Kenapa… Kenapa Kenzie juga ada di sini…
Tunggu, apa yang dia lakukan di sini?
Nafas Ashley menjadi semakin tidak normal. Kenzie yang masih menutup mulut Ashley dengan tangannya juga sedar yang Ashley menggigil, pasal apa Kenzie pun tidak tahu.
Ashley menggenggam erat tangannya, tidak sedar jika tapak tangannya sudah menjadi pucat kerana itu.
Ashley tidak berani untuk bergerak. Kerana keadaan yang gelap di sekeliling mereka, Ashley takut jika ada apa-apa yang terjadi jika Ashley berani untuk bergerak.
Lagipun, Ashley tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh membuatkan Kenzie marah lagi. Cuma… Cuma untuk kali ini saja lagi. Saya tidak mahu Kenzie membenci saya lagi…
Terdengar suara orang bercakap lagi. Kerana kali ini Ashley sudah dekat, Ashley dapat mendengar dua orang sedang bergaduh; seorang perempuan dan seorang lelaki.
Melalui suara itu, Ashley tahu yang dua orang itu ialah Steven dan Lina. Tanpa sedar Ashley menatap ke arah kegelapan yang sepatutnya di mana arah wajah Kenzie berada.
Kalau Steven bercakap dengan Lina, mesti ini tentang Kenzie.
Kenzie tahu Ashley sedang merenung dia tapi Kenzie tidak melayan gelagat Ashley itu. Dia hanya membiarkan Ashley merenungnya kerana Kenzie tahu kalau Ashley tidak akan dapat melihat wajahnya dalam gelap.
"Di mana Kenzie tidur? Saya nak tidur dengan dia." Suara Lina terdengar bongkak dan agak mendesak.
"Kau tidak boleh tidur dengan Kenzie, Lina. Kau adalah perempuan dan dia lelaki. Tidak baik kalau seorang perempuan dan lelaki yang tidak berkahwin tidur sama-sama," Suara Steven terdengar tidak puas hati namun dia masih mahu bertahan dan bersikap lembut dengan Lina.
"So what kalau kami tidur bersama… Kalau kami kena tangkap basah pun, at least saya akan dikahwinkan dengan Kenzie. Saya tidak menyesal tidur dengan Kenzie kalau saya terkahwin dengan dia." Suara yakin dan bongkak Lina terdengar lagi, memecah kesunyian malam yang hanya ditemani dengan hembusan angin.
Mendengar perkataan 'kahwin' dari mulut Lina, bibir Ashley bergerak tanpa sedar. Ini kerana dia merasa gementar dan cemas dengan desakan Lina, membuatkan dia membuatkan tindakan refleks tanpa sedar.
Apa, kahwin dengan Kenzie? Tinggi betul angan-angan perempuan ni sampai nak kahwin dengan Kenzie. Dia fikir dia tu dah kenal sangat tentang Kenzie. She clearly doesn't know anything about Kenzie…
Kenzie juga sedar dengan perubahan pada bibir Ashley kerana masa itu, tapak tangannya masih menutup mulut Ashley. Dalam gelap, keningnya terangkat sedikit kerana perbuatan Ashley tapi dia hanya diam.
Dua orang itu hanya diam saja sambil berdiri di bahagian gelap pokok itu. Tiada diantara mereka yang berbuat bunyi, takut pula kalau Lina sedar mereka di sana. Tiada satu pun diantara mereka sanggup diketahui oleh Lina tentang Kenzie di sana.
Lebih-lebih lagi Ashley. Dia mendengar bagaimana tekadnya Lina mahu mencari Kenzie hanya kerana ingin tidur bersama lelaki itu. Ashley tidak dapat membayangkan bagaimana lelaki itu akan tidur bersama dengan perempuan lain…
Berpelukan semasa… Ah, kenapa saya fikir lebih-lebih ni…??
"Tak guna betullah kau ni Steven, kau cakap kau kawan baik Kenzie. Kenapa kau tak nak tolong kami berdua supaya kami dapat bersama?"
Mendengar bagaimana Lina berkata begitu, Steven terasa ingin menangis darah. Saya memang kawan baik Kenzie dan sebab kami berkawan baik lah saya tidak mahu dia jatuh ke tangan perempuan menakutkan macam kau. You're too confident about yourself. Saya risau kalau kau kahwin dengan Kenzie, Kenzie yang akan tempah keranda awal…
Line terus menarik kolar baju Steven dan menariknya sehingga membuatkan badan Steven terdorong ke depan. Jantung Steven hampir meletup bila wajahnya hampir menyentuh wajah perempuan di depannya itu.
"Ingat, Steven… Kalau kau berani mengkhianati Kenzie, saya tidak akan maafkan kau. Walau apapun alasan kau bagi saya, pasal kau tak nak bagi kerjasama supaya saya dan Kenzie tidak bersama, saya hanya mahukan Kenzie… Dan hati saya hanya untuk dia."
Lina terus melepaskan Steven lagi setelah memberikan 'ugutan' kepada Steven.
Steven jadi bingung pula. Dia berfikir apakah maksud di sebalik ayat Lina. Sebaik saja dia mendapat jawapan, badan Steven menjadi tegang dan beku tanpa sedar.
Anak matanya mengecil dan dia menatap Lina dengan wajah buruk seolah-olah dia baru saja melihat hantu. Perempuan ni… Perempuan ni ingat saya suka dia.. Sebab itu kenapa dia ingat saya tidak tolong dia supaya dorang berdua tidak bersama..?? Begitu??
Benda tahayul apa yang dia fikir ni!!! Sejak bila saya sukakan perempuan macam dia? Oh, please… Perempuan macam dia ada berlambak di kolej, kenapa saya perlu suka dia… Saya berani bersumpah kalau saya suka dia, saya akan lari pusing kolej selama sepuluh kali dan berteriak 'I love you' *batuk* dengan nama dia sekali...
"So, di mana Kenzie? Kalau kau tidak beritahu di mana Kenzie, saya tidak akan pernah benarkan kau sentuh saya lagi."
Yes, thanks God. Saya memang mahu begitu. Gumam Steven dalam hati.
"Oh, okey." Steven menjawab dengan selamba.
Lina: "..."
Tidak lama kemudian, Lina kembali berteriak dan kini dia sudah pun menarik rambut Steven dengan gaya seperti orang gila. "Apa maksud kau okey?? Kau memang tidak mahu sentuh saya!? Apa, kau terus buang perasaan kau macam tu saja… Kau ingat saya ni apa, sampah!!"
Cakap sajalah kau tu memang sampah!! Dan sejak bila saya ada perasaan untuk kau pula?? Seberat mana pun hati Steven untuk mengatakan yang sejujurnya, semua ayat itu tersekat di kerongkong dia kerana Steven sedang fokus untuk melepaskan rambutnya dari cengkaman kuat Lina.
"Lina, Lina… Jangan… Jangan… Rambut saya…. Argh, rambut saya!"
Kenzie merasa kesian pula dengan keadaan Steven kerana dibuli oleh Lina namun Kenzie tidak mahu keluar dari kawasan pokok itu.
Kenzie tidak sanggup mahu mengorbankan dirinya. Sudah susah payah dia melarikan diri dari Lina, takkan dia perlu keluar begitu saja.
Ashley menolak tangan Kenzie yang sedng menutup mulutnya. "Kau pergilah tolong Steven. Kenapa kau diam saja di sini? Kau ni tak gentleman betullah..."
"Ssytt, diam." Kenzie tidak mendengar nasihat Ashley dan menyuruh dia diam pula. Kenzie memandang ke arah Steven dan Lina dari sebalik pokok itu pula.
Steven sudah berjaya melepaskan rambutnya dari cengkaman maut Lina. Dia mengusap-usap kepalanya yang terasa sakit. "Sakitlah betullah kau tarik, Lina. Kalau beginilah kau, memang lah Kenzie tidak akan suka kau."
"Apa kau cakap? Tidak cukupkah saya tarik rambut kau? Kau mahu saya tumbuk kau lagi?"
Serentak dengan itu, Steven merasa bulu romanya berdiri. Tanpa sedar, Steven sudah pun mengangkat kaki dan berlari pergi dari sana. Steven tidak akan pernah rela Lina menyentuh dia lagi.
Melihat Steven berlari meninggalkan dia, Lina menjadi semakin marah." Steven, tak guna punya jantan!!! Jangan larilah! Di mana Kenzie, kau belum beritahu saya!!!"
Lina pun segera mengejar Steven lagi.
Kenzie mengeluh lega bila dia melihat Lina sudah berlari pergi dari sana. Terasa macam dunia ini di neraka saja jika berada di sekitar Lina. Perempuan itu selalu berbuat apa saja yang dia suka. Dia tidak peduli apa yang orang akan cakap hanya kerana dia peduli dengan diri dia sendiri saja.
"Korang sudah siap? Boleh saya balik khemah saya?" kata Ashley.
Kenzie menoleh ke arah gadis itu. Bila dia sedar yang mereka masih ada di sebalik sisi gelap pokok itu, Kenzie terus berjalan keluar dari sana.
Ashley mengikuti dia dari belakang sambil membersihkan belakang bajunya yang kotor terkena batang pokok tadi.
"Sorry saya tarik kau tadi." Kenzie tidak memandang ke arah Ashley apabila dia bercakap. Dia hanya memandang ke depan sambil berpeluk tubuh.
Ashley melirik ke arah Kenzie yang kini sudah berlagak biasa itu. Bibirnya mencebik kecil kerana gaya Kenzie itu.
"Kalau kau tidak mahu dia kejar kau lagi, kau patut cakap dia yang sebenarnya. Kalau kau lari macam ni, memang masalah kau dan Lina tidak akan selesai," tegur Ashley.
Kenzie hanya diam. Kepalanya ditoleh ke arah Ashley. Melihat Kenzie menoleh ke arahnya, Ashley memandang ke tempat lain secara automatik.
Semenjak kejadian dulu, Ashley tidak pernah berani menatap kembali kepada Kenzie. Dia takut... Takut melihat tatapan mata Kenzie yang tajam lagi.
"Saya juga tidak akan lari kalau bercakap dengan Lina adalah perkara yang mudah. Tapi semuanya tidak mudah bukan macam yang kau ingat. Sangat susah bercakap dengan Lina sebab dia tidak mahu dengar. Jadi saya tidak ada pilihan lain selain lari dari dia." Kenzie terus memicit kawasan hidung diantara dua matanya. Matanya ditutup erat sambil memikirkan masalah tentang Lina.
Ashley terdiam pula mendengar kata-kata Kenzie. "Nasib baik Steven tolong kau."
Tanpa sedar, wajah Kenzie berubah menjadi masam mendengar nama Steven. Dia tidak mengatakan apa-apa dan hanya memandang Ashley.
Sedar yang pihak sebelah tidak bersuara, Ashley terus menoleh ke arah Kenzie. Melihat wajah Kenzie yang masam itu, jantung Ashley berdetak dengan kencang lagi.
Eh, kenapa dia nampak marah? Saya salah cakap lagi kah? Dia marah sebab saya terlalu ikut campur urusan dia? Alamak, macam mana ni?
"Err... Saya... Saya rasa penat. Saya nak balik ke khemah dulu. Kau pun patut balik ke khemah kau dan tidur awal.... Okey, bye!" Kerana tidak mahu ada masalah yang terjadi diantara mereka lagu, Ashley meminta diri. Selepas itu, dengan cepat dia berlari pergi macam kena kejar hantu.
Berkerut dari Kenzie melihat Ashley yang berlari macam tidak cukup tanah itu. Hairan dia kerana dia dapat merasakan yang Ashley sengaja mahu melarikan diri dari dia. Tapi Kenzie tidak dapat bertanya lagi sebab Ashley sudah pergi.
Siapa yang marah-marah saya supaya saya tidak lari dari masalah saya tadi? Sekarang dia yang ada masalah, kenapa dia mahu lari pula?