ASHLEY menutup mulutnya sambil berdoa dalam hati agar dia tidak dijumpai di samping tong sampah besar itu.
Air mata jatuh ke pipinya kerana dia merasa sangat takut ketika itu.
Ashley tidak menyangka yang dia akan ditangkap oleh Raquel dan kawan-kawannya sebaik saja dia keluar dari Sunflower Supermarket itu.
Nasib baik sebelum Ashley dibawa masuk ke dalam sebuah kawasan sunyi, Ashley sempat melawan dan melarikan diri.
Ashley menangis lagi tapi tangannya menutup erat mulutnya, mengelakkan dia daripada mengeluarkan bunyi apa pun. Takut pula kalau Raquel dan kawan-kawan dia ada berdekatan dan kalau mereka dengar suara Ashley, mesti Ashley akan ditangkap lagi.
Oh God, tolong lah saya!!!
Ashley menutup matanya lagi dan air mata keluar lagi.
"Korang sudah jumpa dia?? Mana dia?? Cepat cari dia!!! Jahanam lah korang ni.... Saya baru saja nak merasa dia, dia sudah lari!" teriak satu suara.
"Eh, bukan kau saja nak rasa dia, alright?? Raquel sudah janjikan kita semua tau!!" kata suara lain.
"Saya tak kisah. Yang penting saya yang rasa dia dulu, baru korang boleh beratur di belakang saya. Sekarang, cari dia cepat!!"
"Hish, yalah!!"
"Ingat, kalau korang jumpa dia dulu.. Jangan buat apa-apa pada dia. Biar saya yang rasmi dulu baru korang!!" teriak lelak yang pertama tadi.
"Bisinglah kau ni.. Asyik kau saja yang pertama. Kami bila lagi rasa nak jadi yang pertama??" balas suara lain.
"Hish, ikut sajalah cakap saya. Ingat, mesti saya yang pertama kali dulu rasa!"
Ashley terus berusaha untuk tidak membuat bunyi sedikit pun.
Terdengar bunyi tapak kaki berlari meninggalkan tempat itu.
Ashley kembali tenang setelah tapak kaki itu berlari meninggalkan tempat itu. Bahaya pula kalau dorang tau Ashley ada di sana...
"Pelik pula... Dia berlari ke arah sini tadi.. Kenapa dia tiba-tiba menghilang??" kata satu suara.
Jantung Ashley kembali berdetak laju. Kenapa... kenapa lelaki ni belum lagi berambus? Kenapa dia masih ada di sini? Matilah saya..
Ashley semakin resah. Dia takut tapi dia berusaha untuk tidak membuat bunyi..
Dia mendengar bunyi tapak kaki bergerak tapi bukan mendekati tempat itu. Malah menjauhi kawasan tempat Ashley bersembunyi.
Ashley mengeluh lega dalam hati. Untunglah kalau lelaki itu pergi... Saya tak tau apa nak buat kalau dia tangkap saya di sini...
Ashley diam di sana untuk beberapa minit bagi memastikan yang tiada lagi kelibat orang-orang jahat tadi.
Terdengar kawasan itu menjadi sunyi. Beberapa ekor anjing di kawasan itu menyalak kuat. Entah siapa yang disalak...
Setelah memastikan yang orang jahat itu sudah tiada di sana, Ashley keluar perlahan-lahan. Dia memerhati sekeliling, cuba untuk memantau keadaan sekeliling namun gagal kerana keadaan tempat itu yang gelap..
Hish, tak guna... Kenapa tempat ni juga gelap??...
Tapi walaupun tempat ini gelap, ini tempat yang sesuai untuk Ashley bersembunyi sebab bayang dia pun tidak kelihatan.
Ashley terus berlari meninggalkan tempat itu. Dia berusaha mengingati di mana jalan yang akan membawa dia kembali ke Sunflower Supermarket. Kalau dia tidak silap, sekarang Senior dan kawan-kawan dia mesti sudah ada di kedai itu...
Boleh lah Ashley meminta tolong dengan dorang nanti..
Jalan punya jalan, Ashley tidak juga jumpa jalan keluar. Kawasan itu macam maze pula.. Di mana-mana dia pergi, Ashley akan tiba di tempat yang sama..
Ashley berhenti di satu tempat. Dia sudah penat sebab asyik berlari saja. Tapi Ashley nampak yang dia masih ada di tempat yang sama.
Jangan-jangan dia sudah sesat ni..
Memang sudah sesat pun..
"Eh, itu perempuan yang kita cari kan?" kata satu suara tidak jauh dari Ashley.
Ashley menoleh dengan keadaan terkejut. Dia menjadi takut melihat ada dua orang lelaki sedang mendekati dia.
Ashley tidak menunggu lama dan dia segera melarikan diri lagi.
"Hei, tunggu!!" teriak lelaki yang satu. Dia dan kawannya terus mengejar Ashley.
Ashley berlari mengikut hala tuju kakinya. Dia tidak tau hendak ke mana lagi masa ini. Apa yang dia tau, hanya perlu lari dari semua lelaki ini.
Ashley menyimpang ke sebuah simpangan. Dia berharap agar dia dapat melarikan diri dari dua orang lelaki itu. Malangnya, dia ditarik oleh seseorang pula dan mereka bersembunyi di kawasan yang tersembunyi dan agak gelap.
Ashley menjadi takut bila orang yang menarik dia sebab Ashley tidak kenal siapa orang itu. Namun memandangkan dia sudah menolong Ashley untuk bersembunyi pada masa ini, Ashley hanya mendiamkan diri saja.
Terus saja lelaki itu menutup mulut Ashley dan memberi isyarat untuk mendiamkan diri.
Ashley kenal orang yang menarik dia tadi itu sebagai seorang lelaki kerana tangan dia yang lelaki itu gunakanlah untuk menutup mulut Ashley sangat kasar, macam tangan seorang lelaki.
"Mana perempuan tadi tu?? Cepat betul dia lari.. Tak guna betul!!!" kata satu suara lelaki.
Ashley terus menutup matanya dan mendiamkan diri. Dia dapat rasa tangannya bergetar kerana ketakutan.
"Hishh.... Cepat betul perempuan tu lari. Sudahlah tempat ni gelap betul!!! Kempunan kita!!!" kata lelaki yang satu lagi.
"Marilah kita terus cari dia.. Kalau kita terlepas dia, Raquel marah kita pula. Saya yakin kalau perempuan tu masih ada di dekat sini."
Terdengar bunyi tapak kaki menjauhi tempat itu. Bila tiada sudah tapak kaki dari dua orang lelaki itu sudah hilang, Ashley mengeluh lega dalam hati.
Serta-merta, Ashley teringat akan lelaki yang sudah menolong dia. Lelaki itu masih menutup mulut Ashley.
Siapa? Ashley berkata dalam hati.
Tiba-tiba, sahaja lelaki itu terus menarik tangan Ashley pergi ke suatu tempat.
Ashley terkejut.
"Hei, kau nak buat apa ni?? Kau nak bawa saya ke mana?" tanya Ashley.
Lelaki itu terus menggenggam erat pergelangan tangan Ashley. Ashley mengerang kesakitan dan cuba untuk menarik kembali tangannya. Tiba-tiba sahaja dia merasa tidak sedap hati dengan orang itu.
"Jangan cuba nak lari. Saya sudah selamatkan kau. Kau patut ikut saya diam-diam. Kalau tidak saya serahkan kau kembali pada orang-orang jahat itu!" kata lelaki itu dengan suara yang perlahan namun ada bunyi ugutan di setiap bait kata yang dia ucapkan.
Ashley kembali menjadi takut. Dia semakin meronta-ronta. Dia ingin berteriak meminta tolong tapi dia takut juga kalau orang-orang Raquel akan menjumpai dia di sana.
"Diamlah... Ikut saja saya!!" kata lelaki itu dengan kasar. Dia terus menarik Ashley secara paksa walaupun Ashley tidak mau.
"Lepaskan saya.... Saya tidak mau ikut kau!!" kata Ashley.
Kerana tidak tahan dengan kelakuan Ashley, lelaki itu terus menarik rambut Ashley untuk mengikuti dia. Satu tangan lelaki itu masih menarik tangan Ashley.
Ashley mengadu sakit bila rambutnya ditarik. Astaga, nak buat apa ni?? Lelaki ni pun jahat juga kah?? Harap-haraplah saya tidak diapa-apakan oleh lelaki ni...
Sampai di satu hujung lorong, lelaki itu terus menolak Ashley ke atas jalan yang berlopak. Di sekeliling kawasan itu hanyalah sampah yang dibuang merata-rata dan tong sampah.
Ashley menjerit kecil bila tubuhnya ditolak ke depan. Dia memandang sekeliling sebelum dia memandang ke arah lelaki itu lagi. Habis basah bahagian skirt sekolah dia kerana terduduk di atas lopak air.
"Kau--Kau siapa?? Ap--apa ka--u mau??" tanya Ashley tersekat-sekat.
Terdengar suara tawa yang sinis keluar dari lelaki tadi.
Ashley tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu kerana dia memakai topi dan hoodie yang hitam. Ditambah lagi di kawasan itu hanya diterangi dengan lampu jalan yang jauh sana.
Ashley merangkak secara mengundur ke belakang. "Tolong, encik.. Lepaskan saya.."
"Itu masalah kau, perempuan. Siapa suruh kau masih berkeliaran di luar rumah masa malam-malam macam ni?? Orang tua kau tak bagi tau kau untuk duduk di rumah bila malam tiba kah??" kata lelaki itu.
Ashley bingung. Kerana dia takut dan panik tidak tau hendak berbuat apa, Ashley tidak dapat berfikir benda lain selain pergi dari tempat itu.
Lelak tadi mendekati Ashley setapak demi setapak... Menjadikan Ashley semakin takut dan cemas.
Ashley terus berundur. Dia tidak kisah jika skirt sekolah dia semakin kotor dengan air lopak.
Ashley berdiri dan berusaha menghindar dari lelaki itu.
Namun ternyata lelaki itu tau apa yang ingin Ashley lakukan. Lelaki itu dengan cepat menangkap Ashley dengan memegang pinggang Ashley. Dia memeluk Ashley dari belakang dan sebelah tangannya lagi terus memegang leher Ashley, seolah-olah dia mau mencekik Ashley dari belakang.
Ashley terkejut. Dia mau berteriak namun nafas lelaki itu sudah ada di telinganya membuatkan Ashley diam tidak bergerak.
"Tak sangka perempuan pertama yang saya jumpa malam ni adalah seorang perempuan yang cantik.. Dah tu seksi pula tu! Hahahaa..."
Ashley tergamam. Secara tiba-tiba, otaknya teringat akan kes perogol bersiri yang sudah ada di bandar mereka.
Jangan.... jangan cakap yang lelaki ni adalah perogol bersiri tu.... Tidak!
Lelaki itu terus menolak Ashley kembali ke atas jalan berlopak itu lagi dengan suara ketawa yang mengilai mula kedengaran.
Ashley terus berundur ke belakang dengan cepat. Dia tidak sedar yang air mata ketakutannya sudah mengalir deras di matanya.
Lelaki itu terus mendekati Ashley. Dia terus memegang kaki Ashley dengan kasar.
Ashley menjerit terkejut kerana kakinya dipegang. Dia menendang lelaki itu dengan kaki sebelahnya.
Lelaki itu terus mengelak dan dia memandang Ashley dengan senyuman mengerikan tapi tidak disedari oleh Ashley.
"Seorang yang ganas?? Boleh tahan..."
Lelaki itu terus menarik kaki Ashley sampai Ashley kembali di dekatnya. Ashley cuba menolak lelaki itu namun lelaki itu terus menolak bahu Ashley ke jalan.
Ashley mahu melawan namun lelaki itu pula menolak tangan Ashley ke jalan pula.
"Ashley!??"