webnovel
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Diculik Dengan Perogol Bersiri(3)

"ASHLEY!??"

Ashley menoleh bila ada orang memanggil namanya.

Lelaki itu juga berhenti bergerak dan dia menoleh ke belakang, tepat di mana suara itu berasal.

Lima langkah dari mereka, ada seorang perempuan sedang berdiri dan memandang mereka.

"Kau sudah jumpa dia?? Bagus!! Sekarang bawa dia!!" kata Raquel sambil mendekati lelaki itu.

Raquel mungkin ingat lelaki yang memegang Ashley ini adalah kawannya tapi dia tidak tau kalau lelaki ini adalah seorang perogol bersiri.

Ashley terkejut dengan kehadiran Raquel. Kalau Raquel ada bawa kawan lelaki dia yang lain, tidak mengapa sebab mereka dapat melawan perogol ini. Tapi malangnya, hanya Raquel yang datang.

Lelaki tadi tidak menjawab malah dia berdiri dan memandang Raquel. Senyuman lebar muncul di bibirnya apabila dia melihat ada wanita lain datang ke sana. Bertambahlah mangsa dia malam ini.

Belum sempat Ashley memberi amaran, lelaki itu sudah pun menolak Raquel dengan kasar ke jalan, di sebelah Ashley.

"Ah, aduuuhhh!!" teriak Raquel.

Dia terus memandang lelaki tadi dan mau memarahi lelaki itu kerana berani menolak Raquel dengan kasar ke jalan. Namun sebaik saja dia melihat wajah lelaki itu, Raquel terkejut.

"Siapa kau??!" tanya Raquel dalam keadaan terkejut.

Lelaki itu terus ketawa terbahak-bahak. "Saya ada lagi mangsa lain. Tak sangka saya dapat tuah begini!"

Mendengar itu, Raquel terkaku di tempatnya. Kenapa saya rasa lelaki ni ada niat jahat?

Tanpa menunggu lama, Ashley terus menendang lelaki itu menjauhi mereka. Memandangkan lelaki itu tidak lagi memegangnya, Ashley sudah bebas.

Lelaki itu terus terjatuh ke belakang bila Ashley menendang dia.

Dengan cepat, Ashley berdiri dan bersedia untuk berlari meninggalkan tempat itu.

Melihat Raquel masih tidak bergerak itu, Ashley berpaling ke belakang dan segera menarik tangan Raquel. "Raquel, marilah!!! Kau mau ditinggalkan di sini kah??"

Dua orang gadis itu pun terus berlari meninggalkan tempat itu.

Walaupun Raquel sudah berbuat jahat pada dia selama ini, Ashley masih mau menolong dia. Ashley juga tidak sanggup kalau Raquel dibunuh oleh lelaki itu. Lagi-lagi bila Ashley ada di tempat kejadian dan tidak mau menolong Raquel.

"Tak guna!!" teriak lelaki itu. Dia terus berdiri dan mengejar Ashley dan Raquel.

"Kau----Macam mana kau boleh jumpa dengan orang gila tu??" tanya Raquel sambil terus berlari bersama dengan Ashley.

"Itu bukan orang gila lah... Dia tu perogol bersiri yang dicari pihak polis. Seriously, kau tidak tengok berita kah?" kata Ashley pula.

"Apa, perogol bersiri??" teriak Raquel terkejut.

"Hoi, kamu berdua nak ke mana tu!!!!?? Kamu tak akan terlepas dari saya!!!" teriak lelaki yang mengejar mereka dari belakang itu.

Malang sekali, lelaki itu berlari lebih laju dari Ashley dan Raquel. Dengan cepat, dia menyambar kolar baju dua orang perempuan itu dari belakang.

Terus sahaja Ashley dan Raquel terhenti daripada berlari. Mereka mencuba untuk meronta-ronta supaya mereka terlepas namun sayangnya, pegangan lelaki itu lebih kuat.

Lelaki itu terus menarik mereka dengan kasar ke belakang sampai Raquel dan Ashley terjatuh ke tanah.

"Oh, nak lari eh!? Korang ingat rapat lari dari saya lagi kah?"

Ashley terus berundur ke belakang dengan laju sementara Raquel pula mula merangkak ke arah yang bertentangan.

Apapun yang berlaku, mereka perlu pergi dari sana!

Lelaki tadi terus menarik kaki Ashley memandangkan Ashley sudah semakin jauh. Ashley terjerit kecil bila kakinya ditarik.

Pada masa yang sama, Raquel mengeluarkan telefonnya dan cuba menghubungi kawan-kawannya untuk menyelamatkan Raquel.

Lelaki tadi melihat apa yang Raquel ingin lakukan lalu dia bertindak merebut telefon itu. Kerana marah, lelaki itu terus menumbuk wajah Raquel dengan tangannya masih menggenggam telefon milik Raquel.

Raquel terus terbaring lagi di atas tanah sambil mengerang kesakitan. Ashley melihat itu dan dia terus menendang lelaki tadi.

"Argh, tak guna! Berani kau!!" Lelaki itu terus menggenggam erat tangan Ashley. "Oleh kerana kau yang paling banyak melawan, apa kata kau yang lebih dulu layan saya!"

Ashley menjadi takut bila lelaki itu berkata begitu. Dia menggunakan berbagai cara untuk melepaskan diri dari lelaki itu.

Bila Raquel sedar yang lelaki itu tidak lagi memberi perhatian kepadanya, Raquel pun merangkak pergi dari sana.

"Kau nak pergi mana, hah!??" teriak lelaki tadi dan dia terus menarik rambut Raquel. Menjerit Raquel kerana kesakitan bila rambutnya ditarik.

Ashley terus menarik rambut lelaki itu pula bila lelaki itu juga cuba untuk mencederakan Raquel. "Raquel, tendang dada dia!!" teriak Ashley.

Raquel yang mendengar itu terus melayangkan tendangan dia ke dada lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu kembali terbaring di atas jalan dengan keadaan yang kesakitan.

Ashley dan Raquel terus berdiri. Mereka mau berlari pergi dari sana selagi lelaki itu masih terbaring di sana.

Bila mereka mula berlari, terkejut Ashley itu bila ada orang menarik tangannya. Ashley kembali berteriak dan dia segera melayangkan penumbuk dia ke arah orang yang memegang tangannya.

DUSH!

"Argh, aduh!"

Ashley berhenti meronta bila dia mendengar suara itu. Suara itu sangat dia kenal. Ashley segera menoleh dan dia terkejut melihat Kenzie sedang memegang pipinya dengan tangan sebelah, tepat di arah di mana Ashley tumbuk tadi.

"Senior!!" teriak Ashley.

Raquel juga berhenti tadi bila mendengar Ashley berteriak. Terkejut dia melihat Kenzie sedang memegang Ashley. "Raquel, macam mana kau ada di sini?" tanya Steven yang sedang bersama dengan Kenzie.

Terdengar pula bunyi orang sedang bergelut dan bila mereka menoleh, Jeremy dan yang lain sedang berusaha menahan perogol tadi.

"Kau kenal dengan lelaki ni, Ashley?" tanya Bryend.

Ashley terkejut melihat semua kawan Kenzie ada di sana bersama mereka. Entah macam mana mereka boleh jumpa Ashley dan Raquel di sana.

"Dia--dia tu perogol yang polis sedang cari," kata Raquel pula.

Semua lelaki itu terkejut dengan kata-kata Raquel.

Charles yang sedang memegang tangan lelaki itu terus menolak lelaki itu ke dinding. Terdengar lelaki itu mengerang kesakitan bila Charles berbuat begitu.

"Lepaskan saya... Saya tak bersalah. Kamu salah orang. Saya tak bersalah!!!!" kata lelaki itu, masih mencuba untuk membela diri dia.

"Diamlah!!! Baik kau simpan saja alasan kau sampai kau tiba di balai polis!" kata Eden pula.

"Korang berdua ni tak apa-apa?? Macam mana korang boleh ada di sini?" tanya Kenzie sambil memandang Ashley dan Raquel silih berganti.

Raquel serba-salah. Dia yang menyebabkan keadaan menjadi begini. Raquel memandang Ashley dan mereka berbalas pandang untuk seketika.

"Sebenarnya...."

"Panjang cerita dia. Nanti saya akan ceritakan," balas Ashley pula, memotong kata-kata Raquel.

Raquel terus memandang Ashley. Dia tidak menyangka yang Ashley akan berkata begitu. Raquel ingat yang Ashley akan menceritakan apa yang terjadi sebenarnya tapi malah Ashley memberi alasan lain pula.

"Hishh, inilah masalahnya kalau korang berdua tidak pulang ke rumah awal-awal. Bukan kau sepatutnya sudah pulang ke rumah, Ash? Kenapa kau masih di sini?" kata Kenzie mula memarahi Ashley.

Ashley hanya menunduk saja.

"Sudahlah Kenzie. Kita marah dorang lain kali. Mari urus perogol tu dulu dan hantar dorang dua pulang. Nanti parents dorang makin risau. Saya tengok Ashley dengan Raquel pun teruk ni," kata Steven.

Kesian dia dengan keadaan Ashley dan Raquel yang kotor itu kerana asik terjatuh di jalan yang kotor saja.

Kenzie mengeluh sekejap. Dia mengerling ke arah Ashley secara senyap-senyap. "Yalah, yalah.. Kita hantar dorang dulu.."

Kenzie pun mengarahkan Charles, Eden, Jared dan Herry untuk menyerahkan lelaki itu ke pihak polis. Manakala Steven, Bryend akan menghantar Ashley pulang. Sementara Kenzie dan Jeremy akan menghantar Raquel pulang.