KENZIE dan Ashley berjalan bersebelahan menuju ke tempat Coach Dhin menyuruh mereka untuk berkumpul.
Kenzie hanya melirik Ashley yang berjalan dengan selamba di sebelahnya.
Ashley menoleh ke arah Kenzie. Dengan cepat Kenzie menoleh ke tempat lain. Tidak mahu Ashley sedar kalau dia sedang memandang Ashley.
"Senior, terima kasih sebab bagi pinjam saya baju ni. Saya tak tahu saya nak buat apa lagi kalau saya pakai baju saya tadi," kata Ashley.
"No big deal. Lagipun, saya juga tidak mahu kau kena marah dengan Coach Dhin."
Kenzie memandang ke arah Ashley. Renungan mata Kenzie itu membuatkan Ashley tersentak. Wajah Ashley terus menjadi panas bila Kenzie memandangnya.
"Siapa yang buat kau begitu? Tidak mungkin kau terjatuh dan tuang semua minuman tu di baju kau. Saya tidak akan percaya dengan alasan itu," Kenzie terus bertanya tanpa memberi peluang Ashley berfikir alasan lain.
Ashley terdiam. Patutkah saya bagi tahu saja Senior yang Mia dan kawan-kawannya yang buat? Tidak kena cakap sebagai pelapor kah?
"Kau tak nak bagi tahu? Kau tidak mahu bagi tahu, saya tetap akan tahu siapa yang buat nanti," Kenzie berkata lagi, memalingkan wajahnya ke depan.
Ashley tersenyum kelat. Mendengar kata-kata Kenzie, Ashley hanya mampu mendiamkan diri.
Akhirnya mereka tiba di bawah sebatang pokok. Tempat itu redup saja kerana pokok tempat mereka berehat itu besar.
"Ash!! Sini! Sini!" teriak Bryend.
Ashley tersengih sambil berjalan mendekati Bryend.
Bryend terus menarik tangan Ashley untuk duduk di sebelahnya. Ashley yang tidak menyedari tindakan Bryend itu terus terjatuh hampir di atas riba Bryend.
Kenzie yang ada di sebelah Ashley, cuba untuk mengangkat tangannya menangkap tangan Ashley yang satu lagi. Dia mahu menarik Ashley yang terjatuh itu.
Tapi bila dia menyedari tindakannya sendiri, Kenzie berhenti separuh jalan. Dia menggenggam jari-jemari dia dan menarik semula tangannya. Dengan perlahan dan senyap, Kenzie bergerak ke arah Steven dan duduk di sebelahnya.
Jeremy memegang bahu Ashley untuk menghalang Ashley daripada terjatuh.
"Bryend, apalah kau ni!! Kalau kau nak tarik dia, jangan tarik kuat-kuat!!" tegur Randy.
Samuel dan Ken mengeluarkan bunyi 'boo' pada Bryend. Yang lain juga mengikuti Randy, memarahi Bryend.
Charles terus menampar belakang kepala Bryend dengan perlahan. "Kau ni, bukan gentleman lah!"
Bryend merungut dengan perbuatan Charles. Dia mengurut kepala dia dengan perlahan sambil menjeling Charles. "Saya mana sengaja!"
Jeremy menolong Ashley untuk duduk di sebelahnya.
"Terima kasih," ucap Ashley kepada Jeremy.
Jeremy hanya membalas dengan senyuman.
"Sorry, Ash... Saya tidak sengaja."
Ashley menoleh pula ke arah Bryend. Dengan senyuman kecil, dia berkata, "Tak apa. Saya tahu kau tak sengaja."
"Baik, sudah. Semua sudah ada di sini, kan? Saya nak bincangkan tentang game petang ni. Petang ni cuma ada 1 game saja lagi... Besok ada tiga." Coach Dhin yang sedari tadi berdiam diri itu, memulakan perbincangan mereka.
Semua orang pula hanya diam saja dan mendengar Coach Dhin.
Setelah siap perbincangan, Coach Dhin membiarkan mereka untuk berehat.
Masa berlalu dan pertandingan pada petang itu pun berlangsung. Semua orang kembali ke dewan pertandingan untuk menonton perlawanan bola keranjang.
Semua pelajar perempuan yang ada di dalam dewan berteriak dengan kuat bila mereka melihat pemain-pemain kacak masuk ke dalam dewan. Terutama sekali Kenzie dan yang lain.
Ashley yang sedar dengan sorakan itu dan ditujukan kepada Kenzie dan yang lain, dia tidak boleh berhenti selain menjulingkan matanya ke atas kerana merasa meluat.
Terdengar bunyi orang ketawa di sebelah Ashley. Ashley menoleh ke tepi dan melihat Jared sedang ketawa.
"Kenapa kau ketawa?" tanya Ashley.
"Kau ni comellah, Ashley kalau buat muka begitu," kata Jared tanpa segan-silu.
Terkesima Ashley mendengar pujian itu. Tidak dia sangka kalau Jared akan memuji dia dengan selamba saja. Terasa pipinya yang mula panas itu.
Jared tertawa lagi. "Kau mesti bosan kan... Nampak dorang macam tu. Bosan dengar dorang teriak macam tu? Saya pun bosan."
"Mereka kan peminat korang semua. Nak buat macam mana," balas Ashley.
Jared hanya tersengih dengan kata-kata Ashley.
Wisel dibunyikan, menandakan permainan sudah bermula.
Semua penonton pun semakin galak bersorak. Walaupun suasana sudah petang, semangat untuk menyorak masih belum hilang.
Sungguh bersemangat!
Pertandingan terus berlangsung. Terdengar suara Coach Dhin yang memberi arahan, tenggelam timbul diantara bunyi sorakan para penonton.
Ashley merasa haus secara tiba-tiba. Dia mengambil botol minuman dia yang diletakkan di tepinya. Baru saja Ashley membuka penutup botol dan meminumnya, botol itu sudah pun diambil dari tangannya.
Ashley terkedu dan dia memandang siapa yang mengambil botol itu.
Steven terus menegur air di dalam botol itu. Badannya yang berpeluh-peluh itu menunjukkan yang Steven bersungguh-sungguh dalam permainan.
Ashley masih diam membatu di sana sambil memandang Steven. Botol minuman saya...
Ashley memandang saja hujung botol minuman itu menyentuh bibir Steven.
Terus saja wajah Ashley menjadi merah. Kenapa dia minum begitu? Saya kan sudah minum dari botol tu? Kenapa dia tidak minta minuman baru?
Steven menghabiskan semua isi botol itu. Dia menyerahkan botol itu kembali pada Ashley, tidak menyedari dengan tindakannya tadi.
"Thanks, Ash... Sorry sebab ambil. Saya tak sempat nak buka botol baru," kata Steven. Sesaat kemudian, dia sudah pun masuk kembali ke dalam gelanggang permainan.
Ashley masih lagi bingung di tempat dia duduk. Dia memandang botol di tangannya. Ashley pun meletakkan botol minuman itu di tepinya.
Ashley pun mengambil botol minuman yang baru dan meminumnya. Bila teringat kembali pada kejadian tadi, wajah Ashley menjadi merah lagi.
Pertandingan pada petang itu berlangsung dengan lancar. Pasukan bola keranjang sekolah Ashley menang melawan pihak lawan dan itu cukup untuk membuatkan Coach Dhin gembira.
Setelah pertandingan selesai, semua yang ada di dalam dewan pertandingan pun beransur-ansur pulang.
Ashley tidak segera pulang ke rumah. Dia kembali ke kelab untuk mengambil semula semua barangnya.
Ashley memandang ke arah baju putih yang dia pakai. Dia tersenyum kecil bila teringat baju itu milik Kenzie.
Baru saja dia terfikir tentang Kenzie, pintu kelab dibuka dari luar.
Ashley terus menoleh ke pintu dan melihat Kenzie. Kenzie juga memandang ke arah Ashley. Untuk sesaat, mata mereka bertembung.
Kenzie terus masuk ke dalam dan mendekati loker dia. Steven dan Eden masuk bersama Kenzie.
"Oh, Ashley. Kau ada di sini pula. Kau tahu tak, Bryend cari kau tadi. Entah apa yang dia mahu," kata Steven sambil mendekati loker dia sendiri.
Berkerut dahi Ashley mendengar kata-kata Steven. "Bryend cari saya? Nak buat apa?"
Steven hanya menjungkitkan bahunya. "Entah. Akhir-akhir ni, asyik kau saja yang dia cari."
PANG!
Semua orang menoleh ke arah Kenzie bila Kenzie menutup pintu loker dengan kuat sehingga membuat bunyi bising. Sedar dengan tindakannya, Kenzie memandang semua orang dengan wajah selamba dia.
"Apa?"
Ashley membiarkan saja Kenzie dan dia memandang ke arah Steven lagi. "Dia tidak cakap apa-apa? Mungkin dia ada nak bagi saya?"
"Dia tidak cakap apa-apa. Dia cuma cari kau saja," balas Eden.
Ashley berfikir sejenak. Kenapa Bryend nak cari saya pula? Dia ada nak cakap apa-apa pada saya kah?
"Jom lah kita jalan." Kenzie memandang ke arah Ashley. "Kau nak pulang bila?"
"Saya pun dah nak pulang ni."
"Jadi, marilah pulang bersama-sama. Kau masih ikut guna bas?" tanya Eden.
"Tak... Saya sudah sembuh. Jadi, saya sudah boleh guna basikal saya lagi," jawab Ashley.
"Baguslah. Kita boleh singgah di kedai Sunflower nanti," balas Steven.
Empat orang itu pun keluar dari bilik kelab. Mereka pun menuju ke tempat letak basikal. Di sana, Bryend dan yang lain sedang menunggu.
"Ashley... Itu pun kau. Kau nak ikut saya pulang?" tanya Bryend. Wajahnya penuh dengan pengharapan agar Ashley boleh ikut dia pulang hari ini.
"Saya..."
"Ashley ada bawa basikal dia hari ini. Kau tak perlu risau dengan dia," balas Kenzie. Tanpa memandang ke arah Bryend atau Ashley atau kawan-kawannya, dia terus mendekati basikalnya.
Ashley memandang Kenzie.
Bryend memandang Kenzie.
Yang lain juga memandang Kenzie.
Suasana sunyi mula memenuhi tempat itu.
Harian pula Bryend bila melihat Kenzie menjawab demi pihak Ashley. Dia boleh rasa yang Kenzie tidak suka dengan pertanyaan Bryend pada Ashley tadi. Kenapa juga Kenzie tidak suka? Dia bukannya peduli dengan Ashley sangat pun...
"Ya, Bryend. Saya bawa basikal saya hari ini sebab saya sudah sembuh." Ashley tersenyum ke arah Bryend sebelum dia bergerak ke basikalnya. Takkan dia nak tanya pasal ini saja? Sebab itu dia cari saya?
Bryend memandang ke arah Ashley. Jelas ada rasa hampa di wajahnya namun cepat-cepat dia menutup perasan itu, takut kawan-kawannya akan melihat wajahnya itu.
Steven merenung wajah Kenzie yang dingin itu. Meskipun Kenzie hanya menunjukkan wajah dingin dia, wajah dingin yang biasa dia tunjukkan, Steven masih boleh nampak api kemarahan di mata Kenzie.
Kenzie marah? Tapi kenapa... Pasal apa? Dia dari bilik kelab lagi moody semacam. Takkan pasal Ashley dengan Bryend ni?
Steven menggeleng kecil. Tidak mahu ada orang nampak. Kenzie, Kenzie.... Dia ni.... Itu nak marah...
Setelah semua orang naik ke basikal masing-masing, mereka pun beredar dari kawasan sekolah.