh kah? Kenapa nak datang sini juga? Tempat ni kan tempat larangan untuk korang! Sudah, korang balik lah cepat... Kalau Coach Dhin nampak korang, kami pun tidak akan dapat tolong," kata Kenzie.
Sebaik saja dia siap bercakap seperti itu, Kenzie terus menarik Ashley melalui kolar baju dia masuk ke dalam dewan. Terpinga-pinga Ashley bila ditarik begitu saja.
"Urmm, Kenzie... Wait!"
Mia cuba untuk memanggil Kenzie namun sudah tidak dipedulikan. Buat macam mana pun, Mia dan kawan-kawannya tetap tidak akan mampu buat lelaki dingin macam ais batu ni menoleh pada dorang..
Terus saja Mia dan kawan-kawannya dia menghentak kaki mereka kerana geram ke atas lantai. Marah mereka kepada Ashley semakin bertambah bila mereka melihat Kenzie membawa Ashley tadi...
Cemburu gila!!!
Kenzie terus melepaskan Ashley bila mereka tiba di tempat duduk. "Kau ni tiada otak kah apa? Buat apa kau nak bergaduh dengan budak-budak tu pula?? Kalau luka kau ni makin bertambah, macam mana?" kata Kenzie dengan suara yang sedikit marah.
Terkebil-kebil Ashley memandang Kenzie. Dia, dia marah??? Senior marah saya?? Tapi kenapa....?? Selama ni dia tidak pernah marah pun....
Kenzie mau bercakap lagi tapi bila dia melihat wajah Ashley yang blur sebab dimarahi, Kenzie mengalah dan dia diam.
Lama mereka berdiam diri begitu sampai Ashley sendiri pun jadi kekok dengan keadaan mereka. Sudahlah mereka cuma berdua di sana.
Kenzie memandang sekilas ke arah balutan di tangan dan kaki Ashley. Nampak baik-baik saja di mata dia. Walaupun nampak baik-baik saja, Kenzie masih mau bertanya keadaan Ashley.
"Kau tak apa-apa kah?? Atau budak-budak tadi tu ada cederakan kau di mana-mana?" tanya Kenzie dingin. Yalah, suara dia sengaja dibuat dingin begitu, saja mau sembunyikan niat dia yang prihatin.
Ashley terus menggeleng laju mendengar soalan itu. "Saya okey, saya okey. Jangan risau!"
Tiba-tiba, Kenzie mengetuk kepala Ashley pula.
Ashley mengaduh kesakitan sambil memegang dahi dia yang diketuk. Dia memandang Kenzie dengan wajah yang keliru dan juga blur.
Kenapa Senior ketuk kepala saya?
Apa yang saya sudah buat?
"Kalau lain kali kau terserempak dengan dorang, larilah.. Jangan nak lawan macam tadi? Nak tunjuk berani tu tengok lah keadaan kau. Sudahlah luka begini mau juga berlawan dengan orang macam tu.... Dorang tu bertiga... Kau tu cuma seorang diri saja.... Kalau ada apa-apa jadi dengan kau, kami nak jawab apa dengan Coach Dhin nanti??"
Ashley yang terus dimarahi oleh Kenzie itu perlahan-lahan tenggelam di dunia dia sendiri. Sambil Kenzie membebel, Ashley terus memandang wajah Kenzie seolah-olah dia terbuai dengan wajah hensem lelaki itu...
Suara lelaki dingin yang indah itu kuat, pelan, kuat saja di telinga dia.
"Kau dengar kah tidak ni?" tanya Kenzie.
Dia memandang Ashley yang kelihatan berkhayal sambil memandang dia.
Terus saja dia melastik dahi Ashley sekali lagi bila sedar Ashley langsung tidak mendengar apa yang dia cakap.
Jadinya, Ashley mengaduh kesakitan lagi. Ashley menunduk sedikit sambil memegang dahi dia yang sakit.
"Saya sedang bercakap, kau boleh pula menghayal??" kata Kenzie pula.
Ashley mengangkat kepala dia perlahan-lahan. Tiba-tiba dia tersengih. Alah, menghayal pun tidak boleh kah? Saya menghayal pasal dia juga pun...
"Jangan asyik nak tersengih. Lepas ni, kau kena belajar jaga diri kau sendiri juga," kata Kenzie.
Ashley mengangguk pula mendengar nasihat itu. Tangan dia masih mengusap dahinya yang masih sakit. Dua kali kena.. Kena ketuk dan kena lastik.. Mana tak sakit...
Kenzie melirik ke arah dahi Ashley. Merah saja dahi dia di mana tempat Kenzie lastik tadi. Serba-salah mula bersarang di dalam diri dia tapi Kenzie tidak mau meminta maaf.
Dah salah dia tak nak mendengar...
"Dahlah, saya nak tukar baju dulu!" kata Kenzie. Dia berjalan menuju ke bilik persalinan lelaki sambil membawa beg pakaian dia.
"Okey!" kata Ashley dengan senyuman lebar. Dia memandang ke arah Kenzie yang sudah masuk ke dalam bilik persalinan. Setelah Kenzie menghilang, Ashley terus melonjak kecil kerana terlalu gembira...
Senior sentuh saya.... Dia sentuh saya.... Dan dia bercakap dengan saya!!! Walaupun dia marah saya.... But at least dia bercakap dengan saya!!!! Astaga, I cannot believe it!!! My crush was talking to me!! Aarrghh!!!
Dalam masa-masa dia gembira itu, luka dia lutut Ashley kembali menyerang. Ashley mengerang kesakitan dan dia terus duduk di bangku sambil memandang balutan itu.
Tidak lama kemudian, Ashley kembali bersorak kecil.
"Hai, Ash!" tegur satu suara.
"Oiii mama kau makan pandan!" Terus saja mulut Ashley melatah bila dia terkejut dengan teguran seseorang.
Mendengar itu, Bryend dan pemain basketball yang sudah tiba di sana ketawa.
Wajah Ashley terus menjadi merah kerana malu dengan sikap dia sendiri. Dia mana biasa melatah, hanya keadaan-keadaan tertentu saja baru dia akan melatah. Dan apa yang Bryend buat tadi adalah salah satu contohnya.
"Sorry, Ash... Tak sangka pula saya buat kau terkejut!" kata Bryend dengan sentuhan lebar dia.
Ashley sekadar tersenyum malu. "Tak apa..." Ashley memandang pemain lain. "Korang pergilah tukar baju dulu.. Kenzie sudah pergi tukar baju tu di sana."
"Oh, Kenzie sudah datang. Patutlah saya tidak nampak dia di kelas," kata Samuel.
Semua pemain itu pun pergi ke bilik persalinan untuk menukar baju.
Ashley hanya memerhati saja.
Sambil menunggu, Ashley memeriksa lagi borang yang dia bawa tadi. Dia mau memeriksa kalau semua borang itu ada untuk diisi nanti. Dia tidak mau ada yang tertinggal sebab dia tidak mau Coach Dhin menengking dia pula.
Boleh mati sebab sakit jantung tau kalau kena tengking dengan Coach garang tu...
Tiba-tiba, sehelai kertas jatuh dari riba dia dan melayang agak jauh dari Ashley. Ashley memandang kertas itu. Dia mengeluh sekejap sambil dia mengalihkan gumpalan kertas di riba dia ke tepi.
Belum sempat Ashley berdiri, Kenzie sudah pun memungut kertas itu.
Ashley tidak jadi mau berdiri melihat Kenzie sudah pun mengambil kertas itu.
Kenzie memeriksa kertas itu dan dia memandang ke arah Ashley. "Kau masih nak collect data pasal semua pemain? Maklumat dalam fail yang assistant lama punya tiada kah?" tanya Kenzie.
"Ada, cuma tidak lengkap... Coach Dhin suruh saya buat yang baru lagi," kata Ashley. Dia menghulurkan tangan dia untuk meminta kertas yang ada di tangan Kenzie.
Kenzie hanya menyerahkan kertas itu dan dia hanya memerhati saja Ashley mengepilkan kertas itu dengan kertas lain.
Khusyuk betul Kenzie tengok Ashley dengan tugas dia, sampai tidak sedar yang bibir dia sudah pun menguntum segaris senyuman di bibir.
Senyuman itu tidak lama sebelum ia hilang sebab pemain lain keluar dari bilik persalinan.
Sebelum mereka memulakan pemanasan badan, Ashley meminta semua orang mengisi borang itu... Setelah siap, Ashley mengumpul semua borang itu dan membiarkan semua pemain kembali ke gelanggang.
Secara senyap-senyap, Ashley memeriksa borang Kenzie. Bersinar mata dia melihat nombor telefon Kenzie di dalam borang itu. Dia terus melonjak kecil kerana gembira. Segera Ashley menyimpan semua borang itu ke dalam fail yang dia sediakan.
Tidak lama kemudian, Coach Dhin pun sampai dan latihan pun bermula.