webnovel
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Salah Faham(2)

Suasana di kafe saat ini agak tenang dan nyaman saja kerana kehadiran para pelanggan yang keluar setelah siap dan para pelanggan yang masuk untuk menikmati masa mereka di dalam kafe.

Walau bagaimanapun, di suatu dudut, satu atmosfera yang pelik dan tegang terjadi dan yang sedar hanyalah mereka yang tahu apa yang terjadi kepada mereka.

Di meja hujung berdekatan dengan tingkap kaca, ialah Raquel dan Steven yang duduk. Di sebelah meja itu pula ialah Ted dan Anjel manakala meja yang berhadapan dengan meja Raquel dan Steven ialah, Kenzie dan Ashley.

Yang lebih menegangkan lagi, tiada diantara mereka yang bercakap, saling berpandangan pun tidak. Setiap meja di kafe itu boleh memuatkan empat sehingga enam orang pelanggan untuk duduk, namun setiap mereka mengambil meja yang berlainan sehingga membuatkan tempat di sekeliling mereka sangat luas.

Ashley sepatutnya duduk di sebelah Raquel namun Kenzie pula bertindak menarik tangannya dan duduk di meja lain. Bila Ashley menoleh ke arah Kenzie, Kenzie hanya menunjukkan wajah selamba seolah-olah dia tidak kisah dengan apa yang baru saja dia lakukan.

Kerana tidak mahu memberikan Ted peluang untuk bercakap dengannya, Raquel mula berbual dengan Steven. Topik utama dia tentulah tentang pertandingan bola keranjang mereka.

Steven yang memang tidak sedar ada benda pelik berlaku di dekatnya itu, dengan gembiranya menceritakan kisah gembira ketika dia berjaya merebut bola keranjang dari pihak lawan semasa di gelanggang pertandingan tadi.

Raquel hanya mendengar. Dia mencelah bila perlu dan ketawa bila perlu. Walaupun dia bersikap begitu, Raquel masih tidak nafikan kalau dia merasa renungan tajam dari Ted melalui meja sebelah. Renungan itu terasa sangat tajam dan menakutkan tapi Raquel tidak merasa takut pun sekarang ini.

Anjel yang sedang memeriksa menu itu mencuba untuk bertanya dengan Ted tentang beberapa menu yang Ted ingin pesan namun jawapan yang dia dapat hanyalah satu perkataan 'okey' dan yang lainnya hanyalah anggukan saja.

Pekerja yang mengambil pesan di meja mereka juga merasa atmosfera di dua meja itu terasa tegang namun kerana tidak mahu dipanggil pekerja yang suka ikut campur, mereka hanya mengambil pesan dan segera berlalu.

Ashley menelan air liurnya sambil memandang dua meja yang sedang berada dalam 'perang dingin' itu. Kenzie yang duduk di sebelah Ashley hanya selamba bermain dengan telefonnya. Wajah tenangnya menunjukkan dia tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi kepada empat orang di dua meja itu.

Walau bagaimanapun, Kenzie masih merasa perasaan gelisah dari Ashley. Oleh itu, dia meletakkan telefonnya ke atas meja dan memandang ke arah Ashley. "Kenapa kau risau sangat ni?"

Ashley yang sedang berfikir dan pada masa yang sama sedang merenung Raquel dan Ted silih berganti itu, terus memandang Kenzie dengan wajah bingung. "Huh?"

Kenzie melepaskan keluhan yang kecil. "Kalau kau nak risau pasal mereka tu, baik tak payah. Mereka tu sudah besar, tahulah mereka nak urus diri sendiri."

"Saya bukan risau sangat, cuma hairan apa yang terjadi sebenarnya diantara Raquel dan Ted. Kau tidak rasa ada sesuatu yang berlaku diantara mereka berdua kah?" Ashley menggunakan tangannya menutup sisi mulutnya sambil berbisik kepada Kenzie, seolah-olah tidak mahu sesiapa mendengar apa yang dia katakan.

Kenzie ketawa kecil melihat tingkah laku Ashley. Entah apa yang dia takutkan sangat sampai mahu berbisik tapi Kenzie tidak peduli yang itu. "Kau masih tidak sedar apa-apa, Ashley?"

Berkerut kening Ashley mendengar soalan itu. Dia memandang Kenzie dengan wajah yang semakin bingung.

Melihat wajah itu, Kenzie berusaha sedaya upaya untuk tidak mengangkat tangannya dan mencubit pipi wanita itu.

"Hah, apa yang saya tidak tahu?"

"Kau nak tahu? Kau tak perlu tahu sekarang pun tak apa... Lambat-laun, kau akan tahu juga nanti." Kenzie menjeling ke arah Ted dan Raquel.

Bibirnya tersenyum kecil melihat tingkah Ted yang sekali-sekala menjeling Raquel dengan pandangan tajam. Baru dia sedar yang selama ini, Kenzie juga akan berbuat begitu setiap kali dia melihat Ashley ada di dekat lelaki lain ~walaupun lelaki itu ialah kawan dia sendiri.

"Tapi saya nak tahu sekarang. Saya tahu kau tahu apa yang terjadi. Beritahulah saya!" Ashley terus memandang Kenzie dengan wajah yang penuh dengan pengharapan.

Kenzie menoleh kembali ke arah Ashley dan melihat wajah penuh pengharapan itu. 'Tahan, Kenzie, tahan!' Dan perasaannya untuk mencubit pipi wanita itu semakin meninggi.

"Kau nak tahu sangat kah?"

Ashley mengangguk.

Kenzie berfikir sejenak sebelum dia akhirnya mengangguk. "Okey, saya akan beritahu kau tapi kau kena janji kalau kau tidak boleh beritahu sesiapa."

Tanpa banyak berfikir, Ashley segera mengangguk. Dia mahu tahu apa yang ingin Kenzie katakan jadi sekadar berjanji tidak akan menyakitkan.

Kenzie mengangkat tangan kanannya dan menunjukkan jari kelingking dia. Ashley yang masih bingung itu memandang Kenzie dan memandang jari kelingking itu.

Sesaat saja dan Ashley sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh Kenzie. Dia segera mengangkat tangannya dan menyatukan jari kelingking dia dengan Kenzie.

"Ya, saya janji!"

Melihat itu, Kenzie tidak boleh menghentikan senyuman yang terukir di bibirnya. 'Jari dia terlihat kecil tapi tak peduli, selagi ia muat di tangan saya.'

Tanpa memutuskan jari kelingking mereka Kenzie mendekatkan wajahnya di telinga Ashley. Menyedari betapa dekatnya jarak wajah mereka, wajah Ashley menjadi panas dan merah tanpa sedar.

Namun apa yang dikatakan oleh Kenzie seterusnya berjaya membuatkan Ashley melupakan rasa malunya.

"Ted dan Raquel saling menyukai tapi masih belum sedar. That's why kau perlu rahsiakan perkara ni... Mereka kena sedar perasaan mereka sendiri sebelum kita boleh beritahu apa-apa."

Ashley terus menutup mulutnya dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Jelas di wajahnya menunjukkan rasa terkejut.

Kenzie tersenyum saja sambil memerhati wajah Ashley. Baginya, tiada yang lebih menyeronokkan daripada merenung ekspresi wajah Ashley yang sering bertukar dari tadi. Malah, atmosfera yang tegang dari kedua meja di depan mereka juga tidak mampu menggugat fokus Kenzie terhadap Ashley.

Dia hanya peduli dengan apa yang terjadi di sebelahnya, kenapa dia perlu peduli dengan benda lain? Semua itu tidak penting...

"Maksud kau, mereka saling bersuka tapi tidak mahu tunjukkan perasaan mereka yang sebenar?" tanya Ashley dengan suara yang teruja.

Kenzie terus menyuruh Ashley dengan isyarat senyap. "Jangan cakap kuat sangat, nanti mereka tahu!"

"Oh!" Ashley menutup mulutnya lagi namun beberapa saat kemudian, dia ketawa pula.

Di meja sebelah, Steven melihat bagaimana dekatnya dua orang kawannya itu ketika bercakap sesuatu yang sangat 'rahsia' dan dia pun tersenyum kecil. Dia tidak menunjukkan perhatian lebih kepada mereka dan mula memberi perhatian kepada Raquel yang mula bercakap lagi. Setidaknya, hari ini adalah hari yang baik untuk Kenzie...