MASA berlalu begitu cepat, sudah lebih setengah tahun Ashley melanjutkan pelajarannya di kolej.
Tiada perkara yang besar berlaku: selain daripada masa tertentu di mana Ashley bertembung dengan Kenzie.
Kali ini, Ashley tidak lagi melarikan diri seperti sebelum ini. Jika dia berjumpa dengan Kenzie, sama ada dia akan tersenyum atau menyapa lelaki itu.
Kenzie juga tidak mengabaikan Ashley. Dia akan membalas senyuman atau sapaan itu dengan sekali anggukan.
Walaupun Kenzie tidak pernah tersenyum padanya, bagi Ashley itu sudah cukup untuk membuatkan Ashley merasa gembira kerana Kenzie tidak mengabaikan dia.
Ashley sedang mengemas peralatan belajar dia kerana kelas pada tengah hari itu sudah selesai. Dia mahu ke kafe kolej setelah ini untuk mengisi perut bersama dengan Laura dan yang lain.
Sesudah menyusun, Ashley keluar dari kelas bersama tiga orang kawannya.
"Bulan depan ialah Festival Sukan di antara kolej dan universiti, kan? Festival ni mesti meriah. Saya sangat teruja menunggu Festival ni sebab ini pertama kalinya kita ikut Festival di kolej kita," kata Connie, mendekatkan kedua-dua tangannya rapat ke dada.
Angel dan Laura hanya tertawa lembut dengan perangai Connie.
"Saya rasa saya tak nak ambil bahagian dalam Festival ni... Saya nak menikmati tahun pertama saya dalam Festival ni saja. Korang macam mana?" tanya Anjel.
"Saya tidak tahu. Saya masih fikir lagi. Kalau acara-acara Festival nanti menyeronokkan, saya akan ikut serta," Laura menjawab.
Connie terus memandang Ashley yang berdiri di barisan paling hujung. "Kau macam mana, Ash? Kau rasa nak join?"
Ashley berfikir sekejap. "Entahlah... Saya tidak yakin kalau saya ada bakat nak ikut apa-apa acara. Tengoklah nanti macam mana."
"Saya nak join acara memanah," Connie berkata dengan suara gembira.
Semua kawan Connie memandang Connie dengan wajah terkejut.
"Kau tahu memanah, Connie? Wow?" Laura melopong besar.
Connie tersengih kecil. "Saya tidaklah berbakat sangat. Cuma, saya belajar memanah sejak saya kecil sebab datuk saya yang paksa saya. Lama-lama tu, saya makin suka pula dengan memanah ni."
"Wow, bagusnya kau ada bakat memanah. Good luck, Connie. Saya akan support kau sentiasa!" kata Anjel, menunjukkan kedua tangannya digenggam erat, tanda semangat kepada Connie.
Connie mengangguk dengan wajah yakin.
"Oh, ya... Raquel pun nak ikut apa-apa acara kah? Ash, kau tahu apa yang akan dia ikut?" tanya Laura, mengalihkan pandangannya ke arah Ashley.
"Mungkin dia akan ikut acara tenis. Dia sangat mahir dalam tenis," kata Ashley.
Tiga orang kawannya mengangguk tanda faham.
Mereka pun tiga di kafe. Setelah mengambil pesanan dan membayarnya, mereka pun mencari tempat duduk mereka sendiri.
Untung saja masa itu, kafe lenggang tanpa pelajar lain. Sambil menjamu selera, mereka melanjutkan topik perbualan mereka.
"Saya dengar kalau Kenzie akan ikut acara bola keranjang. Saya rasa kebanyakan pelajar perempuan di kolej kita ni akan pergi pergi tonton acara bola keranjang berbanding acara lain," Anjel berkata.
"Hermm, human kebanyakan lagi... Tapi semua pelajar perempuan. Kenzie kan memang lelaki terkenal di kolej kita. Hairan saya, dengan wajah dia begitu, kenapa Kenzie tidak jadi model atau artis saja?" Laura mencelah sambil memasukkan telur goreng ke dalam mulutnya.
"Betul tu, Kenzie ada wajah yang tampan. Sayang, dia tidak jadi model. Kalau dia jadi model atau artis, saya bolehlah minta dia tandatangan," Giliran Connie untuk bercakap.
"Kalau dia jadi artis atau model, korang mana ada peluang untuk berjumpa dengan dia lagi. Korang tidak akan ada peluang untuk minta tangan dengan dia pun," kata Ashley dengan suara yang biasa-biasa saja.
Tiga orang kawan perempuan Ashley itu tersedar setelah mendengar perkataan Ashley.
"Ha-ah lah... Kalau dia jadi model atau artis, kita mana dapat jumpa dia macam kita jumpa dia sekarang."
Perbualan mereka terhenti apabila ada dua orang lelaki datang ke meja tempat mereka makan.
Kenzie terus mengambil tempat duduk di sebelah Ashley sementara Steven duduk di sebelah Laura, yang berhadapan dengan Kenzie.
"Hello, girls! Korang tidak kisah kalau kami duduk di sini, kan?" kata Steven. Dengan sengihan lebar dia memandang empat orang perempuan itu.
"Duduk saja, kami mana kisah!" kata Connie pula.
Kenzie tidak bercakap banyak dan terus makan makanan tengah hari yang dia bawa. Ashley hanya menatap Kenzie kerana lelaki itu duduk di sebelahnya. Namun sebaik saja Kenzie memusingkan kepalanya ke arah Ashley, Ashley segera memandang ke depan dan fokus kepada makanannya.
"Saya nampak korang sedang bercerita dengan rancak. Korang cerita apa?" tanya Steven.
"Kami cerita tentang Festival Sukan tak lama lagi. Lagipun, ini first time kami ikut Festival di kolej ni," Connie mengambil langkah untuk menjawab Steven terlebih dahulu.
"Oh." Steven mengangguk. "Pasal Festival tu... Korang nak join mana-mana acara? Lebih menyeronokkan kalau korang join daripada hanya jadi penonton saja."
"Saya tidak berminat untuk ikut tahun ni sebab saya nak enjoy untuk first year saja dulu. Saya rasa yang lain nak join mungkin," Giliran Anjel bercakap.
"Siapa?" Steven memandang wajah perempuan yang lain silih berganti. "Korang nak join apa?"
"Connie cakap dia nak ikut acara memanah. Saya dan Ashley masih berfikir nak ikut apa," Laura menjawab pula bagi pihak kawan-kawannya.
Steven memandang ke arah Ashley pula. "Kau tertarik nak ikut acara apa, Ash?" tanya Steven.
"Entahlah... Mungkin saya ikut tenis. Raquel juga akan ikut acara tenis nanti," jawab Ashley, dengan fokus dia masih kepada makanan.
"Tenis? Saya tidak tahu pun kau main tenis?" kata Steven.
"Saya belajar main tenis selepas saya pindah ke sini enam tahun yang lalu. Tapi saya cuma tahu main tenis, saya tidak ada bakat lain," kata Ashley, tersenyum dengan gaya tersipu-sipu malu.
"Lebih baik ada satu daripada langsung tiada," kata Kenzie. Dia tidak memandang ke arah Ashley apabila dia bercakap begitu. Sebaliknya hanya makan saja.
Tanpa sedar, Ashley sudah pun menoleh ke arah Kenzie. Setelah mendengar kata-kata Kenzie, dia merasa sedikit rasa hangat yang muncul di hatinya.
Bibirnya menguntum senyuman tanpa disedari namun dengan cepat Ashley menyembunyikannya dengan memakan makanannya.
"Saya nak tengok kau main lah, Ash... Saya tidak pernah nampak kau main tenis. Kan, Kenzie... Kau pun nak pergi tengok Ashley main juga kan?" Steven terus menunjukkan jari telunjuk kanan ke wajah Kenzie.
Kenzie jadi beku di tempatnya untuk beberapa minit dengan matanya memandang ke wajah Steven. Dalam hatinya, dia memang mahu menonton Ashley main.
Ashley juga memandang ke arah Kenzie tanpa sedar. Dia mahu tahu apa yang akan dijawab oleh Kenzie. Adakah dia akan pergi atau tidak?
Kenzie baru saja membuka mulutnya, mahu menjawab 'ya' apabila suasana mereka terganggu dengan kedatangan Lina.
Lina meletakkan buku yang dipegangnya dengan kasar ke meja dan segera duduk dengan wajah suram di sebelah Kenzie.
Semua orang berhenti makan dan memandang buku yang diletakkan kasar ke atas meja sebelum mereka memandang ke arah Lina.
"Kenzie, why did you leave me alone again? Kalau nak makan di sini, kenapa kau tak bawa saya?" Lina mengeluarkan suaranya manjanya sambil memeluk lengan Kenzie.
Kenzie memandang Lina, wajahnya bertukar menjadi seribu kali lebih dingin dengan sikap Lina yang tiba-tiba menyentuh tangannya.
"Saya sedang makan, jangan kacau saya!"