webnovel
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Musim Cuti(6)

"Eh, korang tak lapar kah? Kita sudah duduk ni marilah start makan. Saya sudah lapar ni," kata Ashley pula sambil memandang semua orang yang ada di meja itu. Sedari tadi suasana di meja itu membuatkan Ashley merasa tidak senang. 

Ashley terus menerus mendapat pujian dari kawan-kawan Kenzie yang mana dia sendiri tidak selesa untuk mendengarnya. Ashley juga sedar yang Kenzie asyik melirik ke arah dia. Belum ditambah dengan pandangan mata yang diberikan oleh Lina.

Kenzie ni kenapa asyik nak tengok saya macam itu? Ada apa-apa di muka saya sampai dia tengok saya macam itu? Aiyo, saya tahu saya tidak patut terima ajakan Steven untuk pergi makan tengah hari dengan dorang macam ini...

Mendengar Ashley berkata begitu, yang lain pun mula menjamu selera mereka. Para pengunjung yang juga mempunyai meja masing-masing untuk menikmati makan tengah hari mereka sudah pun mula makan.

Sepanjang masa makan, Lina terus saja meletakkan beberapa lauk ke pinggan Kenzie. Saja mahu menunjukkan peran dia sebagai teman wanita yang baik hati. Padahal, dia hanya ingin membuatkan Raquel merasa cemburu.

Di dalam ingatan Lina, dia masih merasakan yang Raquel masih menyimpan rasa terhadap Kenzie. Apalagi sekarang mungkin Kenzie semakin tampan berbanding dari lima tahun yang lalu. Tapi apa yang Lina tidak sedar ialah, yang sebenarnya masih menyukai Kenzie ialah Ashley. Raquel sudah lama melupakan perasaannya terhadap Kenzie dan Raquel juga tahu kalau Ashley masih menyimpan perasaan yang sama terhadap Kenzie.

Steven meletakkan daging ayam yang dipotong ke atas pinggan Ashley. Dia sedar yang Ashley kurang bercakap semasa makan dan bila dia makan, pergerakan dia perlahan saja. Apa yang dia fikirkan sebenarnya ni? Takkan dia terkesan betul dengan perangai Lina terhadap Kenzie. Kenzie bukannya suka pun perempuan tu!

Ashley menoleh ke arah Steven bila Steven meletakkan ayam itu. 

Steven tersenyum ke arah Ashley. "Kau patut makan banyak, Ashley. Dari tadi kau makan sikit saja. Kau ambil lauk pun sikit saja. Kau sakit kah kenapa ni?"

Ashley tersenyum kecil. "Saya tak apa-apa. Thanks for the chicken."

Raquel meletakkan pula daging ayam yang lain ke dalam pinggan Ashley. "Lepas ni, kau nak pergi mana? Saya rasa saya nak balik ke khemah sajalah. Nak rehat... Penatlah pula kalau nak cari Ted yang lain."

"Entahlah... Saya rasa saya pun nak pergi berehatlah lepas ni. Saya penat asyik berjalan tadi," kata Ashley pula.

"Kenzie, kau patut makan lebih banyak daging. Janganlah asyik makan sayur saja," kata Lina. Dia meletakkan daging ayam ke dalam pinggan Kenzie. Kenzie hanya mengeluh kecil namun dia tidak menyentuh pun daging itu. 

"Kalau kau asyik membebel macam itu, nanti dia ingat kau itu mama dia, bukan girlfriend dia,"  Raquel bersuara, sengaja mahu mencari pasal dengan Lina yang kelihatan gembira meletakkan daging ke pinggan Kenzie.

"Lagipun, Kenzie tu sudah besar. Tak payahlah kau kisah sangat dengan cara pemakanan dia. Dia tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka," sambung Raquel lagi. Dia melirik ke arah Kenzie beberapa minit.

Kenzie juga memandang ke arah Raquel tapi dia tidak memberi apa-apa reaksi. 

Lina menjadi marah melihat Raquel dan Kenzie saling berpandangan. Dia tidak suka ada perempuan lain memandang ke arah Kenzie seperti bagaimana cara Raquel memandang Kenzie. "Suka hati sayalah nak bagi dia makan apa. Kau apa tahu pasal dia?"

Saat itu juga Ashley dan Raquel memandang Lina seperti seorang badut yang sedang membuat lawak. Mereka terasa ingin ketawa saat itu namun tiada pun suara tawa yang keluar dari mulut mereka. Ashley dan Raquel sudah lama tahu bagaimana dinginnya perangai Kenzie terhadap perempuan.

Sejak perkara lima tahun yang lalu itu, mereka semakin faham dengan perangai Kenzie. Melihat kepada perangai Lina, mereka dapat melihat dengan jelas perangai Mellisa di dalam diri Lina. Perbezaannya ialah, Lina lebih berani untuk mendekati Kenzie.

"Fine, suka hati kaulah," balas Raquel. Dia sengaja menjulingkan matanya tanda meluat dengan gaya Lina. Seperti yang disangkakan, Lina menjadi naik angin sebaik saja dia melihat gaya Raquel itu. Dia sangat tidak suka dengan perempuan itu. 

Makan tengah hari itu pun berterusan dengan meriah. Semua orang mengabaikan Lina yang asyik-asyik mahu melayan Kenzie. Lina membuatkan semua orang terasa halimunan di meja itu dan hanya menumpukan perhatiannya kepada Kenzie. 

Ashley merenung sekejap ke wajah Kenzie dan dia melihat wajah Kenzie yang mendung saja itu. Dia tahu kalau Kenzie tidak suka dengann sikap Lina yang melebih-lebih itu namun Ashley hairan kenapa Kenzie tidak menolak saja atau dia mengatakan yang sebenar jika dia tidak suka dengan perangai Lina.

Namun, Ashley tidak dapat mengatakan apa-apa kerana dia tahu, kalau dia bercakap pun tiada guna juga. Sejak lima tahun yang lalu, keyakinan Ashley untuk bercakap dengan Kenzie sudah hilang. Ashley takut jika setiap perkataannya akan mengundang rasa tidak puas hati. Berada dalam jarak yang dekat begini sudah cukup bagi Ashley. 

Ashley tidak meminta apa-apa lagi selain ini. Kerana setelah lima tahun, akhirnya dia boleh mendekati lelaki itu lagi walaupun hubungan mereka tidak serapat yang dulu. Ashley menunduk untuk menyembunyikan senyuman leganya dan menyuapkan lauk ke dalam mulutnya.

Setelah makan tengah hari dan meja itu dikemaskan, semua orang beredar dari tempat itu menuju ke tempat yang ingin dituju masing-masing. Sempat lagi kawan-kawan Kenzie yang lain mengusik Ashley dan Raquel.

Ashley dan Raquel mengucapkan kata selamat tinggal untuk kali terakhir sebelum mereka kembali ke khemah sendiri. 

Raquel duduk di khemah mereka. "Kau tahu, Ashley... Saya geramlah dengan Lina tu. Dia ingat dia tu cantik sangat? Macam biasa saja pun muka dia saya nampak, kenapa dia nak perasan sangat yang dia sesuai nak jadi girlfriend Kenzie tu."

"Kau mengata dia macamlah kau tidak pernah jadi macam dia," balas Ashley.

Raquel terus menjeling Ashley dengan pandangan yang tajam. Dia hendak mengata tentang Lina, boleh pula Ashley kenakan dia balik. "Wei, itu benda lima tahun yang lalu, okey! Saya sudah lama berubah. Kenzie itu bukan lelaki yang saya suka lagi. Dia terlalu dingin untuk orang jatuh cinta. Silap hari bulan, isteri dia lari mungkin masa hari pertama perkahwinan dia."

Ashley tersenyum mendengar kata-kata Raquel.

"Tapi, saya cakap yang benda yang betul, Ash... Dibandingkan Mellisa dengan Lina itu, saya rasa Lina lagi teruk. Dia yang tidak tahu Kenzie itu macam mana orangnya. Saya tengok muka Kenzie yang dingin macam ais batu tu pun tahu kalau dia tidak suka Lina. Ish, saya rasa malulah pula kalau saya ingat yang saya pun pernah suka dengan Kenzie."

Ashley menatap Raquel untuk beberapa minit. Kening kanannya terangkat semasa memandang Raquel. 

Raquel segera memandang ke arah Ashley pula. "Saya bukan nak mengata kau pula. Kau suka Kenzie itu hal kau... "

"Benda sudah lima tahun jadi. Kau janganlah ungkit pasal Mellisa lagi... Atau apa-apa yang berkaitan dengan hal itu. Saya tidak mahu ingat lagi," kata Ashley pula.

Raquel hanya mengangguk kecil. Dia mengambil botol air yang ada di sebelahnya.

Ashley berbaring di atas tilam. "Nanti kalau kau nak pergi mana-mana, bangunkan saya. Saya nak tidur sekejap."

Raquel hanya mengangguk saja dan membiarkan Ashley tertidur. Tidak lama kemudian, dia pun berbaring di tilam sebelah dan turut tertidur.