HARI kedua Festival Sukan juga berjalan dengan lancar. Hari ini Ashley merasa lebih berdebar berbanding dari yang kelmarin sebab hari ini dia akan bertarung dengan Felicia.
Meskipun dia gementar, Ashley juga merasa teruja untuk bertarung dengan seorang pemain profesional. Ashley boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya jika dia bertarung dengan Felicia.
Kata-kata semangat yang diberikan oleh Raquel juga memberikan suntikan semangat kepada Ashley.
"Buat yang terbaik, ya Ashley?"
"Kau boleh kalahkan dia!"
"Jangan menyerah, Ash!"
Ashley hanya tersenyum sambil menggeleng kecil dengan semua kata semangat Raquel. Raquel juga ada jadual perlawanan hari ini tapi dia lebih peduli dengan jadual perlawanan Ashley.
Kata Raquel, dia lebih berminat mahu menonton pertandingan antara Felicia dan Ashley. Ini kerana diantara semua pemain, Ashley boleh dikatakan nombor dua paling kuat selepas Felicia.
Ashley duduk di bangku pemain sambil menunggu namanya dipanggil untuk pertandingan seterusnya melawan Felicia.
Felicia juga duduk di bahagian bangku pemain di sebelah kawasan tempat Ashley duduk. Felicia kelihatan tidak gementar sama sekali dan asyik bercerita dengan pemain lain. Tapi Ashley tidak merasa takut melihat bagaimana tenangnya Felicia. Semua pemain profesional memang begitu, mereka terlihat lebih tenang sebelum permainan.
Sedang Ashley duduk sambil melayan perasaannya sendiri, seorang lelaki datang mendekatinya. Dia menyerahkan bungkusan plastik putih kepada Ashley. Kerana plastik itu terlihat agak lutsinar, Ashley dapat melihat ada dua tin minuman Coca-cola di dalamnya.
Ashley menaikkan keningnya kerana dia bingung. Dia memandang wajah pelajar lelaki yang dia tidak kenal itu. "Ini... Ini untuk siapa?" tanya Ashley.
"Ada orang suruh saya serahkan ini pada kau."
Ashley sekali lagi terkedu. Dia menaikkan jari telunjuk ke wajahnya. "Saya?"
Pelajar lelaki itu mengangguk sambil menaikkan plastik itu sedikit ke atas, hampir sama dengan kedudukan wajah Ashley. Ashley memandang plastik itu dengan wajah kekok. Dia tidak tahu siapa yang memberikan dia minuman ini jadi wajar saja dia merasa dua hati untuk mengambil minuman itu.
"Boleh saya tahu siapa yang bagi minuman ni?" tanya Ashley dengan sopan.
"Saya tidak ingat siapa lelaki itu... Tapi yang saya tahu, dia memakai jersi bola keranjang. Dia cuma cakap berikan ini pada kau. Ambillah."
Jersi bola keranjang? Kenzie?
Dalam banyak-banyak pemain bola keranjang, hanya nama Kenzie yang muncul di benaknya. Ashley tidak tahu kenapa tapi hatinya yakin mengatakan kalau Kenzielah orang yang disebut oleh pelajar lelaki di depannya.
Ashley tersenyum dan mengangkat tangannya untuk mengambil plastik itu dari tangan pelajar lelaki tadi. "Terima kasih."
Pelajar lelaki itu hanya tersenyum sebelum dia berjalan pergi.
Ashley memerhati dua buah tin minuman di dalam plastik itu. Senyuman hangat terukir di bibirnya. Ashley meletakkan plastik itu berdekatan dengan begnya dan menarik nafas panjang. 'Kalau macam ni, saya bertambah semangat untuk bertanding.'
Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya nama Ashley dan Felicia pun dipanggil. Raquel yang baru keluar dari gelanggang pertandingan segera memberikan sorakan kepada Ashley.
Setelah mengangkat pemukul bola tenis miliknya, Ashley masuk ke dalam gelanggang pertandingan dengan satu semangat yang baru.
***
***
PERTANDINGAN hari ini selesai.
Ashley berjaya menyelesaikan semua jadual perlawanannya hari ini. Kerana Ashley juga adalah antara pemain yang handal, dia masuk ke separuh akhir.
Jumlah mata pertandingan yang dikumpul olehnya hanya mempunyai satu digit beza dari Felicia. Melihat keputusan ini, Ashley juga tiak percaya yang dia juga antara pemain yang kuat.
Malangnya, Raquel tidak dapat masuk ke separuh akhir. Meskipun dia juga adalah pemain yang handal, dia cuma kalah markah saja.
Setelah berkemas dan beredar dari gelanggang tenis, Raquel membawa Ashley untuk melepak di sebuah kafe dekat sekolah.
"Boleh saja kalau kau nak ke sana. Kau nak saya ajak Ted sekali?" kata Ashley, menunjukkan telefon di tangan kanannya.
Terus saja wajah Raquel berubah dari gembira kepada marah. "Saya tidak mahu dia datang. Saya masih marah dengan dia pasal kejadian kelmarin."
Ashley mengeluh dengan jawapan Raquel. "Saya tidak tahu kenapa kamu berdua ni bergaduh tapi kau tidak boleh terus macam ni, Raquel. Janganlah sebab perkara kecil kau dan Ted jadi macam ni."
"Ini bukan perkara kecil lagi, Ash. Dia yang tak faham perasaan saya. Apa yang kau rasa bila orang yang kau suka buat kau begitu? Saya—"
Ashley menunggu Raquel menghabiskan ayatnya. Raquel yang tersedar yang dia hampir mengatakan sesuatu yang akan membuatkan dia menyesal di kemudian hari, terus menutup mulutnya dan memandang ke tempat lain.
"Mari sajalah kita pergi ke kafe tu. Kalau lambat nanti kita tiada tempat..." Raquel menggantikan topik perbualan mereka dengan harapan agar Ashley tidak bertanya lagi.
Sayangnya, Ashley merasa lebih curiga dari yang tadi setelah menyedari yang Raquel mahu mengatakan sesuatu kepadanya namun berhenti.
Dia terus memegang bahu Raquel untuk menahan rakannya itu daripada melarikan diri. "Kau nak cakap sesuatu, kan? Kau nak sesuatu pasal Ted?"
Raquel terus menolak tangan Ashley dan berjalan pergi.
"Raquel, kau sembunyikan sesuatu dari saya kan? Kau ada sembunyikan sesuatu tapi tidak mahu beritahu saya. Hei, beritahu saya..."
"Tidak acilah kalau kau tahu rahsia saya, saya tidak tahu rahsia kau... Beritahu saya!"
"Hei Raquel, jangan lari!"
Ashley segera mengejar Raquel yang mencuba untuk melarikan diri dari Ashley.
"Tak ada... Saya tak tahu apa yang kau maksudkan ni."
"Rahsia apa yang saya perlu beritahu kau. Saya mana ada rahsia."
"Jangan buang masa, Ash. Mari kita ke kafe tu sebelum kafe tu penuh dengan orang. Kalau kita lambat datang, semua ni salah kau."
Ashley terus mengejar Raquel dan bertanya sehinggalah mereka tiba di kereta. Raquel terus membuka kunci kereta dan masuk ke dalam. Ashley juga ikut masuk ke dalam.
"Kenapa kau takut nak beritahu saya. Saya bukannya beritahu orang lain. Cepat, beritahu saya... Apa yang kau nak cakap sebenarnya?" Ashley masih berusaha mahu memujuk Raquel untuk memberitahunya.
***
***
Sehinggalah mereka tiba di kafe yang Raquel ingin pergi, Ashley masih bertanya soalan yang sama.
Raquel tidak mudah mengalah dan masih mengabaikan Ashley. Raquel keluar dari kereta dan Ashley ikut. Raquel mengunci kereta dan dia segera berjalan ke kafe tersebut.
Ashley masih mengikuti Raquel dengan pertanyaan yang sama. Raquel jadi hairan kenapa Ashley tiba-tiba jadi banyak cakap hari ini.
"Oh, saya tahu. Raquel... Kau nak cakap yang kau suka dengan Ted?"
Pertanyaan itu membuatkan Raquel berhenti. Ashley yang tertinggal beberapa langkah dari belakang Raquel tersengih melihat Raquel berhenti. Dia berjalan lagi sehinggalah dia tiba di tempat Raquel.
Tapi apa yang dia nampak selanjutnya membuatkan Ashley terkedu.
Di depan mereka, dia melihat Ted dan Anjel berdiri dan memandang ke arah mereka.
Yang sebetulnya, hanya Raquel saja yang dipandang oleh Ted. Pandangan Ted bukanlah seperti pandangan yang selalu dia tunjukkan ketika mereka berkumpul bersama-sama.
Raquel juga ikut diam dan hanya memandang Ashley. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa ketika itu dan hanya membalas pandangan Ted.
Ashley sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi mereka. Dia mencuba berfikir apa yang tidak kena.
"Raquel... Suka Ted?" soal Anjel.
Kerana soalan itu, Ashley sedar yang dia sudah mengatakan apa yang dia katakan tadi dengan suara yang kuat. Yang lebih malang lagi, Ted dan Anjel ada di sana dan terdengar apa yang Ashley katakan kepada Raquel tadi.
"Ahh..." Ashley membuka mulutnya untuk mengucapkan sesuatu. Tapi dalam keadaan yang seperti ini, Ashley tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk dia ucapkan.
Anjel memandang Raquel dan Ted silih berganti. "Ada yang saya tidak tahu, yang berlaku diantara kamu berdua?"
Raquel dan Ted hanya diam. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang menjawab. Yang ada hanyalah saling berpandangan dengan makna yang hanya mereka saja yang tahu.
Ted memandang Raquel dengan wajah bingung dan serius. Kerana peristiwa kelmarin, dia masih lagi merasa marah dengan Raquel. Namun setelah mendengar pertanyaan Ashley terhadap Raquel dan juga perkataan Anjel katakan tentang perasaan Raquel, dia tidak tahu perasaan apa yang muncul di mindanya. Ada banyak emosi yang muncul tapi Ted tidak tahu mana satu yang lebih sesuai untuk menerangkan apa yang dia rasa sekarang ini.
"Kau..."
Ted baru mahu bertanya tentang sesuatu kepada Raquel apabila dengan tiba-tiba, Raquel berkata dengan suara yang kuat.
"Oh, kau sudah sampai. Saya baru nak cari kau!"
Kali ini semua orang bingung dengan kata-kata Raquel.
Raquel berjalan ke depan, melintasi Ted dan mendekati seseorang. Semua orang mengikuti pergerakan Raquel dan melihat siapakah orang yang dimaksudkan oleh Raquel.
Ashley bingung melihat ada Kenzie dan Steven yang sedang berdiri tidak jauh di belakang Ted dan Anjel. Kenapa saya tidak sedar mereka ada di sana?
Raquel mahu berjalan ke arah Kenzie tapi bila dia melihat wajah Kenzie yang dingin itu, Raquel segera memindahkan fokusnya kepada Steven.
Raquel terus memegang tangan Steven dan menarik dia masuk ke dalam kafe tadi. Steven yang bingung kenapa Raquel tiba-tiba bertindak menariknya itu terpaksa mengikuti Raquel.
"Oi, Raquel... Apahal kau main tarik saya ni?"
Tinggallah empat orang yang lain di luar pintu kafe tempat Raquel dan Steven masuk tadi. Mereka terkebil-kebil kerana tidak faham dengan situasi yang baru saja berlaku.
Melihat bagaimana Raquel berjaya melarikan diri begitu saja membuatkan Ted menjadi marah secara tiba-tiba. Terlebih lagi bila dia melihat Raquel pergi bersama dengan Steven. Apa yang terjadi diantara mereka yang saya tidak tahu?
Kerana dikuasai dengan rasa marah dan ingin tahu, Ted melangkah masuk ke dalam kafe, meninggalkan semua kawannya yang masih ada di luar kafe.
"Ted, kau..." Ashley memandang Ted dengan wajah bingung.
Anjel memandang Ashley dan Ted silih berganti. Dia juga bingung dengan apa yang jadi. Anjel berfikir sama ada dia perlu mengikuti Ted atau pergi dari sana. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk Ted.
Kenzie yang sedari tadi hanya diam saja menapak dengan gaya tenang mendekati Ashley. "Jomlah masuk. Takkan kau nak berdiri di luar saja? Di luar ni panas..."
Ashley memandang ke arah Kenzie. Baru dia sedar yang semua kawannya sudah meninggalkan mereka berdua di luar kafe.
"Oh, baiklah..."
Saya tidak ingat kalau saya ada sebut nombor jersi Kenzie sebelum ini...
Ada atau tiada?
Jersi Kenzie nombor berapa ya?