webnovel
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Musim Cuti(4)

AKTIVITI mereka diteruskan pada hari kedua. Aktiviti untuk hari ini ialah melawat kebun teh yang tidak jauh dari sana. Ashley dan yang lain sangat teruja untuk pergi ke sana.

Sebaik saja mereka tiba di sana, sekali lagi Ashley ditinggalkan oleh kawan-kawannya dan mereka terus berjalan 'menjelajah' seluruh kawasan kebun teh itu. Apa yang mereka cari atau buat, Ashley pun tidak tahu.

Ashley tidak lagi melihat kelibat kawan-kawannya di mana-mana. Yang hanyalah mereka yang berkunjung ke sini. Raquel ada bersama dengan Ashley untuk tiga puluh minit ke depan. Tapi bila Ashley cari dia, Raquel sudah hilang. Dia pergi mana Ashley pun tidak tahu.

"Kurang asam betullah kawan-kawan saya ni. Kata kawan, terus nak enjoy sama-sama... Apa yang enjoynya bila dorang tinggalkan saya seorang diri di sini," kata Ashley seorang diri. Dia berjalan di setiap lorong kecil diantara pokok-pokok teh.

Memang ada banyak orang di sini tapi Ashley tidak mengenal mereka pun. Malah tiada satu pun muka kawan-kawannya berada diantara orang-orang ini.

Ashley berhenti. Dengan hati geram, dia terus menghentak kakinya ke tanah dan bercekak pinggang di sana.

"Issh, dorang ni jahat betullah! Enjoy apa bendanya kalau dorang tinggalkan saya dan pergi enjoy sendiri!"

Ashley memandang sekeliling. Dia sebenarnya jenis orang yang boleh menyesuaikan diri di tempat awam dengan cepat tapi lagi bagus kalau dia ada dengan kawan-kawan sekarang ini. Tapi ini tidak... Semua mahu tinggalkan dia seorang di sini.

Habis saya nak ke mana? Siapa yang nak tunjukkan saya benda-benda best di sini??

"Tak apa. Saya pun boleh enjoy sendiri kalau dorang tak ada..."

Ashley berjalan di sekitar kebun teh itu untuk beberapa lama. Kerana dia hanya seorang diri, Ashley merasa bosan di kebun teh itu. Akhirnya, Ashley mengambil keputusan untuk pergi ke tempat lain.

Berpandukan jalan raya kecil untuk pejalan kaki, Ashley mengikuti sepanjang jalan itu sehinggalah dia tiba di tepi sebuah tasik. Tasik itu tidaklah besar sangat tapi pemandangan di sini mampu membuatkan sesiapa yang memandangnya akan terpegun lama.

Ashley menarik nafas panjang melihat pemandangan tasik di depannya. Air tasik yang kelihatan tenang dan berwarna biru itu sangat memukau pemikiran Ashley.

Dengan menggunakan kamera yang dia sentiasa bawa, Ashley muka mengambil gambar. Kemudian, dia melihat hasil gambar yang dia ambil.

"Herm, kan bagus kalau ada yang tolong saya ambil gambar berlatar belakangkan tasik ni. Tasik ni cantiklah. Elok jika dibuat gambar kenangan."

Macam tahu-tahu pula Ashley mahu mencari orang yang boleh menolong dia, satu suara yang dikenali terdengar dari belakang Ashley. Ashley segera menoleh ke belakang dan barulah dia sedar yang Kenzie sudah pun berdiri di belakangnya.

"Saya boleh tolong."

Hari ini dia memakai t-shirt putih dengan jaket berwarna kuning cerah bersama dengan seluar sukan berwarna hitam dan dipasangkan dengan kasut putih jenis Adidas.

Berkilau mata Ashley melihat imej Kenzie yang kelihatan biasa namun agak memukau. Malah lebih memukau dari pemandangan tasik itu...

Eh, adakah pula begitu?

"Kau mahu atau tidak saya tolong kau ni?" tanya Kenzie lagi, masih menatap wajah Ashley yang kelihatan sedang termenung. Aih, dia ni... Sempat lagi dia mahu termenung...

"Oh, ya... Ini!" Dengan gaya kelam-kabut, Ashley menyerahkan kamera itu kepada Kenzie. Kalau Kenzie tidak cepat-cepat mengambil kamera itu, mungkin kamera itu sudah jatuh ke atas batu-batu di tepi tasik itu.

"Berdiri di sana."

Ashley mengangguk dengan arahan Kenzie. Dia berdiri tepat di mana Kenzie menyuruh dia untuk berdiri tadi. Setelah itu, dia bersiap-sedia untuk bergambar di depan kamera.

Kerana ini ialah pertama kali dia berdepan dengan kamera dan Kenzie sebagai jurukamera, Ashley merasa terlebih gementar. Tapak tangannya mula terasa licin kerana berpeluh.

Ashley segera membetulkan keadaan dirinya sebelum bergambar. Kalau orang lain yang gambar, mungkin Ashley boleh tenang lagi. Tapi ini tidak...

Orang yang akan mengambil gambar untuknya ialah Kenzie sendiri.

Baru saja Ashley bersedia untuk mengambil gambar, Kenzie pula yang datang menghampiri Ashley. Ashley ingat Kenzie ingin menyuruh dia berpindah tempat atau yang lain, jadi Ashley hanya diam saja di mana dia berdiri.

Tanpa dia sangka, Kenzie terus menggunakan jarinya untuk menyelitkan anak rambut Ashley ke belakang telinga Ashley.

Saat itu, Ashley merasa dia lupa untuk bernafas. Dia tidak ingat yang dia harus bernafas. Yang hanya dia rasa ialah aroma minyak wangi Kenzie yang menusuk ke rongga pernafasan apabila Kenzie menghampiri dia.

Dekat!!

Terlalu dekat!!

Sentuhan jari Kenzie di telinganya membuatkan jantung Ashley tidak terkawal dan terus berdegup dengan kencang. Ashley rasa ingin pengsan namun tubuhnya tidak mengizinkan dia berbuat demikian. Jadinya, Ashley hanya diam membeku di sana macam patung.

Minyak wangi ini...

Kenzie masih pakai minyak wangi yang sama macam lima tahun yang lalu...

Minyak wangi dengan rasa orange!

Sudah lama saya tidak terhidu bau ini...

"Okay, now it's perfect."

Suara Kenzie itu mengejutkan Ashley dari dunia lamunannya sendiri. Wajahnya menjadi merah kerana malu dengan sikapnya sendiri.

"Alright. Smile!"

Ashley hanya senyum saja di depan kamera dan tidak membuat apa-apa gaya kerana dia merasa janggal mahu bergambar di depan Kenzie.

Kenzie mengambil beberapa gambar Ashley sebelum dia memeriksanya. Dia menunjukkan kamera itu ke arah Ashley.

"Mana?"

Ashley teruja ingin tahu hasil gambar yang diambil oleh Kenzie. Ini pertama kali Kenzie mengambil gambar Ashley dan Ashley sangat berdebar untuk melihat hasilnya.

Tanpa dia sedari, Ashley sudah pun berjalan menghampiri Kenzie dan terus memandang ke arah kamera itu tanpa menoleh ke arah Kenzie lagi.

Kenzie menatap wanita ini berjalan setapak demi setapak ke arahnya sehinggalah wanita itu sudah ada di dekatnya. Jarak diantara mereka jangan cakaplah. Kenzie hanya perlu mengangkat tangannya saja dan dia sudah dapat memeluk seluruh tubuh langsing wanita itu.

Setelah lima tahun berlalu, Kenzie yang sudah meninggi dari usia 16 tahun itu memandang wanita yang kini rendahnya hanya setinggi leher dia. Dia ada meninggi sikit tapi masih rendah dari saja

Kenzie menatap rambut hitam milik wanita itu. Aroma wangi dari rambutnya menandakan yang Ashley menjaga rambutnya dengan baik. Kenzie tersenyum kecil. Mahu saja dia mencium rambutnya sebab dia rasa lembut dan cantik.

"Oh, wow. Pandai lah kau ambil gambar. Saya suka tengok gambar ni!" kata Ashley, mendongak ke arah Kenzie.

Setelah dia mendongak, Ashley segera menyesali perbuatannya. Apa tidak, dia mendongak saja, bibir merah yang seksi milik lelaki itu sudah terhidang di depan mata.

Tinggal disambar saja lagi... Eh!?

Saat Ashley mendongak itu, senyuman Kenzie sudah hilang, bertukar dengan wajah dinginnya. Namun kerana dia juga sedang menunduk melihat Ashley tadi, jadi bila Ashley menaikkan kepalanya tadi, Kenzie boleh melihat seluruh wajah Ashley dengan jelas. Wajah itu kini menjadi lebih matang dari yang kali terakhir dia nampak dan kini lebih mempersona...

"Oh, alamak! Sorry, Kenzie."

Kalau bukan sebab Ashley cepat-cepat sedar dan terus menjauh tadi, Kenzie mesti sudah hanyut di dalam renungan anak mata wanita itu. Biar betul, macam mana renungan dari seorang wanita macam dia boleh buat saya rasa hilang arah.

Melihat Kenzie yang tiada reaksi dan hanya memerhatinya, Ashley merasa sedikit takut dan cemas. Dia takut kalau Kenzie akan berfikir yang lain. Kenangan lima tahun lalu terimbas kembali.

Kerana jarak yang dekat diantara merekalah, kenangan buruk itu berlaku diantara mereka berdua. Jadi, kalau boleh, Ashley mahu mengelak sebarang sentuhan langsung atau jarak yang dekat dengan Kenzie. Macam tadi...

Hampir saja perasaan trauma lima tahun yang lalu menjelma kembali namun Ashley cepat-cepat menyedarkan dirinya.

Dia mengambil kamera di tangan Kenzie dengan tangkas namun masih terlihat sopan. "Terima kasih, Kenzie... Saya... Saya pergi dulu." Dengan begitu, Ashley segera berlalu dari sana.

Kenzie tidak menjawab atau bergerak sehinggalah Ashley berjalan meninggalkan dia. Setelah beberapa lama, Kenzie pun memandang ke arah susuk tubuh wanita itu yang semakin hilang.

Sebuah keluhan kecil keluar dari mulut dia. Dalam mindanya, dia berkata; 'Adakah saya bersikap bodoh di depan dia lagi? Sebab itu kenapa dia lari?'