PADA malam itu, Ashley dan Raquel menyertai kawan-kawannya yang lain untuk menikmati pemandangan di tepi tasik. Lampu warna-warni dipasang di sekeliling kawasan perkhemahan dan kawasan tasik.
Kerana cuaca malam juga sejuk, Ashley memakai jaket yang tebal. Ashley dan kawan-kawannya yang lain mengambil tempat duduk yang sesuai di tepi tasik.
Selain daripada menikmati pemandangan luar biasa di tasik itu, akan ada pertunjukan bunga api. Sebab itu kenapa semua orang yang datang berkunjung ke tasik itu merasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan pertunjukan bunga api itu.
"Tunggu sini ya, saya dan Anjel pergi ambil minuman dulu," kata Connie kepada Ashley. Dia terus menarik tangan Anjel dan mereka berdua segera menghilang dari kumpulan orang ramai itu.
Ashley dan Laura yang masih ada di sana hanya membiarkan saja dua orang kawan mereka itu di sana. Sementara itu, Raquel dan Ted sedang berlawan mulut di tepi mereka. Entah apa yang mereka perdebatkan sampai masing-masing tidak mahu mengalah.
"So, macam mana... Kau enjoy ada di sini?" tanya Laura, memusingkan wajahnya memandang ke arah Ashley.
"Enjoy tu enjoy kalau korang tak tinggalkan saya selalu," Ashley berkata. Dia sengaja berkata begitu kerana dia merasa sedikit geram dengan kawan-kawannya kerana sering meninggalkan Ashley dan pergi bersuka ria sendirian.
Laura tersengih mendengar kata-kata Ashley. Dia tidak menyangka yang Ashley akan bercakap seperti itu. "Alah, Ash... Kau janganlah marah. Kami bukan sengaja nak tinggalkan kau. Kerana kami terlalu excited sangat sampai lupa yang kau tiada sudah dekat kami."
Ashley hanya menggeleng-geleng kecil mendengar jawapan Laura. Dia tidak bercakap apa-apa lagi malah sebaliknya menumpukan perhatian dia ke arah tasik. Untuk seketika, keadaan menjadi senyap dan tenang kecuali Ted dan Raquel yang masih lagi bergaduh.
Tidak lama kemudian, Connie dan Anjel pun datang dan mengagihkan minuman kepada kawan-kawan yang lain. Ted dan Raquel berhenti bergaduh untuk sekejap bila Anjel datang menghampiri Ted untuk menyerahkan minuman kepada Ted.
Bila melihat Ted mula mengabaikan dia, Raquel pun meninggalkan Ted dengan muka yang marah. Ted menyedari perubahan pada wajah Raquel dan dia pun segera mengejar Raquel.
Anjel yang kini ditinggalkan pula itu, tiada pilihan lain selain duduk bersama dengan tiga orang kawannya.
"Oh, ya... Besok kau dah nak balik, kan Ashley? Malam ni last kau ada di sini?'' kata Connie sambil membuka tin minumannya.
Ashley hanya mengangguk sambil meminum minuman tinnya sendiri.
"Takkan kau tidak boleh stay di sini sampai kami pun balik? Bolehlah kita pulang sama-sama," kata Anjel pula.
"Tak bolehlah. Esok bapa saya akan datang untuk ambil saya di sini. Mahu tidak mahu, saya kena pulang dengan Raquel juga," kata Ashley.
Laura dan Connie hanya mengeluh mendengar kata-kata Ashley. Mereka tahu sikap Mr. Adham yang 'overprotective' terhadap anak perempuannya ini. Mereka juga tertanya-tanya kenapa Ashley dijaga ketat oleh bapanya. Walau apa pun alasan itu, mereka tetap menghormati keputusan Mr. Adham.
Tidak lama kemudian, pertunjukan bunga api pun bermula. Orang ramai menumpukan perhatian mereka ke bunga api itu. Di sekeliling tasik itu dipenuhi dengan suara orang ramai yang bersorak apabila melihat cantiknya bunga api yang menghiasi langit gelap pada malam itu.
Sambil menonton pertunjukan bunga api itu, Ashley sempat lagi memandang ke sekekiling. Berharap agar dia boleh melihat Kenzie di mana-mana. Sayangnya, dia tidak melihat lelaki itu di mana-mana. Ashley merasa hampa sedikit kerana tidak melihat lelaki itu.
Melihat tiada bayang lelaki itu di mana-mana, Ashley mengalihkan fokusnya ke arah pertunjukan bunga api itu semula.
Bunga api yang meletup dan menghiasi langit gelap malam itu sangat cantik.
Setiap kali ia meletup, satu suasana yang harmoni dan indah terlakar di langit. Pemandangan cantik itu sudah tentu membawa senyuman indah di bibir sesiapa saja yang melihat bunga api itu.
Ashley berfikir: jika sebelum ini, hidupnya juga seperti bunga api itu. Harmoni dan indah....
Semua tentang Kenzie mampu membuatkan hidupnya menjadi harmoni dan indah. Malah hidupnya akan terasa kosong dan gelap tanpa lelaki itu... Walaupun hanya untuk sesaat.
Di saat pertunjukan bunga api itu selesai, rasa kosong dan kehilangan di dalam jiwa Ashley semakin terasa. Mata Ashley yang terasa kosong seperti tiada jiwa di dalamnya itu, menatap ke dada langit yang kini sudah kosong tanpa bunga api yang cantik itu.
Semuanya terasa kosong dan gelap...
Akhirnya, pertunjukan bunga api itu tiba ke penghujungnya.
Semua pengunjung pun kembali ke tempat penginapan sendiri. Ashley dan kawan-kawannya bersedia untuk tidur pada malam itu.
Setelah lama berbaring dan masih tidak dapat tidur, Ashley mengambil keputusan untuk memeriksa kameranya. Dia mahu melihat semua gambar yang dia tangkap sepanjang masa dia berada di tempat ini.
Ashely sampai di gambarnya sendiri di mana gambar itu diambil sendiri oleh Kenzie. Mengingat semula kejadian itu, wajah Ashley bertukar menjadi merah dan panas. Ashley terus menggunakan tangannya sendiri untuk mengipas dirinya sendiri.
Tib-tiba, dia terdengar bunyi orang sedang bercakap tidak jauh dari khemah Ashley. Suaranya tidak terdengar jelas tapi melalui suara itu, Ashley dapat meneka yang orang yang bercakap itu sedang marah.
'Keluar atau tidak?' Gumam Ashley dalam hati.
Ashley berdiam untuk beberapa minit. Tidak lama kemudian suara itu terdengar lagi dan kali ini terdengar seperti menjauh. Akhirnya suara itu tidak terdengar lagi. Ashley mencuba untuk mendengar lagi tapi hanya kesunyian malam saja yang didengarinya.
Ashley pun mengambil kesempatan untuk keluar. Sempat lagi dia memakai selendang di sekeliling lehernya.
Ashley memandang sekeliling dan tidak melihat orang di luar. Semua khemah sudah tertutup dan kelihatannya semua orang sudah keluar. Siapa yang malam-malam teriak ni?
Melihat tiada apa-apa di sana, Ashley mengambil keputusan untuk kembali ke khemah. Baru saja dia berpusing menghadap ke khemah, Ashley mendengar suara orang bercakap lagi. Ashley menoleh lagi ke belakang.
Tapi dia tidak melihat ada sesiapa di sana.
Berkerut dahi Ashley bila sedar yang hanya dia seorang saja di luar. Saya salah dengar kah? Kenapa saya dengar macam orang bercakap?
Ashley berjalan menuju ke kawasan yang lebih dekat dengan suara tadi berasal. Dia mencuba untuk mencari sumber suara itu.
Ashley tidak merasa takut pada masa itu kerana perasaan ingin tahu lebih menguasai dirinya. Ashley mahu cari tahu... Siapa orang bercakap itu...
Semakin jauh Ashley berjalan, semakin dekat suara itu terdengar. Belum sempat Ashley melihat siapakah yang bercakap itu, sebuah tangan yang sasa dan besar keluar dari sebalik pokok, menutup mulut Ashley dan menarik Ashley ke arah pokok itu.
Sebelum ini, Ashley tidak sedar kalau ada orang di sebalik pokok itu kerana di sebelah kanan pokok itu gelap.
Bila Ashley sedar yang dia dalam bahaya, Ashley sudah tidak mampu berteriak kerana mulutnya ditutup. Ashley mahu meronta, ingin melawan tapi badannya sudah ditolak ke arah batang pokok itu.
Melalui pemerhatian Ashley, orang yang menariknya tadi ada di depannya sekarang ini. Ashley berfikir bagaimana caranya untuk melawan agar dia boleh keluar dari dakapan lelaki ini.
"Sssyyyttt...."
Badan Ashley menjadi beku mendengar suara garau yang halus itu. Hembusan nafas lelaki itu boleh terasa di wajahnya dan serentak dengan itu, bau minyak wangi perisa oren menusuk ke rongga pernafasannya.
Minda Ashley menjadi beku dan kosong sebaik saja dia terhidu bau minyak wangi itu.
Bau minyak wangi ini...
Suara ini...
Semua idea yang Ashley kerahkan sebagai cara untuk melepaskan diri tadi hilang bersama dengan hembusan angin pada malam itu.
"Jangan bergerak lagi."
Kali ini, Ashley betul-betul tidak bergerak. Badan dan mindanya menjadi beku dan jantungnya terasa berhenti berdegup. Bisikan dari lelaki itu terdengar seperti ubat penenang yang membuatkan dia tenang dan tidak meronta lagi.
Mata Ashley terbuntang besar. Nafasnya segera ditahan.
Ken... Kenzie...??