webnovel
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Hanya Memberi?

Ashley dan Mellisa masuk ke kafe pada waktu rehat itu untuk membeli makanan.

Ketika mereka masuk, semua pelajar yang ada di sana hanya memerhati mereka. Tapi mata mereka semua mengarah ke arah Ashley.

Mellisa melintasi dua orang pelajar perempuan. Terus saja dua orang pelajar perempuan itu menyapa Mellisa.

"Hai, Mellisa?"

Mellisa memandang ke arah mereka lalu dia tersenyum ke arah mereka dengan tangan dia dilambai ke arah mereka.

"Hai!!"

Mellisa dan Ashley terus berjalan menuju ke kaunter. Setelah membeli, mereka mencari tempat duduk mereka. Di sana, beberapa orang pelajar pula menyapa Mellisa.

Mellisa masih sama, tersenyum dan membalas kembali sapaan itu.

Ashley menjadi kagum bila banyak orang yang menyapa Mellisa. Di perpustakaan tadi pun, ada beberapa orang pelajar menyapa Mellisa. Malah ada juga lelaki yang datang ke arah Mellisa.

"Wah, banyak pelajar sapa kau hari ni, lebih banyak dari yang biasa. Ada apa-apa yang berlaku kah?" tanya Ashley sambil memakan makanan yang dia beli.

Mellisa sekadar tersenyum kecil. "Kemarin, kami ada perlawanan persahabatan dengan sekolah lain. Kami menang."

Ashley terlopong kagum lagi. "Mesti kau yang banyak peran ni, kan? Sebab tu semua orang sapa kau macam tu," kata Ashley pula.

Mellisa hanya menyelak rambutnya ke belakang dengan gaya minta puji. "Biasalah... Saya kan center. Of course semua orang akan tengok saya."

Ashley hanya ketawa mendengar kata-kata Mellisa. Mereka berdua pun kembali makan makanan mereka. Tidak lama kemudian, dua orang pelajar lelaki datang ke arah mereka dan terus memberikan dua kotak susu yang besar di atas meja di tepi tray Mellisa.

"Hai, Mel.. Ini susu untuk kau!"

Mellisa dan Ashley berhenti makan dan mereka memandang kotak itu. Kepala mereka terus menoleh ke arah pelajar yang memberikan kotak itu.

Dua orang pelajar itu sudah berjalan pergi setelah mereka meletakkan kotak susu itu.

Ashley terus memandang ke arah Mellisa dengan jelingan usikan. "Uuuh, untungnya kau Mellisa. Ada orang belikan kau susu!!!"

Mellisa hanya mencebik dengan wajah selamba. "Sekadar kotak susu, kau nak bangga apa?"

"Yelah, bangga lah ada kawan popular macam kau. Saya pun belum pernah ada orang buat macam ni. Sedangkan crush saya pun tidak pernah sedar saya suka dia. Kalau macam ni, kau yang lebih dulu tamatkan alam single ni tau!" kata Ashley pula. Selepas itu, dia ketawa berdekah-dekah pula.

Mellisa sekadar tersenyum kecil dengan kata-kata Ashley. Ada juga dia terasa lawak dengan apa yang Ashley katakan itu. Mellisa meneruskan suapan ke mulut.

Ashley memandang ke arah kotak susu itu. Tiba-tiba, dia teringat akan masa dia membeli di Sunflower Supermarket bersama dengan Kenzie dan kawan-kawannya. Terus saja senyuman manis terukir di bibir dia bila dia teringat akan memori itu.

Tidak lama kemudian, Ted pun datang dan dia duduk di tepi Ashley. "Hai, Ash. Hai, Mellisa!"

"Hai, Ted!" Ashley membalas.

"Hai!" Mellisa juga membalas.

"So, kau dari mana saja ni? Tadi bukan main awal kau keluar dari kelas, tapi kami pula yang awal datang ke sini," kata Ashley pula.

Ted mengeluarkan sengihan dia sehingga menampakkan dia seperti seorang kanak-kanak. "Saya pergi jumpa dengan Coach Alex tadi... Tanya pasal kelab bola sepak."

"Oh yala.. Kau kan mau masuk kelab bola sepak. So, how is it?" tanya Ashley.

"Yeah, everything is under control. Bila saya tunjukkan result negeri saya, Coach Alex terus tarik saya masuk," kata Ted dengan wajah gembira.

"Wah, kau ada sijil negeri...?? Bagusnya!" kata Mellisa pula.

Sekali lagi Ted hanya tersengih, menampakkan gigi dia yang putih berseri itu. "Kau pun apa kurangnya, Mellisa... Masa saya bergerak ke sini dari bilik guru, semua pelajar di sekeliling saya bercerita pasal kau. Mereka cakap kau sangat berbakat dalam netball.. Silap hari bulan, kau yang akan dipilih masuk peringkat negeri nanti," kata Ted pula.

Mellisa sekadar menunduk sedikit sambil tersenyum. "Kau ni, Ted.. Itu cuma orang cakap lah.. Bukan yang kau nampak!"

"Maybe I haven't seen it but when people say about it, they already saw it. So, mesti apa yang dorang cakap tu, betul...." Ted pula berkata.

Mellisa sekadar tersenyum malu.

Ashley sekadar mendengar. Untungnya Kawan-kawan saya ni.. Dorang ada sukan untuk dikongsikan.. Saya sebagai assistant saja, apa itu boleh dibanggakan juga?

Perbualan Ted dan Mellisa diganggu dengan kehadiran dua orang pelajar perempuan pula. Tiga orang pelajar itu menoleh ke arah pelajar perempuan itu.

"Hai... Urmm.. Urmm... Kami dengar kau adalah pelajar baru di sini.. Boleh kami tau siapa nama kau?" tanya pelajar perempuan yang paling depan kepada Ted.

Ted memandang ke arah Mellisa dan Ashley sebelum dia memandang ke arah dua orang pelajar perempuan itu lagi. Dia tersenyum kecil sebelum berkata," Saya Ted Aaron. Just call me Ted. Kenapa korang datang tanya pasal itu?"

"Ooohh, Ted.."

"Ted, i--ini ada beberapa coklat untuk kau.. Ambil lah.. Kami ikhlas nak bagi," kata pelajar perempuan itu.

Beberapa coklat saja dia cakap, tapi bila dia letak atas meja.... Ada lima sampai sepuluh paket coklat yang besar-besar.

Terkejut Ashley dan Mellisa melihat coklat itu.

"Eh, saya okey, saya okey.. Korang tak perlulah bagi saya banyak macam ni," kata Ted sambil mengayunkan tangan dia tanda dia tidak mau. Ted serba-salah bila melihat paket coklat yang banyak itu. Mesti banyak duit dorang habiskan beli coklat ni...

"Tak apa... Kami berdua cuma beli satu paket seorang... Yang lain tu, kawan-kawan kami yang bagi.."

"Dorang ada di meja sana tuu.. Sanaaa!"

Ted menoleh ke meja yang ditunjukkan. Ashley dan Mellisa juga ikut menoleh. Ada sebuah meja dengan sekumpulan pelajar dengan bilangan 4 sampai 6 ada di meja sana. Mereka kelihatan seperti orang-orang kaya.

Patutlah boleh beli coklat besar dan banyak. Orang kaya rupanya...

Kumpulan pelajar itu pun melambai ke arah Ted bila Ted memandang ke arah mereka. Ted hanya tersengih sambil melambai.

"Itu saja.. Kami pergi dulu ya. Selamat menjamu selera." Usai berkata, dua orang pelajar itu pun terus meninggalkan meja itu. Mereka segera pergi ke meja tempat kawan-kawan mereka yang lain.

"Wah, tak sangka kau Ted. Baru hari kedua kau sudah ada peminat? Gila lah... Mesti di sekolah lama pun kau popular kan?" kata Mellisa pula.

Ted sekadar tersengih. "Tak lah.. Mana banyak pun.. Yang lain cuma selalu kejar saya ke mana saya pergi," kata Ted.

Ashley yang sedang makan itu tersedak dengan makanan dia sendiri sampaikan dia terbatuk-batuk. Ted segera menyerahkan minuman Ashley kepada dia.

"Kau cakap tidak cukup popular?? Kau kena kejar dengan fans gila, kau masih cakap tidak popular?" tanya Mellisa pula.

"Yalah, jadi mau cakap apa lagi?" kata Ted pula.

Belum sempat Mellisa menjawab, terdengar suara orang berteriak gembira dari pintu kafe.

Jadinya, semua orang menoleh.

Di pintu kafe, terdapat lapan orang pelajar lelaki yang sedang berjalan dengan langkah selamba tapi penuh menggiurkan masuk ke kafe.

Siapa lagi kalau bukan Kenzie dan kawan-kawannya.

Terdengar suara pelajar perempuan semakin galak bersorak.

Ashley juga ikut melonjak gembira. Namun dibandingkan dengan peminat lain, dia hanya melonjak di tempat dia duduk dan selepas beberapa minit, dia hanya mendiamkan diri lagi. Berlagak seolah-olah dia langsung tidak buat apa-apa.

"Wah, this guys are really popular, right? Dorang kah pelajar nombor satu paling popular di sini?" tanya Ted.

Baru Mellisa mau buka mulut mau menjawab, Ashley sudah memotong. "Bukan dorang semua.. Cuma yang di tengah-tengah saja." Dan maksud Ashley yang di tengah-tengah ialah Kenzie.

Mellisa hanya memusingkan anak matanya dengan jawapan Ashley. Dia pun menjawab soalan Ted lagi, "Ya, dorang lah kumpulan pelajar paling popular di sekolah ni.. Pendek kata, kalau kau berkawan dengan dorang, kau pun ikut popular."

Mellisa menjeling Ashley yang sedang mencuba menahan dirinya daripada melonjak gembira. Dia memusingkan lagi anak matanya, sedikit meluat dengan sikap Ashley.

Semua pelajar memerhati kumpulan Kenzie berbaris di kaunter makanan. Setelah itu, mereka ke tempat duduk yang kosong.

Tiba-tiba, Bryend bangun dan dia mendekati meja tempat Ashley duduk.

Semua pelajar yang melihatnya terkejut.

Bryend terus meletakkan satu tin minuman di tepi tray Ashley. Ashley terkejut lalu dia memandang ke arah Bryend.

Bryend hanya tersenyum kecil sambil mengenyitkan matanya ke arah Ashley. "Bon appetite!"

Bryend memandang ke arah Mellisa sebelum menyapa, "Hai, Mel!"

Bryend memandang ke arah Ted. "Hey, bro!" Lalu dia dan Ted membuat 'fist bump'.

Setelah itu dia kembali ke tempat duduk dia. Ashley hanya mengekori langkah Bryend ke tempat duduk dia dengan anak mata. Bila Bryend duduk, Ashley melihat Jeremy dan Herry melambai ke arah dia. Jared dan Charles melambai kemudian. Hanya Kenzie, Steven dan Eden saja yang menoleh ke arah Ashley tanpa melambai.

Ashley tertawa kecil sambil dia membalas lambaian itu.

Terus saja kafe itu gamat dengan bisikan semua pelajar. Mereka bergosip tentang Bryend yang datang pada Ashley hanya untuk memberi minuman tin tadi.

Hanya memberi??

Semua pelajar perempuan berasa cemburu kerana Ashley mendapat layanan seperti itu dari Bryend kerana selama ini Bryend tidak pernah melayan perempuan lebih dari sekadar berbual atau saling menyapa.

Apa yang dilakukan oleh Bryend pada Ashley... Adalah yang pertama kali dalam sejarah.

So, of course, semua orang akan terkejut...

Mellisa menggenggam erat sudu di tangannya sambil dia memandang Ashley yang masih melambai ke arah kumpulan Kenzie tadi. Rasa iri hati mula menguasai hatinya...

Mellisa memandang ke arah tin minuman yang diterima oleh Ashley dan memandang ke arah kotak susu yang dia terima.

Menerima minuman dari pelajar biasa dan minuman dari pelajar popular adalah dua perkara yang berbeza dan kesannya berbeza.

Mellisa benci bila ada orang lain lebih popular dari dia sendiri. Lebih-lebih lagi orang yang paling dekat dengan dia.

Oleh kerana tidak tahan, Mellisa terus berjalan membawa tray dan dua kotak minuman itu pergi dari sana.

Ted bingung melihat Mellisa berdiri dan pergi. "Eh, Mellisa... Kau mau pergi mana ni? Kau belum siap makanlah!"

"Korang terus makan sajalah... Saya ada hal dengan ketua kelab saya..." Mellisa berkata memberi alasan.

Ashley juga ikut bingung dengan tindakan Mellisa. Dia dan Ted saling berpandangan sebelum mereka meneruskan makan, seolah-olah tidak kisah dengan keadaan Mellisa yang sudah marah itu.

Setelah jauh dari kafe, Mellisa berhenti di sebuah lorong yang sunyi dan kosong. Mellis memandang dua kotak minuman tadi. Dia merengus geram sebelum Mellisa membuang kotak itu ke dalam tong sampah.

Mellisa terus berjalan meninggalkan tempat itu.