webnovel
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs
#ROMANCE
#CRUSH
#PERSAHABATAN
#DENDAM
#MASALALU

Dalam Mimpi Sajalah...

Setelah dia beredar dari tempat latihan, Ashley pun singgah di sebuah kedai untuk membeli minuman dan beberapa makanan ringan lagi.

Ashley berehat di kerusi dan meja yang tersedia di luar kedai itu. Sambil dia minum minuman kotak, Ashley memerhati gambar yang ada di dalam kamera dia.

Ashley berasa gembira bila dia melihat gambar Kenzie.

Ashley terus meronta-ronta di tempat dia duduk sambil memeluk kamera itu.

Berbunga hati dia bila melihat gambar itu.

"Lepas ni, saya nak ke kedai gambar lah... Saya nak cuci semua gambar ni!" kata Ashley.

Ashley menghabiskan semua makanan yang dibelinya.

Setelah itu, dia ke kedai gambar pula.

Setelah menghantar gambar itu untuk dicuci, Ashley meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.

Semasa dia mengayuh basikalnya di satu selekoh, secara tiba-tiba ada ada orang yang menendang basikal Ashley. 

Tendangan itu menyebabkan Ashley hilang kendali pada basikal dia. 

"Ehhh!!! Apa jadi nii!!??" teriak Ashley terkejut. 

Ashley pun terjatuh dari atas basikal di tepi jalan raya. 

Ashley mengerang kesakitan sambil perlahan-lahan bangun dari atas jalan raya.

Kesakitan semakin terasa bila Ashley cuba menggerakkan kaki kiri dan tangan kanannya. Malah dahinya juga terasa perit. 

Ashley memeriksa kakinya dia. Ada luka besar di tempurung lutut dia. Malah, jeans yang dia pakai juga sudah terkoyak di bahagian itu. 

Ashley memeriksa pula tangan kanannya. Ada luka juga. 

Dan Ashley yakin dahinya juga luka kerana dahinya sangat sakit. 

Ashley segera menoleh ke arah orang yang sudah membuatkan dia terjatuh dari atas basikal. 

Dia melihat ada enam orang lelaki yang berpakaian samseng dan di tengah-tengah mereka ialah seorang perempuan yang Ashley kenal. 

"Raquel!!! Apa nii!!??" teriak Ashley, dalam keadaan terkejut dan marah. 

Raquel tersenyum sinis. 

Dia mendekati Ashley yang masih terduduk di samping jalan raya itu. Di tangan Raquel ada sebatang besi yang cukup tebal, membuatkan Ashley jadi gerun melihat batang besi itu. 

Macam mana kalau dia nak guna batang besi tu untuk pukul saya? 

"Macam mana rasa dia?? Sakit... Sedap??? Heh! Itu belum seberapa, Ashley. Kau akan dapat yang lebih teruk lagi dari yang ini," kata Raquel sambil dia menolak kepala Ashley dengan kasar. 

Kenapa Raquel buat begini pada saya? 

Biar saya teka, gara-gara Kenzie kah? 

"Kau buat semua ni sebab Kenzie??? Kau memang biadap, Raquel!!" teriak Ashley. 

Raquel tertawa sinis. Dia mencengkam dagu Ashley dengan kuat sehingga Ashley merasa kesakitan. "Kau dengar sini baik-baik ya perempuan.... Saya hanya bagi satu kali amaran saja. Jauhkan diri kau dari Kenzie dan kawan-kawan dia! Saya tak mau tengok muka kau ni ada dekat dorang... Besok kah atau sampai bila-bila, tak boleh!!!" Selepas bercakap, Raquel terus melepaskan dagu Ashley dengan cara kasar. 

Ashley terus merenung Raquel dengan perasan marah. Eh, kau ingat kau boleh halang saya dari tengok crush saya sendiri?? Dalam mimpi sajalah.... 

"Saya adalah assistant Kelab dorang, so of course saya akan sentiasa ada dekat dorang!" balas Ashley. 

Tanpa disangka-sangka, Raquel terus menarik rambut Ashley. Ashley berteriak kesakitan dan dia memegang tangan Raquel. Ashley cuba untuk melepaskan tangan Raquel namun ternyata genggaman tangan Raquel di rambutnya sangat erat. 

"Hei perempuan!! Kau tak reti bahasa kah, hah!!??? Kalau aku cakap jangan, janganlah!!! Kau nak aku bunuh kau, hah!!???" teriak Raquel. 

Menyirap darah Ashley bila dia dengar perkataan 'bunuh' dari mulut Raquel. Dia nak bunuh saya!? Biar betul!? 

Raquel terus melepaskan rambut Ashley dengan kasar. Hampir Ashley terhantuk ke jalan kerana tolakan kasar dari Raquel itu. 

Raquel menoleh ke arah enam orang lelaki tadi yang hanya memandang Raquel dan Ashley. 

"Bawa dia!!" arah Raquel. 

"Baik, Raquel!!!!!" 

Ashley semakin takut bila melihat samseng-samseng yang ikut Raquel tadi itu datang menghampiri dia. 

Tidak, saya tidak boleh kena tangkap. Saya kena lari dari sini!! 

Tanpa melengahkan masa, Ashley terus mengayunkan kaki dia, menendang Raquel tepat di bahagian perut dia. 

Raquel tersungkur ke belakang, terjatuh di atas jalan raya. Sakit di perut macam terkena tusukan benda tumpul saja. 

Ashley menghiraukan rasa sakit di seluruh bahagian anggota badan dia yang terluka. Ashley terus menggapai basikal dia dan naik ke atas. 

"Tangkap dia. Jangan biarkan dia lari!!!" teriak Raquel sambil memegang perutnya yang masih sangat sakit. Berkerut hebat muka dia kerana menahan sakit. 

Seorang lelaki segera menangkap Ashley kerana dia yang paling hampir. Namun tidak disangka-sangka, Ashley pula menendang dia di bahagian perut. 

Lelaki itu juga terjatuh ke atas jalan kerana tendangan yang kuat itu. 

Ashley terus mengayuh basikal dia pergi dari tempat itu. 

"Hoi, bodoh!! Macam mana dia boleh terlepas ni, hah!!?? Macam mana korang buat kerja ni!!! Pergi tangkap dia cepat!!!" teriak Raquel. Marah dia kerana semua lelaki itu tidak dapat menangkap Ashley sebelum gadis itu melarikan diri. 

"Korang ada enam orang di sini tapi semua orang tak dapat tangkap perempuan tu. Buat kerja pun tidak becus!!!" teriak Raquel lagi. 

Semua lelaki itu segera berlari ke kereta tanpa banyak songeh. Ada tiga kereta yang mereka gunakan. Raquel juga masuk ke salah satu kereta itu. 

Setelah enjin dihidupkan, mereka terus mengejar Ashley lagi. 

Ashley yang sedang mengayuh basikal itu memandang ke belakang untuk melihat sama ada dia masih dikejar atau tidak. 

Melihat ada tiga buah kereta yang sedang mengejar dia dari belakang, Ashley melajukan kayuhan basikal. 

Shit, dorang betul-betul nak tangkap saya... Saya tidak boleh menyerah!! 

Salah satu kereta sudah semakin hampir dengan Ashley. Lelaki yang memandu kereta itu cuba untuk menjatuhkan Ashley dengan melanggar basikal Ashley namun Ashley terus bergerak ke lorong pejalan kaki. 

Terdengar sumpah-seranah dari pemandu kereta itu. 

Orang awam yang sedang menggunakan lorong pejalan kaki semuanya menuju ke tepi bila Ashley juga menggunakan lorong itu. 

"Tepi!!! Tepi semua.....!!!" teriak Ashley. 

Banyak orang awam yang memarahi Ashley kerana tidak menggunakan lorong bagi penunggang basikal. 

"Sorry, sorry!!! Saya nak lalu!! Sorry, semua!!" teriak Ashley pula. 

Ashley menoleh ke belakang dan tiga buah kereta itu masih mengejar dia. 

"Kejar dia cepat!! Kejar!!! Jangan biarkan dia terlepas dari pandangan!!!" teriak Raquel. 

Nasib baik dorang tidak bawa pistol. Kalau tidak nahas Ashley kena tembak... 

Ashley yang mula rasa penat itu, hampir berputus asa untuk terus mengayuh. Ditambah lagi luka dia yang sakit itu. 

Namun, Ashley mengagahkan diri dia juga untuk terus mengayuh. Dia tidak mau kena tangkap dengan Raquel dan kawan-kawan samseng dia tu. 

Tiada yang tau apa yang akan Raquel buat pada dia... 

Kejap lagi, Ashley... Kejap lagi kau akan sampai ke rumah... 

Ashley terus mengayuh. 

Namun kereta Raquel juga selain dekat. 

Tidak boleh ni, saya kena pikir cara lain untuk menghindar... 

Ashley melihat ada lorong sempit di bahagian kirinya di hadapan dia. Ashley tidak berfikir lama terus membelok ke lorong itu. 

Kerana lorong itu sangat sempit bagi sebuah kereta, tiga buah kereta itu pun terhenti sebelum masuk ke dalam lagi. 

Ashley berhenti setelah 10 meter jauh di kawasan lorong itu. Melihat tiga buah kereta itu tidak dapat masuk dan meneruskan untuk mengejar Ashley, Ashley tersenyum gembira. 

Akhirnya dia boleh menghindar juga. 

Ashley terus mengayuh basikal dia keluar dari tempat itu. Dia tau lorong sempit itu akan membawa dia kembali ke kawasan perumahan dia. 

Ashley menarik nafas lega. Tapi dia juga tau kalau Raquel akan menyerang dia di sekolah nanti. 

Tak apa, buat masa sekarang, kena lari dulu... Di sekolah tu lain cerita. 

Raquel keluar dari kereta dan dia memandang ke arah Ashley. Dia terus menumbuk cermin kereta kerana geram tidak dapat menangkap Ashley. 

Ashley pula terus kembali ke rumah bila dia sampai di kawasan perumahan dia. 

Ashley sempat berehat di balkoni luar rumah dia untuk melepaskan penat. Ashley memeriksa luka dia. 

Semua luka itu sudah kering tapi masih sakit. 

"Aduh, macam mana nak terangkan pada Momy ni, arh? Takkan saya nak terus-terang lagi? Atau perlukah saya berbohong?" gumam Ashley seorang diri. 

Ashley pun masuk ke dalam rumah setelah penat dia hilang. 

Ashley melihat Mak Enon di ruang tamu sedang membersihkan lantai rumah dengan vakum. 

Mak Enon terus menoleh ke arah Ashley bila sedar ada orang masuk ke dalam. 

"Hah, sudah balik pun kau, Elly-----" Sebaik saja Mak Enon melihat keadaan Ashley, dia terus berteriak panik. 

Segera dia mendapatkan Ashley. 

"Astaga, Elley... Kenapa dengan muka kau ni?? Apa yang jadi dengan kau ni??" tanya Mak Enon sambil dia memegang pipi Ashley.

Ashley mengerang kesakitan dengan suara yang perlahan bila Mak Enon memegang pipinya. 

"Duduk, duduk dulu sini. Biar Momy beritahu bapa. Bapa ada di atas. Momy suruh bapa bawa Elley ke hospital..." 

Mak Enon menyuruh Ashley untuk duduk di sofa panjang sebelum orang tua itu berlari ke tingkat atas lagi. 

Terdengar suara Mak Enon berteriak di dalam rumah dengan suara yang cemas memanggil Mr. Adham. 

Ashley mengerang kesakitan seorang diri sambil memerhati luka dia. 

Tidak lama kemudian, Mr. Adham dan Mak Enon datang ke ruang tamu. 

Terkejut Mr. Adham melihat keadaan Ashley. 

"Elley, astaga, macam mana boleh jadi macam ni, hah!??? Elley jatuh dari basikal kah??" tanya Mr. Adham dengan ekspresi wajah yang cemas. 

"Ya, Elley jatuh, bapa.." Sorry, bapa... Elley terpaksa menipu, sebab Elley tak mau bapa makin risau.. 

"Tanya tu nanti-nantilah dulu, kita hantar Elley ke hospital dulu. Teruk ni keadaan dia," balas Mak Enon. 

"Okey, okey!" 

Mr. Adham pun kelam-kabut menuju ke kereta dan segera menghidupkan enjin. 

Mak Enon pula menolong Ashley untuk berdiri dan bergerak ke kereta.

Saya rasa semua sudah jelas kalau Mak Enon tu ialah Momy Elley??

So, saya gantikan 'Mak Enon' kepada 'Momy' mula hari ini...

Sorry, lmbt update guys..

Ada hal yang buat saya asyik tertunda-tunda saja.

Btw, keep support me and vote, ya?

bbeatyybrrcreators' thoughts